Thursday, 21 June 2012

Maksud Mimpi Mengikut Pandangan Islam



Mimpi adalah suatu lumrah dan kebiasaan yang sering dialami oleh umat semua manusia sama ada Islam atau tidak. Ia berlaku ketika manusia sedang tidur tidak kira lama atau pun sekejap.

Bagi umat Islam, mimpi kadang-kala mempunyai alamat atau maksud tertentu dan hanya orang yang arif sahaja boleh menakwil mimpi tersebut. Hal berkaitan mimpi juga ada diceritakan di dalam Al-Quran di dalam kisah Nabi Yusuf a.s. Berikut adalah pandangan Majlis Fatwa Kebangsaan berkaitan mimpi
Keputusan:

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-36 yang bersidang pada 15 Dec 1994 telah membincangkan Mimpi Dari Perspektif Islam.

Muzakarah telah memutuskan bahawa:

    Mimpi seorang nabi dan rasul adalah wahyu yang menjadi hukum adalah benar.
    Mimpi orang ramai di zaman Rasulullah S.A.W. seperti melihat Baginda dalam tidur menyamai melihat Rasulullah S.A.W. dalam masa jaga adalah khusus di zaman semasa Baginda masih hidup
    Mimpi orang Islam selepas wafat Rasulullah S.A.W. maka ia akan berjumpa di akhirat nanti dan akan mendapat syafaat Rasulullah S.A.W.
    Mimpi orang Islam ada tiga peringkat, peringkat pertama bisikan jiwa, yang kedua godaan syaitan dan yang ketiga ialah mimpi khabar gembira dari Allah S.W.T. Mimpi orang bukan Islam adalah ditolak
    Mimpi orang awam bukan hujah terhadap satu hukum atau berita atau satu kenyataan

Kadangkala ada juga antara kita yang mendapat mimpi sebagai satu hidayah untuk membawa diri kita ke arah yang lebih baik. Teringat dahulu pada rakan penulis yang memang jahil dalam agama dan tidak pernah mempedulikannya. Tetapi dia telah diberikan hidayah oleh Allah S.W.T di dalam mimpinya yang membawa dia untuk berubah dan pada saat itu dia mula berubah dari tidak pernah menunaikan solat ke tidak pernah meninggalkan solat walaupun sesekali dan sebagainya.


4 Peringkat Dosa


Dosa Peringkat Pertama

Seseorang membuat dosa serta lambat menyesali perbuatannya atau pun lambat bertaubat atas dosanya. Ini adalah peringkat awal bagi orang yang membuat dosa. Jika seseorang itu berterusan membuat dosa pada peringkat pertama ini, maka ia akan secara automatik akan naik kedosa peringkat kedua.

Dosa Peringkat Kedua

Seseorang itu akan membuat dosa dan tidak merasai apa-apa diatas perbuatannya. Peringkat ini amat bahaya kerana ianya adalah bibit-bibit permulaan yang boleh menggugurkan iman seseorang.

Dosa Peringkat Ketiga

Seseorang itu membuat dosa dan merasa bangga dengan perbuatan dosanya.
Peringkat ini akan sampai kepada suatu situasi dimana orang yang membuat dosa mula merasa sombong, bongkak dan riak Ucapannya juga akan membawa kepada unsur MURTAD. Contohnya ucapan, "Aku minum arak ni biasa ajee..setakat sebotol tak mabuk lagi. "Selepas peringkat ini seseorang itu akan sampai ke peringkat keempat.

Dosa Peringkat Keempat

Seseorang itu akan membuat dosa, bangga dengan perbuatannya dan mula MEMANDANG HINA ATAS KEBAIKAN ATAU KEBAJIKAN. Pada peringkat ini orang tersebut mula mencabar Al-Quran, Hadis & Sunnah kerana sifat sombong, bongkak dan riak sudah sepenuhnya menguasai diri.

Oleh itu, hendaklah kita sentiasa berkira-kira tentang perbuatan kita setiap hari dan cepat-cepat bertaubat atas kesilapan atau perbuatan kita yang berdosa dan masuklah kita di kalangan orang-orang yang bertaqwa disisi Allah.

Seseorang sahabat pernah bertanya kepada Rasullullah, "Wahai Rasulullah akan adakah orang yang menyeru kearah kejahatan dan dosa setelah datangnya islam yang lengkap ini." Rasullullah menjawab," Ia, memang akan ada pendakwah neraka di akhir zaman setelah datang islam yang lengkap."

Sahabat bertanya, "Wahai Rasulullah apa yang perlu aku lakukan sekiranya aku
bertemu zaman itu dan pendakwah neraka tersebut". Rasulullah menjawab,"Hendaklah kamu cari ulama-ulama benar (ulama pewaris nabi) dan berpeganglah kamu kepadanya dan jangan sekali kali kamu lepas darinya."

"Wahai orang-orang yang beriman!Jika datang kepada kamu sesuatu berita,maka selidikilah kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu ( mengenainya ) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu lakukan." ( al-Qur'an,al-Hujurat ( 49 ):6 ).

Komik | Couple Dan Makanan Haram




Ramai orang sedar dan tahu tentang dosa makan makanan yang haram tapi mereka pandang remeh tentang isu kapel or " couple " dalam Islam.Sebenarnya untuk seseorang wanita Muslim berdua-duaan dengan seseorang lelaki tanpa kehadiran seseorang yang muhrim bagi wanita tesebut,hukumnya adalah haram.

Cuba hayati komik di atas dan ambil iktibar.Jangan lupa share kepada muslim-muslim yang lain supaya tidak langsung kita dapat mengingatkan mereka dan diri kita sendiri.

Kisah Seram Doktor Penggugur Janin


DI sebuah bilik yang gelap-gelita saya terkapai-kapai sendirian. Saya cuba mencari-cari arah keluar daripada kegelapan malam itu. Puas mencari akhirnya saya terpandang kilauan cahaya yang datang dari sebuah katil bujang berwarna putih bersih.

Saya hampiri cahaya itu namun langkah saya terhenti kerana di hadapan saya ada seorang wanita sedang bermandikan darah duduk sambil melunjurkan kedua-dua belah kakinya. Wanita itu meratap sesuatu lantas saya tertanya-tanya.

Saya cuba memanggil, malangnya jeritan Saya tidak dihirau oleh wanita itu. Dia terus duduk sambil memerhatikan sesuatu yang berwarna kemerah-merahan.

Tiba-tiba suara tangisan wanita itu bergema memenuhi segenap ruang bilik. Saya perhatikan gerak-gerinya, dia memegang sesuatu yang janggal bentuknya. Saya perhatikan lagi, ketulan apakah yang sedang dipegang wanita itu, daging yang berkepala, ada jari-jemari yang halus dan lebih mengejutkan, daging itu juga seolah-olah berkaki.

Hati saya terus berperang, siapakah dia? Dan kenapa wanita ini berkeadaan seperti itu. Menakutkan! Saya dengar wanita itu menangis lagi kemudian meneran kesakitan.

Arrrrrggghhhh!!! Arggggghhhhhh!!!

Suaranya semakin membingit telinga ini. Berketul-ketul daging Sebesar penumbuk tersembul keluar dari celahan kangkangnya. Saya tersentak, kenapa dengan wanita ini? Sakitkah dia? Keadaannya sungguh sengsara bagai menanti saat-saat untuk mati.

Saya termuntah bila melihat wanita itu menarik satu persatu daging yang keluar daripada alat sulitnya. Macam-macam bentuk dan rupa yang keluar. Ada yang berkepala, tetapi tidak berlengan. Ada yang berkaki tetapi kepalanya terputus. Mengerikan. sungguh!

Wanita itu meratap lagi, saya turut mengalirkan air mata melihatnya sedang bertarung dengan maut. Saya mesti membantunya, keluarkan dia segera daripada kesengsaraan itu. Lalu kaki ini cuba melangkah merapati tubuh yang penuh sengsara itu.
Tetapi saya tidak mampu berganjak. Saya cuba gerakkan tangan, mahu saya capai tubuhnya. Pun demikian hajat ini tidak kesampaian. Saya tatap wajah wanita itu, rambutnya yang panjang menutupi muka membuatkan saya sukar melihat wajahnya.
Saya menjerit sekuat hati memanggilnya. Wanita tersebut langsung tidak ambil peduli.

"Hei kamu!!!" laung saya.

Peliknya wanita itu tidak sekali-kali mahu berpaling, dia masih menarik-narik daging merah yang mengerikan. Sambil menangis ketulan-ketulan itu dicampaknya. Katil yang putih itu disimbahi darah pekat, baunya yang meloyakan menusuk-nusuk hulu hati ini.

Ketika dia berpaling, saya tatap wajahnya. Wajahnya mirip saya. Rambutnya, lengannya dan bentuk tubuhnya serupa tubuh saya. Saya tertanya-tanya sendirian, kenapa saya berada di atas katil itu? Kenapa darah-darah merah itu membasahi tubuh saya? Dan kenapa daging-daging merah itu keluar dari rahim saya?

Saya cuba menarik wanita yang persis saya itu. Tapi saya tidak dapat selamatkan diri sendiri dan di saat itu tanpa disedari air mata saya mengalir. Saya menangis dan terus menangis menyaksikan diri sendiri dalam keadaan yang sungguh mengerikan.

