Thursday, 27 February 2014
Punca anak pemangku Sultan Terengganu maut kemalangan
Punca anak pemangku Sultan Terengganu maut kemalangan - Anak kepada bekas pemangku Sultan Terengganu, Datuk Syed Omar Abdul Kadir al-Idrus maut selepas kereta yang dinaiki bersama rakannya terbabit dalam kemalangan ngeri di Kilometer 240 Lebuhraya Pantai Timur (LPT), menghala ke Jabor, Terengganu.
Dalam kejadian kira-kira jam 12.20 tengahari tadi itu, mangsa, Syed Mohd. Hafizuddin Syed Omar, 41, maut selepas tercampak beberapa meter, manakala rakannya yang memandu kereta berkenaan, Kamal Rahaidi Abd. Halim, 41, cedera.
Mengikut siasatan awal pihak polis, kemalangan itu dipercayai berpunca daripada keadaan jalan yang licin akibat hujan sehingga menyebabkan kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Audi yang dinaiki mereka hilang kawalan sebelum terbabas dan merempuh kawasan berbukit berhampiran susur keluar Kuantan.
sumber
3 Kelebihan Untuk Lelaki Yang Menyimpan Janggut
3 Kelebihan Untuk Lelaki Yang Menyimpan Janggut
Bukan saya yang cakap, malah pakar sains yang cakap. Menurut sebuah kajian, Evolusi dan Perangai Manusia, wanita rasakan lelaki berjanggut jauh lebih kacak berbanding lelaki berwajah bersih.
Ada juga benarnya. Lelaki kacak pada pendapat kami (George Clooney, David Beckham, Khairy Jamaluddin) semuanya berjanggut.
Lelaki berjanggut lebih sihat
Siapa boleh persoalkan penemuan sains? Bukan sahaja lebih kacak, malah lelaki berjanggut juga jauh lebih sihat. Menurut kajian University of Southern Queensland, lelaki berjanggut dilindungi daripada sinar UV, melambatkan proses penuaan dan mengurangkan risiko barah kulit. Hm, mungkin ini sebab mengapa bapa saya tiada kedutan di wajah beliau.
Lelaki berjanggut nampak lebih macho
Anda nak ke berpacaran dengan lelaki yang macam perempuan?
Dengan itu, sokonglah usaha kaum lelaki. Biarkan mereka simpan janggut. :-)
Sumber:
WHATGAPO??
Status lucah gadis bertudung di FB semua nak burit saya betul ke bohong
Terkejut juga melihatkan status seorang gadis di akauan Facebook yang menulis 'kawan2 saya semua nak burit saya..betul ke bohong?'.
Nak dikatakan akaun palsu, rakannya sudah mencecah 5000 orang. Yang followernya pulak hampir 2500 orang.
Jika benar status tersebut dibuat oleh gadis tersebut, makin hancurlah moral remaja pada masa kini. Walaupun bertudung, belum boleh menjamin kehebatan akhlak seseorang.
Akaun tersebut masih lagi aktif dan status tersebut baru sahaja ditulis pada 26 Februari 2014..
Aliff Aziz: Dia Bukan Kekasih Saya!
Baru baru ini, tersebar beberapa keping gambar mesra antara Aliff Aziz dan seorang gadis di beberapa portal hiburan popular sekaligus menimbulkan spekulasi yang penyanyi itu kini sudah menemui calon teman hidupnya — selepas kegagalan cinta lalu. Ewah.
Dalam kenyataan kepada portal Murai, Aliff Aziz telah menafikan beliau mempunyai apa apa hubungan istimewa dengan gadis itu dan mendakwa semua gambar yang tersebar diambil ketika sambutan ulangtahun kelahiran beliau.
“Sebenarnya saya lebih lama mengenali ibu bapanya kerana sebelum ini ibunya pernah memanggil saya untuk mengadakan private show bagi sesebuah organisasi dan sudah banyak kali juga kami bekerjasama sebelum ini”
“Saya baru berkenalan dengan anaknya yang bernama Shazleen itu sejak 2 bulan lalu, Pada saya hubungan kami lebih kepada kekeluargaan. Saya hormat dia dengan keluarga”
“Saya tidak tahu bagaimana foto itu tersebar tetapi apa yang pasti bukan kami berdua sahaja yang ada ketika itu. Ramai yang sambut hari jadi saya ketika itu, malah foto itu juga diambil oleh ibunya,” jelas Aliff Aziz lagi.
Aliff Aziz juga berkata yang beliau kini tidak mempunyai teman wanita namun tidak menolak yang Shazleen merupakan antara wanita yang rapat dengan dirinya ketika ini.
Dalam perkembangan yang sama (kami rasa), ibu kepada Shazleen khabarnya berang dengan tindakan portal hiburan yang menyebarkan gambar anaknya demi mengaut keuntungan. Namun memberi kenyataan yang mereka sedang bercinta. Atau bukan?
Tan Sri Michelle Yeoh Hiasi Edisi Pertama Elle Malaysia Di Usia 50 Tahun
Seiring dengan identiti Tan Sri Michelle Yeoh yang segar dan berdikari, Elle Malaysia telah membuat keputusan yang tepat apabila menampilkan selebriti Hollywood kelahiran Malaysia itu sebagai cover girl pertama mereka.
Dalam temubual eksklusif untuk edisi pertama itu, aktress yang masih tampak anggun walaupun sudah berusia 50 tahun ini telah berkongsi tentang kepentingan wanita di Malaysia untuk menjadi individu yang berjaya dan berpengaruh.
