Friday, 7 December 2012

Super Mario


Penyanyi Roeziah Mustapha Atau Azie Semakin Dikenali



KEMUNCULANNYA pada saat popular dengan lagu Pelamin Anganku Musnah benar-benar mendapat perhatian sehinggakan di mana-mana saja semua orang kenal dan tahu siapa tuan empunya lagu itu.

Selepas itu, muncul pula sekuel lagu berkenaan Kau Tetap Di Dalam Anganku, penyanyi Roeziah Mustapha atau Azie semakin dikenali dan lagu-lagunya kerap menjadi siulan ramai ketika itu.

Pada tahun 2000, wanita bertubuh kecil molek ini mendirikan rumah tangga bersama Nazarudy Abdul Wahed, 38, dan terus meninggalkan Kuala Lumpur untuk kembali dan menetap di Kuching, Sarawak bersama suaminya.

Hampir 12 tahun sepi tanpa cerita, Azie muncul sebagai pengacara pada pertandingan Akhir Bintang P Ramlee yang diadakan di Auditorium Angkasapuri, Kuala Lumpur baru-baru ini.



Masih kelihatan cantik dan menawan, ibu kepada tiga cahaya mata, Nurul Izza Amani, 10, Mohd Aiman Alhakim, 8 dan Adryiel, 2 tahun setengah ini masih ramah seperti dulu sedikitpun tidak menunjukkan rasa kekok ketika ditemubual malah tetap seperti pada awal kemunculannya.

Ditemui selepas tamat pertandingan, Azie kelihatan kelam kabut hendak pulang berikutan suami dan anak-anaknya turut serta menemaninya selama hampir seminggu berada di Kuala Lumpur menjayakan pertandingan Bintang P Ramlee di samping anak keduanya terbabit dalam pertandingan golf di Shah Alam.


Bercerita mengenai perkembangan terbarunya, kata Azie tiada yang menarik kerana dia belum bersedia sepenuhnya untuk membuat kemunculan semula disebabkan komitmen terhadap keluarga dan anak-anak yang sedang membesar.

“Selepas berkahwin, saya masih aktif menyanyi di sekitar Sarawak termasuk mengadakan persembahan di RTM Kuching. Sebenarnya saya berat hati untuk aktif kembali suami juga tidak begitu menggalakkan.
“Namun melihat minat saya yang suka menyanyi dia memberi pelepasan untuk saya menerima jemputan mengadakan persembahan yang tidak mengambil waktu lama. Maklumlah sekarang sudah setahun lebih saya uruskan anak-anak sendirian tanpa pembantu.



“Suami pula seorang yang tidak suka makan di luar, dia hanya mahu makan masakan saya. Justeru ketika ada pembantu saya juga tetap menguruskan anak-anak dan keperluan suami tugas pembantu hanya membantu mana yang perlu saja,” katanya.

Melihat kemunculannya pada malam Pertandingan Akhir Bintang P Ramlee mungkin ramai yang tertanya-tanya siapakah wanita kecil molek bernama Azie itu, ada yang sudah dapat meneka tidak kurang yang ingat-ingat lupa.

Sambil ketawa, Azie mengatakan dia sudah mengagak akan perkara itu. Baginya menjadi perkara biasa jika ada artis yang sudah lama tidak muncul di persada seni.

“Saya masih ada, tidak ke mana-mana. Sejak berkahwin saya menetap di Kuching dan sepenuh hidup saya dihabiskan di sana bersama suami dan anak-anak.

“Kebanyakan persembahan nyanyian saya lakukan untuk RTM Kuching dan ada juga pada majlis-majlis makan malam yang tidak mengambil waktu lama.

“Kehadiran saya pada malam Bintang P Ramlee sebagai menghargai RTM yang banyak memberi peluang kepada saya melepaskan rindu untuk menyanyi dan membuat persembahan,” katanya.

Menyentuh perkembangan terbaru, wanita berusia 35 tahun itu berkata baru-baru ini penggubah lagu, Saari Amri ada menghubunginya untuk menawarkan dia membuat kompilasi lagu-lagu ciptaan Saari.

Biarpun berminat dengan tawaran itu, Azie mengakui hatinya belum terbuka sepenuhnya untuk serius menyanyi semula. Baginya diberi peluang oleh suami menyanyi sudah cukup membuatkan dia puas.