"Tolonggggg! ! ! Tolonggggg! ! !" jerit saya cuba meminta orang datang membantu. Tapi tiada. Tiada, seorang pun yang saya lihat di dalam bilik kecil. itu. Hanya saya dan wanita yang wajahnya mirip saya yang berada di atas katil. Saya meronta-ronta, dan...

Tiba-tiba saya tersentak. Tubuh saya basah, bukan basah kerana darah, tapi peluh. Mimpi! Ah... rupa-rupanya saya bermimpi. Mimpi itu sungguh ngeri sekali.

Sepanjang malam saya menangis, takut menyelubungi seluruh inci dan ruang diri ini. Saya tidak mahu apa yang saya lihat sebentar tadi akan menjadi kenyataan. Saya takut...

Saya tidak mahu diri saya ini disakiti seperti mimpi tadi. Bukan saya yang melakukan semua itu. Bukan! Gadis-gadis muda di luar itulah yang menggugurkannya. Mereka yang bunuh janin sendiri, bukan saya. Tetapi... siapa yang melakukannya? Siapa yang menarik janin-janin itu keluar dari rahim mereka?

Saya gamam, sekali lagi perasaan takut menyelubungi diri ini. Lalu saya renung jari-jemari ini. Saya... sayalah orangnya. Sayalah yang membantu gadis-gadis itu menggugurkan bayi mereka.

Perasaan bersalah mula bersarang dalam jiwa. Saya benar-benar rasa diri ini terlalu keji atas apa yang telah dilakukanselama ini. Saya pembunuh! pembunuh!

Daging-daging kecil yang saya keluarkan dari rahim sendiri itu adalah sebahagian daripada janin-janin yang saya buang dahulu. Bukan milik saya tapi nyawa-nyawa yang tidak bersalah itu kepunyaan gadis-gadis yang datang menagih bantuan untuk membunuh anak dalam kandungan mereka.

Ya... saya bersalah! Memang sayalah yang bersalah kerana bersubahat melakukan perbuatan keji itu. Saya kejam terhadap insan yang bernama wanita. Sepatutnya saya bantu mereka, mereka kaum yang lemah sama seperti saya tapi kerana wang saya sanggup meracuni fikiran mereka. Saya suruh mereka bunuh nyawa yang tidak berdosa itu.

Saya gunakan kepakaran yang ada pada jalan yang salah, yang merosakkan gadis-gadis muda dan mentah. Betapa berdosanya saya...

Mengenang apa yang telah saya lakukan selama hampir tiga tahun, air mata saya mengalir deras. Di atas katil saya terus menangis. Saya kesal dengan yang saya lakukan selama ini. Dan saat itu wajah Azimah datang menari-nari di ruang fikiran ini. Antara ratusan gadis yang pernah datang menggugurkan janin mereka, Azimahlah yang paling saya ingat kerana gadis ini kerap datang ke klinik. Saya berdosa padanya, saya paksa gadis itu mengugurkan kandungannya.

Kata saya; "Kamu mahu bayi ini atau tidak?"

Azimah menggeleng. Wajahnya tiada langsung perasaan sedih.

"Nah... kalau begitu gugurkan saja.

Saya yakinkan gadis itu bahawa segala urusan akan selamat dan selesai, hanya mengambil masa dua jam saja. Setelah gadis itu menandatangani Surat perjanjian, saya mulakan tugas.

Jari-jemari inilah yang membius tubuh Azimah dan saya bersama doktor telah bekerjasama membunuh janin itu serta menariknya keluar dari rahim.

Sejak itu Azimah sering keluar masuk klinik. Bukan sekali, tetapi empat kali berturut-turut wanita itu datang bertemu saya. Ini bermakna empat kali juga hidup gadis ini dijahanamkan oleh kekasihnya yang lepas tangan.

Belum ada gadis yang seberani Azimah. Kalau ada pun hanya sekali dua yang datang. Tidak seperti Azimah yang empat kali menggugurkan janinnya.

Pada kali kedua Azimah datang ke klinik saya mula bertanya bagaimana dia boleh terlanjur? Dia memberitahu semua itu gara-gara tinggal sebumbung dengan kekasihnya, Haris. Lelaki itulah yang menyuruhnya menggugurkan janin tersebut. Kalau tidak, dia akan tinggalkan Azimah.

Hanya dua kali saya melihat lelaki itu datang bersama Azimah sewaktu kali pertama pasangan ini menggugurkan bayi mereka. Selepas bayi itu digugurkan, Azimah tinggal serumah dengan Haris lagi.

Kali ketiga Azimah datang, saya tanya mana Haris? Gadis itu diam. Apabila saya tanya, tidak sayangkah pada bayi dalam kandungannya itu. Azimah geleng kepala.

Dan setelah doktor berjaya menggugurkan bayinya barulah Azimah ceritakan apa sebenarnya yang telah berlaku. Kata Azimah, Haris salahkan dirinya kerana mengandungkan benihnya itu. Malah Haris juga hayunkan tangannya ke tubuh Azimah.
Kata wanita itu lagi, Haris marah kerana dia tidak berduit untuk menanggung perbelanjaan menggugurkan bayi. Jadi beberapa kali dia menumbuk perut Azimah, namun bayi itu terus membesar.

Mahu tidak mahu Azimah pinjam duit daripada kawan-kawan sepejabat. Cukup RM600 Azimah ke klinik dan sayalah yang menguruskan segala-galanya.

Saya simpati melihat Azimah yang datang dengan bibir pecah dan badan lebam sana sini. Saya nasihatkan gadis ini agar tinggalkan sahaja lelaki kejam dan jahanam itu. Kenapa mesti biarkan diri diperlakukan seperti binatang!

Azimah mengangguk. Dia berjanji mahu mulakan hidup baru tanpa Haris. Saya yang mendengarnya gembira. Saya berdoa agar gadis ini benar-benar sedar dan mengubah haluan hidupnya. Tapi kata-kata Azimah dusta semata-mata. Azimah terus hidup dalam pelukan lelaki kejam itu dan buat kali yang keempat, dia mengandung lagi.

Saya terkejut bila melihat gadis ini datang dengan tubuh yang kurus cengkung. Saya jelaskan pada Azimah kesan dan akibatnya;

"Jangan gugurkan lagi, bahaya."

Tapi Azimah menangis, merayu-rayu tetap mahu buang anak dalam perutnya itu. Katanya jika anak itu tidak digugurkan dia akan dibuang kerja dan sudah pasti masa depannya gelap-gelita. Azimah tidak mahu mengecewakan emak dan ayahnya di kampung. Dia juga tidak mahu Haris meninggalkannya terkontang-kanting.

Akhirnya saya terpaksa akur dengan keputusan Azimah. Saya bius gadis ini dan doktor yang bertugaslah yang menarik janin berusia tiga bulan itu keluar. Ketika Azimah sedar daripada pengsan, saya serahkan janin itu kepadanya. Saya tahu sebagai seorang yang beragama Islam mereka sepatutnya mengebumikan mayat itu.

Meskipun saya beragama Kristian, saya masih menghormati pesakit beragama Islam. Saya tahu sedangkan binatang pun harus dikebumikan dengan cara yang baik inikan pula anak yang digugurkan.

Tapi seperti sebelum ini Azimah menolaknya. Dia menggeletar bila saya berikan bungkusan berisi mayat janinnya.

"Buang saja. Saya tidak mahu," ucapnya terketar-ketar.

Lalu saya campak saja mayat kecil itu ke dalam tong sampah. Bukan hak saya, jadi tidak perlulah saya menguruskannya.
Seperti biasa pada setiap petang puluhan bungkusan janin yang kami gugurkan akan dicampakkan ke dalam sebuah tong besar di lorong kecil belakang klinik.

Maka, anjing-anjing liar sekitar Bandar Raya Kota Kinabalu pun berpesta. Daging-daging itu akan menjadi santapan mereka. Daging berkepala kecil dan berjari halus itu dicarik-carik sebelum diratah berekor-ekor anjing yang ganas.

Saya menyaksikan sendiri bagaimana anjing-anjing liar menanti bungkusan berisi daging manusia kecil itu dihumban ke dalam tong sampah sebelum mereka menyelongkar dan memakannya.

Memang sayalah yang bersalah. Saya bersalah pada kaum Hawa. Saya kejam, sama seperti lelaki yang merosakkan hidup gadis-gadis mentah itu.

Pada siapa perlu saya memohon maaf? Pada gadis-gadis yang pernah datang menggugurkan anak? Atau pada Azimah yang kini hidup terumbang-ambing tanpa arah?

Saya takut sebaik sahaja mengenang apa yang telah saya lakukan. Saya takut mimpi buruk itu akan berulang. Saya tidak mahu melihat diri ini berdarah dan menarik-narik daging yang jijik itu lagi.

Lalu saya ambil keputusan untuk meniggalkan alam pekerjaan itu. Saya tidak sanggup melihat lebih ramai lagi gadis yang menjadi mangsa kekejaman lelaki, datang meminta saya menggugurkan bayi mereka. Saya tidak mahu bersubahat.

Saya juga tidak mahu lebih ramai gadis seperti Azimah yang kecundang di tangan lelaki kejam yang berhati binatang!

Cukuplah Azimah seorang yang menderita kerana saya mendapat tahu kini gadis itu hidup sengsara kerana lumpuh separuh badan akibat kerap kali menjalani pengguguran.

