Thursday, 6 March 2014

GRO ditahan ketika lalok

  • GRO ditahan ketika lalokSeorang GRO ditemui bersembunyi di belakang pintu bilik air pusat karaoke tersebut.
 1 / 1 
JOHOR BAHRU - Akibat lalok dan asyik melayan alunan muzik di sebuah pusat karaoke di Jalan Keris Taman Seri Tebrau, di sini, pelayan dan pelanggan tidak menyedari tempat hiburan tersebut diserbu penguatkuasa.

Serbuan dilakukan Bahagian Penguatkuasa Imigresen Johor menerusi Ops Bersepadu kira-kira jam 12.05 tengah malam.

Mengetuai operasi, Timbalan Penolong Pengarah Imigresen, Sapian Kamaruddin bersama 15 anggotanya yang mendapat maklumat mengenai kehadiran pegawai perhubungan awam (GRO) warga asing.

Hasil serbuan itu, seramai 30 pelanggan dan GRO diperiksa manakala 14 daripada pelayan warga asing ditahan kerana  salah guna pas lawatan sosial dan tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah.

“Semua yang ditahan berusia 19 hingga 35 tahun terdiri daripada 13 wanita Vietnam dan seorang dari China.

“Mereka yang ditahan disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63,” katanya.

Jelasnya, beberapa pelayan yang sedar kehadiran penguatkuasa cuba melarikan diri melalui pintu belakang dan menyorok di bawah kerusi serta celah pintu bilik air, namun dicekup.

Keadaan terkawal semasa kejadian dan mereka yang ditahan dibawa ke Pejabat Imigresen Setia Tropika utk tindakan lanjut.

Jual kad sim demi Shaqira

  • Jual kad sim demi ShaqiraShaqira menerima ciuman daripada ibu dan bapanya pada sambutan ulang tahun kelahirannya.
 1 / 1 
BATANG KALI - Seorang bapa terpaksa menjual kad sim dan tambah nilai demi mendapatkan wang tambahan untuk menampung kos rawatan pembedahan mata anak tunggalnya di sebuah hospital di New Delhi, India.

Abdul Razak Abdul Rahim, 33, berkata, sejak Julai tahun lalu, dia bertungkus lumus mencari duit setelah anaknya, Shaqira Insyirah, 7, disahkan buta selepas melakukan satu pembedahan akibat ketumbuhan otak di sebuah hospital di Kuala Lumpur.

Menurutnya, anaknya mengalami kerosakan saraf optik sehingga menyebabkannya hilang daya penglihatan.

"Saya sanggup lakukan apa saja untuk dapatkan wang secukupnya bagi membolehkan mata anak saya segera dibedah," katanya.

Abdul Razak berkata, selain bekerja tetap di Genting Highland, dia juga membuat kerja sambilan dengan menjual kad sim dan kad tambah nilai.

"Saya juga perlu menjelaskan hutang kerana sepanjang Shaqira menjalani rawatan selepas pembedahan tahun lalu, saya terpaksa cuti tanpa gaji sehingga November untuk menjaganya.

"Walaupun jual kad sim dan tambah nilai untung tak banyak, tapi saya perlu bekerja keras demi membolehkan anak menjalani pembedahan kali kedua," katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Tamu Hill.

Katanya, dia juga berusaha membuat permohonan pinjaman lain termasuk pinjaman perumahan untuk digunakan menampung kos pembedahan anaknya.

Bagaimanapun katanya, pinjaman itu masih belum boleh dibuat kerana memerlukan penyata gaji sekurang-kurangnya untuk tempoh tiga bulan bekerja.

“Jadi kalau dapat buat pinjaman perumahan itu dapatlah menampung apa yang masih tak cukup,” katanya.

Abdul Razak berkata, sebelum ini Shaqira boleh melihat seperti kanak-kanak lain malah dia boleh menulis dan bertutur dalam bahasa Mandarin.

"Namun walaupun Shaqira sudah melakukan rawatan kemoterapi tapi ketumbuhan masih ada," katanya.

Setelah mengetahui risiko yang bakal dialami, dia dan isteri, Nurul Aishah Abdullah, 37, mengambil keputusan untuk membawa Shaqira menjalani pembedahan.

“Doktor beritahu Shaqira tidak akan mengalami kebutaan kekal jika melakukan pembedahan itu.

“Tapi kesan lain dialami seperti fizikalnya yang tidak mampu berdiri sendiri dan berjalan seperti dahulu,” katanya.

Abdul Razak juga bersyukur kerana banyak bantuan diterima dari seluruh negara selepas pelancaran tabung khas bagi mengumpul dana menampung kos pembedahan anaknya pada 28 Februari oleh Ahli Parlimen Hulu Selangor, P Kamalanathan.

"Bantuan diterima daripada pelbagai bangsa yang tidak dikenali termasuk panggilan telefon daripada individu dari Sarawak dan badan bukan kerajaan (NGO) dari Pulau Pinang.

“Sehingga pagi tadi (semalam), kutipan dana terkumpul sebanyak RM33,964. Kalau kutipan dah cukup saya akan menghubungi doktor untuk jalani pembedahan segera. Doktor kata kalau boleh jangan lewat sebelum saluran optik menjadi parut,” katanya.