Edisi pertama Elle Malaysia
Menggayakan koleksi busana terbaru daripada Christian Dior Spring/Summer 2014, beliau juga telah dibawa terbang ke ibu kota fesyen, Paris untuk menjalani sesi penggambaran.
Sementara itu, majlis pelancaran majalah berkenaan telah dilangsungkan dengan meriah di Zebra Square dan turut dihadiri oleh ramai selebriti popular, pereka fesyen dan sosialis terkemuka. Antaranya ialah Ning Baizura, Awal Ashaari, Sazzy Falak dan Nurul Depp.
Elle Malaysia edisi pertama ini mempunyai 308 halaman yang merangkumi kolum kecantikan, fesyen, budaya dan gaya hidup. Malah, kini ia juga telah diwujudkan dalam bentuk atas talian dan aplikasi percuma My Elle yang boleh dilayari menerusi iOS dan android.
Aeril & Wawa Sambut Ulangtahun Perkahwinan Kedua
Jika anda masih ingat, 2013 merupakan tahun yang agak mencabar buat pasangan selebriti, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal apabila berita mereka bernikah sebanyak dua kali terbongkar sekaligus memaksa kedua-duanya menjelaskan status perkahwinan yang dilangsungkan secara rahsia itu.
Selepas mengaku telah berkahwin, kehidupan mereka kembali tenang dan pasangan itu kini dilihat bersikap lebih terbuka mengenai kehidupan yang baru dibina bersama anak sulung, Ahmad Fakharuddin Attar.
Selain semakin aktif memuat naik gambar putera kesayangan mereka, Aeril dan Wawa juga tidak kekok untuk berkongsi foto-foto mereka berdua yang sememangnya dinanti-nantikan oleh peminat.
Attar lebih mirip Aeril atau Wawa?
Dan semalam, Aeril menerusi laman Instagram miliknya telah memuat naik sekeping gambar bersama isteri tercinta yang kelihatan romantis bertentangan mata sambil menikmati makanan.
Menerusi foto tersebut, Aeril mengucapkan selamat ke atas ulangtahun kedua perkahwinan mereka dan berterima kasih kepada Wawa kerana menjadi teman, isteri, dan ibu yang menawan.
Dalam diam sudah dua tahun Aeril dan Wawa berkahwin. Tahniah!
Pastinya sambutan ulangtahun pada tahun ini lebih menggembirakan apabila mereka tidak perlu lagi berselindung mengenai hubungan halal yang terjalin.
Buat semua pembaca OHBULAN!, mari lihat kebahagiaan keluarga Aeril dan Wawa di bawah ini. Apa yang pasti, anak mereka semakin comel bila sudah besar.
Cedera Di Kepala Dan Muka, Nad Zainal Masuk Hospital
Baru-baru ini, kami mendapat berita tentang seorang pelakon comel yang kian meningkat naik terlantar dihospital akibat kecederaan serius.
Terkejut kami apabila mengetahui pelakon tersebut adalah Nad Zainal, dan khabarnya, Nad sedang terlantar di hospital akibat kecederaan dikepala dan muka.
Melalui foto-foto diterima, terbit rasa kasihan apabila melihat kecederaan diwajah comel itu kelihatan seperti tidak bermaya.
Namun, peminat-peminat Nad Zainal tak perlu risau, keadaan Nad baik-baik saja dan sebenarnya gambar tersebut diambil dari laman instagram milik Nad Zainal sendiri.
Ia merupakan salah satu babak lakonan Nad dalam sebuah cerekarama yang berjudul ‘Penantian’ dan bakal ditayangkan di TV3 tak lama lagi yang turut dibintangi oleh Dazrin Kamarudin dan Aida Aris.
Nampaknya, rezeki pelakon comel ini semakin murah sejak kebelakangan ini. Maklum sajalah filem terbaru yang dibintangi oleh gadis ini turut meletup-letup di panggung.
Apa-apa pun jom kita lihat gambar Nad zainal yang ‘cedera’ ini.
Respon Pada Fauzi, Sharnaaz Buat Pemeriksaan Otak (MRI) – Sindiran Paling Epik!
Masih belum habis lagi kisah perbalahan antara Sharnaaz, Lisdawati dan Fauzi Nawawi sehingga ke hari ini memandangkan kedua-dua belah pihak enggan meminta maaf dan saling menuding jari antara satu sama lain.
Namun di sebalik ketegangan itu, Sharnaaz masih lagi mampu membuat lawak dan menyindir pihak lagi satu dengan membuat pemeriksaan otak seperti yang disuruh Fauzi.
Menerusi kenyataan Fauzi yang berang isterinya ditengking sebelum ini, dia menyarankan Sharnaaz mendapatkan rawatan kerana bimbang pelakon kacak itu menghidap masalah mental.
Barangkali rasa tercabar dengan dakwaan tersebut, Sharnaaz telah berkongsi sekeping foto dirinya sedang tersenyum memegang imbasan otak sambil menunjukkan isyarat bagus.
Saya dah buat MRI MRA… Scan otak pun dah… Di kawal rapi oleh Dr @sherrini dari PPUM… Saya lulus, otak saya sihat dan jugak hensem otak saya hehe.. Anda bagaimana??? Sudah check? #halussssss
Menerusi foto dan caption sebegitu, nampaknya lebih ramai peminat Sharnaaz yang menyokong tindakannya lebih-lebih lagi selepas mendengar penjelasan pelakon tersebut semalam.
