Friday 29 March 2013

KISAH SEBENAR ISU DAGING BABI KHINZIR NSK SELAYANG


ISU DAGING BABI KHINZIR NSK SELAYANG | Nampaknya, kemunculan daging yang seakan-akan daging babi di dalam troli di NSK Selayang menjadi topik perbualan hangat dan membuat ramai pihak terkejut. Namun, benarkah daging itu adalah babi?



Dah tak larat pulak saya nak bagitahu mana-mana rakan yang share cerita tentang babi diletakkan secara terbuka di pasar NSK. Ambik gambar tapi takde nak siasat , sekadar tengok dari atas saja. Lepas tu yang tukang share pun sama, takde nak siasat kebenaran cerita, maka ramailah yang menyebarkan cerita yang tak sahih kebenaran.

Kenapa ramai sangat suka share dosa? Dosa sendiri dah tak ada ke maka nak tambah dengan klik share cerita yang tidak sahih kebenaran.

Pernah anda lihat frozen lamb? Biri-biri agak gemok dari kambing. Malaysia memang import biri-biri frozen tetapi TIDAK import babi frozen.

Lihat apa chef Fidze Rahman ni kata, ” Maaf : kalau sy mencelah sikit…..sy seorang chef di hotel kl hampir 20thn,utk makluman semua itu adalah whole lamb carcase dr negeri aust,cuba anda perhatikn kain membalut lamb itu ada tulisan merah,tulisan merah itu adalah lebel dr negeri ia dtg,tarikh di sembelih,expire date,berat dan tanda ia telah di inspection di australia,sy menggunany setiap hari di hotel sy bekerja,klau anda biasa mkn di hotel apabila ramadhan anda akan dpt lihat kambing panggang jd itu lah bentukny,klau anda ke NSK ia akan di jual dlm bentuk part by part kambing,ini bermakna lamb atau pun mutton carcase yg anda lihat itu belum di potong part by part lagi…”

Saya ni cuma berpesan kerana kita ni beragama Islam. “Demi masa manusia itu dalam kerugian kecuali orang-orang yang berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran.”

Sekadar berikan nasihat. Sebelum kita share sesuatu, pastikan apa yang kita share tu perkara yang benar2 jelas dan betul.

Saya tidak menyalahkan sesiapa, cuma takut2 kita tersebar fitnah jika ia tidak benar..

Sudah siasatkah gambar itu benar2 babi? Bukan biri-biri yang diimport?

Malaysia tidak import forzen babi, kerana Malaysia peneksport babi keluar negara. Untuk eksport pemotongan tidak dilakukan dipasaraya tetapi dikilang.

Malaysia memang pengimport biri-biri frozen. kambing agak kurus, tetapi biri-biri memang gemok.

Jika itu babi sepatutnya laporkan ke JAKIM, bukan sebarkan di fesbuk jika kita seorang yang benar2 bertanggung jawap.

Mohon maaf jika tegursan saya ni salah.

Irma Hasmie Selamat Lahirkan Cahaya Mata Pertama


Sebentar tadi, menerusi akaun Twitternya, suami Irma Hasmie iaitu Redza Syah telah berkongsi berita gembira mengenai kelahiran anak pertama mereka. Jutaan tahniah diucapkan kepada pasangan ini.





Redza turut sama berkongsi gambar comel anak sulung mereka ini. Cute bebenor nie!! Namun tidak pula dimaklumkan jantina anak mereka ini.

Thursday 28 March 2013

(Video) Pelanggan dimandikan sebelum berjimak dengan tukang urut

Setiap pelanggan dimandikan di atas katil di bilik air sebelum melanggani pekerja seks, inilah tarikan sebuah premis di percayai untuk menarik minat pelanggan yang mengunjung premis mereka di Taman Botani Klang Kegiatan ini terbongkar setelah orang ramai hairan melihat premis yang tidak berpapan tanda ini dikunjungi ramai lelaki dan mereka membuat aduan kepada polis. Polis dari unit risikan dan operasi NKRA Ibupejabat Polis Kontijen Selangor membuat serbuan malam tadi selepas menerima aduan. Operasi bermula 9.30 malam diketuai ASP Aini Shah Fadhil bersama beberapa anggota dan berjaya menahan sembilan pelacur membabitkan 3 warga China dan 6 Vietnam yang berusia 21 hingga 35 tahun. Polis menemui seorang pelacur tanpa seurat benang dan pelanggan yang bersama dalam keadaan separuh bogel ketika diserbu polis. Pemeriksaan lanjut polis menemui journal kerja yang menunjukkan bayaran antara RM80 hingga RM110 bagi urutan bogel manakala khidmat seks RM180 Pelbagai taktik diguna bagi menghalang pihak berkuasa bertindak, seperti menyediakan CCTV serta butang amaran yang di sambung ke dalam bilik pelacur namun penyamaran anggota polis, berjaya membongkar kegiatan ini. Kesemua yang ditahan di bawa ke ibu pejabat polis daerah, klang selatan untuk membuat siasatan, kes ini di siasat mengikut seksyen 372 dan 373 kanun keseksaan

Artis mas ayu panas


Masayu Anastasia kembali kepada dunia yang telah menaikkan nama beliau. Masayu muncul dalam genre filem seram dalam filem yang dipanggil 'Pengantin Topeng'. Filem ini telah diarahkan oleh Najib Sahlan, Masayu peranan sebagai bakal pengantin. Masayu untuk bercuti dengan rakan-rakannya di pantai.