Menurutnya, apabila mengetahui ada bantuan yang terkumpul, Shaqira kelihatan gembira dan lebih aktif.

"Saya harap Shaqira dapat melihat semula kerana tak sabar lihat gelagat dia yang gembar menulis, melukis dan membaca.

Dalam pada itu, Kamalanathan melahirkan simpati terhadap nasib Shaqira dan masalah yang dihadapi ibu bapanya.

Beliau berharap tabung khas yang dilancarkan dapat membantu keluarga tersebut mengumpulkan dana yang diperlukan.

“Saya lihat rakyat Malaysia mempunyai semangat keprihatinan yang tinggi kerana walaupun tidak kenal tapi apabila menyedari ada orang memerlukan kita sama-sama bantu,” katanya ketika melawat adik Shaqira dan meraikan ulang tahunnya yang ketujuh.

Beliau juga melihat keikhlasan dalam diri bapa kanak-kanak itu apabila mengatakan mahu menyumbangkan baki wang yang terkumpul kepada kanak-kanak lain yang memerlukan jika melebihi kos yang diperlukan untuk rawatan Shaqira Insyirah.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menghulurkan sumbangan melalui  akaun Maybank bapa Shaqira, Abdul Razak Abdul Rahim iaitu 106061555792 atau menghubungi talian 013-6927289.

Linda Onn & Ungku Azhar Pasangan Romantis Hiasi Muka Hadapan Majalah Nona

Linda Onn & Ungku Azhar Pasangan Romantis Hiasi Muka Hadapan Majalah Nona
Jika sewaktu hendak bernikah dulu Linda Onn tidak selesa menonjolkan suaminya kepada khalayak ramai, namun nampaknya semakin hari penyampai radio popular ini mengambil pendekatan untuk tidak berselindung lagi mengenai perkahwinan mereka.
Kira-kira sebulan selepas majlis pernikahan mereka, Linda mula berani berkongsi sekeping dua gambar Ungku Azhar di laman sosial bermula dari menghadiri jemputan majlis perkahwinan kenalan terdekat hinggalah ke majlis resepsi mereka yang diadakan pada Januari lalu.
Barangkali respon positif yang diterima dari peminat mendorong Linda untuk bersikap lebih terbuka dan tidak lagi menyorokkan suaminya yang kacak itu.
Linda Onn & Ungku Azhar Pasangan Romantis Hiasi Muka Hadapan Majalah Nona
Mungkin disebabkan keterbukaannya itu juga, pasangan ini telah diberi peluang untuk menghiasi muka hadapan majalah Nona istimewa bersempena edisi perkahwinan.
Melihat kepada kulit majalah itu, kami tertarik dengan kenyataan Linda yang menghormati pendirian suami. Pastinya Linda bercerita lebih lanjut mengenai mahligai bahagia yang baru dibina bersama Ungku Azhar.
Kalau anda nak tahu apakah kisah menarik yang dikongsikan oleh Linda, jangan lupa dapatkan majalah Nona isu April ini di pasaran sebelum kehabisan.
Namun sebelum itu, jom layan foto-foto terbaru pasangan ini sewaktu mereka bercuti di Bali baru-baru ini bersama rakan-rakan rapat.

Saya Tidak Takut Pada Karma – Hanez Suraya

Karma. Abang Nara tak percaya pada karma. Dalam Islam pun rasanya tak ada karma. Namun dalam bab Hanez Suraya ini, karma ini boleh ditafsirkan sebagai “kau rampas suami orang hari ini, nanti satu hari orang rampas suami kau pulak“.  Apabila diajukan soalan mengenai “karma” atau pembalasan ini, Hanez Suraya menyatakan yang dia tidak takut dengan perkara tersebut.
hanez tak percaya karma
Yang menariknya, ketidaktakutan Hanez adalah kerana percaya dirinya berada di pihak yang benar. Kata Hanez menerusi Mstar Online:-
Kalau kita ikhlas kepada pasangan dan begitu juga pasangan yang ikhlas terhadap kita, mengapa perlu risau dengan karma? Saya tidak takut pada karma kerana saya berada di pihak yang benar. Insya-Allah, asal saya dan dia (Romie) dapat menjaga sesebuah perhubungan itu dengan baik, kita tidak perlu takut dengan balasan seperti yang diperkatakan itu
hanez tak percaya karma
Kekadang Abang Nara sendiri rasa “stress” dan “tension” membaca kata-kata Hanez Suraya ini. Namun Abang Nara respek sebab Hanez mempunyai keyakinan diri yang tinggi. Tak terjejas langsung dengan kata-kata yang dilemparkan kepadanya menerusi laman sosial. Cuma Abang Nara tertanya-tanya, ada ke orang lain selain Hanez dan Romie yang percaya pelakon ini berada di pihak yang benar? Kongsikan pendapat anda di ruangan komen.

Hanez Suraya Mahu Saman Malu Liyana Manan?

“Selepas dia (Nurliyana Abd Manan) mengeluarkan kenyataan kepada media, saya dan keluarga dihina oleh masyarakat. Apatah lagi, ramai yang mengenali saya dan ia secara tidak langsung menjejaskan imej saya.