Tambahan pula, Sharnaaz juga kelihatan sudah bersedia untuk menyaman Lisdawati dan Fauzi selepas tawarannya untuk menerima permohonan maaf daripada mereka tidak diendahkan pasangan itu.
Kenapa dengki saya tutup aurat - Felixia Yeap
Anda kenal Felixia Yeap ? Tidak kenal ke hehe. Tidak mengapa Jom baca laporan mengenainya :
Bekas model, Felixia Yeap mempersoalkan kenapa masih terdapat segelintir masyarakat yang dengki dan sakit hati dengan tindakannya menutup aurat.
Padahal ujarnya, beliau hanya menutup aurat sepertimana kebanyakan Muslimah sejati yang lain, tanpa mempunyai niat yang tidak baik.
"Kepada yang dengki atau benci sangat bila saya bertudung dan bertekad untuk menutup aurat seperti seorang Muslimah tanpa niat lain selain daripada mahu menutup aurat saya...
"...adakah anda akan rasa lebih gembira kalau saya tanggalkan tudung saya dan berpakaian seperti dahulu?
"Pernah tak memikirkan perasaan seseorang wanita yang disuruh tanggalkan bajunya atau hijabnya? Ianya tiada berbeza daripada mencabuli kehormatannya.
"Begitu kejam sekali nak buat pada saya? Apa salah saya?," katanya yang dipetik menerusi lama Facebooknya, semalam.
Perkongsian Yeap itu, telah menarik pelayar Facebook untuk menyokong dan memberi semangat kepada beliau.
Menurut Abdul Nizam Khalid, ramai yang tahu bahawa menutup aurat adalah hukum wajib dalam Islam tapi hakikatnya menutup aurat adalah naluri yang fitrah bagi seorang wanita.
"Ini antara sebabnya bukan Muslim juga turut mengenakan hijab di seluruh dunia. Teruskan, anda berada di landasan yang betul," tulisnya.
Sementara Nazilah Zainal pula menyarankan agar Yeap mengabaikan kata-kata nista tersebut dan menjadi diri sendiri.
"Sayang jangan dengar cakap orang ya.. Hanya kamu tahu apa yang kamu buat. Diri kamu, bukan diri mereka. Jaga diri, semoga selalu menjaga kehormatan... Bangga dengan kamu!," tulisnya.
Ini bukan kali pertama Yeap dikritik ekoran tindakannya berhijab.
Pada awal kemunculannya mengenakan tutup kepala, ramai Muslim mengganggapnya sebagai "tidak menghormati" wanita Islam yang memakai hijab.
Mereka berkata, sebelum memakai hijab, Yeap sepatutnya membuang semua gambarnya berpakaian Playboy Bunny dan lain-lain yang mendedahkan dan seksi.
Hampir 148,000 peminat di Facebook dan blog mengkritik tindakannya dan menyifatkannya sebagai sebuah "aksi publisiti" untuk mendapat lebih populariti dan kemasyhuran.
Ada juga yang meninggalkan laman media sosial Yeap selepas beliau berhijab.
SEBARKAN! Pekerja Petronas Warga Bangladesh Dedah Taktik Penipuan Cashier Di Kaunter
Salam, cuma nak kongsikan pengalaman saya mengisi minyak di stesen minyak Petronas Jalan *******, ******.
Pada jam 6.45 petang, saya berhajat mengisi minyak kereta di situ selepas selesai servis kereta untuk balik kampung. (servis kereta RM500 terbang...)
Selepas parking di pam, saya pergilah buat pembayaran kat cashier. Pada masa itu ada dua orang cashier perempuan. Seorang berkulit cerah dan seorang lagi berkulit agak gelap sedikit. Saya nak isi minyak RM60, jadi saya hulurlah sekeping RM50 dan sekeping RM10 pada cashier yang berkulit gelap sedikit tersebut.
Kemudian, datang seorang pekerja Bangladesh pakai kopiah tolong pam minyak kat kereta saya. Sambil tunggu minyak siap di pam, saya duduk tepi kereta tengok meter pam itu naik dan tiba-tiba berhenti di jumlah RM50. Saya hairan, terus tanya pekerja Bangladesh itu kenapa RM50 je.
Lelaki Bangladesh itu tanya, "abang bagi kat cashier yang mana?". Terus saya tunjuklah cashier perempuan yang berkulit gelap sikit itu tadi.
"Owh, itu perempuan tara guna punya melayu. Suka curi duit orang. Orang bagi RM30, dia tekan RM20 dan lagi RM10 dia sapu kalau driver tak perasan.
"Hari-hari banyak kali jadi ini macam abang. Ada customer perasan salah nombor macam abang, terus bagitau. Kalau jenis yang tak perasan, duduk dalam kereta, siap pam dan terus pergi, duit itu masuk dia punya poketlah.
"Saya pun islam, tapi saya tak suka makan duit orang. 1 sen pun itu duit orang tapi ini perempuan melayu la, kata islam tapi selalu makan duit orang.
Terkedu.. saya terus bertanya, "tak ada orang report ke kat bos you ke?"
Jawabnya, "bos ada di lagi 1 stesen pam. Sini jarang-jarang bos datang. Susah orang mau report. Ramai yang marah-marah, tetapi lepas dia masuk semula yang tak cukup itu, driver tu diam saja"
Selepas mendengar cerita lelaki itu, saya terus pergi ke cashier semula dan memaklumkan pada dia pam minyak tak cukup RM10 .
