Wednesday, 25 July 2012

(Gambar) 'Roh wanita' tanpa pakaian gemparkan pameran anime di Shenzen


Festival anime lepas yang diadakan di Shenzen, China, seorang pengunjung telah hadir dengan 'berpakaian' sebagai roh wanita.




 'Berpakaian'?. Macam tak sesuai aja...




Pengunjung itu muncul dengan menggayakan watak roh Nu Gui tetapi pengunjung yang mengerumuni beliau itu adalah manusia betul ya..!




Dengan mengenakan sarung yang berwarna kulit dan hanya menutup puting payudaranya, pembawa watak roh wanita itu membiarkan dirinya 'terdampar' bersama rambutnya yang panjang mengurai itu.







Nu Gui (女鬼) adalah watak hantu yang berdendam memiliki rambut yang panjang dan berpakaian putih. Nu Gui akan menggoda lelaki-lelaki yang miang sebelum membunuh mereka. Tetapi, pada hari ini Nu Gui hadir tanpa pakainannya pula untuk bergambar agaknya.


Dek kerana berpakaian sedemikian, pihak polis terpaksa membawa pengunjung perempuan ini keluar kerana beraksi tidak senonoh di tempat awam.



AC Mizal Terasa Hati Dengan Abby Abadi

AC Mizal terasa hati dengan Abby Abadi : Berikut adalah kupasan respon dari AC Mizal yang terasa hati dengan Abby Abadi ketika ditemui baru-barru ini.



Umum mengetahui tentang kemelut yang melanda antara pelakon Abby Abadi dengan pengacara, Dato’ AC Mizal yang hangat diperkatakan lebih seminggu yang lalu. Semuanya bermula apabila video ucapan Abby di sebuah perhimpunan bagi menuntut pembebasan tahanan ISA tersebar sehingga membuatkan Dato’ AC mencabar pelakon Gerak Khas itu berdebat secara terbuka atas kutukan beliau terhadap PDRM.

Berpeluang bertemu dengan pengacara Maharaja Lawak Astro ini di Bazaar Ramadhan Bukit Jalil, petang semalam dan kesempatan ini digunakan untuk bertanyakan kepada Dato’ AC mengenai isu yang timbul.

“Bagi saya, fahaman politik itu terpulang kepada diri masing-masing, tapi sensitiviti itu perlu ada. Saya hanya terasa hati dengan apa yang dia cakap sebab saya anak polis. Ahli keluarga saya ramai yang jadi polis. Saya hanya kecewa sebab dia kutuk polis, sebab saya keluarga polis, itu saja,” ujar Dato’ AC mengulas mengenai isu tersebut.


“Saya dah minta nasihat orang-orang tertentu mengenai isu ini, jadi biarkan sajalah. Biarkan dia dengan ketidakpuasan hatinya itu. Bagi saya, kebijaksanaan kadang-kadang bukan datang dari akal, tapi dari perasaan. Akal dan mulut kadang-kadang tak dapat dikawal.

“Mungkin apa yang dia cakap tak kena pada batang hidung sendiri dan terkena pada sekumpulan orang. Bagi saya, kita tak boleh cakap dalam satu kumpulan itu semuanya jahat dan atas dasar itu saya dinasihat untuk biarkan saja apa yang Abby nak cakap.

“Saya juga tidak ada hak untuk mengatakan dia betul atau tidak, tapi saya percaya Islam ini ada Rukun Iman dan Rukun Islam. Bagi saya politik hanya fahaman, politik bukan agama. Apa yang dia buat, jika dia rasa dia betul, terpulang pada dia. Saya hanya doakan dia sentiasa selamat dan sejahtera.”


Ditanya tidakkah mereka mahu bermaaf-maafan memandangkan bulan Ramadhan ini bulan yang mulia, Dato’ AC menjawab, “Dia pun tak buat salah pada saya, cuma saya saja yang terasa hati dengan kenyataan dia. Bagi saya, tak perlu maaf-bermaafan. Hanya nasihat saya, berjaga-jaga sajalah, sebab setiap tindakan itu mesti ada balasan dan kesannya. Jangan hanya ambil tindakan tanpa memikir kesannya,” ujar Dato’ AC mengakhiri perbualan


Gambar Artis Wanita Hadiri Parti Lucah & Liar Mula Tersebar Di Internet


Tahun 2012, mana lagi mahu tersebar gambar gambar sebegini kalau bukan di’internet. Ciptaan Yahudi kapitalis yang sentiasa mahu sesatkan umat manusia. 

