China – Bukan mudah untuk menjadi model di China. Ini kerana ukuran badan akan diambil setiap minggu dan jika terdapat banyak `lemak’ di paha, maka model tersebut hanya boleh makan telur rebus sahaja selama 10 hari.
Jika gagal menurunkan berat badan, maka agensi modeling itu akan menggugurkan nama model tersebut dalam peragaan pakaian.
Perkara itu didedahkan oleh Meredith Hattam yang menulis mengenai latihan keras untuk menjadi model di China, dalam blognya, Fashionista.
Menurut Hattam, sepanjang beberapa tahun di China, ukuran badannya diambil setiap hari Isnin oleh agensi dan jika sukatan pinggan, punggung dan paha melebihi 3 sentimeter, maka dia boleh dibuang dan dihantar pulang ke negara asalnya di Amerika Syarikat.
Peraturan ketat ini juga dilaksanakan ke atas model seawal usia 14 tahun dan mereka akan dihalau keluar daripada apartmen yang disediakan agensi jika pinggul atau dada mereka membesar, selaras dengan usia baligh.
Hattam turut mendedahkan bagaimana dia terpaksa berlapar bagi memastikan fizikalnya sebagai model tidak berubah.
Dia juga menceritakan bagaimana dia dan 12 orang model yang lain tinggal dalam sebuah apartment yang kecil namun mereka terpaksa membayar sebanyak £300 sebulan.
“Saya tidak mempunyai tilam pun untuk tidur, hanya kerusi panjang. Apabila model mendapat duit ketika membuat peragaan, 40 peratus daripadanya akan diambil oleh agensi, manakala selebihnya digunakan untuk kehidupan harian.
“Apabila kami meninggalkan China, kami tidak mempunyai simpanan,’’ katanya.
Hattam turut memberitahu, salah seorang daripada model daripada agensinya terpaksa dimasukkan ke hospital akibat keletihan kerana terpaksa bekerja 15 jam sehari dalam tempoh dua bulan.
“Ketika berada di hospital, dia menerima pesanan daripada agensi yang menyatakan mereka mengalami kerugian disebabkan dia tidak boleh membuat peragaan.
“Selain itu, kadar bunuh diri di kalangan model juga tinggi termasuk seorang model berusia 22 tahun dari Brazil yang terjun dari bangunan pada tahun baru,’’ katanya.
Hattam kini telah berhenti daripada menjadi model dan kembali ke Amerika Syarikat, dan bekerja sebagai pereka grafik.
Thursday, 20 February 2014
Ujian Memandu Kereta Automatik Laksana April
Selepas tertangguh hampir tiga tahun yang lalu, semalam Harian Metro melaporkan bahawa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah mengumumkan ujian memandu kereta automatik dijangka bakal diimplementasikan bermula April ini. Ia selaras dengan pelaksanaan pengenalan silibus baharu memandu yang turut akan dilaksanakan dalam tempoh yang sama.
Menurut Ketua Pengarah JPJ, Datuk Seri Ismail Ahmad berkata, pelaksanaan ini sudah tertangguh sejak setahun yang lalu disebabkan masalah MySikap.
Melalui pengenalan ujian memandu dengan kereta automatik ini membolehkan orang ramai membuat pilihan, selain daripada transmisi manual. Ia juga sebagai langkah memudahkan lebih ramai rakyat negara memiliki lesen memandu terutama golongan yang telah berumur dan wanita.
Punca sebenar Ainan Tasneem kemalangan teruk di Kangar, Perlis malam tadi
Punca sebenar Ainan Tasneem kemalangan teruk di Kangar, Perlis - Penyanyi yang popular menerusi lagu Aku Suka Dia, Ainan Tasneem mengalami kemalangan jalan raya di Kangar, Perlis malam tadi selepas kereta yang dipandunya terbabas keluar dari jalan dan menjunanm ke dalam longkang besar.
Kejadian berlaku pada jam 9.30 malam ketika mereka sedang dalam perjalanan ke Wang Ulu dari Sungai Chuchuh untuk makan malam.
Menurut penuntut Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) itu, kemalangan terbabit berpunca daripada keadaan jalan yang licin dan bengkang-bengkok serta tiada lampu jalan sehingga menyebabkannya hilang kawalan.
Bagaimanapun, hanya kereta MyVi milik Ainan mengalami kerosakan teruk manakala dia dan empat rakan lain hanya mengalami kecederaan ringan. Mereka kini dihantar ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) untuk mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar.
Untuk pengetahuan, kemalangan ini adalah kali kedua membabitkan penyanyi sedang meningkat naik itu. Kali pertama berlaku pada bulan Julai tahun lalu di mana kereta MyVi milik Ainan yang dinaiki bersama kawan baiknya berlanggar dengan sebuah kereta lain di lebuhraya New Pantai Express Highway (NPE).