Perempuan itu dengan selambanya, "Sorry silap tekan".
Jika melihat pada gaya dan lenggok dia bercakap, saya perasan yang dia pada awal sememangnya tahu yang saya bagi RM60. Tetapi dia masih nak cilok duit saya RM10 kalau saya tak perasan.
"Dah lama buat kerja HARAM macam ni? Bentak ku..
"Sorry bang, saya silap tekan tadi." - jawabnya.
Mujurlah saya perasan, kalau tak, confirm perempuan tu dah curi duit saya. Entah berapa ramai yang telah menjadi mangsa pekerja yang tidak bertanggungjawab ini.
"Nasib baik saya perasan, berapa ramai yang dah jadi mangsa kau?
Aku gertak untuk laporkan kejadian ini pada pihak berkuasa namun terbantut bilamana dia mula meminta maaf.
"Bukan minta maaf kat saya, awak patut minta maaf pada orang yang dah jadi mangsa awak."
Dia terus senyap dan saya terus blah sebab nak mengejar masa, nak ambil anak lagi di rumah pengasuh.
Nasib baiklah saya ni jenis yang duduk tepi kereta tengok meter pam setiap kali isi minyak. Kalau jenis yang suka duduk dalam kereta, sukalah perempuan tu curi duit orang. Entah berapa ramai yang dah jadi mangsa dia.
Jadi, untuk peringatan kepada para pembaca di laman ini, hati-hati bila isi minyak tak kira di mana-mana stesen minyak sekali pun. Pencuri boleh ada di mana-mana.
Pada jam 6.45 petang, saya berhajat mengisi minyak kereta di situ selepas selesai servis kereta untuk balik kampung. (servis kereta RM500 terbang...)
Selepas parking di pam, saya pergilah buat pembayaran kat cashier. Pada masa itu ada dua orang cashier perempuan. Seorang berkulit cerah dan seorang lagi berkulit agak gelap sedikit. Saya nak isi minyak RM60, jadi saya hulurlah sekeping RM50 dan sekeping RM10 pada cashier yang berkulit gelap sedikit tersebut.
Kemudian, datang seorang pekerja Bangladesh pakai kopiah tolong pam minyak kat kereta saya. Sambil tunggu minyak siap di pam, saya duduk tepi kereta tengok meter pam itu naik dan tiba-tiba berhenti di jumlah RM50. Saya hairan, terus tanya pekerja Bangladesh itu kenapa RM50 je.
Lelaki Bangladesh itu tanya, "abang bagi kat cashier yang mana?". Terus saya tunjuklah cashier perempuan yang berkulit gelap sikit itu tadi.
"Owh, itu perempuan tara guna punya melayu. Suka curi duit orang. Orang bagi RM30, dia tekan RM20 dan lagi RM10 dia sapu kalau driver tak perasan.
"Hari-hari banyak kali jadi ini macam abang. Ada customer perasan salah nombor macam abang, terus bagitau. Kalau jenis yang tak perasan, duduk dalam kereta, siap pam dan terus pergi, duit itu masuk dia punya poketlah.
"Saya pun islam, tapi saya tak suka makan duit orang. 1 sen pun itu duit orang tapi ini perempuan melayu la, kata islam tapi selalu makan duit orang.
Terkedu.. saya terus bertanya, "tak ada orang report ke kat bos you ke?"
Jawabnya, "bos ada di lagi 1 stesen pam. Sini jarang-jarang bos datang. Susah orang mau report. Ramai yang marah-marah, tetapi lepas dia masuk semula yang tak cukup itu, driver tu diam saja"
Selepas mendengar cerita lelaki itu, saya terus pergi ke cashier semula dan memaklumkan pada dia pam minyak tak cukup RM10 .
Perempuan itu dengan selambanya, "Sorry silap tekan".
Jika melihat pada gaya dan lenggok dia bercakap, saya perasan yang dia pada awal sememangnya tahu yang saya bagi RM60. Tetapi dia masih nak cilok duit saya RM10 kalau saya tak perasan.
"Dah lama buat kerja HARAM macam ni? Bentak ku..
"Sorry bang, saya silap tekan tadi." - jawabnya.
Mujurlah saya perasan, kalau tak, confirm perempuan tu dah curi duit saya. Entah berapa ramai yang telah menjadi mangsa pekerja yang tidak bertanggungjawab ini.
"Nasib baik saya perasan, berapa ramai yang dah jadi mangsa kau?
Aku gertak untuk laporkan kejadian ini pada pihak berkuasa namun terbantut bilamana dia mula meminta maaf.
"Bukan minta maaf kat saya, awak patut minta maaf pada orang yang dah jadi mangsa awak."
Dia terus senyap dan saya terus blah sebab nak mengejar masa, nak ambil anak lagi di rumah pengasuh.
Nasib baiklah saya ni jenis yang duduk tepi kereta tengok meter pam setiap kali isi minyak. Kalau jenis yang suka duduk dalam kereta, sukalah perempuan tu curi duit orang. Entah berapa ramai yang dah jadi mangsa dia.
Jadi, untuk peringatan kepada para pembaca di laman ini, hati-hati bila isi minyak tak kira di mana-mana stesen minyak sekali pun. Pencuri boleh ada di mana-mana.