“Saya belum memberi kata putus mengenai tawaran yang diberikan, pastinya jika suami tahu, dia tidak membenarkannya. Saya tidak menyalahkan suami sebaliknya sangat bersyukur kesempatan dapat menyanyi sekali sekala yang diberikan oleh suami sudah cukup buat saya.

“Bagi saya, kini keutamaan adalah keluarga dan anak-anak yang semakin membesar.
Anak saya yang nombor dua sedang aktif menyertai pertandingan golf selepas sering melihat suami bermain ketika dia berusia lima tahun.

“Selepas ini saya akan terbabit dengan persembahan bersama RTM Kuching, tidak dinafikan saya banyak mengadakan persembahan untuk meareka. Bagi saya itu semua sudah cukup memberi saya peluang melepaskan rindu untuk menyanyi.

“Biasanya pada waktu lapang kami sekeluarga akan berkaraoke bersama-sama di luar atau di rumah. Malah kesemua anak-anak saya mempunyai bakat menyanyi,” katanya.

Motor Terbang Baru Yang Canggih



SUPER Sky Cycle ini bergerak dengan kelajuan maksimum 56 kilometer sejam di udara atau 105 kilometer sejam di jalan raya.

AUSTIN (Texas): Terperangkap dalam kesesakan lalu-lintas bukan lagi halangan untuk Larry Neal dan masalah itu tinggal kenangan sejak dia menggunakan kenderaan roda tiga bermotor.

Menurut Neal, kenderaan unik itu membolehkan dia bergerak dari satu tempat ke tempat lain tanpa berdepan kesesakan.

Apa yang perlu, katanya, cuma hidupkan enjin dan terbang ke destinasi pilihan.

Digelar Super Sky Cycle, kenderaan Neal dilengkapi enjin 582 kuasa kuda dan tiga kipas sepanjang 173 sentimeter setiap satu.

Dengan kemudahan itu, Neal boleh terbang setinggi enam meter pada kelajuan maksimum 56 kilometer sejam.

Apabila di atas jalan raya, kenderaan itu boleh mencapai kelajuan maksimum 105 kilometer sejam.

Kenderaan berharga $46,000 (RM226,000) itu boleh terbang sehingga lima jam sebelum perlu diisi minyak semula.

Pengendalinya pula mesti memiliki lesen juruterbang sebelum boleh menggunakannya. Kakitangan The Butterfly Aircraft LLC itu baru saja memperoleh paten kenderaan berkenaan bagi membolehkan dia menghasilkannya secara besar-besaran. Setakat ini, kata Neal, dia menerima beberapa tempatan, sama ada dari syarikat tempatan atau firma antarabangsa. “Projek ini bermula sejak beberapa tahun lalu tetapi pernah tergendala seketika apabila saya gagal mencari jawapan mengenai apa yang perlu dilakukan kepada kipasnya selepas Super Sky Cycle mendarat,” katanya. Namun, Neal - berasal dari Aurora - berjaya mencari jawapan kepada kebuntuan itu dengan mencipta kipas yang boleh dilipat.

Katanya, pengubahsuaian pada kipsa berkenaan membolehkan kenderaan itu dipandu di jalan biasa apabila keadaan mengizinkan. “Pasukan peronda sempadan Texas antara pihak yang membuat pesanan dalam jumlah besar bagi kenderaan ini,” katanya.

Berfesyen Ikut Syariat



Adakah salah untuk kita berfesyen? Sesungguhnya Islam tidak melarang umatnya mengenakan sesuatu fesyen sama ada dalam bentuk pakaian ataupun aksesori kecantikan. Sesungguhnya Allah menyukai hamba-Nya yang menjaga keterampilan diri dan kecantikan. 

Daripada Abdullah Ibnu Masud, beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Tidak akan masuk syurga sesiapa yang ada sifat sombong walaupun seberat zarah. Maka berkata seorang lelaki kepada Baginda: Sesungguhnya seseorang individu itu suka jika pakaiannya baik dan kasutnya juga baik. Balas Baginda SAW: Sesungguhnya Allah itu cantik dan suka akan kecantikan. Sifat sombong melenyapkan kebenaran dan kehinaan kepada manusia.” (Riwayat Imam Muslim) 

Rasulullah SAW tidak melarang seseorang manusia itu untuk memperagakan fesyen malah Baginda menerangkan Allah itu sifat-Nya cantik dan suka akan kecantikan. Namun Rasulullah SAW melarang jika seseorang itu berfesyen dalam keadaan angkuh dan sombong kepada masyarakat sekelilingnya. 