Dan itulah di mana dia kelihatan seksi dengan bikini. Masayu mengakui menjalani semua proses penggambaran filem, telah meminta kebenaran daripada suaminya, pertama 'Club Eighties' Lembu. Setiap ada apa-apa kerja yang saya akan meminta kelulusan suami saya. Kini ia pasti keluarga yang berlainan ya. Setelah mampu untuk mengarahkan filem senario yang saya berikan kepadanya. Jadi tidak ada masalah.

Masayu mendakwa suaminya bukan jenis orang yang suka untuk menganjurkan. Lembu sentiasa memberi kebasan beliau untuk memilih peranan yang dimainkan akan membintangi filem. Jonathan keriting bekas teman lelaki adalah perasaan peranan yang sangat bersemangat dalam filem kerana peranannya adalah berbeza daripada peranan sebelumnya. Beliau merasakan bahawa peranan beliau dalam filem ini adalah kelabu






Siti Sarah Isteri Shuib Sepah Mengandung Anak Kedua


Alhamdulillah, Siti Sarah dan suaminya Shuib Sepah kini kelihatan amat berbahagia bersama melayari bahtera sebagai suami isteri.In sha Allah bahagia selaulah hendaknya. Siti Sarah kini sedang sarat mengandung anak keduanya. Anak pertama bernama Uwais kini sudah pandai berjalan, manakala Shuib pula amat sibuk dengan perniagaannya membuka kedai dobi.

Semoga rezeki mereka sentiasa murah.






Isteri Curang Mengaku 10 Kali Terlanjur


Hancur luluh hati seorang suami apabila mendapat tahu isteri tersayang menjalin hubungan sulit dengan lelaki lain dan sudah terlanjur dalam kejadian di Jalan Klang Lama, di sini.



Hubungan sulit wanita 30-an itu bermula pertengahan 2010 diketahui suaminya kelmarin melalui facebook isterinya itu sebelum cuba bertanya keadaan sebenar hingga mereka bertengkar.

Menurut sumber polis, lelaki berusia 40 tahun itu terkejut mendengar pengakuan isterinya yang sanggup menduakan dirinya dengan lelaki lain.

Suami berkenaan kemudian telah membuat laporan di Balai Polis Damansara selepas tidak tahan dengan perangai isteri terbabit.

“Suami terbabit tidak menyangka isterinya sanggup melakukan hubungan seks dengan lelaki lain lebih 10 kali, selain mengaku mencintai lelaki itu lebih daripada dirinya.

“Isterinya membuat pengakuan bahawa sanggup menunggu teman lelaki ‘gelapnya’ itu walaupun banyak rintangan dihadapi,” katanya di sini.

Selepas mendengar pengakuan isterinya, suaminya membuat laporan polis kerana mahu tindakan lanjut diambil ke atas lelaki itu.

Sumber berkata, wanita itu juga mengaku melakukan hubungan seks dengan teman lelakinya di sebuah hotel terkemuka di ibu kota ketika suaminya tiada di rumah.

Skandal RM50,000, Saya Boleh Jawab Semua Tuduhan – Abby Abadi


Abby Abadi menerusi laman Twitternya menyatakan pertuduhan tersebut adalah fitnah semata-mata. Malah Abby sanggup memjawab tuduhan itu tetapi dengan syarat-syarat yang tertentu.


Azwan Ali


Azwan Ali menyatakan hasratnya untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU 13) atas dasar percaya dengan pengaruh beliau sebagai selebriti terkenal.



“Ya, saya ada menulis beberapa kali di Twitter tentang hasrat untuk bertanding pada pilihanraya akan datang. Alhamdulillah maklum balas saya terima sangat menggalakkan”

“Buat masa ini saya tidak mahu bercakap apa-apa dahulu, kita lihat apabila tiba masanya nanti,” ujar adik kepada Azmin Ali, Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) ini.

“Saya rasa saya ada pengikut saya sendiri. Jika kita lihat, ada juga calon Bebas yang kita tidak kenal langsung pun cuba untuk bertanding. Saya yakin saya ada pengaruh,” tambah yang tidak mahu menyertai mana mana parti politik.

Ammar Nafi Perli Puteri Sarah Bertudung




Ammar Alfian dan Puteri Sarah merupakan sepasang kekasih yang terpalit pelbagai kontroversi. Kisah gambar peluk cium, kisah gaduh pukul memukul dan banyak lagi. Pendek kata kisah percintaan mereka memang menjadi bualan ramai. Sayangnya hubungan mereka terputus. Kini khabarnya Puteri Sarah sedang berubah menjadi insan yang lebih baik dan berazam untuk bertudung.

