Tuesday 30 July 2013

Dituduh Menipu Stokis, Mawi-Ekin Akui Disabotaj



Penyanyi, Mawi atau nama sebanrnya Asmawi Ani yang juga bekas juara Akademi Fantasia Musim 3 menyangkal dakwaan sesetengah pihak bahwa dia telah menipu pengedar yang mengedarkan produk Unequein miliknya sehingga mereka mengalami kerugian teruk.

Malah, Mawi berkata, selamai ini dai sentiasa menyokong dan membantu stokisnya untuk melakukan pelbagai promosi.

“Sebenarnya, sejak daripada awal penubuhan UneQuien lagi promosi sudah giat dijalankan sama ada menerusi akhbar, majalah dan televisyen. Malah, kami sendiri yang turun padang untuk melakukan promosi bersama. Jadi tidak timbul isu perniagaan yang saya usahakan ini teruk dan berdepan pelbagai isu termasuk penipuan daripada segi promosi.

“Lagipun bagi saya, pada mereka yang sudah bersetuju untuk menjadi stoksi, dia perlu bekerja keras dan bukan hanya mengharapkan pihak kami semata-mata untuk menjalankan promosi. Lainlah, jika stokis yang mahu bernaung di bawah syarikat kami ini hanya ingin menggunakan nama saya untuk kepentingannya atau sebab-sebab lain.

“Tapi tak mengapalah, ini adalah lumrah dan menjadi kebiasaan dalam bidang perniagaan. Jadi, bagi saya selagi saya membuat kerja saya di tempat yang benar dan telus, tiada apa-apa yang perlu saya takutkan.,” katanya kepada murai.com.my selepas pelancaran produk baru Unequein di Seksyen 9, Bangi, Sabtu lalu.

Sebelum ini, ada gosip yang mengatakan Mawi selaku pengusaha produk Unequein didakwa telah menipu beberapa pengadar serta tidak mahu memberi kerjasama promosi untuk stokisnya.

Mawi kini sudah berjaya melantik sehinga 40 stokis Unequein daripada seluruh negara termasuk Singapura dan Brunei.

Sementara itu, isteri Mawi iaitu Ekin atau Norashikin Rahmat yang juga pengusaha bersama Unequein memberitahu cerita negatif mengenainya produknya itu disifatkan sebagai sabotaj daripada stokisnya yang tidak bertanggungjawab.

“Sebenarnya memang ada stokis yang cuba nak jatuhkan kami. Cerita ini berpunca daripada seorang stokis yang tidak membenarkan kami pergi ke tempat promosi yang diadakan kerana difahamkan majlis itu hanya diadakan secara kecil-kecillan dan tidak ramai yang hadir.

“Kami yang pada awalnya ingin pergi ke lokasi tersebut terpaska membatalkannya di saat-saat akhir. Namun, keesokan harinya kami menerima panggilan daripada media yang memberitahu hadir di majlis promosi itu kerana mahu berjumpa kami.

“Saya terkejut kerana rupanya majlis itu diadakan besar-besaran dan ramai yang berada di situ telah dijanjikan kehadiran saya dan Mawi akhirnya hampa bila kami tak datang. Saya sedih atas apa yang berlaku, tetapi hendak buat bagaimana. Inilah dugaan dan cabaran pernigaan yang perlu kami terima,” jelasnya lagi.

Unequein yang kini sudah mempunyai 7 produk semuanya sejak awal tahun ini penubuhannya telah melancarkan 4 produk baru iaitu air berkabornat, the tarik khasiat, skincare pek ekonimi dan juga BB Cream.

Kekasih Sengkek pukul teman Wanita



Kuala Lumpur: Seorang janda beranak dua berusia 42 tahun cedera di badan dan kepala selepas dibelasah teman lelakinya dalam kejadian di kawasan perumahan di Pantai Dalam, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 10 malam itu, janda terbabit bukan saja diterajang malah kepalanya dihentak dengan topi keledar oleh teman lelakinya yang berusia awal 30-an. Tambah malang, dua tangan mangsa dicucuh dengan puntung rokok. Menurut sumber, teman lelaki bertindak kerana berang mangsa enggan memberikannya wang.

Beliau berkata, sebelum kejadian, mangsa dan teman lelakinya itu bersembang di taman berhampiran rumahnya.