Pemandu yang diserang Epileptic Seizure ketika memandu
Pemandu yang diserang Epileptic Seizure ketika memandu yang menyebabkan kemalangan. Mujur kemalangan ini tidak membabitkan kecederaan parah. Diingatkan jika ada ahli keluarga pengidap epilepsy, jangan biarkan mereka memandu sendirian kerana epilepsy boleh menyerang pada bila-bila masa. Peringatan untuk kita semua.
https://www.facebook.com/photo.php?v=221460911379762&set=vb.170804026445451&type=2&theater
Mydin Tarik Balik Seluar Dalam Gambar Masjid !
Gambar seluar dalam kanak-kanak yang mempunyai gambar masjid yang dikeluarkan Thunder Storm Sdn Bhd dan dipasarkan di pasaraya besar Mydin mendapat kecaman pelbagai pihak setelah dimuat naik di Facebook.
Gambar di atas yang dikongsikan di laman Facebook Saya Anak Melaka yang dianggap ramai pengguna Mydin tidak peka dengan produk tersebut. Setelah dimaklumkan pihak Mydin bertindak segera mengeluarkan produk ini daripada rak pasaraya mereka.
Thunder Storm Sdn Bhd, turut meminta maaf kepada umum dan membuat penjelasan seperti di bawah.Diharap mereka lebih berhati-hati selepas ini.
Dinoda bekas tunang dalam kereta di Port Dickson
Seremban: Angkara memutuskan pertunangan kerana tidak tahan sering dipukul, seorang pekerja kilang berusia 24 tahun dirogol bekas tunangnya di dalam kereta dalam satu kejadian di Jalan Seremban-Tampin, di sini, Ahad lalu.
Tidak cukup dengan itu, wanita berkenaan juga dikatakan turut ditumbuk di muka kiri apabila suspek lingkungan 20-an berang tindakan mangsa memutuskan hubungan mereka beberapa minggu lalu.
Sumber polis berkata, sebelum kejadian jam 9.15 malam itu, mangsa dihubungi bekas tunangnya jam 1 petang untuk keluar bersama, namun ditolak wanita terbabit.
Katanya, berikutan itu, suspek membuat ugutan bunuh terhadap mangsa menyebabkannya ketakutan sebelum mengikut kehendak lelaki itu.
Menurutnya, suspek kemudian mengambil wanita itu di rumahnya di daerah ini jam 5.30 petang dengan menaiki kereta ke suatu lokasi yang tidak dimaklumkan.
“Pada jam 7 malam, kedua-dua mereka tiba di Port Dickson sebelum mangsa cuba mendapatkan penjelasan bekas tunangnya punca mereka ke kawasan itu sebelum berlaku pertengkaran menyebabkan suspek mahu mendapatkan penjelasan mengenai hubungan mereka menyebabkan mangsa diam,” katanya.
Sumber berkata, mangsa yang berang cuba turun daripada kenderaan bagi menghubungi abang angkatnya, tetapi dihalang suspek.
“Suspek kemudian merampas telefon bimbit mangsa sebelum melepaskan satu tumbukan tepat di bahagian muka kiri menyebabkan mangsa cedera dalam mulut,” katanya.
Menurutnya, mangsa memaksa suspek menghantarnya pulang ke rumah.
“Setibanya di tepi jalan di Jalan Seremban-Tampin, dekat sini, kira-kira jam 9.15 malam, suspek bertindak luar dugaan apabila memberhentikan kenderaan dan menolak wanita itu ke tempat duduk belakang.
“Lelaki itu bertindak membuka pakaian mangsa sebelum merogol bekas tunangnya sebelum menghantarnya pulang ke rumah,” katanya.
Kata sumber, punca pasangan itu putus tunang disebabkan sikap suspek yang cemburu dan memukul wanita itu sejak mereka bertunang tahun lalu.
Mangsa membuat laporan di Balai Polis Senawang pada malam kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 376, Kanun Keseksaan kerana merogol.
Tidak cukup dengan itu, wanita berkenaan juga dikatakan turut ditumbuk di muka kiri apabila suspek lingkungan 20-an berang tindakan mangsa memutuskan hubungan mereka beberapa minggu lalu.
Sumber polis berkata, sebelum kejadian jam 9.15 malam itu, mangsa dihubungi bekas tunangnya jam 1 petang untuk keluar bersama, namun ditolak wanita terbabit.
Katanya, berikutan itu, suspek membuat ugutan bunuh terhadap mangsa menyebabkannya ketakutan sebelum mengikut kehendak lelaki itu.
Menurutnya, suspek kemudian mengambil wanita itu di rumahnya di daerah ini jam 5.30 petang dengan menaiki kereta ke suatu lokasi yang tidak dimaklumkan.
“Pada jam 7 malam, kedua-dua mereka tiba di Port Dickson sebelum mangsa cuba mendapatkan penjelasan bekas tunangnya punca mereka ke kawasan itu sebelum berlaku pertengkaran menyebabkan suspek mahu mendapatkan penjelasan mengenai hubungan mereka menyebabkan mangsa diam,” katanya.
Sumber berkata, mangsa yang berang cuba turun daripada kenderaan bagi menghubungi abang angkatnya, tetapi dihalang suspek.
“Suspek kemudian merampas telefon bimbit mangsa sebelum melepaskan satu tumbukan tepat di bahagian muka kiri menyebabkan mangsa cedera dalam mulut,” katanya.
Menurutnya, mangsa memaksa suspek menghantarnya pulang ke rumah.