Namun si bekas kekasih telah mengupdate satu status:


ni penjelasan Ammar:

Saya tulis secara ‘random’ (rambang) sahaja, tidak maksud atau tujukan kepada orang tertentu, ia hanya kenyataan umum sahaja. Kalau dia (Puteri Sarah) dah pakai tudung itu bagus untuk diri dia, sebab sebelum ini dia pernah bercerita kepada saya hasratnya untuk pakai tudung.

Video pengakuan Lana Nordin dan kekasih



 Video pengakuan Lana Nordin dan kekasih adminrun March 28, 2013 No Comments » Video pengakuan Lana Nordin dan kekasih Lana Nordin Video pengakuan Lana Nordin dan kekasih Jom ikuti video pengakuan Lana Nordin dan kekasih omputihnya Pavel Micahalec. video oleh: [Myartis]
 

Sentuh Tangan Masih Boleh, Peluk Dan Aksi Ranjang Tak Boleh – Nur Fazura





Ditemui ketika majlis pelancaran drama terbarunya yang bertajuk Kisah Cinta, Fazura tampil memberi penjelasan. Kata Fazura:-

Selepas membuat kenyataan itu, ramai yang ingat saya tidak mahu bersentuhan langsung dengan lelaki apabila berlakon. Tetapi bukan itu maksud saya. Sebaliknya saya hanya tidak mahu beraksi terlebih mesra seperti berpelukan atau berada di atas katil dengan pelakon lelaki. Jika bersentuhan sedikit seperti menyentuh tangan, ia masih lagi boleh.

Fazura juga melahirkan rasa terkejutnya apabila tindakannya menolak tawaran watak seksi dan ranjang turut menimbulkan spekulasi kononnya dia ingin menunjuk baik atau sengaja mahu menyindir pelakon-pelakon lain. Kata Fazura:-

Jika orang anggap saya mahu sindir pelakon-pelakon lain, itu salah kerana apa yang saya lakukan itu adalah prinsip saya yang tidak membabitkan orang lain

Pusara Allahyarham Tan Sri P.Ramlee musnah

Menerusi beberapa keping gambar yang muncul dalam Internet, menunjukkan pusara Allahyarham Tan Sri P Ramle, seniman agung negara musnah. Biarpun begitu, punca kejadian masih belum dikenal pasti. Turut musnah adalah pusara Allahyarham A R Tompel dan Allahyarmah Puan Sri Saloma. Kejadian berlaku di Tanah Perkuburan Jalan Ampang.


Pencuri Tablet Yang Bangang Abadi Upload Gambar Dalam Jamban

Korang sume mesti dah tau pasal kisah pencuri bangang abadi yang amik gambar dalam toilet ala-ala justin bieber guna tablet curi ni kan. Mana yang belum tahu tu nak jadi cerita akak ni Ranimah Mohd Ramli (profile FB) hilang tablet samsung 10.1 dengan laptop awal januari tahun ni, dalam tablet dia plak ada install dropbox yang dah dia set untuk auto upload setiap gambar baru yang di snap dari kamera tablet tu so dengan tak sengaja ter'upload' la gambar ntah pencuri ke ntah pembeli barang curi tu ke akaun utama dropbox akak ni ha.. Jadi sapa yang kenal boleh la terus pergi ke balai polis berdekatan untuk buat report ye.




Assalamualaikum friends, my note 10.1 and laptop were stolen on January 4 this year from a restaurant in Seri Kembangan area. I installed dropbox in all my gadgets including the ones being stolen, and it is my habit to import every photos to my dropbox account. While importing the photos last week, I noticed several unfamiliar faces inside my dropbox camera uploads folder and it came to my mind yesterday that these are the faces who stole my gadgets. Look at these faces, they are so proud modelling my note inside public toilet, they didn't even bother to change the cover (you know pink is one of my fav colour, and I definitely recognised this pink cover). I believe they didn't sign out or delete my dropbox folder inside the note and that's why their photos imported to my folder. I am going to do police report today with these photos but I hope to locate the thieves, anyone have seen them before? Please help me to share this photo and locate the thieves, I hope to find back my laptop too.

Lisa Surihani Mengandung


Betul ke Lisa Surihani sudah mengandung? Kalau betul lah berita Lisa Surihani Mengandung, tahniah diucapkan kepada pasangan suami isteri yang baru sahaja mendirikan rumah tangga tersebut, iaitu Lisa Surihani dan juga Yusry KRU.

Diharapkan mereka berdua kekal bahagia bersama-sama buat selamanya. Amin... dan diharapkan juga berita gembira ini...Tahniah kami ucapkan..bt Lisa dan Yusry.


Warga Nigeria perdaya wanita RM6,100




JOHOR BAHRU – Seorang ahli perniagaan warga Nigeria mengaku tidak bersalah di mahkamah majistret, di sini semalam atas tuduhan melakukan penipuan, awal Mac lalu.

Tertuduh, Arah Chukwunonso Nnamdi,33 didakwa memperdaya mangsa, Azlifah Jemaat, 33, untuk menyerahkan wang tunai RM6,100, di Taman Puteri Wangsa, di sini, jam 11 malam 4 Mac hingga 2.58 petang, 5 Mac lalu.