Seperti yang saya katakan tadi, kami sudah memberi amaran pada Azimah tentang akibat buruk itu kalau dia menggugurkan janinnya buat kali keempat, tapi dia tidak pedulikan. Azimah lebih sayangkah Haris berbanding nyawa dan kesihatannya sendiri. Ternyata amaran kami itu benar-benar menjadi kenyataan.

Kini di atas kerusi roda, Azimah menghabiskan sisa-sisa hidupnya yang masih jauh dan panjang. Haris? Lelaki yang telah menjahanamkan hidupnya itu entah ke mana menghilang.

Dalam keadaan Azimah memerlukan sokongan dan kasih sayang, Haris lenyap tanpa dapat dikesan. Lelaki itu kejam! Dayus! Lelaki seperti Haris tidak layak hidup di muka bumi ini!

Berapa ramai lagi lelaki haprak di luar sana akan merosakkan masa depan gadis-gadis seperti Azimah? Memikirkan semua itu jiwa saya jadi tidak tenteram.

 ********************************

Saya dalam cerita di atas adalah juliana. Sekarang beliau bertugas di salah sebuah hospital kerajaan di Sabah. Juliana menceritakan pengalamannya itu kepada wartawan Mastika baru-baru ini.


Payudara Tubuh Di Perut Lelaki


Suntikan insulin mungkin menjadi penyelamat bagi penderita diabetes. Namun, melakukannya tanpa prosedur yang betul berpotensi merosak tubuh, seperti yang menimpa seorang lelaki dari Afrika Selatan.

Lelaki berusia 55 tahun dengan diabetes tahap 1 itu mengejutkan doktor setelah memperlihatkan bentuk perutnya yang berubah menyerupai payudara wanita.

Selama ini, ia mendapat suntikan insulin di dua bahagian perutnya untuk mengawal kadar gula dalam darah. Namun, ia tidak tahu bahwa menyuntikkan insulin di tempat yang sama punca pembengkakan lemak lembut di dalam lapisan kulit.

Lantaran tak mengubah kawasan injeksi selama tiga tahun, lelaki tersebut menderita keadaan yang disebut lipohipertrofi. “Selama bertahun-tahun kami belum pernah melihat kes seperti ini,” ujar Dr Stan Landau, dari Centre for Diabetes and Endocrinology, Joannesburg.

Mulanya, pesakit tersebut disarankan untuk melakukan perubahan pada area suntikan dan menggunakan jarum yang lebih kecil. Dia juga diberikan berbagai jenis insulin. Tapi sayang, doktor kehilangan hubungan dengannya setelah dia tidak lagi memenuhi janji pemeriksaan rutin.

Dr Landau mengatakan bahwa lelaki menyuntikkan insulin di tempat yang sama kerana mengira benjolan pada perut adalah normal bagi penyuntik insulin. “Dia pernah melihat pesakit yang lain meski tidak sebesar yang ia miliki. Kerana tidak sakit, ia tidak pernah memeriksanya.”

Ia menambahkan bahwa benjolan tersebut dapat menyusut, tapi akan merosakan sel. “Banyak pesakit diabetes tidak memiliki informasi yang jelas bagaimana memberikan insulin dengan betul,” ujar doktor dalam dalam New England Journal of Medicine.

Diabetes tahap 1 terjadi kerana terjadi kerosakan pada sel yang bertugas untuk memproduksi insulin, sehingga tubuh tidak mampu memproduksi insulin. Insulin berfungsi agar glukosa memasuki sel sebagai bahan bakar.

Kerana itulah, suntikan insulin diperlukan untuk mengontrol kadar gula dalam darah pesakit diabetes. Penyuntikannya pun dilakukan dengan cara merubah bahagian suntikan.


Tubuh Ibu Dan Anak Melekat Ketika Berzina



Kes persetubuhan ibu dan anak yang tak boleh dipisahkan telah menjadi buah mulut masyarakat Gorontalo. Kini, ibu dan anak itu telah meninggal dunia. Bilakah keduanya meninggal duniah masih menjadi pertanyaan.

Menurut maklumat dari Gorontalo Post, ibu yang berusia 30-an tahun dan anak yang berusia 15 tahun tersebut meninggal beberapa jam selepas berada di bilik pembedahan salah sebuah hospital di Gorontalo.

Ada desas desus yang mengatakan keduanya masih sempat bertahan beberapa hari sebelum meninggal dunia. Setelah menyelidik di Gorontalo Post, didapati ibu dan anak tersebut meninggal setelah pasukan perubatan berusaha melakukan pembedahan untuk memisahkan keduanya.

Pembedahan itu terpaksa dilakukan kerana keadaan kedua-duanya amat kritika.Doktor tiada jalan lain untuk memisahkan keduanya selain melakukan pembedahan.

Setelah melakukan pembedahan, keduanya meninggal dunia. Mayat kedua beranak itu dituntut keluar secara tertutup.

------------------------------------------

Semoga cerita di atas dapat dijadikan iktibar kepada semua.Jom kita sama-sama share.

Ibu Bapa Didapati Bersalah Memaksa Anak Mereka Minum Air Kencing


Seorang ibu muda dan pasangan telah dihukum melakukan khidmat masyarakat selama 160 jam selepas didapati bersalah mendera anak-anak mereka.Yeung Wing-ki, 28 dan Chung Chi-wing, 27, seorang pemandu teksi,telah dikatakan memukul anak-anak mereka dengan rotan dan juga memaksa mereka meminum air kencing.Mereka dmelakukan perbuatan ini sejak Julai 2009 sehing bulan April tahun ini.

Pasangan ini mempunyai seorang anak berusia 1 tahun dan Yeung mempunyai 4 orang anak hasil perkahwinan terdahulu.Teman lelakinya juga dikatakan memasukakn alat kawalan jauh kemulut anak Yeung yang berusia 9 tahun serta menumbuk beberapa kali ke dada anak sulungnya dan melilit tahli leher ke tengkuknya sehingga menyebabkan budak itu lemas.

Hakim berpendapat ini bukanlah cara untuk mendidik anak atau mendisiplinkannya.


Edisi Pelik! Sungai Atas Sungai - Serius Hot!


Tidak kah keadaan ini pelik..bila ayat yang digunakan SUNGAI ATAS SUNGAI ianya kelihatan pelik kan? Tapi bila tengok kat gambar ooooo macam ni rupanya..tapi kan ianya masih pelik juga...macam manalah agaknya manusia boleh terfikir untuk buat macam ni..super cool...

Cara Mengenali Lelaki Yang Masih Teruna



Mungkin wanita-wanita diluar sana ingin mengahwini lelaki yang status teruna ( meskipun sekarang ni ternyata tak ramai dah )..

Namun begitu, wanita masa kini lebih cenderung untuk mencari lelaki yang lebih berpengalaman untuk dijadikan calon suami. Ape-apa pon kami akan berkongsi jugak tips-tips ini sebagai panduan kepada wanita-wanita di luar sana.. Meh tengok..

1. Lelaki teruna suka mengintai-intai (curi pandang) perempuan cantik pada wajah berbanding lelaki tak ada teruna gemar melihat tubuh wanita.

2. Lelaki teruna segera mengalihkan pandangan apabila ditentang wanita cantik manakala lelaki tak teruna mengekalkan pandangan.

3. Lelaki teruna menunduk apabila dipandang wanita cantik dan menunjukkan reaksi gembira (mengetap bibir untuk cover senyum) tetapi lelaki tak teruna menunjukkan reaksi bersahaja.

4. Lelaki teruna malu membuka mulut untuk makan atau bercakap di hadapan wanita yg cantik. lelaki teruna seperti “kena interview” apabila bercakap dan badannya kaku.

5. Lelaki teruna berdegup kencang jantungnya apabila mendapati wanita cantik menyukainya.

6. Lelaki teruna membosankan apabila bercinta. gayanya agak “nerd”. gemar berlagak untuk menarik pasangannya.

7. Lelaki teruna juga sanggup menghabiskan banyak wang untuk pasangannya untuk menambat hati pasangannya.

8. Lelaki teruna terlalu sensitif. mereka akan sering menghubungi pasangannya sehingga dapat dan mereka akan rasa sedih yang amat sangat apabila diabaikan.

9. Lelaki teruna sering mengagung-agungkan pasangannya dan mengatakan orang lain tak cantik. mereka akan bercerita tentang pasangannya dan memuji-muji pasangan apabila berbual dengan kawan-kawan.

Gadis Menjadi Pelacur Kerana Teman Lelaki


bawah ini adalah kisah sebenar pengakuan dari mangsa penipuan oleh teman lelaki untuk menjerat Ika ( bukan nama sebenar ) menjadi seorang pelacur.Diharap para pembaca terutama kaum wanita dapat menjadikan cerita di bawah ini sebagai teladan.Jangan lupa share kisah ini bersama rakan-rakan yang lain ye.
 
Ika,27,mengakui tersilap memilih teman lelaki sehingga perkerja seks kelas murahan.Sejak terjebak dengan pekerjaan tersebut.Ika sering menangis mengenangkan nasibnya mencari nafkah dengan cara begitu.

Ketika mahu ditemubual oleh akhbar ini (BuletinRakyat),ika ditemui di JalanRaja laut agak keberatan kerana tidak mahu kisah peribadinya ditonjolkan untuk pengetahuan umum.Setelah dipujuk mungkin kisahnya boleh manjdi pengajaran kepada orang lain akhirnya Ika mengalah.

