Khyber Pass terletak di Pakistan dan ianya digunakan sejak ribuan tahun sebagai jalan perhubungan diantara Pakistan dan Afghanistan. Khyber Pass juga terkenal dengan industri pembuatan senjata haramnya. Kilang-kilang senjata kecil disini mampu menghasilkan senjata api tiruan yang menyerupai AK47, Tokarev TT33, Raifal Lee Anfield , Colt 1911 dan Borwning Hi Power sebenar. Industri pembuatan senjata disini banyak menolong tentera Mujahideen ketika mereka berperang dengan tentera Soviet. Senjata yang buatan Khyber Pass diseludup ke Afghanistan untuk kegunaan Mujahideen. Malangnya senjata yang dibuat di sini tidak mempunyai kualiti yang sama dengan senjata yang asal kerana bahan buatan berkualiti rendah. Pembuatan senjata sebegini sebenarnya haram mengikut undang-undang Pakistan. Namun begitu pihak berkuasa tidak berani mengambil tindakan undang-undang kerana kawasan ini dikuasai warlords dan tribe leader yang ganas. Maka jadilah Khyber Pass sebuah bandar koboi sebenar! Sedikit fakta...... di Pakistan setiap rakyat mempunyai hak memiliki senjata sama seperti di Amerika. Intersting.
Monday, 2 July 2012
Anzalna Mohon Maaf, Mengaku Fitnah Neelofa
Genap sebulan kontroversi pertelingkahan berlaku, pelakon Anzalna Nasir akhirnya memohon maaf secara terbuka sekitar jam 1.45 petang tadi kepada Neelofa kerana memfitnah pelakon itu menerusi akhbar Berita Minggu pada 10 Jun lalu.
Anzalna atau nama sebenarnya Nur Anzalna Md Nasir, 24, turut mengakui tidak mempunyai bukti terhadap segala tuduhan yang dilemparkan terhadap Neelofa tetapi ia bukan bermaksud untuk mengaibkan sesiapa.
“Saya Nur Anzalna Md Nasir di atas nasihat Persatuan Seniman Malaysia dengan ini memohon maaf kepada Neelofa kerana mengeluarkan kenyataan di Berita Minggu pada 10 Jun 2012 di muka surat 10 yang telah menjejaskan maruah Neelofa dan keluarganya.
“Saya akui tidak mempunyai bukti yang kukuh ketika mengeluarkan kenyataan di akhbar tersebut.
“Sejujurnya saya tidak bermaksud apa-apa dan tidak berniat untuk mengaibkan sesiapa daripada kenyataan itu,” katanya ketika memohon maaf secara terbuka kepada aktres itu dalam sidang media khas anjuran Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) di Hotel Royale Chulan di sini, petang Isnin.
Kenyataan maaf secara terbuka itu turut disaksikan Neelofa, Presiden Seniman Zed Zaidi dan peguam masing-masing.
Konflik antara dua aktres itu tercetus ekoran kenyataan Anzalna yang dianggap sebagai satu fitnah oleh Neelofa dalam artikel bertajuk “Anzalna Bidas Neelofa” menerusi akhbar berkenaan.
Susulan itu, dalam sidang media khas pada 13 Jun, Neelofa melalui peguamnya Ahmad Hidayat Md Nor dan Mohd Irwan Mohd Mubarak telah mengeluarkan notis yang menuntut Anzalna mengemukakan bukti dalam tempoh tujuh hari atas kenyataan yang dikeluarkannya.
Baru-baru ini, Anzalna yang gagal mengemukakan bukti selepas tempoh itu berkata kepada media, dia bersedia memohon maaf secara terbuka kepada Neelofa.
Menerusi laporan mStar Online pada Sabtu lalu, Neelofa berkata, dia menetapkan beberapa syarat kepada Anzalna dalam sepucuk surat sebagai jaminan agar aktres itu memohon maaf secara ikhlas dan bukan kerana terpaksa.