Mengikut kertas pertuduhan, Azlifah mempercayai bahawa ada bungkusan hadiah yang dihantar kepadanya dari United Kingdom menggunakan sistem penghantaran antarabangsa dan beliau perlu membayar sejumlah wang sebagai yuran pendaftaran.

Akibat terpedaya, mangsa telah menyerahkan wang RM6,100 ke dalam akaun bank yang dimiliki tertuduh yang didapati Arah telah melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan dihukum di bawah seksyen yang sama.

Jika sabit kesalahan, Arah boleh dipenjara sehingga 10 tahun dan sebat dan dikenakan denda.

Tertuduh mengaku tidak bersalah atas pertuduhan ke atasnya yang dibacakan dalam dalam Bahasa Inggeris di hadapan Majistret Mohd Azlan Shah Mohd Allias.

Pendakwaan dikendalikan, Mohd Afif Mohd Ali menawarkan jaminan RM100,000 ke atas tertuduh atas alasan Arah seorang warganegara asing dan kesalahan yang dilakukannya serius.

Mohd Azlan bagaimanapun menetapkan jaminan RM30,000 dengan dua orang penjamin warganegara Malaysia dan memutuskan 18 April depan bagi sebutan kes.

Riang Ria Cuti Sekolah | Artis- Artis Malaysia ke Dubai


Nora Danish, Fahrin Ahmad dan Neelofa MeleTOP! Riang Ria Cuti Sekolah 2013, Mereka ke Dubai dan aku pula di Malaysia. Ramai betul artis Malaysia ke Dubai bulan ni yer. Maklum la bulan Disember kan musim hujan, takkan takut banjir kot. Hehehe.. Nora Danish dengarnya satu keluarga ke Dubai, mungkin bercuti agaknya. Siang malam kerja, campur dengan problem lain lagi. Memang stress la kan. Elok la tu merehatkan badan dan minda pulak. Fahrin Ahmad pun ada di Dubai jugak, di Abu Dhabi katanya. Shooting drama baru, rasanya mungkin lama lagi kat sana. Lagi sorang artis kita bercuti di Dubai bulan ni  dan tak ajak aku sekali ialah Neelofa MeleTOP! Satu keluarga jalan-jalan. Riang ria cuti sekolah, ni la masanya nak bawa keluarga dan adik beradik makan angin. Habis tu, sapa nak teman aku tengok wayang ni.. Kawan-kawan semua dah ke Dubai ni..




Gambar Nora Danish, Fahrin Ahmad dan Neelofa MeleTOP! Riang Ria Cuti Sekolah Artis-Artis Malaysia ke Dubai diambil dari social network semasa.

(video)Katy Perry pamer belahan dada di Kids' Choice Award...tak sesuai betul!








Walaupun digossipkan penceraiannya dengan John Mayer, Katy Perry tidak pernah menunjukkan rasa sedihnya.

Ketika tampil dalam Kids' Choice Award 2013 yang lalu, beliau tampil dengan begitu ceria sesuai dengan pakaian yang dikenakan pada hari tersebut.

Ketika anugerah tersebut berlangsung, Katy memilih untuk memakai sleek bra dan skirt pendek atas lutut Herve Leger dari Max Azria dengan corak biru dan kuning.

Walaupun tanpa aksesori, Katy kelihatan menawan pada malam itu.

Ketika diumumkan sebagai pemenang Penyanyi Wanita Popular, belahan dadanya yang cukup luas membuatkan Katy Perry kelihatan begi seksi.







Bantu Bayi hidap masalah jantung, mulut sumbing perlu bantuan biayai kos bedah




TAMAN PELANGKAH - Kelahiran cahaya mata kelima yang juga anak bongsu sepasang suami isteri di sini, diiringi dugaan apabila bayi mereka mengalami kecacatan mulut dan hidung (sumbing bibir dan celah lelangit) serta masalah jantung.

Kecacatan yang dialami Mohamad Nazmi Haziq Mazlan menyebabkan ibu bapanya, Khamsiah Omar, 43, dan Mazlan Zakaria, 44, bingung memikirkan kos rawatan bagi mengubati bayi mereka.

Menurut Khamsiah, kecacatan yang dialami bayinya yang kini berusia setahun lima bulan itu dikesan sejak dalam kandungan, selain saiz kepalanya yang besar akibat simptom Hidrosefalus atau lebihan cecair terkumpul di dalam kepala.

“Ketika mendapat tahu keadaan Nazmi dalam kandungan, saya hanya mampu berserah kepada ALLAH SWT dan berdoa supaya saat kelahirannya nanti tidak diduga dengan ujian lebih besar.

“Walaupun dia lahir dengan masalah sumbing, saya dan suami bersyukur kerana saiz kepalanya seperti bayi normal lain berikutan cecair berkenaan semakin berkurangan,” katanya ketika ditemui Sinar Harian.

