Thursday, 16 August 2012

Saman Disney Kerana Larang Pakai Tudung


LOS ANGELES: Seorang bekas pekerja restoran Disneyland menyaman Walt Disney Co pada Isnin lalu atas alasan gangguan dan diskriminasi agama, mengatakan beliau dipecat hanya kerana mahu memakai tudung di tempat kerja.


Imane Boudlal, seorang Muslim yang berusia 28 tahun, bekerja sebagai pelayan di Storytellers Cafe, sebuah restoran di dalam Disney’s Grand California Hotel & Spa di Disneyland di Anaheim, California, menurut aduan yang difailkan di mahkamah persekutuan.

Selepas dua tahun bekerja, Boudlal meminta kebenaran untuk memakai tudung ketika di tempat kerja. 

Beliau menawarkan untuk memakai tudung yang sepadan dengan warna pakaian seragam beliau atau yang memaparkan logo Disney.

Menurut tuntutan mahkamah itu, pengurus Disney menafikan permintaan tersebut, dengan alasan ia akan melanggar dasar syarikat yang berkaitan ‘penampilan’ pekerja mereka semasa bertugas. 

Disney juga melarang tatu yang jelas kelihatan dan kuku yang melebihi satu perempat inci, jelas tuntutan mahkamah itu lagi.

Boudlal telah diberikan pilihan untuk bekerja di bahagian belakang, jauh daripada pelanggan, atau memakai topi gaya fedora di atas tudungnya. 

Apabila Boudlal enggan, dia terus dipecat dari jawatannya, jelas tuntutan mahkamah.

Seorang warganegara Amerika Syarikat yang dilahirkan di Maghribi, Boudlal berkata beliau juga menjadi subjek kepada penghinaan anti-Arab dan anti-Islam, termasuk dipanggil "pengganas" dan "unta" oleh rakan sekerja dan penyelia. 

Beliau berkata beliau melaporkan kejadian tersebut kepada pengurus tetapi mereka tidak mengambil sebarang tindakan.

"Disneyland memanggil dirinya sebagai tempat yang paling gembira di bumi, tetapi saya menghadapi banyak  gangguan sejak saya mula bekerja di sana," Boudlal berkata dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Kesatuan Kebebasan Awam Amerika. 

"Ia hanya menjadi lebih buruk apabila saya memutuskan untuk memakai hijab."

Jurucakap Disney bagaimanapun tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komen.

Kes ini adalah kes Boudlal melawan Disney.

Upin & Ipin Agenda Yahudi

Kadang-kadang sikap dan pemikiran yang terlampau taksub terhadap iluminiti/freemason semua ni boleh menyebankan orang ketawa sebab ada benda yang dikaitakan sangat lawak. Contoh terbaru pasal kuih tradisional melayu. Yang tu pun boleh dikaitkan. Memang respect gila lah pada diorang sebab bukan senang nak push otak untuk kaitkan dengan benda-benda mcm tu. Tu nak kena bertapa 7 hari 7 malam dekat gua kelawar tu.


Contoh kedua ni lagi tak boleh diterima akal yang normal ni. Macam manalah diorang boleh fikir tu agenda yahudi apa semua. Tang mana dalam pengertian melayu nama kampung upin dan upin ni boleh ditranslate ke bahasa lain. Kalau macam tu jenuh lah. Lagipun semua episod upin dan ipin ni sangat bagus dan memberi mesej yang baik. Baik diorang ni bising tang citer yang ada pelakon dok peluk-peluk tu ja. Yang tu ya menjatuhkan agama Islam. Sebab yang berlakon tu orang islam.

Kalau aku silap korang boleh betulkan. Bukan tak boleh nak percaya ada konsep iluminiti/freemanson kat dunia ni. Tapi sebagai orang Islam tak perlu lah nak tunjuk rasa takut seolah-olah dengan kaitan atau gambar yang disebarkan tu dah cukup untuk menjatuhkan umat Islam. Sebaliknya kita kenalah tunjuk kat diorang balik kekuatan orang Islam. Sebarkan kat dunia ni tentang apa umat Islam buat sekarang. 

p/s- Jangan sok lusa Boboiboy,usop sontorian pe semua pun terlibat..