Ika yang berasal dari Beufort,Sabah memberitahu berkenalan dengan seorang lelaki mesra dipanggil "Boy"semasa bekerja sebagai promoter di sebuah gedung membeli belah di ibukota.Boy sentiasa mengambil berat pasal Ika akhirnya mengambil keputusan menetap sebagai suami isteri tidak sah di rumah sewa lelaki berkenaan.

Selepas setahun menjalinkan hubungan terlarang dengan Boy,Ika mula berasakan sesuatu tidak kena pada lelaki berkenaan.Perasaan itu wujud lantaran Ika melihat sikap Boy yang sering ponteng kerja dan adakalanya pulang hingga lewat malam.

"Saya tidak tahu siapa Boy sebenarnya.Adakalanya Boy lansung tidak keluar dari bilik dan bila keluar rumah sentiasa berada dalam keadaan ketakutan.Seperti ada sesuatu yang sedang menganggu fikirannya.Mulalah fikiran saya jadi kacau dibuatnya.Dalam seminggu pula saya nampak beberapa lelaki tidak dikenali mencari Boy,"kata Ika mula mengesyaki Boy menyembunyikan sesuatu darinya.

Namun selepas beberapa hari,Boy mengakui berhutang dengan peminjam wang dangan jumlah yang besar.Dia mengakui tidak mampu membayar hutang dan bunga pinjaman kepada pihak berkenaan.

"Boy kata hanya ada satu cara untuk membantunya melangsaikan hutang-hutangnya iaitu saya terpaksa menjual batang tubuh saya kepada pihak berkenaan.Boy juga berjanji akan mengahwini saya selepas itu.Pada awalnya saya menolak dengan sekeras-kerasnya cadangan Boy.Saya bukannya pelacur mahu serahkan tubuh saya begitu sahaja.Namun Boy terus menampar,memukul dan memaksa saya melayan pihak peminjam dengan sepuas-puasnya jika mahu melangsaikan hutang.Mahu tidak mahu terpaksalah saya mengikut arahan Boy melayan kehendak seks peminjam wang berkenaan,"katanya.

Selepas kejadian itu,malang terus menimpa Ika apabila Boy dibuang kerja.Sejak itu Ika yang terpaksa membayar sewa rumah dan menanggung makan minum Boy.Ika mengakui pendapatannya bekerja sebagai promoter tidak mencukupi untuk mereka berdua.Dalam keadaan tersepit dengan masalah kewangan,sekali lagi Boy mencadangkan Ika menjadi pekerja seks separuh masa bagi menambahkan pendapatan.

"Saya membantah cadangan Boy dengan alasan sekeras-kerasnya.Saya tak mahu menjadi pelacur tetapi Boy terus mendesak dengan kekerasan.Dia memukul dan menerajang saya.Dia ugut akan mengapa-ngapakan saya jika berani melawan arahannya.Saya tidak berdaya melawan kehendak Boy dan dibawa ke sekitar Choe Kit untuk melacur.Manakala Boy bertindak mencari pelanggan di situ,"katanya.

Ika mengakui setiap malam,Boy berjaya mendapatkan tiga pelanggan dengan pendapatan RM150 semalam.Ika akan memulakan kerja sebagai pekerja seks selepas selesai pukul tujuh sehinggalah ke lewat malam pukul12 tengah malam.

"Kalau tak ada pelanggan terpaksalah saya menunggu sehingga mengantuk.Pagi esoknya pula saya terpaksa berkerja sebagai promoter.Memang penat dibuatnya.Sementara Boy hanya makan tidur di rumah sewa.Janji untuk menikahi saya hanya tinggal janji.Bila saya desak pelbagai alasan diberikan katanya tidak mampu dan sebagainya.,"beritahu Ika dengan nada sedih.

Namun disebabkan tidak tahan dengan penderaan diterima dari Boy,Ika bertekad untuk meninggalkan lelaki yang tidak bertanggunjawab itu.Untuk sementara waktu Ika menumpang dirumah rakan sekerjanya tanpa menjawab semua panggilan Boy.Ika juga mengugut Boy jangan menganggunya lagi jika tidak akan menelefon polis memberitahu segala kegiatan Boy termasuk memaksanya menjadi pelacur.Oleh kerana takut,Boy tidak lagi menganggu kehidupan Ika.

Malang menimpa hidup Ika sekali lagi apabila pihak majikan memberhentikan kerjanya sebagai promoter kerana sering ponteng dan menghadapi masalah peribadi.
"Selepas diberhentikan kerja barulah saya tahu langit tinggi itu tinggi atau rendah.Hidup saya sudah tidak bermakna lagi.Saya terpaksa berpindah dari rumah kawan sekerja kerana tidak mampu membayar sewa bilik dan tidak mahu menyusahkannya.

Saya tidak tahu ke mana hendak pergi dalam keadaan diri saya sudah rosak seperti ini.Akhirnya saya mengambil keputusan menjadi pekerja seks di lorong belakang.Sekurang-kurangnya saya mampu membayar sewa bilik hotel murah di sini,"katanya masih menyimpan perasaan marah dengan Boy yang menjerumuskannya ke lembah kehinaan tersebut.

Bila ditanya sampai bila mahu meneruskan pekerjaan tersebut Ika tidak dapat memberikan apa-apa komen.Dia hanya menggeleng-gelengkan kepala seolah-olah menyesali apa yang berlaku dalam hidupnya.

"Tak tahulah bang,sudah nasib saya begini.Nak ke mana lagi?Hidup saya sudah rosak dan tidak seperti orang lain lagi.Tak mengapalah.Tiba masa saya berhenti maka berhentilah.Kalau tidak saya teruskan mencari rezeki dengan cara seperti ini(Pekerja Seks),"

1 dari 900 aksi seks menghantar virus


Seseorang heteroseksual yang dijangkiti HIV akan menghantar virus kepada pasangan mereka sekali dalam setiap 900 kali pasangan itu melakukan seks tanpa perlindungan, menurut satu kajian baru dijalankandi Afrika.

Bagaimanapun , jumlah sebenar aksi-aksi seksual yang diperlukan untuk menghantar virus boleh berbeza bergantung pada jumlah virus dalam darah orang yang dijangkiti itu , kata penyelidik kajian James Hughes, dari University of Washington di Seattle.

Malah, jumlah itu virus dalam darah adalah satu-satunya faktor paling penting dalam menentukan sama ada HIV dihantar antara pasangan seks. Untuk setiap peningkatan sepuluh kali ganda dalam tumpuan , terdapat tentang satu peningkatan tiga kali ganda dalam risiko penghantaran semasa satu perhubungan seksual.

Mereka yang mempunyai konsentrasi darah yang tinggi bagi virus tersebut (seperti mereka yang sangat baru dijangkiti) mungkin hanya perlu mengadakan hubungan seks hanya 10 kali untuk menghantar virus, kata Hughes. “Puratanya boleh jadi sedikit mengelirukan,”Hughes berkata.

Penemuan baru mengukuhkan idea yang kaedah terbaik untuk mengurangkan jangkitan HIV ialah mereka  mengurangkan tumpuan virus dalam darah, ianya boleh dilakukan dengan ubat antiretroviral, Hughes berkata. Satu kajian diterbitkan tahun lepas mendapati dadah tersebut boleh mengurangkan penjangkitan HIV di antara pasangan sebanyak 96 peratus.

Kajian baru turut mengesahkan kondom-kondom adakah amat berkesan dalam mencegah jangkitan HIV, mengurangkan risiko penghantaran sebanyak 78 peratus. Lelaki berkhatan mengurangkan penghantaran risiko HIV sebanyak 47 peratus.


Penjangkitan HIV
Kajian awal cuba untuk menganggar kadar jangkitan HIV, tetapi lazimnya ia agak kecil , dan tidak mengukur tumpuan virus dalam darah sepanjang keseluruhan tempoh pengajian itu.
Kajian baru mengandungi 3,297 pasangan dari sub-Sahara Afrika yang “HIV discordant,”bermakna seorang pasangan mempunyai HIV manakala yang lain tidak. Pasangan yang menghidapi HIV dalam kajian itu diuji secara berkala atas kajian dua tahun untuk jumlah HIV dalam darah mereka. Pasangan dijangkiti kuman juga ditemubual setiap bulan dan ditanya berapa kali mereka melakukan hubungan seks , dan sama ada mereka menggunakan perlindungan.
Pasangan yang tidak dijangkiti diuji secara berkala melihat sama ada mereka telah memperoleh HIV. Penyelidik-penyelidik menggunakan ujian genetik virus mengesahkan yang mana-mana jangkitan HIV baru telah diperolehi dari pasangan kajian dilantik pada permulaan kajian.
Lapan puluh enam penyebaran HIV berlaku semasa tempoh pengajian.
Lelaki adalah seperti dua kali lebih menghantar HIV kepada wanita berbanding wanita kepada lelaki. Pertambahan risiko penyebaran ini mungkin dianggap berpunca daripada penumpuan virus lebih tinggi dalam darah lelaki dibandingkan dengan wanita, menurut kajian. Sebagai tambahan, wanita lebih berkemungkinan dimiliki herpes genital,kerentanan peningkatan yang mana kepada HIV.
Kondom dilaporkan telah digunakan dalam 93 peratus dalam hubungan seksual itu, tetapi penyelidik-penyelidik mengesyaki kegunaan mereka melebihi laporan. Lantaran itu, kondom sebenarnya mungkin lebih berkesan dimencegah penjangkitan HIV daripada 78 peratus pengurangan dianggar oleh penyelidik, Hughes berkata.