Bagaimanapun Khamsiah berkata, doktor memaklumkan anaknya memiliki struktur otak yang tidak terbentuk dengan sempurna, sekali gus melambatkan pertumbuhan minda dan fizikal bayi mereka.

“Walaupun begitu, keadaan Nazmi cergas seperti bayi lain walaupun kebolehannya untuk bersuara, merangkak dan berjalan sedikit lambat daripada bayi seusia dengannya.

“Apa yang membimbangkan keadaan kesihatannya kerana dia turut mengalami masalah injap jantung sempit menyebabkannya mudah demam, batuk dan lelah,” katanya.

Khamsiah yang bekerja sambilan sebagai pembantu katering berkata, Nazmi dibedah kali pertama ketika usianya 40 hari di Institut Jantung Negara (IJN) untuk memasang injap bantuan sementara.

“Ketika itu, sebanyak RM19,000 digunakan bagi menampung kos perubatannya dan kini kami sedang berusaha mencari dana bagi menampung kos pembedahan pemasangan injap jantung kekal di IJN yang dijangka dilakukan 11 April ini.

“Anak saya juga perlu menjalani pembedahan untuk masalah sumbingnya di Hospital Kuala Lumpur (HKL). Kami memang memerlukan wang yang banyak untuk rawatannya, namun kami tidak mampu kerana suami hanya bekerja sebagai pemandu bas ekspres,” katanya.

Menurutnya, keadaan anak mereka yang sering sakit menyebabkan suaminya kerap mengambil cuti kerana perlu membawa bayi mereka mendapatkan rawatan di hospital.

“Gaji suami tidak banyak, malah tidak menentu selain perlu menampung kos pengajian anak kedua di kolej dan belanja persekolahan dua lagi anak yang berada di tingkatan tiga dan dua.

“Kami memang tertekan dengan kos rawatan Nazmi, tapi kami juga ingin melihatnya sembuh seperti bayi lain,” katanya.

Orang ramai yang ingin membantu bayi malang ini boleh menyalurkan sumbangan terus kepada akaun simpanan Giro Bank Simpanan Nasional (BSN) bernombor 06002-41-00006852-6 yang tercatat nama Khamsiah Omar dan bayinya, Mohamad Nazmi Haziq Mazlan.

Penganggur dituduh cabul anak tiri



KOTA BHARU- Seorang penganggur dihadapkan ke mahkamah majistret di sini kelmarin terhadap tuduhan mencabul anak tirinya yang berusia 41 tahun pada Disember tahun lalu.

Bagaimanapun, selepas pertuduhan dibacakan juru bahasa mahkamah di hadapan Majistret Nik Habri Muhamad tertuduh berusia 60 tahun membuat pengakuan tidak bersalah dan minta dibicarakan.

Sehubungan itu, Nik Habri menetapkan 20 Mei depan untuk sebutan semula kes tersebut.

Mengikut pertuduhan dia didakwa melakukan kekerasan jenayah terhadap wanita berusia 41 tahun di sebuah rumah di Jalan Yaacobiah di sini pada jam 11 malam pada 23 Disember lalu.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua seksaan jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya negeri, Nor Dayana Mohamed bagaimanapun tidak menawarkan jaminan berikutan mangsa adalah anak tiri tertuduh.

Bagaimanapun tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon kepada mahkamah supaya dikenakan jaminan.

Oleh itu, mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM10, 000 dengan seorang penjamin dengan syarat tambahan tidak dibenarkan mendekati mangsa.


Penganggur dan bekas isteri didakwa tipu mak




AYER KEROH - Seorang penganggur bersama bekas isterinya dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, di sini, semalam atas tuduhan menipu wang lebih RM13,000 milik ibu kandungnya sendiri.

Norhasbul Md Noor, 28, dan Zuraini Muhamad, 24, bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Datuk Anita Harun terhadap lima pertuduhan didakwa ke atas mereka, selepas mengangguk faham pertuduhan dibacakan jurubahasa.

Kedua-duanya didakwa bersama-sama telah menyamar sebagai pegawai E-kasih dengan sengaja memperdayakan ibu Norhasbul, Madiyah Ibrahim, 56, untuk menyerahkan wang tunai berjumlah RM13,100.

Kedua-duanya melakukan kesemua kesalahan membabitkan wang tunai antara RM50 dan RM5,000 di Bank Simpanan Nasional (BSN) Malim Jaya dari 30 Julai hingga 27 Ogos 2012.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara antara satu dan 10 tahun, sebat dan denda jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Fairuz Syuhada Amran ketika pendakwaan meminta mahkamah memberikan jaminan RM20,000 setiap tertuduh.

Bagaimanapun, Zuraini yang diwakili peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, Ishak Kari memohon wang jaminan dikurangkan dengan alasan perlu menyara seorang anak dan tidak bekerja sejak bercerai dengan Norhasbul pada 2010.

Sementara Norhasbul merayu wang jaminan dikurangkan tanpa mengemukakan sebarang alasan.

Selepas mendengar rayuan tersebut, Anita kemudian membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM10,000 dan menetapkan sebutan semula kes pada 29 April depan bagi serahan dokumen.