TOP 5 Jet Pejuang Tentera AMERIKA Paling Mahal Dan Tercanggih!



1.Northrop Grumman B-2 Spirit
Banyak negara-negara yang majumemperkuatkan lagi pertahanan negara mereka dengan menghasilkan alat-alat peperangan dan kenderaan peperangan yang canggih dan berkuasa. Tapi untuk menghasilkan sesuatu yang canggih dan berkuasa memerlukan sumber kewangan yang tinggi. Antara negara contoh adalah di Amerika, lihat sahaja kenderaan untuk tenteranya yang agak mahal. Jom lihat gambar di bawah ini.
The Northrop Grumman B-2 Spirit, atau lebih dikenali sebagai Stealth Bomber, boleh melancarkan senjata nuklear untuk menentang barisan musuh yang sangat kuat. Kos pembuatannya yang terlalu mahal menjadikan jumlah pembuatannya dikurangkan dari 132 buah kepada 21 sahaja.
Kos pembikinan bagi setiap satunya berjumlah US$737 juta pada tahun 1997 ($1.01 bilion hari ini). Tetapi bila digabungkan semua jenis kos ianya menjadi US$2.1 bilion untuk setiap satu ($2.87 bilion hari ini).
Ianya pertama kali digunakan semasa Kosovo War pada tahun 1999 diiringi dengan perang di Iraq dan Afghanistan.

2. Bell-Boeing V-22 Osprey
Bell-Boeing V-22 Osprey mempunyai fungsi mendarat yang lebih kurang dengan helikopter. Tetapi, kelajuannya lebih laju dari helikopter yang biasa dan kelajuannya setanding dengan Conventional Turboprop Airplanes.
Ianya pertama kali digunakan semasa tahun 2007 di Iraq. Sejak 2008, program Osprey ini menelan kos sebanyak $27 bilion dan pada 2010, setiap unit menelan kos sebanyak $67 juta.

3. USS George H.W. Bush (CVN-77)
Dinamakan sempena nama bekas presiden Amerika Syarikat, George H.W. Bush, USS George H.W. Bush (CVN-77) ini dibina untuk tentera navy AS. Jumlah pembinaannya berjumlah $6.2 juta.
Kapal ini siap pada tahun 2009 dan mempunyai panjang 1,100 kaki. Ianya antara salah satu daripada kapal terpanjang di dunia. Had kelajuannya ialah lebih 30 knots dan kekuatan sumber tenaganya membolehkan kapal ini belayar lebih dari 20 tahun tanpa perlu mengisi minyak.

4. Lockheed Martin F-35 Lightning II
F-35 Lightning II dibina untuk sebahagian dari program bersama antara AS, UK dan sekutu lain yang dikenali sebagai “Joint Strike Fighter Program”. Kapasiti bahan bakarnya ialah lebih dari 18,000 pounds dan boleh mencapai kelajuan sehingga 1,200 batu sejam.
F-35 Lightning II dilengkapi dengan “4-barreled Gatling Cannon” dan lapan jenis peluru berpandu serta bom nuklear B61. Kos bagi setiap satu unit ialah $122 juta. AS bercadang untuk membeli lebih dari 2,000 unit pada kos sebanyak $323 bilion. Ini menjadikan Lookheed Martin sebagai penerima kontrak tentera terbesar dalam sejarah.



5. McDonnell Douglas F/A-18 Hornet
F/A-18 Hornet diperkenalkan oleh McDonnell Douglas dan dibina oleh Boeing. Ianya digunakan dalam operasi Desert Storm.Hornet boleh mencapai kelajuan maksimum 1,190 batu sejam dan boleh mendaki sehingga 50,000 kaki dalam seminit.
Di luar AS, jet pejuang ini juga digunakan oleh tentera Australia, Canada, Switzerland dan ia tampil dalam filem sains fiksyen 1996, Independence Day sebagai jet pejuang yang menewaskan ancaman makhluk asing.

