Dengan penggunana Twitter yang semakin meluas hari semakin hari, hari ini mereka hadir dengan kemaskini pada versi web dalam memudahkan pengguna untuk menyunting info semasa dan juga gambar pada profil mereka.
Pengguna kini ditawarkan dengan kebolehan untuk mengemaskini profil dengan lebih mudah, disamping boleh memuat-naik gambar profil dan juga gambar latar dengan hanya drag-drop daripada komputer.
Mungkin dengan kemudahan yang ditawarkan, ia akan membolehkan para pengguna untuk lebih rajin mengubah gambar latar profil, mahupun membuat perubahan pada profil mengikut citarasa mereka. Bagi mereka yang ingin mencubanya, mungkin boleh ke halaman Twitter pada web, dan mencubanya sendiri pada bahagian penyuntingan profil.