“Setibanya di tepi jalan di Jalan Seremban-Tampin, dekat sini, kira-kira jam 9.15 malam, suspek bertindak luar dugaan apabila memberhentikan kenderaan dan menolak wanita itu ke tempat duduk belakang.
“Lelaki itu bertindak membuka pakaian mangsa sebelum merogol bekas tunangnya sebelum menghantarnya pulang ke rumah,” katanya.
Kata sumber, punca pasangan itu putus tunang disebabkan sikap suspek yang cemburu dan memukul wanita itu sejak mereka bertunang tahun lalu.
Mangsa membuat laporan di Balai Polis Senawang pada malam kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 376, Kanun Keseksaan kerana merogol.
Adidas Tarik Balik Kemeja-T Berunsur Seks!
Jenama sukan terkenal, Adidas terpaksa menghentikan penjualan kemeja-t sempena Piala Dunia kerana ia seolah-olah mempromosikan industri seks di negara berkenaan.
Salah satu daripada kemeja t itu memaparkan slogan `Lookin’ to Score dengan memaparkan gambar wanita memakai bikini di depan pantai Rio de Jeneiro dan perkataan Brazil.
Adidas mengarahkan penarikan penjualan kemeja t itu selepas beberapa jam lembaga pelancongan Brazil mengeluarkan kenyataan mengecam perkara berkenaan.
Adidas yang juga penaja Piala Dunia dan pembekal bola rasmi kejohanan berprestij itu dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa kemeja t itu adalah edisi terhad dan hanya boleh diperolehi di Amerika Syarikat.
“Kami sentiasa memberikan perhatian terhadap pandangan daripada pengguna dan rakan kongsi. Justeru Adidas mengumumkan ia tidak akan menjual kembali produk tersebut,’’ kata syarikat berkenaan.
Sementara itu, Presiden Brazil, Dilma Rousseff, dalam twitternya memberitahu bahawa negara itu akan melakukan sebaik mungkin untuk menghalang perkembangan industri seks sepanjang kejohanan Piala Dunia.
“Brazil mengalu-alukan pelancong sempena Piala Dunia ini dan kami juga bersedia membendung pelancongan seks,’’ katanya.
Piala Dunia itu diadakan mulai 12 Jun hingga 13 Julai ini.
STATUS FACEBOOK PETANDA AJAL
SUNGAI PETANI - "Mungkin esok namaku Arwah. Hari ini aku berpakaian cantik dan mewah, mungkin esok aku akan pakai kain kafan. Hari ini aku berpijak di atas tanah, mungkin esok aku duduk di bawah tanah." "Hari ini aku boleh mandi sendiri, mungkin esok orang lain yang akan memandikan aku. Hari ini aku bahagia bersama orang di sekelilingku, mungkin esok aku akan bersendirian di sana. Andai kata hari ini hari terakhir aku hidup di dunia, ampunkanlah salah dan silap aku sepanjang perkenalan kita. Sekiranya aku pergi, sedekahkanlah al-Fatihah sebagai tanda kau merinduiku.” Demikian bait-bait puisi yang dimaksudkan Norfaezah Budiman, 21, melalui akaun Facebook miliknya yang dikemas kini 10 Februari lalu merupakan petanda seolah-olah mengetahui bahawa dia akan pergi buat selama-lamanya. Status tersebut mendapat reaksi orang ramai setelah Norfaezah meninggal dunia awal pagi semalam ketika membonceng motosikal sebelum dirempuh sebuah kenderaan lain dalam kejadian di Lagenda Heights, Sungai Petani. Ibu mangsa, Sarina Abu Othman, 49, dari Flat Paya Nahu berkata, anak kedua dari enam beradik itu sempat berpesan supaya ibu menjaga bapa selain adik bongsu berusia tujuh tahun sebelum beredar ke rumah sewanya tidak jauh dari situ. “Dia peluk saya, belai dan sandar di badan saya, apabila ditolak, dia kata biarlah dia nak bermanja dan meminta saya jangan ke mana-mana serta menemaninya,” katanya. Sebelum pulang ke rumah sewa, Norfaezah ada memberi RM5 kepadanya dengan berkata, duit berkenaan untuk kegunaan ibunya ke tempat kerja. Sarina berkata, sebelum pulang, dia seolah-olah melihat lambaian Norfaezah kelihatan sayu dan rupa-rupanya itu petanda ajal dia akan pergi buat selama-lamanya. Bagaimanapun, katanya dia terkilan kerana Norfaezah ada meminta supaya dia menghantar makanan tengah hari kepadanya kelmarin ketika sedang bekerja di sebuah kedai telefon bimbit namun tidak dapat berbuat demikian kerana tiada kenderaan. Status Facebook tentang kematian Sementara itu, rakan baik mangsa, Azie Azira Aziz, 18, berkata, sebaik berita kemalangan dimaklumkan kepadanya, dia teringat status kemas kini akaun Facebook milik Norfaezah yang menulis tentang kematian. Katanya, status itu hanya dianggap biasa sehingga menerima berita mengejutkan awal pagi semalam tentang kematian Norfaezah. Dalam kemalangan terbabit, Norfaezah dikatakan membonceng motosikal rakannya, Azwan Shah Ishak, 25, sebelum dirempuh sebuah kenderaan dari arah belakang. Azwan Shah yang mengalami kecederaan parah dirujuk ke Unit Rawatan Rapi Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) sebelum disahkan meninggal dunia kira-kira tujuh jam kemudian. Keluar makan bersama Saksi kejadian, Fhadirul Azmin Mohd Yusof, 22, berkata, dia bersama rakan lain menunggang lima motosikal baru sahaja selesai makan dekat sebuah warung di Stesen Bas Sungai Petani. “Tiba di lokasi kejadian, kami terdengar bunyi kuat dari arah belakang, namun belum sempat berbuat apa-apa, sebuah kenderaan merempuh motosikal menyebabkan Norfaezah terpelanting jauh,” katanya. Menurutnya, dia mengenali kedua-dua mangsa sejak kecil dan cukup rapat selain sering bersama rakan-rakan lain ke mana sahaja. “Kami merancang untuk ke Thailand Khamis ini beramai-ramai, tetapi apabila jadi begini, terpaksa batalkan hasrat tersebut,” katanya.