Wabak AIDS
Kajian bergantung pada laporan diri, yang mungkin tersilap. Bagaimanapun , kesilapan-kesilapan dalam laporan jumlah aksi-aksi seksual tidak mungkin akan menjejaskan kebanyakan daripada hasil kajian, kata Hughes.
Purata risiko jangkitan HIV bagi setiap seksual dianggar dalam kajian konsisten dengan apa telah ditemui oleh penyelidikan dahulu, tetapi terdapat banyak keadaan di mana nombor itu mungkin tidak dimasukkan,” kata Dr. Myron Cohen, seorang profesor perubatan, mikrobiologi, imunologi dan kesihatan awam di University of North Carolina di Chapel Hill, yang tidak terlibat dalam kerja ini.

Itu kerana peserta-peserta dimasukkan ke dalam kajian ialah pasangan-pasangan yang telah tinggal sekali dan telah bersam atas satu tempoh masa yang panjang. Ini menunjukkan pasangan-pasangan mungkin mempunyai beberapa perlindungan biologi menentang penghantaran, Cohen berkata.
“Anggaran sebenar boleh jadi lebih tinggi jika anda mengkaji beberapa jenis orang yang berbeza,” Cohen berkata.
Manakala kebanyakan daripada penemuan-penemuan mungkin boleh menyeluruh ke negara-negara lain, jumlah hubungan seksual yang diperlukan untuk  menghantar virus mungkin khusus bagi kajian penduduk Afrika, Hughes berkata. Kajian di Amerika Syarikat sebelum ini telah menemui satu kadar transmisi lebih rendah.
Sebagai tambahan, penemuan-penemuan hanya digunakan atas pasangan-pasanganheteroseksual , dan bukan lelaki yang mengadakan hubungan seks dengan lelaki, satu kumpulan yang mungkin mempunyai satu kadar transmisi lebih tinggi, Hughes berkata.


Hukum Mengahwini Wanita Hamil Kerana Terlanjur Berzina

Soalan :

Assalamualaikum ustaz,
Apakah hukum mengahwini wanita yang hamil kerana terlanjur berzina?

Terima kasih atas bantuan ustaz, semoga mendapat rahmat Allah.

Jawapan :

Assalamu ‘Alaikum,
Al-Hamdulillah, Wassalatu ‘ala Rasulillah wa ala alihi wasahbihi,

Telah disepakati oleh para ulamak bahawa harus seorang lelaki mengahwini wanita yang dizinainya. Ibnu ‘Abbas r.a. pernah ditanya berkenaan seorang pemuda yang berzina, kemudian ia bertaubat dan ingin mengahwini wanita yang dizinainya sebagai jalan menutup keaiban wanita tersebut, maka beliau menjawab;

أَوَّلُهُ سِفَاحٌ، وَآخِرُهُ نِكَاحٌ، وَالْحَرَامُ لاَ يُحَرِّمُ الْحَلاَلَ
“Diawal adalah sifah (zina) dan diakhirnya adalah nikah. Yang haram tidak mengharamkan yang halal”.

Jika lahir anak selepas enam bulan dari tarikh berlakunya akad perkahwinan, maka nasab anak itu sabit kepadanya. Namun jika lahir kurang dari enam bulan, maka nasab tidak sabit kepadanya.

Namun jika wanita yang dizinai diketahui telah hamil, bagi masalah ini terdapat dua pandangan ulamak;

Pandangan pertama;

1 ) Pandangan Imam Syafi’ie dan juga Imam Abu Hanifah;
Wanita yang hamil kerana berzina harus dikahwini sama ada oleh lelaki yang berzina dengannya atau dengan lelaki lain, namun tidak harus mensetubuhinya hinggalah ia melahirkan anak yang dikandungnya mengikut pandangan Imam Abu Hanifah.

Menurut Imam Syafi’ie; makruh mensetubuhinya dalam keadaan hamilnya itu. Bagi pandangan ini, tidak ada kehormatan bagi zina untuk mewajibkan iddah ke atas wanita yang berzina. Oleh demikian, harus ia dikahwini pada bila-bila masa sama ada oleh lelaki yang berzina dengannya atau lelaki lain sekalipun ia sedang hamil.

Cuma jika ia sedang hamil diharamkan mensetubuhinya (mengikut mazhab hanafi) atau dimakruhkan (menurut mazhab Syafi’ie) sehinggalah ia melahirkan anak. Selain itu –menurut pandangan ini juga- jika wanita yang berzina itu mempunyai suami harus suaminya mensetubuhinya tanpa perlu menunggu tempoh iddah tertentu sebagaimana pandangan kedua nanti.

Pandangan kedua;

2 ) Pandangan ini merupakan pendapat Imam Rabi’ah, as-Tsauri, al-Auza’ie dan Ishaq dan ia merupakan pegangan mazhab Imam Malik dan mazhab Imam Ahmad.
Wanita yang hamil kerana berzina tidak harus dinikahi sehinggalah ia melahirkan anaknya.Ini kerana menurut mereka, wanita yang melakukan persetubuhan zina wajib ke atasnya beriddah selama tiga kali haid atau tiga bulan (mengikut pendapat Imam Malik) atau dengan melahirkan anak jika ia hamil.

Jika wanita yang berzina itu mempunyai suami, haram ke atas suaminya mensetubuhinya hinggalah tamat iddahnya itu. Kesimpulannya; mengikut pandangan ini, wanita yang berzina tidak harus dikahwini kecuali setelah tamat iddahnya iaitu tiga kali suci atau tiga bulan. Jika ia hamil tidak harus dikahwini kecuali setelah melahirkan anak. Di samping itu mereka menambah satu lagi syarat iaitu hendaklah wanita itu telah bertaubat dari zina.

Wallahu A’lam.
[1] Pandangan ini juga dipilih oleh Imam Abu Yusuf dan Zufar dari mazhab Hanafi. Dalam masalah ini mereka berbeza pandangan dengan Imam mereka iaitu Imam Abu Hanifah yang akan kita huraikan nanti pandangannya. (Lihat; Ahkam al-Marah al-Hamil, Yahya Abd. Rahman al-Khatib, hlm. 75).

Dibelit Ular Sawa Ketika Berzina


Kisah benar ini diambil dari sebuah blog Link, untuk dijadikan pengajaran kepada pemuda atau pemudi yang selalu ke taman rekriasi atau batu hampar buat projek! Contohnya di Kalumpang ada air terjun dan penulis selepas menamat perkhidmatan tentera. Menyertai askar wataniah dan melatih askar wataniah lelaki dan wanita di kawasan batu hampar di Kalumpang. Selalu berpesan kepada mereka jangan buat perkara tak senonoh seperti “projek”.

Kawasan hutan adalah tempat habitat liar. Jadi jangan silap langkah. Banyak pantang larang kena ikut. Maklumlah masuk kawasan orang selalu kena hormat. Jangan kencing merata-rata atau terlalu gembira memekik melolong. Yang askar wanita yang datang bulan, pampers jangan buang merata kerana boleh menggangu makhluk halus yang kita tak tahu tinggal disitu. Ada juga orang awam yang datang buat “projek” kat celah-celah batu dan dikawasan semak samun. Ada yang pernah kena gigit lipan atau kala jengking.

Tapi kisah kali ini, sepasang kekasih yang buat “projek” ringan-ringan tetapi nafsu mana boleh kawal sehingga terlanjur dan mereka berzina. Jadi teruskan membaca kisah benar ini……

Ambillah iktibar dari kisah benar ini.

Melihat pendedahan yang dibuat oleh sebuah stesen televisyen swasta baru-baru ini mengenai anak bangsa kita yang melakukan perbuatan terkutuk di dalam hutan terutamanya di pusat-pusat perkelahan mengingatkan….

Pengalaman saya berhadapan dengan sepasang tunang yang mengadu menghadapi masalah besar beberapa tahun lalu,” beritahu Ustaz Abdullah Mahmud, penceramah bebas yang dikenali ramai. Tambahnya, beliau memang tidak hairan dengan pendedahan tersebut kerana sepanjang menjadi penceramah, kaunselor dan merawat orang, dia didatangi oleh golongan remaja yang mengadu menghadapi masalah akibat terlanjur terutamanya si wanita yang mengandung setelah berzina di merata tempat tak kira hutan, hotel, rumah kosong, dalam semak, kereta dan sebagainya.

“Adakalanya saya menitiskan air mata apabila mengingatkan pergaulan bebas anak muda kita yang makin menjadi-jadi.

Mereka ini langsung sudah tidak takut bala Tuhan. Mereka sudah tidak dapat membezakan antara halal dan haram,” tegas beliau dengan nada kesal. Berbalik kepada pasangan tunang yang datang menemui beliau di pejabatnya di Batu Caves, Selangor ketika itu, Ustaz Abdullah menjelaskan pasangan itu yang berumur lingkungan pertengahan 20-an itu datang untuk meminta pertolongannya.

“Apa yang boleh saya bantu encik?”