Bagaimanapun, hanya kereta MyVi milik Ainan mengalami kerosakan teruk manakala dia dan empat rakan lain hanya mengalami kecederaan ringan. Mereka kini dihantar ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) untuk mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar.
Untuk pengetahuan, kemalangan ini adalah kali kedua membabitkan penyanyi sedang meningkat naik itu. Kali pertama berlaku pada bulan Julai tahun lalu di mana kereta MyVi milik Ainan yang dinaiki bersama kawan baiknya berlanggar dengan sebuah kereta lain di lebuhraya New Pantai Express Highway (NPE).
GARA-GARA GAMBAR SEPARUH B0G3L TERSEBAR, ATLET INI DILARANG SERTAI SUKAN OLIMPIK
Beredarnya foto dan video b0g3l di laman sosial menyebabkan atlet ski wanita Lebanon, Jackie Chamoun dilarang mengikuti Olimpik Musim Dingin di Sochi, Rusia.
Foto dan video yang memperlihatkan Jackie Chamoun tampil separuh b0g3l ini adalah foto lama yang diambil tiga tahun lalu untuk kalender Austria.
Namun begitu, kerajaan Lebanon menilai hal ini bertentangan dengan budaya negara dan
keputusan tidak menampilkan Chamoun didakwa sebagai tindakan untuk melindungi kehormatan wanita 22 tahun ini sebagai atlet.
Namun begitu ribuan rakyat Lebanon memberi sokongan terhadap Jackie Chamoun untuk tetap tampil di Sochi dengan kempen #stripjorjacki. Mereka memuat naik foto b0g3l mereka di Twitter.
Selain itu, akaun Facebook Jackie Chamoun mendapat sokongan ‘like’ dengan mendadak. Oleh kerana sokongan terhadap Jackie Chamoun begitu serius, Lebanon dikhabarkan akan membenarkan Chamoun bertanding semual di Sochi.
Status terakhir Blogger Remaja kacukan Melayu campur Inggeris
Terus penulis membuat carian di Google. Rupanya ada kisah tragis yang berlaku di sebalik gadis berusia 17 tahun ini.
Apabila pertama kali membaca kisah mengenainya, hati berdebar-debar dan mata mula bergenang. Kesian sungguh!
Berdarah kacukan Inggeris dan Melayu, Yasmin Hunwik atau nama sebenarnya Yasmin Johan Eusoffe telah kembali ke Rahmatullah sejak 3 Jun lalu dan kebetulan pada hari ini genaplah pemergiaannya yang ke 100 hari.
Al-Fatihah buat Yasmin.
Beberapa minggu sebelum meninggal dunia, arwah Yasmin seolah-olah sudah mendapat tahu yang dia akan kembali ke Rahmatullah buat selama-lamanya.
Kebiasaanya kita sebagai orang yang berada di sekeliling tidak akan perasan mengenai apa yang berlaku, selepas seseorang itu tiada di muka Bumi ini, barulah kita tersedar. Itulah kuasa Allah.
Antaranya perkara yang berlaku adalah, arwah Yasmin telah memuat naik gambar buku bertajuk ‘Beginikah Rasanya 7 Malam Pertama Di Alam Kubur’ melalui Instagram.
Selain itu, melalui Twitternya pula dia menulis takut untuk tidur kerana sering bermimpi buruk.
Dia adalah pemilik dan penulis blog www.misschronicz.blogspot.com, berlinangan air mata admin setelah membaca blog beliau.
Walaupun namanya tidaklah sepopular Hanis Zalikha namun dia pernah menjadi ‘trending’ topik di Twitter.
Melihat daripada keadaan itu, ibu Yasmin melalui laman web Facebook telah menyampaikan pesanan ini:
“Salam semua di fb, di saat ini saya dan Johan (bapa kepada Yasmin) tak dapat tidur mengenangkan permergian anak kami, Yasmin Johan ke rahmatullah pada jam 11.50 malam @ 3hb June 2012.
Saya ucapkan ribuan terima kasih pada semua yg memberi ucapan takziah melalui fb dan mesej2 lain.
Yasmin seorang anak yang baik, bijak, sopan santun dan amat cantik dimata kami dan seorang yg berakhlak tinggi.
We will miss her dearly but we will never miss her in our prayers. We still remember her childhood, school days and as a daughter she made us proud.
Semoga roh beliau berada disisi orang yg beriman.”
Mengimbas kembali kejadiaan yang telah menimpa Yasmin, ia berlaku sekitar 12 tengah malam di mana dia bersama dua lagi rakannya maut di tempat kejadian semasa hendak membuat pusingan ‘U’ di Padang Gaung, Langkawi.
Mereka telah dirempuh oleh van pelancong yang datang dari arah Ulu Melaka. Ketika itu, mereka tidak memakai topi keledar malah menunggang motosikal tiga orang sekali gus.