Aaron Aziz Layan Korek Hidung


PELAKON berasal dari Singapura dan pemenang anugerah Bintang Paling Popular ABPBH 2011, Aaron Aziz mencetuskan kontroversi apabila dia didapati sedang mencungkil hidungnya menggunakan sebuah pedang dalam keadaan berlumuran darah dan berpakaian seperti seorang pahlawan.


Namun tidak perlu ghairah, kerana ia hanyalah satu aksi yang dipaparkan dalam filem terbaru lakonan Aaron Aziz berjudul Ngorat. Aksi tersebut juga bukan dilakukan ketika berpuasa.


Bersesuaian dengan gambar yang agak sinikal, Aaron Aziz memainkan watak sebagai Arjuna Kasih, watak khayalan Ijam (Iedil Putra) yang diberikan masa 40 hari untuk mendapatkan seorang ‘awek’ atau dia akan bertukar menjadi lembut sekiranya gagal.



Filem terbitan Grand Brilliance yang akan menggegarkan panggung pada 4 Oktober tidak lama lagi. Turut dibintangi Erra Fazira, Nas-T, Zain Hamid dan Dira Abu Zahar. Pastikan anda tidak terlepas menyaksikannya

Tergamak noda mayat


KAJANG: Seorang gadis bukan saja dibunuh, malah mayatnya juga dipercayai turut dirogol penyerangnya dalam kejadian bermotifkan samun di rumah mangsa di Taman Taming Jaya Dua, di sini, malam kelmarin.



Mayat Sabturiah Faisal (19) ditemui terbaring di dalam bilik tidur oleh kakaknya semasa mahu mengejutkan gadis berkenaan untuk berbuka puasa pada jam 7.30 malam.

Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab (Ketua Polis Daerah Kajang) berkata, pihaknya menerima panggilan seorang lelaki pada pukul 7.47 malam memaklumkan mengenai kejadian tersebut.


Katanya lagi, siasatan mendapati mangsa dipercayai dibunuh menggunakan objek tumpul dan jerutan. Beberapa kesan lebam ditemui di tangan kanan dan perut serta kesan jerutan di leher.

“Siasatan awal polis juga mendapati mayat mangsa dipercayai dirogol penyerang yang dikenali mangsa, ini berdasarkan tiada kesan pecah masuk ditemui di rumah flat berkenaan 

Rasulullah s.a.w dan Kucingnya


gambar hiasan

Diceritakan dalam suatu kisah, Nabi Muhammad SAW memiliki seekor kucing yang diberi nama Mueeza.
Suatu ketika, dikala nabi hendak mengambil jubahnya, di temuinya Mueeza sedang terlelap tidur dengan santai diatas jubahnya. Kerana tidak mahu mengganggu haiwan kesayangannya itu, nabi pun memotong belahan lengan yang ditiduri Mueeza dari jubahnya.

Ketika Nabi kembali ke rumah, Muezza terbangun dan tunduk sujud kepada tuannya.
Sebagai balasan, nabi menyatakan kasih sayangnya dengan mengusap lembut ke badan kucing baginda itu sebanyak 3 kali.

Dalam peristiwa lain, setiap kali Nabi menerima tetamu di rumahnya, nabi selalu menggendong mueeza dan diriba diatas pahanya.

Salah satu sifat Mueeza yang nabi sukai ialah dia selalu mengeong ketika mendengar azan, dan seolah-olah suaranya terdengar seperti mengikuti lantunan suara azan.

Kepada para sahabat, nabi selalu berpesan untuk menyayangi kucing peliharaan, seperti menyayangi keluarga sendiri.