Mulai 2015, BR1M Khas RM300 + BR1M 4.0 = RM950 Kepada Yang Layak
Mulai tahun depan, kerajaan akan memperkenalkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) khas yang menyaksikan bayaran tambahan RM300 kepada jumlah sedia ada bagi meringankan beban golongan berpendapatan rendah berikutan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada April 2015.
Pemberian wang tambahan itu telah dimuktamadkan semasa Bajet 2014 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Wang sebanyak RM300 ini adalah bantuan khas berikutan pelaksanaan GST," katanya kepada MalaysiaGazette ketika ditemui di pejabatnya di sini hari ini.
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan berkata, ini bermakna jika penerima sekarang menerima RM650, RM450 dan RM250, pada 2015 wang bantuan itu akan meningkat kepada RM950, RM750 dan RM550.
Dalam pada itu, beliau memberitahu, rang undang-undang berhubung akta GST akan dibentangkan di Parlimen pada Mac ini oleh Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Husni Hanadzlah.
"Rang undang-undang itu dijangka didebat dan diharap selesai pada Mac ini supaya Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) juga dapat dimansuhkan menjelang pelaksanaan GST.
Sumber : - MalaysiaGazette
"Pemansuhan SST itu melibat cukai jualan 5.0 peratus dan 10 peratus dan cukai perkhidmatan 6.0 peratus," katanya.
Setakat ini undang-undang berkenaan masih dalam penelitian peringkat akhir oleh Peguam Negara.
Artis Malaysia Yang BerpendidikanTinggi
Untuk melangkah kaki dalam lapangan glamor, bakat tidak disangkal menjadi syarat utama. Tetapi, harus diingat, persediaan diri akan lebih mantap jika dibalut kelulusan tinggi. Malah, jika tidak lagi popular atau bersara, ilmu ditimba mampu membantu hari mendatang.
Walau segelintir artis di Malaysia tidak berpendidikan tinggi tapi tidak semua. Malahan ramai artis yang datang dengan pakej yang lengkap. Berbakat, cantik, hensem, dan berpendidikan tinggi adalah satu bonus bagi mereka. Bila artis perpendidikan tinggi mereka takkan mudah ditipu dan diambil kesempatan oleh golongan tertentu. Malah peminat akan semakin respect pada artis yang berpendidikan tinggi ini.
Berikut senarai artis Malaysia yang memiliki pendidikan tinggi:
1. Adi Putra
~Diploma Kejuruteraan Penerbangan, Institut Pendidikan Teknikal Singapura
2..Azhar Sulaiman
~Diploma Senibina dari UiTM
~Ijazah Sarjana dalam bidang Senibina dari University of Newcastle Upon Tyne di UK
~Ijazah Senibina/Pengajian Lanjutan dari University of Kingston Upon Thames, London
~Professional Practice dalam bidang Senibina University of Westminster, London
~Diploma in Business Management dari Sunway College
3. Azlee Khairi
~Beliau adalah bekas graduan Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam jurusan filem
4.Aiman Hakim Ridza
~Association of Chartered Certified Accountants (ACCA) Kolej Sunway
5. Awal Ashaari
~Diploma Komunikasi dan Media dari UiTM
~Ijazah Filem dan Televisyen dari Universiti Lim Kok Wing
6. Arja Lee @ Azharudin Ramli
~Ijazah Sarjana Muda Seni Halus Lakonan dan Pengarahan dari USM
7. Ahmad Idham
~ Sedang mengambil Ijazah Kedoktoran (PhD) dalam bidang industri di UUM
~ Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Perakaunan dari UiTM
8. Datuk Aznil Hj Nawawi
~ Ijazah Sarjana Ekonomi dari Universiti Malaya.