Hadiah musim cuti sekolah




KUALA TERENGGANU - Seorang pemuda terpaksa akur apabila dihukum empat tahun penjara dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen, di sini, semalam, selepas mengaku bersalah merompak seorang wanita, November tahun lalu.

Mohd Aswadi Mohd Zam, 30, dari Kampung Rhu Batil, Kuala Abang, Dungun, dijatuhi hukuman itu selepas mengaku bersalah merompak sebuah beg galas mengandungi kad pengenalan, buku ASB, kad ATM CIMB, slip BR1M 2.0, dua buah telefon bimbit dan serangkai kunci kedai milik Nooraslizawati Johari, 31.

Dia mengaku bersalah merompak barang melibatkan nilai kerugian kira-kira RM600 itu di tepi jalan menghala ke Sekolah Kebangsaan Pusat Dungun, pada 19 November 2012, lebih kurang jam 10.30 malam.

Mohd Aswadi mengaku melakukan kesalahan di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan boleh dikenakan denda atau sebatan jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Masriwani Mahmud @ Mamat di hadapan Hakim Datuk Zainal Abidin Kamaruddin.

Terdahulu, kata-kata Zainal Abidin yang hukuman diberikan merupakan ‘hadiah musim cuti sekolah’ kepada Mohd Aswadi telah mencuit hati orang awam yang berada di dalam mahkamah

Dicekup ketika ulit pelanggan



SUBANG JAYA – Keghairahan seorang pelanggan yang asyik diulit tukang urut yang memberi khidmat seks terbantut apabila sebuah premis pusat urut di Bandar Puchong Jaya, diserbu pihak berkuasa, petang kelmarin.

Dalam serbuan kira-kira jam 4.30 petang itu, tukang urut terbabit dikatakan cuba melarikan diri dalam keadaan berbogel namun berjaya dicekup anggota penguat kuasa Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ).

Pengarah Jabatan Penguat Kuasa MPSJ, Mejar (B) Mohd Rasip Rasul berkata, bertindak atas maklumat awam yang mendakwa premis itu menawarkan urutan batin, seks dan urutan dari badan ke badan (B2B), premis terletak di Jalan Kenari itu diserbu.

Ketika diserbu menurutnya, tukang urut dan pelanggan leka melakukan perbuatan tidak bermoral dalam bilik kecil di premis itu.

Katanya, pihaknya menemui kondom terpakai di dalam tandas dan percaya khidmat seks ditawarkan kepada pengunjung pusat urut dengan kadar bayaran berbeza.

"Hasil pemeriksaan mendapati, premis tidak mempunyai lesen perniagaan sah dari MPSJ.

"Tindakan sitaan peralatan urut dan penutupan premis dikenakan kepada pengusaha di bawah UUK 3 Undang-undang Kecil Pusat Kesihatan MPSJ 2007," katanya.

Menurutnya, tiga pekerja warga Vietnam dan seorang penjaga premis ditahan dan diserahkan kepada polis.

Sebelum itu dalam serbuan berasingan, 20 anggota penguat kuasa MPSJ diketuai Penolong Pengarah Penguat Kuasa, Mazrul Zahar Mohd, menyerbu sebuah pusat rawatan kesihatan Jalan USJ Sentral 1.

Ketika pemeriksaan dijalankan, seorang tukang urut didapati memberi perkhidmatan urutan batin kepada seorang pelanggan.

“Hasil pemeriksaan mendapati premis itu juga tidak mempunyai lesen perniagaan yang sah dari MPSJ.

“Pengusaha premis dikenakan tindakan sitaan peralatan urut dan penutupan premis di bawah UUK 3 UUKPK MPSJ 2007 kerana mengendalikan pusat rawatan kesihatan (rumah urut) tanpa lesen MPSJ dan boleh dikompaun RM1,000,” katanya.

Panjat pagar curi pakaian dalam



MENTAKAB – Misteri kehilangan pakaian dalam wanita di Taman Rimba, di sini, terjawab apabila seorang penduduk berjaya merakam aksi seorang lelaki melakukan kecurian ketika penghuni lain nyenyak tidur.

Kejadian pada 24 Mac lalu itu dirakam kira-kira jam 4.30 pagi menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dipasang seorang penduduk di jalan 2/4 taman tersebut.

Penduduk dikenali sebagai Chin berkata, ketika kejadian, dia terdengar bunyi motosikal berlegar di halaman, namun tiada sebarang kegiatan mencurigakan apabila meninjau keadaan luar rumahnya.

“Saya kemudian periksa CCTV dan terkejut melihat aksi seorang lelaki sedang memanjat pagar rumah saya serta jiran,” katanya.

Chin berkata, keesokan harinya dia mendapat tahu jirannya seorang Melayu dan Cina kehilangan tudung serta seluar dalam, lalu memaklumkan perkara tersebut kepada mereka.

Menurutnya, penduduk pernah beberapa kali kehilangan pakaian dalam, namun tidak menyangka ia dilarikan pencuri.

Chin kemudiannya membuat laporan dan menyerahkan cakera padat berhubung kejadian tersebut kepada polis untuk membantu siasatan.