Hukuman bagi mereka yang menyakiti haiwan manja ini sangatlah berat, dalam sebuah hadis sahih Al Bukhari, dikisahkan tentang seorang wanita yang tidak pernah memberi makan kucingnya, dan tidak pula melepaskan kucingnya untuk mencari makan sendiri.

Nabi SAW pun menjelaskan bahawa hukuman bagi wanita ini adalah siksaan neraka.
Tidak hanya nabi, isteri nabi sendiri, Aisyah binti Abu Bakar Ash Siddiq pun amat menyukai kucing, dan merasa amat kehilangan dikala kucingnya meninggalkan

Seorang sahabat yang juga ahli hadis, Abdurrahman bin Sakhr Al Azdi diberi jolokan Abu Hurairah (bapa kucing jantan), kerana kegemarannya dalam merawat dan memelihara banyak kucing jantan dirumahnya.

Peminat Slot Akasia Tak Suka Tengok Neelofa?



Sememangnya rancangan-rancangan yang dimainkan di televisyen mampu membuat para penonton terpukau.
Mana tidaknya, drama lakonan mantap Tiz Zaqiyah dan Remy Ishak, Nur Kasih seperti satu fenomena yang besar di Malaysia.

Selain itu, baru-baru ini, drama arahan pengarah tersohor, Eirma Fatima, Dejavu Di Kinabalu turut mendapat sambutan hebat dari penonton setia Slot Akasia yang bersiaran di TV3.

Slot Akasia TV3 diteruskan dengan drama arahan Eirma Fatima juga yang berjudul, Kau Yang Terindah.
Hebat. Dua drama dari arahan pengarah yang sama ditayangkan secara berterusan.

Apabila penulis membaca sinopsis Kau Yang Terindah, terdetik di hati yang drama itu pasti akan ‘meletup’.
Mana tidaknya, cinta yang dicari-cari di Malaysia terus dikejar hingga di bawa ke tanah suci Mekah pastinya sesuatu yang luar biasa.

Drama itu memulakan tayangan pada 6 Ogos lalu dengan menampilkan pelakon utama dari Indonesia, Hafil Andrio Putra, Neelofa dan pelakon kacak bergaya yang makin mendapat tempat dihati peminat drama tanah air, Nazim Othman.

Namun, secara tiba-tiba penulis terpandang beberapa komen yang kurang enak didengar berkenaan lakonan Neelofa.

Neelofa, nama yang cukup ‘panas’ dalam industri hiburan tanah air masa kini apabila dia sering diselubungi pelbagai kontroversi.

Penulis menerima komen yang mengatakan Neelofa seperti tidak pandai berlakon dan gagal membawa watak Alisya dalam drama itu.

Malah, penulis turut memetik beberapa komen di laman sosial Twitter yang berbunyi hampir sama.
Rata-rata penonton berminat dengan drama tersebut tetapi menjadi sebaliknya apabila drama itu menampilkan Neelofa sebagai pemegang watak utama.

Adakah masyarakat sudah mula rasa tidak senang dengan kontroversi Neelofa hingga terbawa dalam penyampaian lakonannya?

Atau telah menjadi satu persepsi negatif masyarakat terhadap perwatakan Neelofa?
Penulis sukar untuk meniliti isu itu. Namun, masih ada kelompok masyarakat yang mengikuti dan meminati drama tersebut.



KITAB BIDAYATUL HIDAYAH


MUQADDIMAH

Dengan nama Allah yang sangat pemurah lagi sangat mengasihi.Segala pujian bagi Allah sebenar-benar pujian,Selawat dan salam tercurah kepada sebaik-baik makhluk-Nya.Penghulu kita Nabi Muhammad s.a.w dan juga kepada keluarga dan para sahabatnya serta para pengikutnya.