Lumba Lari Berkasut Tinggi Di Madrid(12 Gambar)
Ini ialah pertandingan lumba lari berkasut tinggi tahunan yang diadakan di Madrid. Ianya dianjurkan sempena minggu Gay Pride dan kini ia menjadi tarikan pelancong. Peserta harus memakai kasut setinggi sekurang-kurangnya 15 sentimeter. Larian dilakukan sebanyak dua pusingan. Pusiangan pertama peserta berlari dengan kasut tinggi dan pakaian biasa sebelum harus memakai baju wanita dan rambut palsu untuk pusingan kedua. Pemenang larian kasut tinggi ini menerima hadiah sebanyak USD 500 dollar (RM 1580)
[PERHATIAN] Gadis Hilang Dilarikan
assalamualaikum…kepada siapa yg mengetahui maklumat tentang wanita ini,anda boleh la menghubungi saye dia talian ini.0196076360..yamin…wanita ini adalah adik kandung saya…dia telah hilang pada 28/06/2012.mengikut maklumat yang diberi,adik saya telah dibawa lari oleh seorang lelaki THAILAND.saya harap anda memberi kerja sama untuk memberi maklumat….
[Photo] Uztaz Azhar Idrus Masa Muda Remaja
Boleh dikatakan ramai yang mengenali Ustaz Azhar Idrus ni, mana
taknya, setiap kali ada ceramah atau kuliah yang disampaikan oleh Ustaz
Azhar Idrus mesti penuh dengan hadirin yang hadir termasuklah anak-anak
muda.
Selalunya kita melihat Ustaz ni berjubah dan memakai kopiah,
jadi bagaimana pula gambaran ustaz Azhar Idrus ni ketika muda remaja?
haa, tengok gambar ni..dipetik dari web digitalmukmin.
Memang kelihatan sangat berbeza, dikatakan lelaki yang memakai cermin
mata hitam itu ialah Ustaz Azhar Idrus.. ada iras-iras macam Zizan Raja
Lawak tak?
Aston Martin DB9 1M : DB9 Edisi Facebook (9 Gambar)
Baru-baru ini pihak Aston Martin berjaya mendapatakan 1 000 000 di laman Facebook mereka. Bagi meraikan milestone ini Aston Martin meminta pendokong laman Facebook mereka untuk memilih rekaan DB9 edisi khas Facebook yang diberi nama DB9 1M. Segalanya dari catan, rim tayar dan hiasan dalaman dipilih sepenuhnya oleh pembaca Facebook. Apa pendapat anda mengenai DB9 1M? Adakah ianya cantik ataupun huduh macam 1MTab. LULZ!
Seni Jalanan Pulau Pinang Oleh Ernest Zacharevic (10 Gambar)
Kalau anda ke pulau pinang anda boleh melihat 4 seni jalanan oleh Ernest Zacharevic. Beliau seorang pelukis yang berasal dari Lithuania . Beliau sudah menghasilkan 4 seni jalalan di Chew Jetty, Armenian Street, Muntrie Street dan satu lagi lokasi yang kami masih belum pasti. Ernest akan menghasilkan 20 seni jalanan sekitar George Town dan kami masih menanti beliau menghabiskan kesemuanya, Kepada orang Penang sila ambik gambar bersama seni jalanan beliau dan kalau jumpa yang baru habaq mai sama cheq.
(TAHNIAH) Sharifah Sofia Kini Bertudung
Seorang demi seorang selebriti wanita Malaysia mengambil langkah untuk berhijrah dan memakai tudung sepenuhnya. Yang terbaru, Sharifah Sofia semalam telah mengupdate status Twitternya dengan gambar dirinya bertudung sepenuhnya. Jutaan tahniah Abang Nara ucapkan kepada Sharifah Sofia atas penghijrahan ini.
Semoga selepas ini semakin ramai peminat Sharifah Sofia dan selebriti lain yang akan mengikut jejak langkahnya ini. Kepada Sharifah Sofia, Abang Nara ucapkan tahniah sekali lagi atas perubahan yang sangat cantik ini. Semoga anda tabah menghadapi dugaan bertudung di dalam dunia hiburan yang penuh ranjau ini. Kuatkan semangat dan yakin boleh!!!
Buaya gergasi di bandar Filipina catat rekod
GAMBAR menunjukkan buaya yang bernama Lolong ditangkap di sebatang anak sungai di Bunawan pada September tahun lalu.
MANILA – Pihak pengurusan Guinness World Records mengisytiharkan bahawa seekor buaya yang dipersalahkan kerana menyebabkan beberapa orang mati di selatan Filipina sebagai yang paling besar pernah dikurung di dunia.
Menurut jurucakap Guinness, Anne-Lise Rouse, buaya air masin itu berukuran 6.17 meter (m) panjang dan berat haiwan tersebut lebih satu tan.
Buaya itu ditangkap pada September tahun lalu di bandar kecil Bunawan di wilayah Agusan del Sur selepas tiga minggu diburu.
