Tuesday, 11 March 2014

Zed Zaidi mohon maaf hina Pesawat MH370

Zed Zaidi mohon maaf hina Pesawat MH370, dikecam Erma Fatima dan Hans Isaac

Zed Zaidi mohon maaf hina Pesawat MH370 - Susulan memuatnaik status yang seolah-olah menghina Pesawat MH370 yang kini masih gagal dikesan, bekas presiden SENIMAN Zed Zaidi dikecam teruk peminat di laman sosial.

Zed Zaidi mohon maaf hina Pesawat MH370, dikecam Erma Fatima dan Hans Isaac

Selain peminat, beberapa rakan artis lain seperti Erma Fatima dan Hans Isaac turut mengecam kenyataan Zed Zaidi itu dengan menganggap tahap pemikirannya rendah.

Zed Zaidi mohon maaf hina Pesawat MH370, dikecam Erma Fatima dan Hans Isaac

Zed Zaidi mohon maaf hina Pesawat MH370, dikecam Erma Fatima dan Hans Isaac

Bagi meredakan keadaan dan tidak mahu terus dihentam peminat dan rakan artis lain di laman sosial, beliau telah menyatakan permohonan maaf secara terbuka.

Zed Zaidi mohon maaf hina Pesawat MH370, dikecam Erma Fatima dan Hans Isaac

Penulis tabik dengan Zed Zaidi kerana berani membuang ego jauh-jauh dan segera meminta maaf secara terbuka. Tak macam yang satu tu !!

Dua rakyat Malaysia dihukum mati

JAKARTA - INDONESIA. Mahkamah Daerah Batam pada Isnin menjatuhi hukuman mati terhadap dua rakyat Malaysia dan seorang rakyat Singapura kerana mengedar 168,987 pil ecstasy.

Rakyat Malaysia itu, Mohammad Sollehudin Anuar dan Azmee Johari, serta rakyat Singapura Ong Beng Song didakwa menyeludup masuk dadah itu dari Malaysia ke Indonesia melalui Batam.

"Defendan didapati bersalah menyeludup dadah. Mereka memberi penjelasan rumit dan bercanggah serta menafikan memiliki dadah itu," kata Hakim Jack Octavianus seperti dipetik akhbar harian berbahasa Inggeris 'Jakarta Post' pada Selasa.

Jack berkata, ketika-tiga mereka dijatuhi hukuman mati memandangkan jumlah dadah yang diseludup sangat besar dan jika diedarkan, banyak kehidupan yang akan musnah.

Katanya defendan didapati bersalah mengikut Artikel 114 Undang-undang No 35/2009 berkaitan narkotik, yang memperuntukkan hukuman mati.

Polis mendapat maklumat berhubung dadah itu, yang disembunyikan di dalam alat pemampat kepunyaan sebuah syarikat ekspedisi di Tiban, Batam, pada awal Mei tahun lepas.

Syarikat itu kemudian membawa alat pemampat itu ke Tanjung Pinang, ibu kota wilayah Kepulauan Riau. Ketika sedang diperhatikan polis, dadah itu kemudian dihantar ke Pekanbaru, Riau, Lampung dan kemudian Merak. Konsainan itu tiba di Jakarta pada 5 Jun.

Polis Batam menahan rakyat Malaysia itu di sebuah rumah di Jl. Ubud Raya di kompleks perumahan Daan Mogot Baru di Kalideres, Jakarta Barat pada hari berikutnya.

Mereka ditahan ketika sedang menerima dadah itu manakala rakyat Singapura itu pula ditahan di sebuah restoran berhampiran ketika sedang makan bersama isteri dan anaknya.

Peguam Edi Hartono, yang mewakili ketiga-tiga tertuduh, berkata mereka masih menimbang sama ada akan merayu terhadap keputusan mahkamah itu.

Menurut data daripada Agensi Narkotik Nasional, 42 warga asing ditahan berkaitan kesalahan dadah pada 2013 iaitu lapan rakyat Malaysia; tujuh Taiwan; lima China; empat Filipina; empat Nigeria; empat India; tiga Afrika Selatan; dua Vietnam; dua Jerman; seorang Amerika; seorang Sweden dan seorang Austria. - Bernama

Ahmad Shabery sedih pesawat hilang dipersenda


KUALA LUMPUR - Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek hari ini meluahkan rasa sedih dan kecewa dengan sikap segelintir masyarakat yang mempersenda insiden kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370.    

"Itu saya amat sedih kerana apabila berlakunya tragedi sepatutnya rakyat semua bersatu.

"Kita tidak boleh melihat perkara ini untuk dipersendakan dan ada orang hanya senang berkata apa-apa yang berkaitan kerajaan dan yang dinyatakan kerajaan adalah tidak benar," katanya.

Ahmad Shabery yang ditemui pemberita di lobi Parlimen di sini mengulas perbuatan segelintir rakyat negara ini yang berterusan menggunakan medium media sosial untuk mempersendakan dan mengeluarkan kenyataan tidak bertanggungjawab mengenai insiden itu.

Mengulas lanjut, Ahmad Shabery berkata rakyat sepatutnya tahu bahawa apa yang berlaku sekarang ini di luar kebiasaan dan melibatkan kepakaran untuk merungkai kejadian.

"Saya pernah menyebut kalau kita lihat siri 'air crash investigation', berlakunya kemalangan berkaitan pesawat ada pelbagai sebab, pelbagai perkara, tidak semestinya semua itu dapat dirungkai dengan mudah," katanya.

Ditanya mengenai tindakan kementerian terhadap mereka yang mempersenda insiden itu, Ahmad Shabery berkata buat masa ini tumpuan kementerian adalah kepada usaha untuk mencari dan menyelamat pesawat terlebih dahulu.