Hanez Suraya Mahu Saman Liyana Manan?, info, terkini, hiburan, kontroversi hanez suraya, pelakon

Jadi saya harap dia membuat permohonan maaf secara terbuka bagi membersihkan nama saya” ujar Hanez Suraya dalam satu sidang media di One World Hotel, petang semalam.

Menurut Hanez, segala dakwaan wanita terbabit yang mengatakan Hanez sebagai punca keretakan rumahtangga dia dan suaminya yang dikenali sebagai Mr R atau nama sebenarnya Romie Razin Adilha langsung tidak benar kerana Hanez hanya mengenali lelaki berkenaan pada 20 Disember lalu.

“Saya baru dua bulan mengenali Romie, sedangkan dia menuduh saya menjalinkan hubungan sejak lapan bulan lepas. Malah, dia juga sudah memfailkan penceraian pada Oktober, dua bulan sebelum saya mengenali Romie.

“Kita lihat dulu sejauh mana respons dia mengenai permintaan saya ini dan jika dia tidak membuat seperti yang saya minta, nantilah tindakan saya seterusnya ,” katanya.

Dalam sidang media tertutup itu, Hanez turut hadir bersama peguamnya, Wan Nurliyana Abdul Rahman, manakala Romie, 34, turut hadir bersama peguamnya, Rubiah Jaffar.

Hanez Suraya Mahu Saman Liyana Manan?, info, terkini, hiburan, kontroversi hanez suraya, pelakon

Sebelum ini, sebuah akhbar tempatan melaporkan, isteri kepada Romie, Nurliyana Abd Manan mendakwa Hanez menjadi penyebab kepada keruntuhan rumah tangga mereka selepas Hanez dan Romie didakwa menjalinkan hubungan cinta sejak lapan bulan lalu.

Nurliyana bertambah berang apabila Hanez memuat naik di laman Istagram gambar diri bersama kedua-dua anaknya.

Tindakan Hanez itu dianggap sebagai sengaja mengeksploitasi anak-anak Nurliyana dan tidak menghormati wanita itu sebagai ibu kanak-kanak berkenaan.

Malah, Hanez dan Romie juga didakwa bercuti ke Bangkok tahun lalu bagi meraikan ulang tahun kelahiran kekasihnya itu.

Hanez berkata, dia bagaimanapun sudah meminta maaf sebelum ini kerana mendakwa Romie sebagai duda.

“Tentang isu duda, saya sekali lagi memohon maaf kerana mengeluarkan kenyataan sebegitu dan ada salah faham mengenai hal itu,” katanya – Sinar Harian

Chef Wan Kutuk Hanez Suraya di Instagram

[ARTIS Chef Wan Kutuk Hanez Suraya di Instagram | Sangat kemah, padat dan pedas komen yang diberikan oleh Chef Wan di akaun Instagramnya mengenai kontroversi yang sedang melanda Hanez Suraya. Sekali baca memang agak “laser” kata-kata Chef Wan tetapi memang itulah hakikat dan kebenarannya. Respek kepada Chef Wan kerana sering mengeluarkan pendapat yang bernas dan padat.






Berkongsi gambar “screenshot” suratkhabar Berita Harian, Chef Wan menulis komentar panjang lebar dan berkongsi pengalaman hidupnya mengenai kontroversi Hanez Suraya, Mr. R dan Liyanan Manan ini. Tulis Chef Wan dalam Instagramnya :-

Wow sedeh baca cerita pergolakan Rumah tangga mereka ini. Ramai these days yg bermain api diakhirnya terjerat diri sendiri. Kesian isteri yg menjadi mangsa dgn anak2..bukan sekali buat hal dah banyak kali and i loved the honesty of his wive.

Mana yg suka berfoya foya lagi tu tak usah la berumah Tangga lagi.Jangan hancur kan hati seorang Wanita dan Anak2. Yang si Betina pun gatal dah tahu laki orang masih mau bermain api. Berdolak dalik macam main Drama minggu ini jugak for what?

These is the sad world today where there is no respect for others.. Many times i come across so many of my close friends going to the same shit over and over again. Tambahan anak2 muda sekarang pantang ada duit sikit laki orang pun mereka nak sapu kerana gila nak hidup senang.

I am always a shoulder for them to cry on and share their problems. My advice is always the same. Cerai kan and Move on as no one deserved to live unhappy and worst to be treated mcm sampah and worst physically abused.
I also have noticed that what goes around will come back in this world.Jantan2 yg jahat juga kebanyakan akan nanti bertemu dgn betina2 yg tak senonoh juga. Kawin la 10 kali pun jika perangai kita tu macam musibat juga as i have adviced both my children too in the end will all end up to a unhappy marriage. Yang menjadi Mangsa anak2 la yg have to suffer.


(Video) Kate2 Mr R: Hanez Suraya Bukan Punca Pergolakan Rumah Tangga Saya


Hanez Suraya Mengatakan Ini Semua Finah & Tudah Video


Hanez Suraya Cabar Liyana Manan Minta Maaf



“Kenapa saya perlu meminta maaf? Sepatutnya, dia yang perlu memohon maaf pada saya. Kalau ikutkan kenyataannya sebelum ini, semuanya seolah olah mencabar dan menaikkan kemarahan saya, suruh serang, tunjuk bukti, dakwa bekas isteri buat fitnah dan macam macam lagi”

Itu kenyataan balas Liyana Manan yang masih bergelar isteri kepada kekasih Hanez Suraya, Mr R selepas ditanya tentang permintaan pelakon itu supaya beliau memohon maaf secara terbuka.