Haiwan itu mengambil alih rekod tersebut daripada seekor buaya sepanjang 5.48m yang dikurung di sebuah taman buaya di Australia.
Datuk Bandar Bunawan, Edwin Cox Elorde memberitahu agensi berita AP, beliau diberitahu oleh pihak Guinness tentang rekod tersebut pada bulan lalu.
Buaya itu yang bernama Lolong kini menjadi daya tarikan di sebuah pusat taman ekopelancongan dan penyelidikan di pinggir Bunawan.
Elorde berkata, pihak perbandaran telah memperoleh AS$72,000 (RM228,729) hasil kutipan tiket di pintu masuk taman tersebut.
Sebahagian wang itu digunakan untuk membeli makanan buaya tersebut.
Buaya itu ditangkap dengan menggunakan perangkap besi selepas seorang kanak-kanak terbunuh pada tahun 2009 dan seorang nelayan dilaporkan hilang.
Kerbau turut dijadikan umpan semasa usaha untuk menangkap buaya tersebut.
Kira-kira 100 orang yang diketuai Elorde menarik buaya tersebut dari sebatang anak sungai dengan menggunakan tali dan diangkat ke atas trak dengan menggunakan kren.
Fesyen Hijabis Terkini Dari Dubai Untuk Muslimah Aktif (12 Gambar)
Kita harus akui fesyen Hijabis kini sudah mainstream. Semua wanita muslim yang mahu vogue mengenakan fesyen tudung Emperor Palpatine. Majalah Hijabista pun sudah wujud dan jualan di pasaran amat menggalakkan. Tetapi jarang sekali kita lihat hijab yang direka untuk wanit Muslim yang masih mahu stylo ketika bersukan. Nah mari lihat beberapa rekaan dari Dubai yang cuba menyelesaikan masalah ini.
Cupcake Termahal Dunia Di Dubai (9 Gambar)
Aku tak suka cupcake kerana ianya terlalu manis. Di Malaysia kedai cupcake paling feymes ialah buatan +Wondermilk. Mahal bak hang dan banyak sangat cream. Tetapi semahal-mahal cupcake Wondermilk mahal lagi cupcake termahal di dunia yang kini dijual di Dubai. Cupcake Golden Phoenix dijual pada harga Db 3700 (RM 3,191) seketul. Cupcake ini menggunakan tepung yang diimport dari UK, coklat dair Itali dan vanilla dari Uganda. Taburan emas 24K juga diletakkan kerana jika anda kaya anda mahukan tahi anda juga mempunyai keruping emas seperti tahi Tywin Lannister. Tidak cukup dengan itu buah strawberry yang disertakan sekali juga dicelup dengan emas. Jika anda mahu membeli cupcake ini silalah ke kedai kek Bloombury's di Dubai Mall. Anda perlu memesan cupcake ini dua hari sebelum menganbilnya kerana itulah jangka masa yang diperlukan untuk menyiapkan seketil cupcake super mahal ini.
Isteri terdail nombor suami ketika berzna dengan dengan kekasih gelap!
AIPEI - Seorang wanita Taiwan yang baru berkahwin, secara tidak sengaja telah terdail nombor suaminya melalui telefon bimbit ketika sedang mengerang melakukan hubungan seks bersama kekasih gelapnya lapor akhbar Kwong Wah Yit Poh.
Suaminya yang hanya mahu dikenali sebagai Zhnag, bergegas pulang ke rumah setelah menerima panggilan telefon tersebut kerana beranggapan isterinya itu sedang dalam kesusahan.
Walaubagaimanapun, suaminya yang juga seorang jurutera itu terkejut apabila mendapati isterinya itu sedang duduk di atas katil hanya berpakaian dalam. Selimut di atas katil tersebut juga tiada.
Isterinya kemudian memberitahu Zhang bahawa beliau telah membasuh selimut tersebut dan mahu bersedia untuk mandi
Zhang merasakan seperti ada yang tidak kena dengan isterinya lantas menggeledah rumah mereka dan akhirnya menjumpai kekasih gelap isterinya, berbalut dengan selimut tersebut sedang menyorok di dalam almari di bilik tetamu.
"Saya sangat kecewa," katanya. Beliau juga berkata, pernah terlihat lelaki tersebut di dalam akaun FB isterinya.
Beliau kemudiannya membuat laporan polis.
Di balai polis, Isteri Zhang mendakwa lelaki tersebut datang melawatnya ketika beliau mahu mandi dan selepas membersihkan rumah.