“Teman lelakinya meminta wang daripada mangsa bagi membeli baju raya. Namun mangsa mendakwa tidak mempunyai wang.

“Mangsa menegur teman lelakinya itu supaya tidak terlalu bergantung kepadanya setiap kali mahukan wang kerana dia perlu membesarkan dua anak lelakinya yang masih bersekolah,” katanya.

Sumber itu berkata, teguran mangsa menyebabkan mereka bertengkar lebih 10 minit.

“Teman lelaki mangsa yang hilang pertimbangan mencapai topi keledar sebelum menghentak kepala mangsa beberapa kali. Mangsa yang terjatuh kemudian dipijak di perut.

“Kedua-dua tangan mangsa dicucuh dengan puntung rokok,” katanya.

Teman lelaki mangsa hanya berhenti memukul mangsa apabila melihat beberapa penduduk sekitar menghampiri mereka selepas mendengar jeritan janda berkenaan.

Katanya, lelaki itu meninggalkan kawasan berkenaan manakala mangsa membuat laporan di Balai Polis Pantai di sini.

Mangsa yang cedera di tangan, kepala dan badan dirawat di hospital berhampiran.
Difahamkan, mangsa mendakwa sering dipukul lelaki terbabit sekiranya tidak memberikannya wang namun sebelum ini tidak tampil membuat laporan polis kerana mencintai lelaki itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Muhamad Azlee Abdullah ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan.

Iklan Raya Lucu Telekom Malaysia 2013

Setiap kali bulan puasa, antara perkara yang memeriahkan suasana adalah iklan Hari Raya.
Malah semua penonton tertunggu-tunggu iklan daripada syarikat gergasi Malaysia. Ada yang membawa elemen sedih sampai penonton mengalirkan air mata, lucu hingga mengundang ketawa dan tak kurang juga berjaya memupuk semangat muhibah.
Tahun ini, Telekom Malaysia nampaknya memilih iklan lucu dengan mesej tersirat, aidilfitri lebih bermakna jika diraikan dengan kesederhanaan dan keinsafan.
Pada masa sama, pasti ada yang terasa apabila watak budak lelaki dalam iklan ini digambarkan makin bertambah berat badannya, bukan berkurang masa bulan puasa.
Memang ramai jugak yang macam tu kan? Sebabnya lepas dah sehari suntuk menahan lapar dahaga, belasah tak ingat punya time berbuka!


Lihat Anak Bulan Syawal 7 Ogos


Tarikh melihat anak bulan Syawal bagi menetapkan tarikh Hari Raya Puasa ialah pada petang Rabu, 7 Ogos bersamaan 29 Ramadan ini.

Menurut Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja pada Isnin, Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh Hari Raya Puasa adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja akan mengisytiharkan pada malam itu juga tarikh Hari Raya Puasa yang ditetapkan melalui radio dan televisyen, menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja di sini.

Jawatankuasa berkenaan akan melihat anak bulan Syawal di Pontian Kecil, Johor; Kompleks Falak A-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara, Melaka; Telok Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan; Bukit Melawati, Kuala Selangor, Selangor dan Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam di Selangor; Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, Manjong, Perak dan Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh, Pulau Pinang.

Lokasi lain ialah Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda; Pemandangan Indah, Pulau Langkawi dan Menara Alor Setar di Kedah; Bukit Besar, Kuala Terengganu; Bukit Geliga, Kemaman; Pulau Perhentian, Besut dan Balai Cerap KUSZA, Mukim Merang, Setiu di Terengganu; Bukit Peraksi, Pasir Puteh; Bukit Kampung Tembeling, Mukim Manjur, Daerah Olak Jeram, Kuala Krai dan Menara Bangunan SEDC, Jalan Tengku Putera Semerak, Kota Baharu di Kelantan.

Tempat lain pula ialah di Tanjung Lubang, Miri; Teluk Bandung, Kuching dan Tanjung Batu, Bintulu di Sarawak; Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan, Sabah; Bukit Tanjung Batu, Nenasi; Gunung Berincang, Cameron Highlands dan Bukit Pelindong, Kuantan di Pahang; Tingkat 13, Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan, Menara Kuala Lumpur, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya dan Kuala Sungai Baru, Simpang Empat, Perlis.

SEXY – RUPA JULIA PEREZ SEBELUM POPULAR (5 GAMBAR)

Inilah rupa Julia Perez atau nama sebenarnya Yuli Rachmawati.




OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”