Tanya Ustaz Abdullah kepada mereka. Si lelaki kelihatan malu-malu untuk menceritakan masalahnya manakala si perempuan mencubit paha lelaki itu mungkin meminta agar segera menceritakan masalah mereka. Ustaz Abdullah yakin masalah yang dihadapi oleh pasangan itu agak berat kerana berdasarkan pengalaman, lazimnya hanya mereka yang menghadapi masalah besar saja akan pergi menemui kaunselor atau ustaz bagi mencari jalan agar kekusutan yang dialami mereka terlerai.

“Ustaz…macam ini, saya dan tunang saya ada masalah sikit. Ketika tidur, saya selalu nampak ular dalam rumah. Begitu juga dengan tunang saya. Seringkali ketika tidur, tunang saya menjerit-jerit. Dia kata ular besar datang membelitnya.”

“Saya sendiri sudah takut hendak masuk di dalam semak kerana sering terbayang ada ular,” beritahu lelaki itu ringkas.

Mendengar masalah itu, Ustaz Abdullah termenung sejenak. Dia merenung memikirkan “penyakit” aneh yang dihadapi oleh pasangan itu.

“Awak pernah pukul ular ke?”

Ustaz Abdullah mengajukan soalan rambang . Bagaimanapun lelaki itu menggeleng kepala sambil memberitahu dia tidak pernah memukul ular. Lelaki itu turut memberitahu dia dan tunangnya jadi fobia kepada ular dan akibat itu badan mereka menjadi lemah tidak bermaya akibat sering terkejut.

Mereka juga menyatakan telah pergi menemui beberapa orang bomoh meminta air penawar agar kelibat ulat tidak tergambar lagi dalam bayangan matanya tetapi semuanya tidak menjadi. “Selalunya kalau jadi macam ni, pasti ada sebabnya.

Kalau tidak ada sebab tertentu, setahu saya perkara seperti ini tidak akan berlaku tambahan lagi berdasarkan pengamatan saya, awak berdua bukan terkena sihir,” kata Ustaz Abdullah yang menyedari pasangan tunang itu cuba menyembunyikan cerita yang sebenar kepadanya.

Namun lelaki itu tetap berkeras menyatakan mereka tidak pernah melakukan sesuatu kesalahan seperti memukul ular dan sebagainya.”Tak perlu hendak malu. Saya hendak tahu ini pun, bukannya saya bermaksud hendak campur hal encik tapi dengan mengetahui puncanya, mudahlah sikit saya berikhtiar kalau-kalau ada serasi, Allah akan makbulkan permohonan kita,” pujuk Ustaz Abdullah lagi.

Sebaik saja mendengar kata-kata itu, wajah mereka tiba-tiba berubah. Si perempuan pula tiba-tiba menitiskan air mata manakala yang lelaki tunduk ke bawah memandang lantai. Dia kelihatan malu untuk bertentangan mata dengan Ustaz Abdullah. “Macam ini Ustaz, sebenarnya saya kena belit ular sawa setahun yang lalu, sejak itu saya mengalami masalah ini, sering diganggu dengan bayangan ular. Tunang saya juga kena belit ular,” akui lelaki itu agak mengejutkan Ustaz Abdullah.

Ustaz Abdullah yang tidak begitu faham dengan penjelasan itu terus bertanya kepada mereka bagaimana cerita yang sebenarnya. Barangkali setelah yakin dengan keikhlasan Ustaz Abdullah untuk membantu, akhirnya pasangan itu menceritakan segala-galanya. Cerita lelaki itu, kejadian itu berlaku sebelum mereka bertunang. Pada suatu hari, mereka yang mengaku bekerja di sebuah syarikat yang sama di Shah Alam, Selangor mengatur janji untuk pergi ke sebuah tempat perkelahan di Selangor. Mereka yang kebetulan bekerja syif malam telah mengambil keputusan untuk pergi pada hari biasa kerana pada hari tersebut orang tidak ramai maka mudahlah mereka bermadu asmara dan bercengkerama.

Menurut lelaki itu lagi, sebelum itupun, mereka pernah pergi ke situ pada hujung minggu. Bagi mereka, pada hujung minggu tidak sesuai kerana, pengunjung terlalu ramai, maka menyukarkan mereka untuk bercumbu rayu. Itupun mereka memilih tempat terlindung tetapi tidak terlepas daripada gangguan pemuda-pemuda yang suka mengendap.

“Hanya dua bulan perkenalan, kami sudah terlanjur. Ketika saya dibelit ular tempoh hari, saya berkenalan dengan tunang saya ini sudah enam bulan.

Banyak kali sudah kami melakukan perbuatan terkutuk itu,” nyata lelaki itu sambil menangis. Sebaik saja sampai di kawasan perkelahan yang mempunyai sebatang anak sungai itu, dia menyorokkan motosikal di dalam semak. Manakala tempat mereka bersama terlindung di sebalik pokok balak berhampiran gigi air sungai. Pada tengahari itu memang sunyi. Seorang
manusia pun tidak kelihatan.

Bukan main seronoklah mereka berdua kerana dapat bermadu kasih tanpa gangguan, meskipun terbit rasa bimbang kalau ada yang mengintip di sebalik semak atau diserbu pihak berkuasa tapi perasan rindu dendam yang membara mengatasi segala-galanya. Di situ, pada mulanya mereka berbual-bual sambil berpegangan tangan. Kemudian melarat ke bahagian lain pula.

Seterusnya nafsu mula menguasai diri masing-masing. Berbekalkan kertas suratkhabar, ia dijadikan alas untuk mereka berbaring. Pakaian si perempuan dilucutkan satu demi satu, selepas itu yang lelaki pula menanggalkan pakaian. Mereka bercumbu rayu dan terus berzina tanpa menyedari di dalam rumpun semak di hujung kaki mereka berlengkar seekor ular sawa sebesar paha orang dewasa sedang mengeram.

“Kami tak sedar ada ular. Tengah-tengah buat benda tu, kaki saya tertendang ular itu menyebabkan dengan pantas ia terus menyerang dan membelit kami berdua. Ia berlaku dengan pantas sekali, tidak sempat kami hendak melarikan diri,” cerita lelaki itu dengan perasaan kesal. Akibat belitan ular sawa itu, mereka berdua merasakan ajal mereka akan tiba pada bila-bila masa kerana setiap kali mereka meronta, semakin kuat ular itu menjerut tubuh mereka.

“Saya menjerit sekuat hati meminta tolong. Perasaan malu sudah tidak ada lagi dalam diri saya pada masa itu. Yang penting, nyawa kami harus diselamatkan dan pada masa yang sama, saya semakin sesak nafas kerana belitan ular itu yang sungguh kuat dan mulutnya terngaga luas seperti tidak sabar-sabar hendak menelan saya,” beritahunya tanpa segan silu lagi.

Keadaan kekasihnya semakin lemah. Mukanya pucat lesi seperti sudah kehilangan darah. Lelaki itu tidak mampu berbuat apa-apa. Kudratnya tidak terdaya menandingi ular besar itu.
Dalam keadaan cemas, tiba-tiba muncul seorang pemuda dari sebalik semak sambil memegang sebatang kayu untuk memukul kepala ular itu yang hendak membaham kepala lelaki tersebut. Pemuda itu teragak-agak untuk memukul kepala ular sawa itu mungkin bimbang kalau terkena kepala lelaki itu. “Saya menjerit dan merayu agar ditolong dengan nada yang tersekat-sekat kerana sesak nafas. Kemudian pemuda itu dengan laju menghayun kayu sebesar betis itu beberapa kali mengenai kepala ular tersebut.

“Akhirnya, ular itu terkulai dan belitannya terurai. Saya tidak mampu bergerak lagi manakala kekasih saya pengsan. Pemuda itu memakaikan semula baju kami. Kemudian dia pergi meminta bantuan orang untuk menghantar kami ke hospital. Dia hanya seorang diri. Saya tidak pasti siapa pemuda itu dan dari mana dia datang. Saya syak mungkin pada mulanya dia sedang mengintai saya buat “projek,” cerita lelaki itu lagi. Akibat belitan ular tersebut, pasangan itu mengalami kecederaan agak teruk iaitu si lelaki patah satu tulang rusuknya manakala kekasihnya patah dua batang tulang rusuk.

Empat bulan selepas kejadian itu, mereka melangsungkan pertunangan dan merancang untuk berkahwin dalam masa terdekat setelah didesak oleh keluarga yang mengetahui kejadian itu. Bagi mereka, masalah sering dihantui oleh bayangan ular lebih perit daripada menanggung kesakitan akibat patah tulang rusuk.

Akibat “badi” itu, tidur malam mereka terganggu setiap malam dan walau kemana sekalipun berada,mereka terbayang berhampiran mereka ada banyak ular. Mendengar penjelasan lelaki itu, fahamlah Ustaz Abdullah apa sebenarnya yang terjadi. Namun sebelum merawat pasangan itu, beliau telah menasihatkan mereka agar bertaubat kerana telah melakukan perbuatan zina.

Ustaz Abdullah juga memberitahu mereka, berkemungkinan peristiwa dibelit ular itu adalah balasan Tuhan di dunia di atas perbuatan mereka itu. “Awak berdua patut bersyukur. Saya rasa Allah sayangkan awak berdua. Dia bagi azab kecil kepada awak berdua mungkin supaya awak insaf dan segera bertaubat. Kalau nak ikutkan, ramai orang berzina tetapi Allah tidak mahu menunjukkan balanya di dunia ini, maka kerana tidak pernah dijatuhkan bala itu, mereka ini berterusan melakukan zina,” nasihat beliau membuatkan pasangan itu menangis tersedu-sedu sambil berjanji akan bertaubat serta berkahwin secepat mungkin.