Hari ini, satu set gambar yang di’dakwa memaparkan gelagat seorang artis wanita Malaysia mula tersebar dan menimbulkan spekulasi tentang identiti sebenar beliau.

Gambar ini mula di’paparkan di MyArtis.com yang mendakwa menerima’nya menerusi sebuah kiriman e-mail serta tidak ada menyertakan apa apa clue tentang identiti artis wanita ini.

Beberapa keping gambar yang ada jelas menunjukkan perilaku yang kurang sihat terjadi di parti liar ini termasuklah hubungan seks dan aktiviti menghisap ganja.

Dan, tidak dapat di’pastikan sama ada kejadian ini berlaku di bulan Ramadhan atau sebelum ini — apa pun, jika benar artis wanita ini terlibat, ini satu contoh yang tidak baik.













Semakin banyak udang karang berwarna-warni ditangkap



AMBAR yang bertarikh 26 Jun lalu menunjukkan udang karang pelbagai warna di syarikat New Meadows Lobster di Portland pada 21 Julai lalu.

PORTLAND, Amerika Syarikat – Para saintis kini mendapati terdapat banyak udang karang yang berwarna biru, oren, kuning dan berwarna-warni yang tersangkut pada jaring nelayan sejak dua tahun lalu di sini.
Pada kebiasaannya, udang karang yang ditangkap nelayan di sini berwarna coklat kehijauan.
Sebelum ini terdapat penulisan yang menyatakan kebarangkalian untuk menangkap udang karang berwarna biru ialah seekor bagi setiap dua juta ekor.
Kebarangkalian untuk menangkap udang karang berwarna oren pula ialah seekor bagi setiap 30 juta ekor.
Bagaimanapun, Pengarah Eksekutif Pemuliharaan Udang Karang di Friendship, Maine, Diane Cowan menyatakan terdapat peningkatan tinggi dalam jangka hayat haiwan itu.
Menurutnya, keadaan itu berlaku kerana bilangan haiwan pencari mangsa untuk menjadikan udang tersebut sebagai makanan telah berkurangan.
Beliau berkata, bilangan haiwan pencari mangsa yang berkurangan itu menyebabkan semakin banyak udang tersebut yang dapat meneruskan kehidupan sekali gus terperangkap dalam pukat nelayan.

Wanita ‘Sempoi’ Patahkan Penghadang Parking





Ini video yang kita boleh katakan jarang dilihat di mana-mana sama ada di pusat membeli-belah atau pun kawasan parkir rumah.
Keadaan seorang wanita yang terlalu sempoi ‘handle’ masalah yang dia sendiri ciptakan.
Tanpa langsung rasa bersalah, dengan ‘relax’ dan ‘cool’ wanita itu mematahkan penghadang parkir setelah melanggar penghadang itu.
Sempoi!
Yang menambah lucunya, seorang pemandu lain yang berada di belakang kereta wanita itu masih lagi memasukkan tiket parkir walaupun penghadang sudah patah.