Ketahuilah~ Wahai saudaraku yang sangat berminat dan mempunyai perhatian dalam mencari ilmu,yang telah menunjukkan cita-cita yang tinggi dan rasa sangat dahaga terhadap ilmu pengetahuan~ Seandainya engkau berniat dengan mencari ilmu ini untuk berlumba-lumba dan mendapatkan kemegahan dan terkemuka dikalangan kawan-kawan dan untuk menarik perhatian orang ramai terhadap dirimu dan menghimpunkan akan kekayaan dunia,maka sebenarnya engkau telah berusaha menghancurkan agamamu dan membinasakan dirimu sendiri dan menjual akhiratmu untuk mendapatkan harta dunia,maka penjualanmu adalah rugi dan perniagaanmu porak peranda dan guru yang mengajarmu adalah dikira menolongmu dalam membuat maksiat dan ia juga akan merasakan kerugian.Ketika ini guru yang mengajarmu itu laksana seorang yang menjual pedang kepada perompak .

Sabda Rasulullah s.a.w : " Siapa yang menolong orang lain melakukan sesuatu maksiat walaupun hanya dengan setengah kalimat maka orang itu dikira berkongsi di dalam melakukan maksiat tersebut. "

Dan jikalau niatmu di dalam mencari ilmu itu untuk mencari keredhaan Allah dan mencari hidayah,bukan semata mata untuk pandai bercakap maka hendaklah engkau bergembira,kerana para Mlaikat telah mengembangkan sayapnya apabila engkau berjalan dan ikan yang ada di dalam laut semuanya meminta ampun bagimu apabila engkau berjalan. Tetapi sebelum itu hendaklah engkau ketahui bahawa hidayah itu adalah buah daripada ilmu dan bagi hidayah itu ada " bidayah" ( permulaan ) dan ada pula nidayah ( kesudahan ) dan ada zahir dan ada pula batinnya,dan engkau tidak akan sampai kepada nihayatul hidayah dan engkau tidak akan menyelami batin hidayah kecuali setelah engkau selesai daripada menyempurnakan segala urusan yang berkenaan dengan "zahir hidayah" itu.

Di dalam kitab ini akan disebut " Bidayatul Hidayah " ( permulaan jalan menuju hidayah ) supaya engkau cuba mengamalkannya pada dirimu dan supaya engkau dapat menguji hatimu. Seandainya engkau dapati hatimu cenderung kepadanya dan nafsumu mahu mengikuti arahannya dan dia dapat memberikan perhatian yang sewajarnya,maka nanti engkau akan sampai kepada " nihayatul hidayah " hingga engkau mampu mengharungi lautan ilmu yang luas itu. Tetapi jika engkau mendapati hatimu tidak memberi perhatian kepadanya dan nafsumu suka berlambat lambat dalam melaksanakan perintah-Nya maka ketahuilah bahawa kecendurunganmu dalam menuntut ilmu sebenarnya hanya tunduk kepada perintah syaitan yang terkutuk yang mahu menipu engkau dengan bermacam macam tipu helah. Sehingga engkau akan terjerumus kedalam jurang kecelakaan.

Syaitan sebenarnya bermaksud supaya engkau melakukan kejahatan pada hal engkau mengira bahawa engkau telah berbuat kebaikan,maka engkau dengan syaitan itu telah berjaya memperdayakan engkau dan ia telaj berjaya mengumpulkan engkau bersama-sama dengan golongan yang disebutkan di dalam ayat yang berbunyi : 

Katakanlah (wahai Muhammad): "Mahukah Kami khabarkan kepada kamu akan orang-orang yang paling rugi amal-amal perbuatannya? .(Iaitu) orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan"......................​..AL-KAHFI : 103 ~ 104.

Ketika itu syaitan sangat pandai mengajar engkau akan kelebihan ilmu dan darjat para ulama dan ia mengajar engkau beberapa kelebihan mencari ilmu yang telah disebut didalam hadis dan juga perkataan para ulama,sedangkan syaitan dengan sengaja melupakan engkau daripada seumpama sabda Nabi s.a.w. : 

" Siapa yang bertambah ilmunya sedangkan hidayahnya ( amalannya ) tidak bertambah,maka ia hanya jauh daripada rahmat Allah."
(...hadis riwayat : Abu Mansor Ad Dilami dalam Musnad Al-Firdausi dengan sanad yang dhaif....)