Ustaz Abdullah memberi sebotol air penawar. Air itu digunakan untuk mandi dan minum. Di samping itu, Ustaz Abdullah menasihatkan pasangan itu agar sering mengingati Tuhan semoga penyakit fobia mereka hilang. Mereka pulang dengan wajah riang dan tidak lama kemudian lelaki itu menghubungi Ustaz Abdullah memberitahu mereka berdua telah sembuh sepenuhnya dan menjemput beliau hadir ke majlis perkahwinan mereka.



Suamiku Makan Darah Haid Dan Air Maniku


Seperti yang telah diceritakan oleh seorang ustaz. Saya just copy paste jer kat sini, untuk bacaan kita bersama – sebagai pengajaran dan tauladan bagi para isteri – dan secara tak langsung juga kepada para suami. Begini ceritanya…
---------------------------------------------

Lama benar saya tidak berjumpa dengan Ariffin. Rasanya sudah lebih Tujuh tahun sejak kawan lama saya itu di arahkan mengajar di Johor. Kerana itulah, apabila dia datang ke pejabat saya pagi itu, saya Merasa terlalu seronok.

“Eh, makin kurus nampak. Diet ke?” kata saya setelah mempersilakannya Duduk.

“Tak adalah. biasa la cikgu, kan sekarang ni macam-macam kerja. Kurikulumlah, kokurikulumlah, sukanlah. badan gemuk pun boleh jadi Tinggal tulang,” balas Arifin.

“Tengok ni ustaz, baju pun dah menggelebeh. Seluar pun longgar,” Tambah Arifin sambil menarik lengan baju untuk menunjukkan betapa Kurusnya dia dan besarnya baju yang di pakai.

Selepas bertanya itu ini dan mengusiknya serba sedikit, saya bertanya Arifin tentang hajatnya datang menemui saya. Yalah, tiba-tiba saja Muncul, pasti ada hajat yang hendak di sampaikan.

“Orang rumah saya sakitlah, ustaz”, kata Arifin.

“Patutlah aku tengok engkau lain macam aja tadi. Ketawa pun hendak Tak hendak. Sakit apa?” saya bertanya. Agak lambat Arifin menjawab. Dia menarik nafas, kemudian meraup muka dan seterusnya bersandar di Kerusi. Setelah itu disorotnya mata saya dalam-dalam.

“Entahlah.” katanya perlahan,

” Lima tahun lalu tiba-tiba saja badan dia melepuh-lepuh. Di kaki, Paha, perut, dibelakang. penuh dengan lepuh macam orang terkena air Panas,”kata Arifin.

Tambah kawan lama saya itu, dia telah membawa isterinya, Niza, ke Serata hospital dan klinik, namun ubat yang di beri oleh doktor tidak Dapat melegakan penyakitnya.

“Sakit apa, doktor pun tak tau,”tambahnya.

“Dah pergi berubat kampung?”saya bertanya.

“Dah,tapi macam biasalah. bomoh, cakap kena buat orang, terceroboh Kawasan orang bunian., sampuk. macam-macam lagi. Duit banyak habis, Masa terbuang, tapi sakitnya tak juga sembuh,”jelas Arifin.

Malah, kata kawan saya itu, lepuh-lepuh menjadi bertambah banyak pula Hingga tubuh isterinya yang langsing menjadi sembab. Wajahnya yang Cantik juga berubah murung, kusut

“Itu masih tak mengapa ustaz. Yang menambahkan kebimbangan saya, Setelah beberapa lama, lepuh-lepuh itu bertukar pula jadi gerutu dan Berbintil-bintil macam katak puru,” tambah Arifin.

Akibatnya, sekali lagi Niza menderita kerana selepas tubuhnya hodoh Akibat sembab, seluruh kulitnya yang dulu licin menjadi jelik. Dari tangan, bintil-bintil kecil dan besar seperti bisul tumbuh merata, kaki hingga ke muka.

Disebabkan penyakit itu, kawan-kawan yang datang melawat terkejut kerana hampir tidak mengenalinya lagi. Akibatnya, Niza terpaksa berhenti kerja. Dia malu untuk berhadapan dengan kawan sepejabat.

Memang ada yang bersimpati tapi ada juga yang mengejek. Ramai yang menyindir di belakang, tapi ada juga yang tanpa rasa bersalah mengaibkannya secara berhadapan.

Dua tiga tahun berlalu, penyakit Niza bertambah parah. Sehelai demi sehelai rambutnya gugur hingga hampir botak. Rambut yang lembut mengurai menjadi jarang hingga menampakkan kulit kepala yang memutih. Keadaannya itu sangat menyedihkan kerana usia awal 30an, rambutnya seperti wanita berumur 90an. Seperti daun getah luruh di musim panas, semakin hari semakin banyak rambut Niza gugur. Dalam waktu yang sama, kuku tangan dan kakinya juga menjadi lebam. Daripada biru, ia bertukar kehitaman seperti di penuhi darah beku.

“Tiap hari, dia termenung. Dia mengeluh, kenapalah dia sakit macam ni. Kenapa dia, bukan orang lain? Apa salah dia? Kasian betul saya tengok,” kata Arifin. Wajahnya sayu

“Hidup kami pun jadi tak terurus macam dulu”.

Di sebabkan doktor tempatan gagal menyembuhkan penyakit Niza, Arifin membawa isterinya ke Singapura. Hampir sebulan mereka di sana dan banyak wang di habiskan namun pulang dengan hati kecewa. Doktor di negara itu juga tidak dapat mencari penawar keadaan penyakit berkenaan.

“Sekarang ni, keadaan isteri saya dah bertambah teruk. Bila malam saja dia meraung, meracau dan menangis-nangis. Jadi, saya harap ustaz dapatlah tolong serba sedikit sebab dah habis ikhtiar saya mengubatnya cara moden,”tambah Arifin.

“InsyaAllah.” Balas saya.

Tapi saya mula terasa pelik. Perasaan ingin tahu mula bercambah kerana berdasarkan pengalaman, kata-kata yang diluahkan semasa seseorang yang meracau dapat membantu kita merawatnya. Ini kerana semasa meracau itulah dia meluahkan segala yang terbuku di hati.

“Apa yang dia cakap masa meracau tu?”

“Macam-macam ustaz. tapi ada waktunya dia minta ampun maaf daripada saya. Saya tanya kenapa? . Dia tak cakap, Cuma minta maaf saja. Yalah. orang dah sakit memang macam tu,”kata Arifin.

Saya cuma mendiamkan diri. Mengiakan tidak, menggeleng pun tidak. Setelah berbincang lama, dia meminta diri . Sebelum pulang, saya berjanji untuk ke rumah Arifin pada malam esoknya.

“Datang ya, ustaz . Saya tunggu,”katanya sambil mengangkat punggung.

Dia kemudiannya melangkah lemah meninggalkan pejabat saya. Seperti yang dijanjikan, saya sampai ke rumahnya selepas isyak.

“Jemput masuk ustaz,”Arifin memperlawa sambil membawa saya ke sebuah bilik.

“Dia baring dalam bilik ni. Ustaz jangan terkejut pula tengok muka dia. Orang rumah saya ni sensitif sikit,” bisiknya sebelum kami masuk ke bilik berkenaan.

Sebaik pintu di buka, kelihatan seorang wanita berselimut paras dada terbaring mengiring mengadap ke dinding.

“Za. Ni Ustaz Nahrawi datang,”kata Arifin perlahan sambil memegang bahu isterinya. Dengan lemah, Niza menoleh. MasyaAllah memang keadaan Niza sangat menyedihkan . Wajahya penuh dengan bintil-bintil yang menggerutu. Matanya terperosok ke dalam manakala tulang pipi membojol seperti bongkah batu yang membayang dipermukaan tanah. Badannya pula kurus cengkung dan kepala separuh botak menandakan dia sudah lama menderita. Niza cuma tersenyum tawar memandang saya. Saya dekati dia dan selepas lima minit meneliti keadaannya, saya panggil Arifin ke sudut bilik.

Dengan suara separuh berbisik, saya bertanya;”Pin, saya nak tanya sikit, tapi sebelum tu minta maaflah kalau nanti awak tersinggung”.

“Tak adalah,ustaz. Tanyalah, saya tak kisah,” jawab Arifin.

“Err,. dari mana datangnya bau yang.” soal saya, tapi tak sanggup nak menghabiskannya. Bau yang saya maksudkan itu agak busuk.

“Ooo. mmm, dari alat sulit dia,”kata Arifin perlahan.

“Keluar lendir bercampur nanah.”

Saya tidak memanjangkan lagi topik itu kerana tidak mahu memalukanArifin dan isterinya. Lagi pun tidak manis untuk bertanya tentang hal- hal yang seperti itu.

Sebelum kami duduk semula di sisi Niza, saya memberitahu Arifin, kadangkala di timpa penyakit sebegini sengaja di turunkan balasan oleh Allah kerana ada melakukan dosa atau derhaka kepada ibu atau bapa. Lantas saya bertanya, adakah Niza sudah meminta ampun daripada ibu bapanya.

“Sudah ustaz. Dengan emak dan ayah nya saya pun sudah.”

“Kalau macam tu, baguslah,”kata saya.