“Saya masih isteri Romie, belum bercerai lagi. Itu hakikatnya. Apabila saya bersuara dan tampil kemukakan bukti, saya pula dipersalahkan. Saya tidak kisah jika Hanez dan suami nak berkahwin, tapi biarlah kes penceraian kami selesai dulu,” tambahnya lagi.

Liyana Manan yang ditemubual Berita Harian hari ini berkata yang kes curang suaminya dengan perempuan lain bukan perkara baru dan turut tidak menafikan yang pernah menuntut cerai pada tahun 2011 atas sebab sama dan kali kedua pada tahun lalu.

“Tidak guna hidup bersama lagi dengan suami bersikap dingin, lalai serta tidak sayang kepada isteri dan anak anak,” tambah Liyana Manan yang sudah lapan tahun bergelar isteri Mr R.

HANEZ SURAYA SEMAKIN DIKECAM SELEPAS SIDANG MEDIA


HANEZ SURAYA SEMAKIN MENDAPAT KECAMAN SELEPAS BUAT SIDANG MEDIA, MASIH DIGELAR PERAMPAS | "Semua fakta sudah dijelaskan, saya tuntut dia minta maaf secara terbuka atas tuduhan dilemparkan."

Demikian tuntutan dikemukakan pelakon Hanez Suraya Abdul Aziz, 29, atau Hanez berikutan fitnah dilemparkan wanita dikenali sebagai Nurliyana Manan mendakwa pelakon itu merampas suaminya Romie Razin Adilha, 34, dan menyebabkan keretakan rumah tangga mereka.

Hanez berkata, wanita itu memfitnahnya sudah menjalin hubungan dengan Romie selama lapan bulan dan meletakkan Hanez sebagai pihak ketiga dalam perceraian itu.

Hanez mengemukakan permintaan tersebut itu dalam sidang media yang diadakan di One World Hotel, sebentar tadi.

Walau bagaimanapun, para pemerhati isu ini masih menganggap Hanez Suraya sebagai pihak yang bersalah dan menggelarkannya sebagai PERAMPAS. Pelbagai komen negatif yang diterima daripada orang ramai. Mari lihat komen-komen tersebut: 



Diharap perkara ini menjadi iktibar kepada kaum hawa yang ingin memiliki suami orang. Admin percaya perkara ini boleh diselesaikan dengan aman tanpa melibatkan pihak media yang bukan saja memeritkan keadaan, malah memburukkan nama-nama yang terlibat.

Suami Syanie Tidak Berharap Untuk Punyai Anak



PETALING JAYA: Pelakon komedi, Syanie bersyukur suaminya, Nadi Putera Mohd Zainol, 29, memahami dan tidak meletakkan harapan yang tinggi untuknya mendapatkan zuriat dalam perkahwinan yang dibina mereka pada 1 Mac lalu.

Syanie atau nama sebenarnya, Syaniza Hisham, 41, berkata, mereka sudah membincangkan perkara tersebut sebelum membuat keputusan untuk hidup bersama.

"Saya dah beritahu dia bahawa pada usia sekarang, saya akan menghadapi kesukaran untuk mendapatkan anak.

"Dia memahami dan menganggap anak bukan tujuan utama dia mengahwini saya, lagi pula dia sudah pun ada dua orang cahaya mata hasil perkahwinan yang pertama," katanya kepadamStar Online, ketika dihubungi di sini, Rabu.

Bagaimanapun, Syanie berkata, sebagai seorang wanita, dia sangat berharap dapat melahirkan seorang cahaya mata bagi melengkapi kehidupan rumah tangga mereka.

Syanie dan Nadi Putera selamat dinikahkan dalam satu majlis yang diadakan di Sandy Beach Resort, Langkawi, Kedah dengan sekali lafaz.

Sementara itu, Syanie mengakui pada mulanya agak sukar untuk dia membuat keputusan untuk kembali berumah tangga semula.

Katanya, terlalu banyak perkara yang perlu difikirkan sebelum membuat keputusan besar tersebut.

"Sudah tentu agak sukar dan takut untuk buat keputusan kembali berumah tangga selepas 11 tahun hidup sendiri. Apatah lagi ia adalah perkahwinan kedua saya.

"Saya fikir banyak kali dan tanya pendapat keluarga dahulu sebelum benar-benar buat keputusan ini.

"Saya tidak mahu rumah tangga yang dibina hanya separuh jalan sahaja, kalau boleh perkahwinan kedua ini biarlah sampai akhir hayat," katanya.

Dalam pada itu, menceritakan detik pengenalan mereka, Syanie berkata, dia mengenali Putera sejak lapan tahu lalu ketika mereka bekerja di bawah syarikat yang sama.

Bagaimanapun, hubungan tersebut terputus selepas mereka berpindah ke tempat kerja berlainan dan Putera mendirikan rumah tangga dengan seorang wanita.

