Thursday, 20 June 2013
Tips Kesihatan Bulan Ramadhan
1. Sebelum Ramadan, umat Islam harus sentiasa berunding dengan doktor mengenai keselamatan berpuasa terutamanya bagi wanita yang berbadan dua.
2. Bersahur. Memang diakui agak sukar untuk bangun pada awal pagi, tetapi disebabkan itulah ia mempunyai banyak faedah dan ganjaran. Ia akan membantu anda untuk bangun mengerjakan solat Subuh.Jangan makan terlalu banyak. Beri tumpuan kepada pengambilan makanan yang kaya dengan karbohidrat kompleks dan protein, buah-buahan atau sayur-sayuran, dan air yang banyak. Jangan lupa makan buah kurma.
3. Qailullah iaitu tidur sekejap sebelum waktu zohor
4. Elakkan berbuka dengan nafsu. Ikut Sunnah, berbuka puasa sama ada dengan susu, air, atau jus buah-buahan. Kurma adalah yang terbaik
5. Selepas magrib, barulah makan makanan yang berat yang sihat dan seimbang. Jangan makan terlalu banyak, dan pastikan minum lebih sedikit gelas air.
6. Melakukan senaman ringan seperti berjalan selama 15-20 minit, adalah lebih baik dilakukan pada waktu petang.
7. Elakkan makanan goreng dan pedas kerana ia boleh menyebabkan pedih ulu hati atau senak.
*Ramadan adalah masa yang terbaik untuk memulakan dan mengekalkan keseimbangan dalam hidup anda!
Terkini Jerebu Tahap Bahaya Di Muar
Keadaan jerebu di Muar kini berada di tahap bahaya dengan mencatatkan indeks pencemaran udara (IPU) mencecah 337 jam 700 pagi ini mengikut indek yang dikeluarkan oleh Jabatan Alam Sekitar Malaysia, iaitu 'udara tahap merbahaya (Hazardous}'.
IPU Status
0-50 Good
51-100 Moderate
101-200 Unhealthy
201-300 Very Unhealthy
>301 Hazardous
Ini merupakan angka tertinggi di seluruh Malaysia pagi ini 20 Jun 2013. Bacaan IPU di Kota Tinggi pula adalah 211 yang dikategorikan sebagai udara tidak sihat.
Senarai kawasan yang mencatatkan IPU tidak sihat pagi ini
NEGERI KAWASAN BACAAN IPU
Johor Kota Tinggi 211*
Johor Larkin Lama 171*
Johor Muar 337*
Johor Pasir Gudang 190*
Melaka Bandaraya Melaka 134*
Melaka Bukit Rambai 117*
Bacaan terkini IPU di seluruh Malaysia dari masa ke semasa boleh disemak di
http://www.doe.gov.my/apims/
Read more: http://rossacalla.blogspot.com/2013/06/terkini-jerebu-tahap-bahaya-di-muar-ipu.html#ixzz2WjoaVSfg
Follow us: @rossacalla on Twitter | PerlingPutih on Facebook
Pelatih PLKN Di Segamat Beranak Dalam Tandas
Seorang pelatih yang sedang menjalani Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di Kem Sri Ledang, Jementah, Segamat melahirkan seorang bayi lelaki dalam tandas kem tersebut hari ini.
Pengurusan kem tersebut yang menyedari remaja berkenaan melahirkan bayi dalam tandas pada kira-kira pukul 3 pagi segera mengejarkan ibu berusia 18 tahun itu bersama bayi seberat 2.7 kilogram ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar.
Bagaimanapun, bayi lelaki tersebut meninggal dunia tidak lama selepas itu, manakala keadaan ibu muda terbabit dalam yang sedang dirawat tidak membimbangkan.
Pengarah hospital Dr Selahudeen Abdul Aziz ketika dihubungi mengesahkan ada menerima seorang pesakit remaja bersama bayi lelaki.
“Kita akan menjalankan bedah siasat ke atas bayi itu esok untuk mengenalpasti punca kematiannya,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ledang, Supt Harun Idris ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan berhubung kejadian tersebut.
Shahz Jaszle Putus Tunang Dan Serang Pasangan Khalwat Di Bangsar
Ramai yang jangka hubungan Shahz Jaszle & Redzwani Puteri bakal bergolak lagi selepas seorang wanita bernama Farah mendedahkan kisah percintaan singkat mereka.
Nyata jangkaan ramai yang memerhati agak mengena apabila sumber kami memberitahu yang Redzwani Puteri telah mengambil keputusan untuk putuskan pertunangan mereka hari ini ekoran apa yang terjadi.
Mungkin kerana sakit hati & bengang dengan keputusan Redzwani Puteri untuk putuskan pertunangan, Shahz Jaszle telah datang ke sebuah bank di Bangsar mencari pasangan khawalnya, Farah yang menjadi ‘punca’.
Sumber kami yang juga bekerja di bank sama dengan Farah berkata Shahz Jaszle memang benar benar melepaskan amarah beliau petang tadi dan menimbulkan kekecohan sehingga menjadi perhatian ramai.
Kami tidak menerima butir lanjut tentang pertengkaran antara mereka tadi tetapi yang pasti pihak pengurusan bank tersebut telah meminta Farah meletak jawatan dalam masa 24 jam kerana insiden ini.
Shahz Jaszle & Redzwani Puteri gagal kami hubungi untuk dapatkan pengesahan lanjut.

Yuna Akhirnya Akui Sedang Bercinta Julian Schratter?
Kami cuba juga mencari kenyataan atau tulisan Yuna di Tumblr beliau yang mengatakan hubungan dengan jurugambar beliau, Julian Schratter kini sudah mencapai tahap yang lebih serius.
Laporan dari Beautiful Nara hari ini menyebut yang Yuna menulis yang beliau dan Julian Schratter kini sudah masuk ke fasa percintaan dan ingin menjaga hubungan ini supaya tidak seperti yang lalu.
“Sometime around tonight, last year, a special person walked into my life and I can’t imagine my life for the past year if we had never crossed paths — oh how life would be monotonous.
“Love, colors, paintings, skateboards, roti canai, laughters and smiles all the way and the only way. I learned a lot from my past relationships to not screw this one up. I can feel it. InshaAllah”
Kalau benar Yuna & Julian Schratter kini sedang serius bercinta, kami doakan yang terbaik. Bukan mudah ‘kan untuk terbuka hati selepas gagal dalam percintaan yang lalu. Kahwin sila jemput.

Subscribe to:
Posts (Atom)