Setelah merawat Niza dengan doa dan ayat yang dipetik dari al-Quran, saya meminta diri. Sebelum itu saya nasihatkan Arifin dan Niza serta keluarga mereka supaya bersabar dengan ujian Allah.

“Sama-samalah kita berdoa supaya dia sembuh,” kata saya sebelum meninggalkan rumah Arifin.

Sudah ketentuan Allah, rupa-rupanya keadaan Niza menjadi bertambah parah. Perkara ini saya ketahui apabila Arifin menghubungi saya beberapa minggu kemudian. Menurut kawan saya itu, isterinya kini kian teruk racaunya.

Memang benar. Bila saya menziarahnya petang itu, Niza kelihatan semakin tenat. Sekejap-sekejap dia meracau yang bukan-bukan. Malah saya pun tidak dikenalinya lagi.

Sebelum pulang saya menasihatkan Arifin supaya melakukan solat hajat memohon ke hadrat Ilahi supaya menyembuhkan isterinya. Nasihat saya itu dipatuhi namun beberapa hari kemudian Arifin menalifon lagi. Kali ini suaranya lebih sedih, seperti hendak menangis.

“Ustaz,”katanya,

“Sekarang barulah saya tau kenapa dia jadi macam tu”

“Kenapa?”pantas saya bertanya…

“Sejak dua tiga malam lepas, dia minta ampun daripada saya dan ceritakan segala-galanya”. Arifin menyambung ceritanya;

Malam itu saya terkejut sebab semasa meracau isteri saya minta ampun kerana telah mengenakan ilmu kotor kepada saya. Kata Niza, dia telah memasukkan darah haid dan air maninya ke dalam makanan saya.

Saya tanya “Kenapa?”

Dia jawab, supaya ikut kata-katanya dan tak cari perempuan lain.

“Tambah saya kesal, selepas itu dia meminta ampun pula kerana telah berlaku curang kepada saya. Kata Niza, dia lakukan perbuatan tu selepas saya ditundukkan dengan ilmu hitam.”

Saya tanya, masa bila awak buat? Dia jawab semasa ketiadaan saya, tidak kira lah semasa saya bertugas di luar daerah. Semasa keluar seorang diri, dia telah membuat hubungan sulit dengan beberapa lelaki.

“Niza sebutkan nama lelaki-lelaki itu, tapi saya tak kenal. Kata Niza, hubungan mereka bukan setakat kawan saja, malah sudah ke tahap zina. Kerana itu dia minta berbanyak-banyak ampun daripada saya.

Dia minta saya maafkan.”Saya tak sangka betul, ustaz. Madu yang saya beri, racun yang dibalasnya. Patutlah selama ini bila berdepan dengan dia saya jadi hilang pertimbangan. Saya jadi lemah, rasa diri saya kerdil, takut nak membantah. Sudahlah begitu, dia jadi perempuan.” Kata Arifin tanpa sanggup menghabiskan kata-katanya. Termenung saya mendengar ceritanya itu.

Tidak saya sangka Niza sanggup berkelakuan demikian kerana Arifin bukan orang sebarangan. Arifin berpelajaran agama dan setia kepada isterinya. Budi bahasa pun elok.

“Kalau sudah begitu bunyinya, saya rasa awak maafkanlah dia,”kata saya.

Selain itu saya mencadangkan kepada Arifin supaya merelakan isterinya pergi.

Kata saya, mungkin nyawa isterinya itu terlalu sukar meninggalkan jasad kerana dia mahukan keampunan daripada suaminya terlebih dahulu.”

Lagipun, dia sudah terlalu menderita, sampai badan tinggal tulang, kepala pun dah nak botak. Doktor pula sudah sahkan penyakit dia tidak dapat disembuhkan lagi. Jadi, pada pandangan saya, daripada dia terus azab menanggung seksaan sakaratulmaut, adalah lebih baik kalau awak relakan saja dia pergi.

Saya tau ia susah nak di buat, tapi keadaan memaksa.”

“Ampunkan dia?” Arifin bertanya balik.

“Dia dah derhaka dengan saya, buat tak senonoh dengan lelaki lain, kenakan ilmu sihir kepada saya, ustaz mau saya maafkan dia?”tingkah Arifin dengan suara yang agak keras.

Mungkin dia terkejut.

“Ya. dia pergi dengan aman dan awak pula dapat pahala,” jelas saya. Saya terus memujuknya supaya beralah demi kebaikan isterinya. Saya katakan, yang lepas itu lepaslah. Lagi pun Niza sudah mengaku dosanya, jadi adalah lebih baik Arifin memaafkannya. Mungkin dengan cara itu Niza akan insaf dan meninggal dengan mudah.

“Takkan awak nak biarkan dia menderita? Awak nak pukul dia? Maki dia? Tak ada gunanya. Maafkan saja dia dengan hati yang benar-benar ikhlas,” jelas saya.

Setelah puas memujuk, akhirnya Arifin mengalah juga. Lalu saya nasihatkan supaya dia bacakan surah Yasin tiga kali dan ulangkan ibu Yasin (salaamun qaulam mirrabir rahim) sebanyak tujuh kali.

“Buat malam ni juga. Lepas itu tunaikan solat,” kata saya. Seminggu kemudian Arifin menelefon saya. Dengan sedih beliau memaklumkan isterinya sudah meninggal dunia. Tambah kawan saya itu, Niza pergi tanpa sesiapa sedari kerana ketika itu dia sedang menunaikan solat Isyak. Bila kembali, dia lihat isterinya tidak bernyawa lagi.

“Tapi Alhamd ulil lah, sebelum pergi dia sempat minta ampun daripada saya sekali lagi kerana menderhaka. Marah, memang marah, tapi bila dia pegang tangan saya sambil menangis dan kemudian minta ampun, tidak sanggup juga rasanya untuk membiarkan dia pergi dalam keadaan tanpa kemaafan daripada saya. Ustaz, saya dah ampunkan dia.

“Namun demikian, kata Arifin, lendir dan nanah busuk masih lagi mengalir daripada alat kelamin Allahyarham isterinya itu sehinggalah mayatnya dikebumikan.

Kepada wanita, kutiplah pengajaran dari cerita ini. Kepada lelaki, hati-hatilah dalam memilih isteri, jangan pandang hanya pada rupa.


Adakah Telan Air Mani Boleh Sebabkan Mengandung ?


Soalan
SAYA ada sedikit pertanyaan mengenai masalah tertelan air mani.
Adakah benar kenyataan iaitu apabila seorang isteri tertelan air mani suaminya, ia boleh menyebabkan si isteri hamil? Saya berharap doktor boleh menjelaskan masalah ini.
AHMED AMIN,
Kuala Lumpur

Jawapan
KEHAMILAN berlaku apabila sperma berjaya menembusi ovum yang lazimnya menung�gu di dalam tiub fallopio selepas ovulasi. Embrio ini kemudian akan ‘ditolak’ ke dalam ruang rahim sebelum implantasi ke dalam lapisan terdalam rahim.

Air mani yang ditelan akan memasuki saluran pencernaan bermula esofagus, gaster (perut), usus kecil dan usus besar. Tiada laluan langsung untuk sperma melalui saluran makanan menuju ke tiub fallopio untuk mensenyawakan ovum.

Malah, sperma mati kerana tidak dapat bertahan di dalam cecair gaster yang mempunyai keasidan yang tinggi.

Di dalam faraj juga sperma tidak dapat bertahan lama, kebanyakannya mati selepas setengah jam berada di dalam faraj akibat sedikit keasidan yang ada di dalam persekitaran faraj untuk melawan jangkitan kuman.

Jika kehamilan berlaku, ia mungkin daripada sperma ejakulasi ke dalam faraj sewaktu sesi hubungan seks yang lain atau daripada sperma yang boleh terkandung dalam cecair daripada zakar pada awal hubungan seks penetratif (sebelum ejakulasi).


Lensa boleh tukar untuk iPhone ?


Syarikat Apple dilaporkan sudah menghantar permohonan paten bagi iphone baru yang mana ia bakal membolehkan  pengguna menukar lensa pada telefon mereka . 

Walaupun tidak menyebut iPhone dalam permohonan paten terbabit , permohonan Apple merangkumi perkakasan elektronik  mudah alih seperti telefon bimbit yang memungkinkan bahagian belakang telefon ditanggal dan pengguna boleh menukar lensa berbeza . 

Ramai penganalisis percaya , ia dibuat khusus untuk produk Apple nanti . 

Sebelum ini , pengguna iPhone menggunakan aplikasi sebagai fungsi tambahan kepada kualiti kamera sedia ada . 

Paten terbabit dikatakan menjadi salah satu impian Ketua Pegawai Eksekutif  terdahulu Apple, Steve Jobs yang mengimpikan fungsi kamera iPhone lebih baik kepada jurugambar . 

Jobs yang turut meminati fotografi pernah memaklumkan hasratnya itu apabila bertemu CEO syarikat Lytro , Ren Ng , tahun lalu . 


Amazing Car Towers in Wolfsburg

Visitors to the Autostadt in Wolsfburg (Germany) are now able to experience the CarTowers from the inside! A special glass, panorama lift takes six guests through the same procedure as one of the 800 cars stored in the CarTowers. The transparent cylindrical buildings rise 48 meters above the grounds. They work like giant vending machines. As a new car arrives from the Volkswagen factory, it’s transported by robot to an empty storage slot in one of the towers.









OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”