"Dia seorang yang ambil berat ketika kami bekerja di tempat yang sama, tetapi bila dia berhenti dan berkahwin kami jarang berhubung.

"Sehinggalah kami berjumpa semula ketika menghadiri satu majlis perkahwinan rakan di Kedah dan kembali rapat, ketika itu dia sudah pun bercerai," katanya.

Dalam pada itu, Syanie berkata, kedua-dua keluarga mereka menerima hubungan tersebut dengan baik dan menggalakkan mereka mendirikan rumah tangga secepat mungkin.

Kata Syanie, jarak usia hampir 12 tahun tidak menjadi satu masalah kepada mereka.

"Saya tidak kisah tanggapan orang tentang usia, apa yang penting ia bukan menjadi satu masalah bagi kami.

"Pada saya ialah persefahaman antara satu sama lain dan saling hormat menghormati adalah kunci untuk mendapat kebahagiaan dalam rumah tangga," katanya.

Majlis resepsi pihak lelaki akan berlangsung pada 12 Mac ini di kediaman pengantin lelaki di Kulim, Kedah.

-mstar

NEELOFA DAN LELAKI SOLEH


Respon Liyana Manan isu didesak minta maaf oleh Hanez Suraya dan Romie


Respon Liyana Manan isu didesak minta maaf oleh Hanez Suraya - Dalam satu sidang media semalam, Hanez Suraya dan Romie mendesak Liyana Manan agar tampil menyatakan permohonan maaf kerana memalukan mereka berdua di khalayak umum menerusi pendedahan di media minggu lalu.

Tindakan Hanez dan Romie itu mendapat respon negatif dari orang ramai memandangkan beliau yang sepatutnya memohon maaf Liyana.

Liyana Manan yang ditemubual Berita Harian hari ini dilihat terkejut dengan permintaan Hanez Suraya termasuk tindakan undang-undang yang bakal diambil jika gagal. Katanya, tiada alasan kukuh dia perlu minta maaf secara terbuka kepada mereka.

“Kenapa saya perlu meminta maaf? Sepatutnya, dia yang perlu memohon maaf pada saya. Kalau ikutkan kenyataannya sebelum ini, semuanya seolah olah mencabar dan menaikkan kemarahan saya, suruh serang, tunjuk bukti, dakwa bekas isteri buat fitnah dan macam macam lagi.” 

“Saya masih isteri Romie, belum bercerai lagi. Itu hakikatnya. Apabila saya bersuara dan tampil kemukakan bukti, saya pula dipersalahkan. Saya tidak kisah jika Hanez dan suami nak berkahwin, tapi biarlah kes penceraian kami selesai dulu.”

Sementara itu, Liyana mengakui pernah menfailkan penceraian terhadap suami pada tahun 2011 atas sebab sama dan kali kedua pada Oktober tahun lalu.

“Tidak guna hidup bersama lagi dengan suami bersikap dingin, lalai serta tidak sayang kepada isteri dan anak anak.”

Mangsa kemalangan sempat peluk teman wanita



PETALING JAYA - Seorang lelaki sempat memeluk teman wanitanya yang trauma selepas kereta dinaiki mereka terbabas dan berpusing beberapa kali namun akhirnya dia maut dalam kejadian di Kilometer 17.2 Lebuh Raya Damansara Puchong, malam kelmarin.

Sebelum kejadian kira-kira jam 11.30 malam itu, N Nesa Raja, seorang penghantar surat, bersama teman wanitanya menaiki kereta jenis Proton Wira Aeroback dari Puchong menuju Damansara.

Menurut saksi, kereta dipandu mangsa terbabas melanggar pembahagi jalan dan berpusing beberapa kali.

Katanya, kenderaan itu berpusing sejauh kira-kira 500 meter, sebelum merempuh pengadang di bahagian kiri jalan.

"Selepas kereta itu merempuh pembahagi jalan, mangsa sempat memeluk teman wanitanya berkemungkinan untuk menyelamatkan wanita itu.

"Bagaimanapun, kepalanya terhentak pada tingkap yang terbuka dan pembahagi jalan sepanjang kereta itu berpusing," katanya.

Saksi berkata, darah serta sebahagian daging di muka dan otak mangsa itu dilihat bertaburan atas jalan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk dibedah siasat.

Teman wanitanya yang dilaporkan cedera ringan turut menerima rawatan di hospital sama.

Hanez Suraya Kena Belasah Dengan Peminat Di Instagram


Heboh sana sini dengan cerita Hanez Suraya rampas suami orang. Tidak ketinggalan juga di laman instagramnya menjadi tempat serangan yang hebat. Peminat bertambah marah apabila Hanez menuntut isteri kekasihnya memohon maaf di dalam sidang medianya semalam. Nampaknya dunia sudah terbalik. Hebat sangat ker Mr R tu sehinggakan si Hanez ni tergila-gila?