Kekasih gelapnya pula memberitahu polis beliau datang melawat wanita itu sebagai rakan lama dan masuk ke dalam almari tersebut untuk beronani ketika beliau sedang mandi.
Ni Nak Jual Laptop Kah Perempuan Nih !
Perniagaan
memang mencabar, banyak strategi dilakukan demi pasaran lumayan dan
memikat hati pelanggan. Antara teknik yang dilakukan di Jepun adalah
mengupah wanita cantik dan seksi untuk menjadi model atau jurujual untuk
mendapatkan perhatian pelanggan.
Ni nak jual laptop kah perempuan ni? huh...
Bayi terlantar dibelasah pengasuh
PASIR GUDANG: Seorang bayi lelaki berusia tiga bulan, patah tangan dan kaki kiri hingga terpaksa ditahan di wad kanak-kanak Hospital Sultan Ismail (HSI), dipercayai didera pengasuh di sebuah rumah di Taman Bukit Dahlia di sini, Jumaat lalu.
Kecederaan mangsa, Muhammad Zafran Anaqi Muhammad Razali atau Zafran dikesan bapanya, Muhammad Razali Hamzah, 32, ketika membawanya keluar dari rumah pengasuh yang juga jirannya kira-kira jam 12.30 tengah hari.
Muhammad Razali yang juga warden Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) di Johor Bahru berkata, dia bersama isteri, Salmah Aya, 31, seorang guru, pada mulanya cuba memujuk Zafran selepas bayinya itu tidak berhenti menangis selama hampir sejam.
Jumpa anak selepas tujuh tahun dilarikan isteri
KUALA LUMPUR – Seorang bapa, Hanafi Salleh, 36, tidak mampu menahan air mata kegembiraan setelah dipertemukan semula dengan dua anak lelakinya yang didakwa dilarikan ke New Zealand oleh isterinya tujuh tahun lalu.
Dia yang ditemani Setiausaha Agung Kelab Putera 1Malaysia (KP1M), Abdul Khalid Chairul sempat beramah mesra dengan dua anaknya, Muhammad Syayden Ingham, 12, dan Muhammad Jamey Alano Ingham, 9, di sebuah taman permainan di Nelson City, New Zealand semalam.
Menurut Abdul Khalid, pertemuan yang turut dipantau wakil Kementerian Pembangunan Masyarakat New Zealand iaitu Nelson Site Child Youth and Family (CYF) bakal menentukan keputusan permohonan membawa pulang dua kanak-kanak itu ke Malaysia.
“Dua kanak-kanak tersebut gembira berjumpa Hanafi dan teruja untuk mengetahui lebih lanjut kehidupan di Malaysia.
“CYF amat mementingkan kebajikan kanak-kanak tersebut. Jika respon positif, mereka akan dibawa pulang hujung minggu ini,” ujarnya ketika dihubungi.
Kosmo! pada 15 Jun lalu memaparkan kesedihan yang terpaksa ditanggung Hanafi apabila dua anaknya itu dilarikan isterinya ke New Zealand sejak tujuh tahun lalu.
Topeng paling real seakan-akan wajah manusia
Gempak! Inilah yang diakatakan topeng real seakan-akan wajah manusia yang diperbuat daripada vinil klorida. Kos membuat sebuah topeng ini ialah USD3900. Memang mahal, tetapi berbaloi untuk seorang yang materialistik.
Isu Gambar Norish Karman Lahirkan Anak Luar Nikah, Adakan Sidang Akhbar Khas
Gosip Norish Karman mengenai gambar yang didakwa adalah beliau di mana melahirkan seorang bayi lelaki di hospital akhirnya dapat reaksi dan komen dari tuan badan sendiri, Norish Karman.
Sudah pasti peminat tertunggu-tunggu komen Norish Karman mengenai isu gambar Norish Karman bersama bayi lelaki ini dalam satu sidang akhbar khas yang akan diadakan pada tarikh yang akan diberitahu kelak.
Sidang akhbar khas ini untuk menjawab dan merungkai segala isu gambar Norish Karman melahirkan bayi yang tersebar meluas di internet baru-baru ini.
Norish Karman turut melantik seorang peguam untuk dirujuk mengenai isu ini dan untuk sidang akhbar khas itu nanti.
Sama- sama kita nantikan tarikh sidang akhbar khas Norish Karman itu nanti ya
Subscribe to:
Posts (Atom)