Dan syaitan juga melupakan engkau daripada sabda Nabi s.a.w : 

" Orang yang paling dashat siksaannya pada hari kiamat nanti ialah orang yang alim yang tidak memberi manfaat akan dia oleh Allah dengan ilmunya."......HR : At Tabrani fil Soghir daripada Abu Hurairah.

.Rasulullah s.a.w selalu berdoa : " Ya Allah aku berlindung dengan engkau daripadfa ilmu yang tidak memberi manfaat dan daripada hati yang tidak khusyuk dan daripada amalan yang tidak diangkat dan daripada doa yang tidak didengar ( tidak dimakbulkan )."

Dan syaitan juga melupakan engkau daripada sabda Rasulullah s.a.w. 

" Aku melalui pada malam aku diisrakkan dengan kaum yang dipotong lidah mereka dengan gunting daripada api. Maka aku bertanya : siapakah kamu ini ? mereka menjawab : Kami adalah orang yang menyuruh orang lain berbuat kebaikan tetapi kami tidak melakukannya dan kami suka melarang orang lain meninggalkan kejahatan tetapi kami mengerjakannya.".....HR IBNU MAJAH.

Maka berhati hatilah engkau wahai saudaraku daripada tipu muslihat syaitan dan jangan engkau tunduk kepada tipuannya. Syaitan sangat pandai memerangkap engkau ( dengan menyetujui mencari ilmu ) pada hal sebenarnya ia telah memperdayakan engkau ( dengan memesongkan niatmu ) maka celaka bagi si jahil sekali kerana ia tidak mahu belajar dan celaka bagi si alim seribu kali celaka apabila ia tidak mengamalkan ilmunya.

Dan ketahuilah bahawa manusia di dalam menuntut ilmu ini terbahagi kepada 3 keadaan :
> Pertama : Orang yang mencari ilmu untuk menjadikannya sebagai bekalan ke negeri akhirat maka dia tidak berniat dengan mencari ilmu kecuali hanya mendapat keredhaan Allah dan negeri akhirat. Maka orang ini termasuk didalam golongan beruntung.

>Kedua : Orang yang mencari ilmu untuk mendapatkan keuntungan segera dunia dan mendapatkan kemuliaan,pangkat dan harta benda,sedangkan dia sendiri menyedari akan hal itu dan merasakan didalam hatinya akan kejahatan keadaan yang sedang dialaminya dan kehinaan maksudnya.Maka orang ini berada didalam keadaan berbahaya.Jikalau dia mati dalam keadaan belum sempat bertaubat maka dibimbangi ia mati dalam keadaan su-ul khatimah kemudia urasannya terserah kepada Allah.Tetapi kalau dia mendapat taufiq sebelum kematiannya lalu dia bertaubat dan sempat mengamalkan ilmunya dan sempat pula membuat pembetulan terhadap apa yang tercedera dan tercuai.Maka bolehlah dia dikumpulkannya bersama golongan yang beruntung,kerana orang yang bertaubat daripada dosanya sama seperti orang yang tidak berdosa.

 >Ketiga : Orang yang telah dikuasai oleh syaitan maka ia menjadikan ilmunya itu sebagai alat untuk menghimpunkan harta benda dan bermegah megah dengan kedudukkan dan merasa bangga dengan ramainya pengikut. Dia menggunakan ilmu yang dituntut itu untuk mencapai segala hajatnya dan untuk mengaut keuntungan dunia.Walaupun demikian dia masih lagi terpedaya dengan sangkaannya bahawa dia mempunyai kedudukan yang tinggi di sisi Allah kerana dia masih lagi pada zahirnya menyerupai para ulama. Dia bercakap seperti percakapan ulama dan berpakaian seperti pakaian ulama,pada hal zahir dan batinnya penuh dengan tamak haloba dalam menghimpunkan kekayaan dunia.Orang seperti ini termasuk dalam golongan orang yang binasa,jahil dan tertipu dengan helah syaitan dan sangat tipis harapan untuk ia bertaubat kepada Allah kerana dia telah menyangka bahawa dirinya termasuk didalam golongan orang yang baik baik.