Hanez Suraya Kena Belasah Dengan Peminat Di Instagram

Hanez Suraya Kena Belasah Dengan Peminat Di Instagram

Hanez Suraya Kena Belasah Dengan Peminat Di Instagram

Hanez Suraya Kena Belasah Dengan Peminat Di Instagram

Hanez Suraya Kena Belasah Dengan Peminat Di Instagram

Hanez Suraya Kena Belasah Dengan Peminat Di Instagram

Hanez Suraya Kena Belasah Dengan Peminat Di Instagram

Hanez Suraya Kena Belasah Dengan Peminat Di Instagram

Selangor sumbang RM20,000 kepada anggota polis maut diserang hendap (Video)

SHAH ALAM 5 MAC: Kerajaan Selangor menyerahkan sumbangan RM20,000 kepada keluarga Koperal Raja Aizam Raja Mohd yang terbunuh selepas diserang hendap sekumpulan warga asing di Taman Sentosa, Klang semalam.
Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali, berkata sumbangan itu hasil peruntukan Tabung Wira Negara yang diwujudkan ketika insiden Lahad Datu.
Bercakap pada sidang media hari ini, beliau berkata, sumbangan itu suatu insentif kepada insan yang bertarung nyawa mempertahankan keselamatan rakyat dan negeri ini.
“Takziah kepada keluarga Raja Aizam. Kita memandang berat hal itu kerana mereka cedera ketika melindungi keselamatan orang ramai,” katanya.
Selain Raja Aizam, sumbangan RM10,000 turut diberi kepada Koperal Mohd Aidil Mustafa yang cedera dalam kejadian sama dan menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang.
Bantuan itu hasil peruntukan Tabung Wira Rakyat Selangor berjumlah RM10 juta yang diumumkan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bagi membantu ahli keluarga anggota keselamatan.
Raja Aizam, 53, cedera di kepala, maut ketika dalam perjalanan ke HTAR selepas diserang dalam kejadian kira-kira jam 5 pagi semalam.
Mereka yang bertugas dalam unit kereta peronda Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan, diserang ketika meronda di Lorong Yusuf Shahbudin 44D, Taman Sentosa.

Emosi isteri terganggu terima surat saman

RANTAU PANJANG – Seorang suri rumah disaman kerana memandu melebihi had laju di KM 18.7 Jalan Senai, Johor Bahru pada 2 Februari lalu.

Namun yang menjadi persoalan, surat saman diterima Arinee Hama, 38, menunjukkan jenis kereta terbabit ialah Volvo, sedangkan dia memandu Daihatsu Charade, walaupun nombor pendaftaran kedua-duanya sama, BCP 4909.

Arinee berkata, pada tarikh kejadian itu, dia berada di Golok sejak sebulan lalu.

"Justeru, kenapa pula saya yang disaman. Saya hanya mengetahui kejadian ini selepas dimaklumkan ibu mentua kerana surat saman dihantar menggunakan alamat di Rantau Panjang.

"Saya risau jika pemilik kereta Volvo tersebut menggunakan nombor pendaftaran palsu, seterusnya melakukan jenayah dan sebagainya, jadi saya mohon pihak berkuasa menyiasat perkara ini," katanya.

Menurutnya, ia adalah kejadian pertama sejak dia membeli kereta tersebut pada 2009.

Sementara itu suaminya, Isma Airfath Hassamuddin turut memohon pihak polis menyiasat kejadian itu kerana menyebabkan emosi isterinya terganggu.

Isma yang juga dikenali sebagai Koseng Kombi berharap, isterinya dapat dilepaskan daripada tindakan saman tersebut.

"Bagi mencari keadilan, saya dan isteri telah membuat laporan polis mengenai kejadian ini," katanya.

Payudara teman wanita pemain bola sepak terkenal..

Irina Shayk dilihat tampil seksi di majlis pasca pesta Academy Awards, Vanity Fair Oscars Party 2014. 

Kekasih Cristiano Ronaldo ini mengenakan busana yang boleh digolongkan sebagai pakaian dalam. 

Irina Shayk tampil seksi dengan mengenakan gaun seperti korset yang panjang. Gaun yang dia kenakan juga amat jarang sehingga memamerkan tubuh indahnya. Bahkan, payudara Irina hampir terlihat kerana bahagian dada juga jarang. 

Meskipun dianggap tampil terlalu seksi, Irina mengakui masih ada yang lebih seksi darinya di pesta itu. 

Wanita yang dimaksud Irina Shayk adalah modelyang berasal dari Colombia, Sofia Vergara. "Wanita terseksi yang masih hidup, SOFIA,” tulis Shayk di akun Instagramnya.

Janda gersang telefon nombor kecemasan untuk seks

Seorang wanita bernama Maria Montenez Colon menghubungi panggilan kecemasan atau 911 dan meminta polis memuaskan nafsu seksnya.

Wanita berusia 58 tahun itu tinggal di Punta Gorda, Florida, Amerika Serikat (AS).

Maria meminta polis untuk mengembalikan kereta milik mendiang suaminya yang pernah bertugas di Pejabat Polis New York, AS. Salah seorang pegawai di pejabat polis Punta Gorda, Justin Davoult, telah mendatangi rumah Maria.

Setela pegawai tersebut tiba di rumah wanita tersebut, Maria terus merayunya.

"Kamu seksi sekali," kata Maria seperti yang dilaporkan Dailymail. Maria kemudia menggoda dengan pertanyaan lucah kepada pegawai tersebut sambil meraba-raba dadanya.