"Berdasarkan rakaman tersebut, suspek dipercayai lelaki tempatan memakai kain sarung memanjat tembok atau pagar setiap rumah untuk mengambil pakaian dalam dijemur di ampaian.

“Walaupun tiada barangan berharga yang hilang, tetapi kejadian tersebut sedikit mengganggu ketenteraman penduduk,” katanya.


Dua remaja dicabul di surau lama



Kegembiraan dua sahabat untuk bertemu teman lelaki bertukar mimpi ngeri,
apabila kedua-dua mereka dirogol di surau lama, Jalan Padang Golf di sini, kira-kira seminggu lalu.

Sebelum kejadian, kedua-dua remaja yang tinggal di Rawang itu, difahamkan keluar untuk bertemu teman lelaki mereka di kawasan Kuala Kubu Baru pada Khamis lalu.

Mereka bagaimanapun tidak pulang ke rumah selama tiga hari, sebelum kedua-duanya berjaya ditemui di sebuah kafe siber di kawasan sama pada Sabtu lalu.

Susulan itu, dua laporan polis dibuat kelmarin oleh keluarga kedua-dua remaja berusia 14 dan 15 tahun itu yang mengesyaki mereka dirogol.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Affandi berkata, polis kemudiannya menahan dua lelaki berusia 15 dan 18 tahun iaitu teman lelaki kepada dua mangsa terbabit.

"Hasil soal siasat awal, dua suspek itu mengaku melakukan hubungan seks dengan kedua-dua mangsa di surau sebuah sekolah menengah

Rockestra Wings janji lebih gempak




SELEPAS kejayaan konsert Opera Hidup (2011) di Istana Budaya (IB), kumpulan rocker terkenal tanah air ini kembali menggegarkan IB menerusi konsert kedua, Wings Rockestra.

Tampil kelainan, konsert kali ini menggandingkan dua gitaris terkenal dari Malaysia dan Indonesia.

Ian Antono yang tidak asing lagi dari Indonesia diterbangkan khas bagi menjayakan konsert Rockestra Wings. Tidak kurang hebatnya dengan gitaris tanah air terkenal, Hillary Ang, yang cukup hebat dengan sentuhan magisnya.

Konsert empat hari yang dijadualkan berlangsung pada 26 hingga 30 April (kecuali 29 April) ini bakal menyaksikan kumpulan yang ditubuhkan sejak 27 tahun lalu itu membawakan lebih 20 buah lagu termasuk single terbaru mereka.

Lebih menarik, konsert ini turut diiringi seramai 43 pemuzik Orkestra Simfoni Kebangsaan (OSK) IB yang dipimpin oleh Mustafa Fuzer.

Konsert hampir tiga jam ini juga mendapat sentuhan Joe Wings selaku pengarah muzik dan penggubah muzik orkestra, Lee Tse Wan.

Ketua Pengarah IB, Datuk Mohamed Juhari Shaarani berkata, gabungan antara gitaris Malaysia dan Indonesia pastinya akan memberi kelainan dalam konsert Wings kali ini.

"Kemunculan kombinasi gitaris Ian Antono dan Hillary Ang bersama kumpulan Wings dapat memeriahkan lagi suasana Istana Budaya agar dapat membentuk atmosfera rock tersendiri dalam industri rock tempatan.

"Pihak kami berbesar hati kerana dapat bekerjasama sekali lagi dengan Wings untuk menjayakan konsert terbaru mereka selepas Opera Hidup.

“Jika diingat kembali konsert mereka yang lalu, ia adalah suatu kejayaan kerana sambutan yang diterima daripada peminat genre rock begitu memberangsangkan.

“Kami bersetuju untuk mengadakan konsert ini kerana mereka mempunyai peminat dan pengikut tersendiri. Lagipun, Wings adalah satu nama besar yang sangat
dinantikan peminat untuk mengadakan konsert, pada masa sama dapat meneruskan kesinambungan dan perjuangan mereka terhadap genre muzik rock,” katanya ketika sidang media yang berlangsung baru-baru ini.

Beri kelainan

Sementara itu, dalam sidang media sama, Pengarah Muzik Kumpulan Wings, Joe berkata, persiapan mengikut rancangan yang telah diatur dan setakat ini semuanya berjalan lancar.

Menurutnya, pada konsert kali ini, Wings akan memberi kelainan dengan menyampaikan lagu-lagu popular mereka yang kurang diputarkan di radio.

"Pemilihan lagu merupakan aspek paling sukar dalam menjayakan konsert kali ini kerana mereka bukan beraksi secara bersendirian di atas pentas, tetapi bersama-sama dengan kumpulan orkestra.

“Perbezaannya adalah apabila sudah membuat keputusan apakah 20 buah lagu yang akan dipersembahkan. Kami tidak boleh menukar mana-mana lagu pada saat-saat akhir berbanding persembahan di konsert biasa.

“Oleh itu, setelah mengenal pasti lagu apa yang akan dipermainkan, kami terus menjalankan sesi latihan bagi memastikan persembahan berjalan dengan lancar sepanjang empat hari konsert berlangsung,” jelasnya.