Walaupun kita diberikan kebebasan dalam memperagakan sesuatu fesyen, tidak bermakna kita boleh memakai apa saja pakaian tanpa perlu menghiraukan adab dan tata susila. Islam telah menggariskan beberapa panduan bagi seseorang Muslim mahupun Muslimah dalam berpakaian. 

Antara perkara yang perlu diambil perhatian dalam berfesyen ialah memastikan pakaian menutup aurat. Aurat dalam berpakaian ialah kawasan anggota yang perlu dijaga dan ditutup oleh setiap orang Islam daripada dilihat orang lain. 

Tujuan utama diwajibkan menutup aurat ke atas umat Islam semata-mata untuk memelihara dirinya dan orang lain daripada perkara buruk yang menjerumuskan mereka ke lembah dosa. Aurat bagi lelaki antara kawasan pusat dan lututnya, manakala bagi wanita pula auratnya ketika bersama dengan bukan mahram adalah seluruh anggota badan kecuali muka dan kedua-dua pergelangan tangannya. 

Antara adab ketika berpakaian adalah memakai pakaian tidak ketat yang menampakkan bentuk tubuh terutama kepada kaum wanita. 
Dalam hal ini Nabi SAW telah menyatakan seperti mana diriwayatkan Imam Muslim dalam sahihnya antara golongan akan diazab Allah dalam api neraka adalah perempuan yang disebut ‘Kaasiyat Aariyat’ iaitu wanita yang memakai pakaian mendedahkan sebahagian bentuk tubuhnya. 

Ulama terkenal, Sheikh Muhammad Salih al-Uthaimin ketika mengulas hadis ini menyatakan yang dimaksudkan golongan ini antaranya perempuan yang menampakkan bentuk tubuh badan sama ada dengan pakaian ketat, jarang mahupun terdedah sebahagian tubuh badannya. 

Bagi kaum lelaki juga mereka tidak digalakkan memakai pakaian ketat sehingga menampakkan bentuk tubuh pada bahagian aurat mereka dan hukumnya adalah makruh seperti diterangkan Imam al-Nawawi dalam karyanya al-Majmu’. 

Sesungguhnya Islam melarang umatnya daripada terikut-ikut budaya negatif masyarakat bukan Islam. Hal ini termasuklah ketika berpakaian dan memperagakan sesuatu fesyen. Nabi SAW melarang terikut-ikut budaya luar yang kadangkala mampu menggugat akidah dan akhlak umat Islam terutama dalam kalangan pemuda-pemudi. 

Nabi SAW bersabda: “Sesiapa yang terikut-ikut dengan gaya hidup sesuatu kaum maka dia termasuk dalam golongan itu.” (Direkodkan oleh Abu Daud dan al-Tirmizi) 

Hadis ini melarang umat Islam terikut-ikut budaya luar yang bersifat negatif termasuklah dalam berpakaian. Antara ikutan negatif yang berlaku seperti memakai pakaian mempunyai gambar salib, bertindik pada anggota badan tertentu bagi kaum lelaki, melukis tatu dan lain-lain. 

Inilah realiti umat Islam akhir zaman seperti dinyatakan Nabi SAW: “Sesungguhnya kamu akan mengikuti gaya hidup masyarakat selepas kamu (Yahudi dan Nasrani) sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehingga jika mereka masuk ke lubang biawak sekali pun nescaya kamu akan memasukinya.” (Hadis muttafaq alaih) 

Sesungguhnya Islam melarang umatnya menyerupai golongan berlainan jantina termasuklah dalam memperagakan fesyen. Hukum lelaki menyerupai wanita dan wanita menyerupai lelaki adalah haram kerana ia berlawanan fitrah asal penciptaan manusia dalam tingkah laku dan pemakaian. 

Contohnya kaum lelaki tidak dibenarkan memakai pakaian yang menunjukkan ciri-ciri wanita seperti memakai pakaian diperbuat daripada sutera. Begitulah juga mereka ditegah daripada memperagakan tubuh badan dengan aksesori wanita seperti rantai emas, pewarna bibir dan pewarna kuku. 