" Wahai orang orang yang beriman , kenapa kamu memperkatakan barang yang tidak kamu amalkan ? "......................surah Al-Shaf : 2.

Dan orang ini sebenarnya termasuk dalam golongan yang dimaksudkan oleh Rasulullah s.a.w dalam sabdanya : 

"Selain daripada Dajjal ada satu lagi perkara yang sangat aku bimbangkan lebih daripada Dajjal. " Lalu ada orang bertanya : " Apakah itu wahai Rasulullah ?" Nabi s.a.w menjawab : " Mereka ialah Ulama Su' yakni ulama yang jahat."

Dajjal itu tujuannya sudah jelas untuk menyesatkan manusia,tetapi Ulama Su' ini walaupun lidahnya pandai memalingkan orang lain daripada cinta dunia,namun amal dan perbuatan mereka mengajak orang lain membuat kejahatan kerana amalan seseorang itu lebih lebih berkesan daripada percakapan.Dan orang ramai lebih mudah tertarik dengan perbuatan Ulama ini tadi daripada perkataan mereka.

Maka para penuntut-maka jadikanlah dirimu bersama dengan golongan yang pertama dan hati-hatilah supaya engkau tidak termasuk didalam golongan yang kedua kerana banyak sekali orang yang lalai yang telah diragut oleh kematian sebelum dia sempat bertaubat lalu rugilah dia.Dan janganlah sekali engkau termasuk kedalam golongan yang ke-3 maka engkau akan terjerumus kedalam jurang kebinasaan yang tidak diharapkan dapat diselamatkan atau diperbaiki lagi.

Maka ketahuilah bahawa permulaan jalan hidayah itu ialah " takwa yang zahir" dan " nihayatul hidayah" itu ialah "takwa yang batin" dan syurga itu tidak akan dicapai kecuali takwa. Dan tidak ada petunjuk kecuali bagi orang yang menyediakan dirinya untuk bertakwa. Dan takwa itu terbahgi kepada 2 :
1 . Menjunjung segala perintah Allah ( melaksanakan ketaatan )
2 . Menjauhi segala larangan Allah ( meninggalkan kemaksiatan ).

Kitab Bidayatul Hidayah

Warga Emas Mati Dalam Rumah Penuh Sampah


Warga Emas Mati Dalam Rumah Penuh Sampah : Seorang warga emas ditemui mati dirumahnya yang dipenuhi sampah sarap setimggi siling rumah.
  
SINGAPURA – Seorang lelaki Singapura berusia 76 tahun ditemui mati di dalam flatnya yang penuh dengan timbunan sampah sarap sehingga ke siling, menurut satu laporan semalam.

Akhbar Straits Times melaporkan, lelaki berkenaan yang tinggal bersendirian gemar menyelongkar tong-tong sampah sejak sedekad lalu.


Pasukan kecemasan dilaporkan mengambil masa hampir sejam untuk membuka pintu flat berkenaan yang berkunci pada Isnin lalu selepas beberapa jirannya mengadu mereka terhidu bau busuk dari kediaman tersebut.

Menurut laporan tersebut, petugas-petugas kecemasan mengambil masa hampir sejam lagi untuk mencari mayat warga emas yang berada di celah timbunan sampah sarap di flat empat bilik itu.

Dalam perkembangan berkaitan, polis mengesahkan semalam mereka menemui mayat seorang lelaki berusia dalam lingkungan 70-an di dalam sebuah flat perumahan awam.Menurut polis, pihaknya menyiasat kes tersebut sebagai kematian luar biasa.