KHAIRUL FAHMI CHE MAT PENJAGA GOL TERMAHAL NEGARA



KOTA BHARU – Dengan pendapatan selaku duta dan pemain bola sepak mencecah ratusan ribu ringgit, penjaga gol utama Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat kini dipercayai menjadi penjaga gol termahal negara ketika ini.
Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa mengakui  pendapatan di luar padang penjaga gol berusia 23 tahun itu sudah mencecah ratusan ribu ringgit malah lebih banyak daripada gaji yang terima beliau bermain dengan Kelantan.
“Kafa menaikkan sejumlah gaji yang cukup lumayan sebaik sahaja Apex menandatangani kontrak baru-baru ini. Saya percaya, beliau merupakan penjaga gol termahal ketika ini.,” katanya kepada Sinar Harian semalam.
“Kita menawarkan kontrak selama tiga tahun dan Apex bersetuju untuk terus bermain dengan Kelantan. Memang banyak negeri sebelum ini ada menawarkan peluang bermain kepada beliau. Tetapi beliau mengambil pendekatan duduk berbincang dengan saya mengenai masa depannya bersama Kelantan.
“Saya bangga dengan sikap beliau, tidak tergopoh-gapah di dalam membuat sesuatu keputusan. Apex merupakan produk Kelantan dan sudah pasti kita mahu bentuk personaliti beliau bukan setakat di dalam tetapi juga di luar padang,” katanya.
Tiga hari lalu, penjaga gol utama kebangsaan yang dikenali panggilan Apex memeterai perjanjian untuk kekal beraksi bersama Kelantan bagi tempoh tiga tahun sekali gus menamatkan spekulasi mengenai penghijrahan beliau sebelum ini.
Mengulas mengenai desas-desus penghijrahan beberapa pemain Kelantan yang bertiup kencang ketika ini, Annuar memberi kebebasan sepenuhnya kepada pemain The Red Warriors dalam menentukan hala tuju mereka bersama pasukan tersebut pada musim depan.
“Pemain beritahu saya, banyak negeri menemui mereka secara terus (menawarkan kontrak). Saya tidak halang dan beri kebebasan kalau ada mana-mana pemain yang mahu bermain dengan pasukan lain.
“Tetapi setakat yang saya tahu, tidak ada seorang pemain pun yang mahu berhijrah. Mereka mahu kekal di sini dan minta gaji dinaikkan. Kita tidak ada masalah dan bersedia memenuhi permintaan tersebut.
“Malah ada tujuh pemain menerima kenaikan gaji terus biarpun Liga Malaysia musim ini belum tamat. Mereka tandatangan (sambung kontrak) bulan lalu, kita terus naikkan gaji tanpa tunggu bulan November.
Dalam perkembangan sama, Annuar turut membayangkan kesediaannya melepaskan beberapa pemain yang gagal mendapat tempat dalam skuad The Red Warriors musim ini sebagai galakkan mereka meneruskan kerjaya masing-masing bersama pasukan lain.
Artikel : Sinar Harian

Berbuka Puasa di Restoran Ikan Bakar Bubu, Shah Alam



Siakap Bakar, Size kecil, RM40

Pandangan peribadi, rasanya biasa-biasa saja tapi harganya agak mahal bagi Ikan Siakap Siakap bakar bersaiz kecil .Normally range harge Ikan Siakap Bakar hanyalah dalam lingkungan RM25-RM35.



Ayam Bakar Bubu, RM8

Ini special di Restoran Ikan Bakar Bubu katanya. Kuahnya sedap tapi ayamnya bagi eyriqazz tetap biasa juga. 


Pucuk Ubi Kayu Masak Lemak, RM4.50


Sotong Celup Tepung,RM22

Isteri cakap sedap. Tapi eyriqazz tetap tak puas hati. Masa tempah dah tanya berapa 100g? Dia cakap 100g RM5.20. Eyriqazz cakap nakla 200 gram, tapi bila tengok bil, umm, kena ketukla pula. Malas nak gaduh-gaduh bulan puasa, berlalu pergi dengan muka hampa. 



Air Tembikai RM3.50, Sirap Selasih RM2

Airnya sedap. Yup, kalau sedap, kata sedap. Kalau tidak memang akan dikata juga. 


Jermput Makan

Biasanya kalau lauk sebegini time dinner, memang habis licin kami makan. Tapi semalam walaupun lapar, Sotong Celup tepung dan separuh ayam bubu ditapau bawa balik. Dah cukup kenyang dengan most makanan yang rasanya bagi kami biasa-biasa saja.


Umm, no wonder tak penuh orang berbuka puasa di sini semalam.
Datang pukul 7 lebih pun, masih ada tempat




Total harga, RM89.50
Serius, rasa macam kena "ketuk" di Hari Pertama Berpuasa




Restoran Ikan Bakar Bubu, Shah Alam.Mungkin ini kali terakhir saya singgah


(Gambar) Bazar Ramadhan Taman Melawati, Ampang

Sekitar gambar di Bazar Ramadhan Taman Melawati, Ampang di Hari Kedua Bulan Ramadhan 2012 :



























OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”