Setiap perancangan dibuat pastinya hadir dengan dugaan dan cabaran yang tersendiri, begitu jugalah dengan persediaan kumpulan rock popular ini.

Dalam pada itu, Joe berkata, segalanya persiapan berjalan dengan lancar dan berharap di anugerahkan kesihatan yang baik pada malam tersebut.

Awie kekal stamina

Sementara itu, Awie berkata, untuk menyanyikan 20 lagu satu hari, dalam masa yang begitu singkat ianya bukan perkara yang terlalu mudah, kekuatan tenaga mental dan fizikal perlu seiring untuk lakukan yang terbaik.

"Saya perlu kuatkan tenaga untuk lakukan yang terbaik buat penonton yang hadir.

"Walaupun saya sibuk dengan penggambaran filem dan sebagainya, namun ia bukan halangan untuk saya lakukan yang terbaik buat peminat setia kumpulan Wings," katanya.

Menurut Awie, pada malam persembahan itu nanti, penonton yang hadir akan disajikan dengan satu persembahan baru yang pasti lebih memukau berbanding konsert Opera Hidup, dua tahun lalu.

“Untuk mengadakan persembahan di sebuah pentas berprestij iaitu di IB, kami pastinya akan berusaha dan giat berlatih dalam memberikan yang terbaik setaraf dengan lokasi penganjuran," katanya.

Ditanya mengenai penjualan tiket, Awie memberitahu dari segi jualan, agak memberangsangkan.

Tiket untuk menyaksikan konsert ini boleh didapati dengan harga antara RM69 hingga RM499.

Kim Kardashian pilih nama anak



SEBELUM ini, sumber terdekat memberitahu, pasangan selebriti, Kim Kardashian dan Kanye West memilih nama, North untuk anak pertama mereka.

Namun, Kardashian menolak untuk memilih nama itu dan kini masih mencari nama yang sesuai.

"North tidak sesuai untuk bayi kami kerana nama kami bermula dengan huruf, 'K'. Jadi, anak kami haruslah huruf 'K' juga.

"Setakat ini, masih belum ada nama yang sesuai, namun saya mahu nama yang unik dan sedap didengar," katanya.

Budak 12 Yahun Diharam Guna FB




Manitoba (Kanada) – Seorang hakim di Kanada mengharamkan seorang murid sekolah berusia 12 tahun daripada menggunakan Facebook selama setahun.

Media tempatan melaporkan, keputusan itu dibuat selepas dia mengancam dua remaja menerusi rangkaian sosial berkenaan .

Menurut stesen radio CJOB, tertuduh memuatnaikkan ancaman dengan berkata dia mahu mencekik hingga mati dua bekas rakannya kerana berebutkan seorang budak lelaki.

Murid itu mengaku bersalah membuat ancaman itu dan diletakkan di bawah pengawasan polis selama setahun di samping 50 jam kerja kebajikan. Selain itu, hakim juga mengarahnya memadamkan akaun Facebooknya.

Ibu murid itu menyokong keputusan mahkamah tetapi peguamnya membantah dengan alasan Facebook adalah kehidupan sosial remaja masa kinia

KFC Hantar 2500 Set Makanan Ke Lahad Datu


Assalamualaikum dan selamat sejahtera, KFC Malaysia akan mengedarkan sebanyak 2,500 makanan KFC kepada anggota pasukan keselamatan dan penduduk Lahad Datu, Sabah yang terjejas berikutan pencerobohan militan bersenjata Sulu dari Filipina.



Pengarah Urusan QSR Brands (M) Holdings Sdn. Bhd., Datuk Ahmad Zaki Zahid berkata, makanan KFC bernilai RM30,000 tersebut akan diedarkan kepada anggota polis dan tentera yang sedang bertugas di daerah berkenaan serta sebilangan penduduk Lahad Datu yang kini menginap di tiga pusat pemindahan.
“Pasukan pekerja KFC akan menyerahkan dan mengedarkan makanan tersebut secara terus kepada penghuni dan juga anggota pasukan keselamatan di pusat pemindahan Dewan Cenderawasih. Makanan KFC kepada dua lagi pusat pemindahan akan disalurkan melalui pasukan keselamatan.
“Setiap makanan KFC itu mengandungi dua ketul ayam, kentang putar, roti dan juga air mineral,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.


Ahmad Zaki berkata, KFC Malaysia mengambil berat keadaan masyarakat dan anggota pasukan keselamatan di Lahad Datu yang sedang berusaha keras melindungi dan mempertahankan negara ini.
Justeru, katanya, sumbangan berbentuk makanan KFC itu diharap dapat membawa `senyuman’ kepada mereka selain berharap krisis berdarah yang berlaku di daerah itu akan tamat dalam masa terdekat.
Sehubungan itu juga, kata beliau, KFC Malaysia mengucapkan terima kasih kepada pasukan keselamatan negara dan menyanjung tinggi pengorbanan wira negara dalam mempertahankan negara ini. – Mynewshub
OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”