Nabi SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah SWT melaknat lelaki yang memakai pakaian wanita dan wanita memakai pakaian lelaki.” (Direkodkan oleh Abu Daud, al-Nasaie dan Ahmad) 

Nabi SAW menganjurkan kita bersederhana dalam segala perkara termasuk ketika memperagakan sesuatu fesyen. Kita perlu mengambil berat dalam memilih sesuatu fesyen yang ingin diketengahkan. 

Antara larangan Nabi SAW dalam berpakaian ialah memakai pakaian yang disebut sebagai pakaian ‘syuhrah’ iaitu pakaian yang keterlaluan bentuk dan potongannya berbanding pakaian kebiasaan. 

Hal ini untuk mengelakkan daripada timbulnya perasaan sombong dalam jiwa pemakai. Nabi SAW bersabda: “Sesiapa yang memakai pakaian ‘syuhrah’ di dunia maka Allah SWT akan memakaikannya dengan pakaian yang hina pada hari akhirat.” (Direkodkan oleh Abu Daud dan Ibnu Majah) 

Islam tidak melarang seseorang untuk berfesyen namun perlulah mengikut seperti yang digariskan syariat Islam. Malah kita digalakkan untuk menghias diri kita secara kemas, cantik dan sederhana. Bagaimanakah niat kita berfesyen? Kita sewajibnya menghiaskan fesyen yang diharuskan syarak dengan penuh ketakwaan seperti firman Allah SWT: “Dan pakaian takwa itulah yang paling baik.”

8 Perkara Yang Menjadi Dambaan Kaum Hawa




Memang semua wanita tidak boleh disamakan, demikian pula tentang keinginan mereka terhadap pasangannya. Namun setiap wanita pada umumnya sangat mendambakan hal seperti yang dinyatakan dari indiatimes (05/12) ini dari pihak lelaki.

Perlindungan
Wanita suka dilindungi. Jadi lelaki sebaiknya berusaha untuk melindungi wanita kerana wanita adalah insan yang sangat lemah. 

Wangi
Banyak iklan deodoran yang menunjukkan lelaki wangi selalu dikejar-kejar wanita. Ia ternyata benar. Agak-agak ada ke wanita yang suka lelaki berbau.

Membuat kejutan
Wanita juga suka kejutan, tidak kira ia berupa hadiah ataupun khabar gembira. Mereka tidak begitu peduli tentang harga atau wang yang dikeluarkan, namun wanita hanya fokus pada satu perkara, iaitu usaha lelaki membuat kejutan itu sendiri.

Jujur
Mestilah kejujuran menjadi perkara utama yang didambakan wanita dari lelaki. Untuk para lelaki, jangan sesekali pernah berbohong jika anda berniat serius dengan seorang wanita.

Tubuh Sempurna
Untuk perkara ini, mungkin tidak ramai wanita menginginkannya. Tetapi jika pasangan anda(wanita) sangat mendambakan agar anda mempunyai tubuh badan yang sasa, jangan malas untuk berolahraga dan menunjukkan anda boleh memilikinya.

Pandai Berpakaian
Tidak perlu mahal saat memmilih baju apa yang perlu dipakai. Tetapi cuba cari cara yang tepat untuk menggunakkanya dengan betul dan membuat anda kelihatan hebat. Wanita pasti sukakannya.

Gaya Rambut
Beberapa wanita suka lelaki yang mempunyai rambut panjang. tetapi juga ada wanita yang mendambakan pasangannya mempunyai rambut pendek. Cuba cari apa pilihan wanita itu dan cuba turuti kemahuannya.

Memasak
Anda mungkin sering mengajak si dia makan di restoren mahal dan makanannya lazat. Tetapi perkara yang paling didambakan wanita adalah menikmati masakan anda sendiri di rumah.

Itulah serba sedikit perkara-perkara yang didambakan wanita dari lelaki. Adakah anda sebagai lelaki sudah memberikan semuanya untuk pasangan? 

5 Sebab Kenapa Cukur Rambut Adalah Tidak Elok



Setiap wanita pasti suka jika tidak mempunyai rambut atau bulu. Dengan mencukur bulu di tubuh badan, terutama kaki dan ketiak, kulit akan kelihatan lebih mulus. Namun, tahukah anda bahawa mencukur rambut atau bulu boleh merosakkan kulit? Berikut adalah 5 kesan sampingan akibat terlalu kerap mencukur rambut atau bulu di tubuh badan seperti yang dinyatakan oleh Boldsky.