9. Adibah Noor
~Ijazah TESL dari UKM
10. Ainan Tasneem
~Sedang mengambil jurusan Kejuruteraan Bioproses, Universiti Malaysia Perlis
11. Dafi
~Diploma Profesional, Bunyi & Muzik dari Universiti Limkokwing
12. Dazrin Kamarudin
~Ijazah Sarjana Muda Filem Video & Media dari Western Michigan University
~Ijazah Sarjana Muda Global & Pengajian Antarabangsa dari Western Michigan University
13. Dira Abu Zahar
~Ijazah Sarjana Muda Undang-undang dari UITM
14. Diana Amir
~Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Sumber Manusia dari USM )
15. Datuk Dr Fazley Yaakob
~ Ijazah dalam bidang Pentadbiran dan Perdagangan dari Victoria University of Wellington,
~Sarjana Pentadbiran Perniagaan
~ Sarjana Doktor Falsafah Psikologi
16. Fahrin Ahmad
~Ijazah undang-undang dari UITM
17. Faizal Tahir
~Diploma Multimedia dari Cosmopoint
~Diploma Komunikasi Massa dari UITM
18. Fizo Omar
~Diploma Kejuruteraan Awam UITM
19. Farid Kamil
Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kreatif (Seni Layar) UITM
20. Fasha Sandha
~ diploma dari Institut Kebudayaan Belia Negara
21. Hazami
~ Ijazah Kejuruteraan Reka Cipta dari Universiti Brunel, London
~ Ijazah Sarjana Muda, Perdagangan Antarabangsa & Pemasaran, Sunway University College, Bandar Sunway
22. Hans Isaac
~Diploma Pengurusan Hotel dari Kolej Stamford
~Diploma Pengurusan Perniagaan dari Singapore Institute Of Commerce
23. Heliza Helmi
~Ijazah Sarjana Muda Sains Pendidikan (Biologi & Kimia) dari UMS
24. Hanis Zalikha
~ Diploma in Business Admin dari UITM
25. Izara Aisyah
~ Diploma Seni Persembahan dari Sunway University College
26. Izreen Azminda
~ Diploma Kewartawanan Integratif dari Institut Media Integratif Malaysia
27. Irma Hasmie
~Diploma Kejuruteraan Elektrik (Telekomunikasi) UTM
28. Ida Nerina
~ Bsc Business Administration International University, UK
29. Jins Samsuddin
~Diploma perfileman kelas pertama dari London Film School
~Ijazah Kehormat Sarjana Persuratan dari USM
~Ijazah doktor falsafah (PhD) dari UUM
30.Jason Lo
~ Graduan dalam bidang Perakaunan di University of Hull
~ Ijazah Sarjana dalam bidang Kewangan di Webster Graduate School in London.
31. Jehan Miskin
~Sarjana Muda Sains Komputer dari University of Lincolnshire UK
32. Johan Ariff Asari
~Diploma Kaunseling di Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM)
~mendapat pendidikan kelas tahfiz selama dua tahun di Batam dan Jambi, Indonesia.
33.Juliana Evans
~Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa dari Sunway University College
34. Lisa Surihani
~Ijazah Undang-Undang dari Kolej Universiti Help & Universiti Aberystwyth di Wales, United Kingdom.
35. Muzammil Alias - Rembau Most Wanted
~Tahun 2 Kejuruteraan Awam di Uniten
36. Mizz Nina
~Ijazah Pengajian Media & Perhubungan Awam dari Australia
37. Maya Karin
~Beliau merupakan graduan Media and Marketing Limkokwing University dalam bidang media dan pemasaran
38. Norman KRU
~'A' Levels & 'O' Levels, LCCI Diploma in Accounting & Management Accounting, London Chamber of Commerce & Industry
39. Nabil Mentor
~Ijazah Multimedia Kreatif dari MMU
40. Nur Fahia
~Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang di Universiti Teknologi Mara (UiTM)
41. Najwa Muhyiddin
~ siswazah jurusan Kejuruteraan Elektronik dari Melbourne, Australia.
~sambung pengajian di Kolej Muzik Berklee, Massachusetts, Amerika Syarikat
42. Nadiya Nissa
~ Ijazah Sarjana Muda Penyiaran dari UITM
43. Nad Zainal
~ Diploma Teater dari Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan
44. Neelofa
~Sedang mengambil Ijazah Sarjana Muda Berkembar Perdagangan Antarabangsa & Pemasaran di Sunway Universiti
45. Najwa Latif
~ sedang mengambil jurusan Foundation in Management, UNITAR International University
46. Puteri Sarah Liyana
~ Diploma Pengurusan Hotel, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam
47. Rahim Razali
~ Degree in Chartered Accountancy dari Melbourne University
48. Rashidi Ishak
~ Ijazah Sarjana Muda Komunikasi UPM
49. Risteena Munim
~ Beliau merupakan graduan Sarjana Muda Komunikasi Massa, UiTM
50. Allahyarham Sudirman Hj Arshad
~ Ijazah Undang-undang dari Universiti Malaya
51. Sohaimi Mior Hassan
~Ijazah Kejuruteraan Radar & Komunikasi dari Kolej Kejuruteraan HMS Collingwood Weapon UK
~Ijazah Sarjana Sistem Pengurusan Penyelenggaraan di Kolej Kejuruteraan Marin di Wilhelmshaven, Germany)
52. Sarimah Ibrahim
~ Degree in Psychology, HELP
53. Scha Al-Yahya
~ Diploma Teknologi Maklumat dari Kolej Pusat Teknologi dan Pendidikan Lanjutan (PTPL)
54. Siti Saleha
~ Diploma Komunikasi Massa
55. Shasa Saidin
~Diploma Pentadbiran Perniagaan dari Kolej Damansara Utama
~Ijazah Sarjana Muda Sistem Maklumat Perniagaan dari UK
56. Yuna
~Ijazah dalam bidang Undang-Undang dari UiTM.
57. Yatt Hamzah
~Ijazah Sarjana Muda Kepujian Komunikasi Massa & Pengajian Media dari UITM (update by epis)
58. Yana Samsudin
~Ijazah Sarjana Muda Seni Layar dari UITM
59. Zulhuzaimy
~Diploma Jurusan teater di Akademi Seni Kebangsaan
60. Zed Zaidi
~Ijazah Pentadbiran Undang-Undang di UITM
~Ijazah Sarjana Muda Komunikasi di UUM cawangan KL
Subscribe to:
Posts (Atom)