Hari ini, ibunya telah menulis di blog yang arwah telah mendapat markah tertinggi dalam ujian piano gred 4. Ibunya turut memberitahu yang mereka sekeluarga amat merinduinya.
Malah, arwah Yasmin sangat berbakat dan comel. Dia disenangi oleh semua guru dan rakan-rakan.
Oleh kerana itu, sehingga saat ini tidak hairanlah masih ada guru dan rakannya yang sering bermimpi mengenai arwah.
Bagi yang mahu mengetahui lebih lanjut mengenai Yasmin, anda boleh ke blog miliknya itu.
Takziah penulis ucapakan kepada keluarga arwah Yasmin. Semoga roh Yasmin dan rakannya berada disisi orang yang beriman. Insya’Allah.
Katak Bersaiz Kuku ini Mampu Membunuh Dengan Sekali Sentuh
Kecil-kecil cili padi, mungkin itu pepatah lama tapi mendalam maksudnya.e
Pekara tersebut juga boleh diibaratkan pada katak dari Pico Bonito National Park, Honduras. Katak yang hanya berukuran tidak lebih dari sekeping syiling atau hanya kira-kira 2 sentimeter ini mampu membunuh manusia hanya dalam sekali sentuh.
Dipetik dari Daily Mail, yang membuatkannya sangat berbahaya dari katak ini terletak pada bahagian kulitnya. Racun pumiliotoxin A di kulitnya itu dapat menahan Pengecutan otot di tubuh manusia, kemudian membuat otot-otot tersebut lumpuh dan lebih buruk lagi menyebabkan gangguan pernafasan sehingga serangan jantung.
Sebenarnya tidak hanya katak ini saja yang mempunyai kandungan racun di kulitnya dan berbahaya bagi manusia. Ada pelbagai katak yang sejenis juga bertebaran di seluruh dunia, namun jika di bandingkan dengan saiznya pasti ramai yang menyangka ianya hanyalah seekor katak yang biasa sahaja.
Facebook beli Whatapps AS$16 Bilion
NEW YORK: Facebook hari ini mengumumkan untuk membeli perkhidmatan pesanan ringkas WhatsApp dengan perjanjian bernilai AS$16 bilion (RM52.7 bilion) sekali gus meluaskan pengaruhnya sebagai gergasi dalam rangkaian sosial di peringkat global.
Sekiranya termeterai perjanjian itu bermakna wujudnya satu rangkaian sosial terbesar di dunia memandangkan Facebook kini mempunyai lebih 1.2 bilion ahli manakala WhatsApp pula dengan 450 juta ahli.
Pengambilalihan itu adalah yang terbesar dan kurang dua tahun selepas firma Mark Zuckerberg menawarkan stok awam bernilai AS$16 bilion.
Pembelian terbaru berkenaan termasuk AS$12 bilion dalam bentuk saham Facebook dan AS$4 bilion dalam bentuk tunai.
Engku Emran Dapat Hak Penjagaan Anak
Umum pasti sudah tahu kisah keretakan rumah tangga pelakon popular, Erra Fazira dan suaminya, Engku Emran Engku Zainal Abidil berkhir hari ini.
Menurut Sinar harian, permohonan hak penjagaan anak diberikan kepada Engku Emran dan hak bermalam serta lawatan bersama diberikan kepada Erra Fazira.
Permohonan ini diluluskan apabila kedua-dua pihak bersetuju dan mahkamah meluluskan permohonan Erra untuk tidak membuat sebarang tuntutan nafkah edah dan mutaah.
Aktress cantik itu diwakili oleh peguamnya Ahmad Nazib Johari memfailkan permohonan penceraian dan hak penjagaan anak itu pada 17 Februari 2013.
Dalam pada itu, Erra turut memohon supaya pihak lain tidak lagi bertanya mengenai kisah penceraiannya kerana ingin fokus terhadap kerjaya.
Erra Fazira Tak Tahan Bermadu Jadi Punca Cerai ?
"Segala spekulasi yang timbul sebelum ini sudah pun terjawab jadi jangan tanya saya lagi mengenainya," ujar Erra seperti mahu mengelak dari ditanya lebih lanjut.
Keretakan hubungan rumah tangga pasangan itu mula mendapat perhatian sejak dua tahun lalu apabila Erra dan Engku Emran didakwa tidak lagi tinggal sebumbung selepas berkahwin pada 25 Oktober 2007.
Terdapat juga desas desus mengatakan Engku Emran didakwa kononnya sudah berkahwin dengan wanita lain. Bagaimanapun, dakwaan tersebut dinafikannya oleh Engku Emran.
Untuk info, ini merupakan kali kedua Erra Fazira mendirikan rumah tangga kerana, pada 15 Jun 2003 dia pernah berkahwin selama tiga tahun dengan penyanyi Yusry Abdul Halim, tetapi tidak mempunyai anak.
Subscribe to:
Posts (Atom)