1. Tebal dan tajam

Mencukur membuat rambut tumbuh lebih tebal dan tajam. Jika tidak dicukur secara teratur, kulit akan terasa kasar.

2. Pertumbuhan rambut semakin meningkat

Apabila anda kerap mencukur rambut, kesannya, anda akan semakin mencukur kerana pertumbuhan rambut atau bulu juga akan semakin meningkat.

3. Kulit kasar

Apakah yang membezakan waxing dan bercukur? Waxing tidak mengikis kelembapan kulit. Sebaliknya, bercukur membuat kulit semakin kasar.

4. Mengeras

Bercukur membuat rambut atau bulu di badan semakin sukar dihilangkan kerana ia menjadi semakin tebal dan keras

5. Rambut tumbuh di dalam kulit

Masalah ini sering kali dialami oleh penggemar bercukur. Rambut tidak tumbuh di permukaan, ia telah tumbuh di bawah kulit.

Apakah anda suka mencukur rambut di lengan dan kaki? Apakah kesan sampingan yang anda rasakan? Sila berkongsi pengalaman anda dengan Newslah!

Cara Terbaik Untuk Mengubati Diabetes




“Komunikasi dan ilmu mengenai diabetes antara pendekatan boleh dilakukan pengamal perubatan dengan pesakit. Ramai pesakit tidak faham apa itu diabetes. Ada pesakit sanggup berlapar, sedangkan penghasilan gula dalam darah masih tetap boleh berlaku kerana tubuh turut menghasilkan gula, membolehkan ia diangkut ke seluruh tubuh,” kata Pakar Runding Endokrinologi, Pusat Penjagaan Diabetes Sau Seng Lum (SSL), Dr Arlene Ngan. 

Justeru, program Peta Perbualan Diabetes diwujudkan bertujuan menangani kemelut diabetes semakin meningkat. 
Malah perbualan dua hala antara pesakit dengan pakar profesional dalam bidang itu membantu meningkatkan kefahaman mengenai penyakit berkenaan. 

Program itu disusun khas dan ditaja oleh Lilly Diabetes dengan usaha sama antarabangsa ‘Healthy Interactions dan Persekutuan Diabetes Antarabangsa Eropah. 

Ia memakan masa selama tiga tahun untuk direalisasikan. 

Peta perbualan itu akan turut dilancarkan di lebih 40 negara menerusi lebih daripada 25 bahasa. Menerusi program ini, pengidap dan menjalani rawatan diabetes akan memanfaatkan sumber inovatif ini untuk membantu mereka mengatasi cabaran kehidupan seharian menghidap diabetes. 

Ia boleh digunakan dalam kumpulan kecil antara tiga hingga 10 pesakit, sebagai visual atas meja menarik menggunakan soalan perangsang minda untuk menggalakkan perbualan antara penghidap diabetes dan profesional penjagaan kesihatan bagi mewujudkan suasana yang terlindung dan mesra untuk mendapatkan maklumat pengurusan penyakit. 
“Berbeza dengan cara tradisional iaitu pesakit hanya mendengar tanpa berpeluang untuk bertanya atau berbincang antara mereka. Penggunaan aspek visual tertentu, seperti kunci, (membawa maksud insulin), membantu pesakit memahami diabetes dan mengurusnya dengan baik, tanpa rasa tertekan. 

“Peta Perbualan Diabetes menggalakkan proses perbualan dua hala mengenai penyakit dan memberi peluang kepada pesakit untuk berinteraksi dengan orang lain yang mengalami penyakit sama. Manfaat besar dapat diperoleh daripada perbualan dengan orang yang senasib, kerana mereka sedar tidak keseorangan mengharungi pengalaman dan emosi itu,” katanya. 

Berpandukan peta itu, pesakit mempelajari maklumat relevan, belajar cara mengawal tingkah laku dengan lebih baik dan mendapatkan sokongan berterusan. 

Menerusi dialog dan perbualan peribadi, pesakit akan menyedari fakta penting tentang diabetes, kepercayaan atau sikap utama yang mencorakkan persepsi diabetes dan cara mereka boleh menambah baik kehidupan.

1.8 Million Euro Inside Car Seats





Umah Bergerak...









The Most Phenomenal Underwater Creature!


(Gambar) Julian







Wantia Melt Metal
















Cube Teka Laki Ke puan ini?...









OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”