Davoult kemudian menyatakan bahwa kelakuan Maria itu salah. Davoult akhirnya memberi Maria kad nama berisi nombor telefon untuk pejabat polis kawasan daerahnya.
Setelah Davoult meninggalkan rumahnya, Maria menghubungi kembali panggilan kecemasan 911 otu. Akhirnya Davoult kembali lagi ke rumah Maria dan akhirnya, Maria ditangkap dan dipenjara di Charlotte County dengan dakwaan menyalahgunakan nombor telepon kecemasan.

Kantoi dalam FB dengan isteri sendiri

BERBELAH-bahagi antara mahu dengan tidak, Fikri, 33, (bukan nama sebenar) akhirnya akur dengan pujukan untuk ditemubual.

Biasalah, lebih setahun penulis menerajui ruangan Pengakuan ini, majoriti yang mahu dan mudah berkongsi cerita adalah kaum wanita berbanding lelaki.

Setelah dipujuk dan diyakinkan bahawa perkongsian bukan untuk mengaibkan cuma mahu memberi pengajaran, Fikri mengangguk.

Akhirnya satu pertemuan diatur antara penulis dan Fikri di sebuah kedai makan di ibu kota.

“Kisah ini kisah terpencil kak (panggilannya kepada saya). Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa zaman sains dan teknologi ini memang mudah mendedahkan kita kepada pergaulan sosial di alam maya," kata Fikri membuka bicara.

Dia mengakui bukanlah seorang yang up-to-date dengan segala rangkaian laman sosial walau ramai yang sudah memberitahunya tentang facebook, skype, google dan sebagainya pada.

Dia tetap dengan keputusannya tidak mahu membuka sebarang akaun dengan mana-mana laman sosial.

“Memang saya selalu dikutuk rakan kerana ketinggalan zaman, sudahlah memakai telefon genggam yang canggih tetapi tidak memanfaatkan sepenuhnya, kata mereka kepada saya," cerita Fikri yang ketika itu mengakui sedikit tidak tergugat dengan kata-kata berbaur sindiran daripada sahabat-sahabatnya.

Secara fizikalnya lelaki ini mempunyai rupa dan bentuk badan yang menarik. Ditambah dengan kerjayanya sebagai pengurus di sebuah syarikat pembinaan, Fikri memang mempunyai karismanya yang tersendiri.

Pada usia 33 tahun, dia juga dikurniakan Allah SWT dengan isteri yang bekerjaya dan seorang anak perempuan berusia empat tahun.

Buka akaun Facebook

Masih berpegang kepada prinsipnya, Fikri memang tidak akan membuka akaun di mana-mana sosial. Namun, setelah pihak syarikat mengeluarkan arahan agar setiap staf membuka akaun facebook dan menyertai kumpulan yang diwujudkan oleh bahagian sumber manusia bagi tujuan meguar-uarkan maklumat mengenai syarikat dan staf, barulah Fikri membukanya.

“Saya hanya mengarahkan setiausaha yang membuat akaun saya, lepas siap semuanya barulah saya tahu saya sudah ada akaun.

“Satu petang yang tidak begitu sibuk, saya pun mengambil keputusan melihat apa yang ada dalam facebook. Mula-mula saja saya sudah lihat ramai kenalan mahu berkawan dengan saya, baru dua hari akaun dibuka sudah ada lebih 100 friend request (pertanyaan untuk berkawan), satu persatu saya klik ‘yes’, maklumlah orang hendak berkawan dengan kita takkan kita memilih pula.

“Sejam juga masa saya dihabiskan pada kali pertama menatap facebook dan saya akui patutlah semua orang teruja dengan akaun masing-masing kerana saya juga sudah berperasaan demikian.

“Teruja melihat foto-foto sahabat dan kenalan lama di sekolah dan universiti. Dalam ramai-ramai itu ada seorang perempuan yang agak cantik yang mengajak saya chatting dan saya melayani kerana tidak ada begitu banyak kerja di ketika itu," ujar Fikri lagi.

Kawan kerja

Hari demi hari, Fikri semakin galak memeriksa akaun facebooknya. Sesekali ada juga terbit di fikirannya kenapa dia ketinggalan dan tidak membuka akaun dari dulu lagi kerana macam-macam informasi yang boleh didapati di laman sosial tersebut.

“Salam perkenalan daripada seorang wanita di senarai rakan facebook saya yang mengakui pernah berjumpa saya di seminar, juga saya sambut ceria.

“Pada saya tiada salahnya menyambung silaturrahim. Boleh dikatakan setiap hari Fieya, (bukan nama sebenar) ajak bersembang dalam talian.

“Saya layankan saja, walau jenuh mengingati mana satu Fieya yang mengaku pernah bertemu saya di satu seminar yang pernah saya ikuti di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, saya jadi seronok bersembang dengannya. Diakui juga kerana gambar profilnya yang menarik, maka naluri kelakian saya tidak mampu menidakkannya.

“Bermula daripada kisah kerjaya, hinggalah ke kisah rumah tangga masing-masing. Kata Fieya, dia sudah enam tahun berumah tangga tapi masih tidak mempunyai anak.