Seorang jiran mangsa pula memberitahu Straits Times bahawa tabiat lelaki itu menyelongkar tong sampah bermula selepas isteri dan anak perempuannya berpindah keluar dari flat berkenaan sekitar 10 tahun lalu.

Lelaki berkenaan akan menyelongkar tong-tong sampah sekitar kawasan kediamannya dan memasukkan barangan yang dikutip ke dalam beberapa beg plastik di flatnya.

“Apabila saya tanya apa yang terdapat di dalam beg-beg itu, dia menyatakan, harta karun,” ujar jiran tersebut.

Menurut jirannya, flat lelaki itu tidak mempunyai bekalan air dan elektrik manakala pintu depannya dipasang dengan beberapa mangga kunci.

Singapura memiliki populasi warga emas yang tinggi dengan semakin ramai orang tua tinggal bersendirian.

Menurut beberapa pegawai, sekitar 20 peratus rakyat Singapura akan berusia 65 tahun atau lebih tua menjelang 2030

Lima Kanak-Kanak Bergilir Rogol Budak Perempuan 6 Tahun




Kejadian ini berlaku ketika 5 anak itu bermain di pekarangan rumah mereka yang berdekatan di Hutabalang. Seorang anak yang diketahui baru menonton film blue, lalu memanggil Dona, demikian nama samaran yang digunakan menutupi aib kanak-kanak perempuan malang itu. Ketika dipanggil untuk diajak bermain, Dona sedang mengayun adiknya:

Dia dibawa ke sebuah pondok dekat rumahnya. Di situlah 5 kanak-kanak itu menggiliri merogol tubuh Dona. Dona yang masih mentah itu hanya diam saja ketika diperlakukan begitu, “Ternyata ada saksi yang melihat kejadian itu,” terang Kamdani, “Saksi masih anak-anak juga. Dia kemudian menceritakan (yang dilihatnya) itu kepada orangtuanya. Khabar itu lalu sampai kepada orangtua mangsa.”

“Dari hasil pemeriksaan” sambungnya, “memang ada luka akibat benda tumpul pada kemaluan mangsa. Pengakuan para pelaku, salah satu dari mereka ternyata mengaku pernah menonton film porno. Kenapa boleh terjadi perkara sebegini, mungkin pengawasan yang kurang daripada ibu bapa yang patut dipersalahkan. Yang hairan macam mana kanak-kanak kecil ini dapat cerita porno tu.

Suap Pasir Dalam Mulut – Kanak-Kanak Didera Kejam Ibu Tiri


Kanak-Kanak Didera Kejam Ibu Tiri : Dua beradik didera dengan kejam oleh ibu tiri mereka termasuk disuap pasir kedalam mulut.



KOTA TINGGI: Kepala disumbat dalam lubang tandas sebelum dipam, disuap nasi panas serta pasir antara deraan ibu tiri yang diterima dua beradik berumur tujuh dan 11 tahun di rumah mereka di sekitar bandar ini sejak Februari lalu.

Punggung serta tubuh dua kanak-kanak itu turut dipukul menggunakan penyangkut baju tanpa mengira masa oleh wanita berusia 30-an yang berkahwin dengan bapa mereka berumur 30-an penghujung tahun lalu.

Sepanjang dua minggu lalu, penderaan terhadap dua beradik itu dikatakan lebih teruk menyebabkan mangsa yang berumur 11 tahun sudah tiga kali melarikan diri dari rumah akibat tidak tahan diperlakukan sedemikian tetapi akibatnya, adiknya menjadi mangsa deraan lebih teruk.

Ibu mereka dikatakan melarikan diri meninggalkan kanak-kanak itu dalam jagaan suaminya yang tiada kerja dan kini bekerja sambilan di sebuah ladang kelapa sawit di sekitar daerah Kota Tinggi.



Penderaan kedua-dua beradik itu terbongkar semalam, ketika mangsa yang berumur tujuh tahun datang ke sekolah pagi semalam dalam keadaan murung.
OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”