Wednesday 30 April 2014

Aktiviti Seksual Remaja Malaysia Kini Dianggap Sebagai Trend?


Aktiviti seksual dalam kalangan remaja semakin menular di Malaysia. Adakah ini dianggap sabagai trend? Malah aktiviti seksual remaja Malaysia ini meningkat 9 kali ganda dalam tempoh masa 18 tahun.

Laporan menunjukkan setiap tahun aktiviti seksual remaja di Malaysia menunjukkan peningkatan. Sumber daripada hmetro.com.my mengatakan, kadar aktiviti seksual dalam kalangan remaja berusia 13 hingga 17 tahun di negara ini sepanjang dua dekad lalu meningkat daripada 0.9 pada 1994 kepada 8.3 peratus pada 2012.

Statistik itu diperoleh daripada kajiselidik Global Kesihatan Pelajar Sekolah (GSHS) serta Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) berkaitan kelakuan sumbang dilakukan remaja sebelum nikah bermula 1994 hingga 2012. Lagi 2 foto
Foto dirakam oleh rakan sendiri..benar-benar berlaku di Malaysia
Sekaligus statistik ini jelas menunjukkan bahawa aktiviti seksual dalam kalangan remaja sudah dianggap sebagai satu trend di negara ini. Hal ini menurut Timbalan Pengarah Bahagian Pembangunan dan Kesihatan Keluarga Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Dr Kamaliah Mohd Noh berkata, kajian nasional itu menunjukkan trend remaja negara ini terbabit dalam aktiviti seksual semakin meningkat saban tahun.

Menurut statistik daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bermula 2005 hingga 2011 menunjukkan Malaysia menduduki tempat keempat daripada 10 negara berkaitan kehamilan remaja berusia antara 15 hingga 19 tahun.


OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”