“Kebetulan Fieya bekerja di sebuah jabatan kerajaan yang mana saya perlu selalu berhubung dengannya maka saya rasakan tiada salah saya berkawan dengannya," ujar Fikri lagi.

Entah kenapa sehari tidak bersembang dengan Fieya, dia merasakan seperti ada yang kurang dalam hidupnya.

Adakalanya dia yang menyapa wanita itu terlebih dahulu walau dari awal perkenalan Fieya yang sering membuka bicara mereka di alam siber.

“Saya akui rasa seakan rindu pula bila dia tidak tegur saya. Kadang-kadang masuk saja pejabat buka komputer bukan pasal kerja yang saya lihat dulu tapi mesej-mesej yang diberi oleh Fieya dan bila tiada mesej dari dia saya jadi tak keruan pula.

“Saya mula keliru dengan perasaan tersebut. Memanglah kami tidak ada apa-apa hubungan kecuali setiap hari bersembang hal kerja, hal diri masing-masing, hal semasa dan keluarga sahaja, tetapi saya akui sangat selesa dengannya," akui Fikri.

Setelah hampir tiga bulan bersembang tanpa bersua, dia memberanikan diri mengajak Fieya makan tengah hari bersama.

Bagi mengelakkan rasa bersalah, dia mencari alasan kerja untuk bertemu Fieya di pejabatnya.

“Tidak sangka pelawaan saya diterima dengan selamba tetapi Fieya kata dia tidak mahu bertemu di pejabat, sebaliknya mahu saya ke sebuah kafe di pusat membeli belah terkemuka di ibu kota.

“Tanpa fikir panjang saya setuju dengan cadangannya. Siap menyembur minyak wangi lagi dan saya memang tak sabar bertemu Fieya," ujarnya.

Berdasarkan warna baju yang diterangkan Fieya dalam perbualan mereka sebelum bertemu, Fikri tidak mengambil masa yang lama untuk mengecam wanita itu yang duduk membelakangi pintu masuk kafe.

Namun, alangkah terkejutnya Fikri apabila mendapati Fieya adalah isterinya sendiri, Filzah.

“Terkejut saya melihat Filzah di situ dan ketika itu sangka saya Fieya ada di tempat duduk lain di situ, tapi Filzah segera ‘mengkantoikan’ saya dengan berkata, ‘sayalah Fieya’.

“Muka saya terus jadi merah padam, terkejut dan langsung tidak sangka isteri memasang perangkap untuk menguji kesetiaan saya," katanya.

Jadi kekok

Sejak peristiwa itu, Fikri menjadi malu-alah pada isterinya, yang semenjak peristiwa itu sering memperli dirinya.

Namun, Filzah bukanlah menyalahkan Fikri sepenuhnya kerana dia mengakui sengaja menggoda Fikri menerusi kebijaksanaannya menyusun ayat bicara.

“Akhirnya saya ajak Filzah berbincang, jenuh saya menerangkan tentang situasi dan perasaan antara saya dan ‘Fieya’.

“Saya tahu Filzah sudah tidak mempercayai saya lagi. Dia menganggap saya seorang suami yang tidak setia. Filzah juga menjadi dingin semenjak peristiwa tersebut," katanya.

Fikri mengakui dalam hal tersebut dia yang patut dipersalahkan kerana tidak sepatutnya mempunyai perasaan sedemikian terhadap ‘Fieya’.

“Selepas bermuhasabah diri saya mengakui semuanya salah saya dan tidak salah bagi Filzah menguji kesetiaan saya sebegitu. Saya juga rasa menyesal kerana kalah dengan nafsu sendiri.

“Apabila diimbas kembali memang tidak patut kami bersembang dengan begitu intim di alam siber, ia umpama berkhalwat juga, cuma bezanya tidak bertemu di alam nyata.

“Bayangkanlah kalau Fieya memang wujud, entah apalah yang akan terjadi seterusnya sebab kami sudah mula bertemu.

“Saya akui juga peristiwa tersebut besar hikmahnya kerana berjaya menguji sejauh mana kesetiaan saya sebagai seorang suami," ujar Fikri.

Dengan nekad dan rasa bersalah yang tinggi, Fikri berusaha meyakinkan Filzah tentang kesetiaannya.

Mujurlah Filzah menerima dirinya seadanya dan turut meminta maaf kepada kerana menyamar sebagai perempuan lain semata-mata mahu menguji kesetiaan suaminya.

“Peristiwa tersebut sebenarnya satu hikmah yang besar buat keluarga kami. Selepas itu saya menjadi begitu berhati-hati di alam siber, memang ada usikan dan salam perkenalan daripada ramai wanita di facebook tapi saya hanya layankan atas dasar kerja sahaja.

“Untuk meyakinkan Filzah saya turut memberikan dia kata laluan akaun saya kepadanya dan sebaliknya. Kami berdua berikrar untuk menjadi pasangan yang jujur dan setia antara satu sama lain, insya-Allah, tiap apa yang berlaku bukanlah sia-sia," ujar Fikri mengakhiri bicara.

Pembaca yang mahu berkongsi kisah sesiapa sahaja untuk segmen Pengakuan ini boleh emelkan cerita pada Pengakuan.mega@yahoo.com. Segala maklumat peribadi akan dirahsiakan.
OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”