Penerbangan MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing bersama 227 penumpang dan 12 anak  kapal dilapor hilang daripada radar pada 1.30 pagi Sabtu, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Pesawat itu membawa penumpang dari 14 negara dengan lebih separuh warga China dan 38 rakyat Malaysia. - Bernama

Pasport palsu: 'Gantung tugas pegawai imigresen'


SERI KEMBANGAN – Pengerusi Pasukan Bertindak Pemantau Jenayah Malaysia (MyWatch), R. Sri Sanjeevan mendesak Kementerian Dalam Negeri (KDN) menggantung tugas anggota dan pegawai dari Jabatan Imigresen yang didakwa cuai hinggan menyebabkan dua pelancong asing menggunakan pasport curi menaiki pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang dilaporkan hilang awal Sabtu lalu.
 
Katanya, siasatan dalaman tidak mencukupi jika membiarkan anggota dan pegawai terbabit terus menjalankan tugas seperti biasa kerana dikhuatiri akan mengganggu siasatan sekali gus tidak mencerminkan kesungguhan kerajaan menangani ancaman keselamatan negara.
 
“Saya menyokong tindakan Menteri Dalam Negeri (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) yang akan menyiasat terperinci kes itu tetapi lebih wajar jika pegawai berkenaan ditukarkan atau memberikan itu cuti atau menggantung tugas mereka sehingga siasatan penuh dijalankan. Tindakan itu akan nampak lebih profesional.
 
“Insiden itu tidak sepatutnya berlaku kerana perkara itu cukup memalukan negara kerana dua individu tersebut dapat memboloskan diri melalui checkpoint pihak keselamatan kita dan ini melibatkan 239 nyawa,” katanya kepada Sinar Harian Online, di sini, hari ini.
 
Beliau berkata demikian mengulas lanjut kenyataan Ahmad Zahid semalam yang memberi jaminan satu siasatan dalaman akan dijalankan terhadap Jabatan Imigresen berikutan laporan wujudnya dua pasport palsu dalam penerbangan misteri itu.
 
Ahmad Zahid menegaskan siasatan secara terperinci itu akan memberi tumpuan khusus kepada Jabatan Imigresen cawangan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
 
Jelasnya siasatan itu dijalankan oleh satu pasukan khas yang diketuai Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Aloyah Mamat.   
 
Susulan kejadian itu, Sanjeevan turut melahirkan kebimbangannya apabila insiden itu turut menggambarkan tahap keselamatan pintu keluar dan masuk negara kini berada dalam keadaan kritikal serta terancam.
 
“Saya rasa tahap keselamatan bukan sahaja di KLIA tetapi di semua pintu masuk dan keluar seluruh negara berada pada tahap yang cukup membimbangkan.
 
“Kes tersebut bukannya kali pertama berlaku seseorang itu memboloskan diri, tetapi kita mempunyai kes-kes lain di mana senjata api, dadah dan mercun dibawa masuk melalui pintu masuk negara kita tanpa dapat dikesan,” dakwanya lagi.

MH370 'hilang' kerana kuasa tuhan


SHAH ALAM - Misi mencari dan menyelamat pesawat Malaysia Airlines Boeing 777-200 penerbangan MH370 ke Beijing yang dilaporkan hilang dari radar Sabtu lalu telah masuk hari ketiga.

Namun, sehingga jam 11 malam, masih tiada sebarang petanda yang menunjukkan perkembangan positif terhadap misi tersebut.

Segala teknologi dan peralatan canggih  dari seluruh dunia telah dikerahkan dalam misi itu tetapi masih tiada hasil setakat ini.

Melihat kepada kegagalan sains moden dalam mengesan lokasi MH370, bekas ketua juruterbang B777 Fleet MAS, Kapten Noruddin Abd Majid tidak menolak kehilangan pesawat berkenaan adalah kerana kuasa tuhan..

"Dunia berada pada tahap teknologi yang tertinggi di mana seseorang berjalan di lorong pun dapat dilihat daripada angkasa dan dapat diketahui identitinya.

"Apa pun yang berlaku, sebagai orang beriman, ini adalah ketentuanNYA. Ini bukan pertama kali berlaku di mana pesawat hilang daripada udara," katanya yang dipetik pada laporan sebuah TV, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau menyentuh tentang kehilangan pesawat itu dari radar pada ketinggian 35,000 kaki secara tiba-tiba.

"Satu dunia sudah melihat di mana sebuah kapal terbang yang berada pada ketinggian 35,000 kaki dengan kelajuan 855 kilometer (km) sejam dan kalau tak silap 14.5 km seminit melepasi pantai timur semenanjung dan baru saja hendak memasuki ruang udara Vietnam, hilang secara tiba-tiba.

"Berdasarkan kenyataan (pihak berkuasa), sebelum masuk ruang udara Vietnam, dalam kawalan positif dengan Air Traffic Control (ATC), pesawat tiba-tiba hilang terus dari skrin radar. Tidak ada kesan langsung.

"Ini mengelirukan dan satu perkara ajaib yang kita kena terima. Dunia kena terima," katanya.

Ketika ditanya soal tindakan yang boleh dilakukan, beliau berkata doa adalah senjatanya.

"Doa daripada orang-orang soleh yang dekat dgn ALLAH dan juga keluarga kerana mereka sedang beremosi. ALLAH melihatnya," katanya.

Dalam pada itu, beliau menolak kemungkinan pesawat itu meletup di udara, ekoran tiada petanda ataupun serpihan yang ditemui selepas tiga hari operasi mencari dilancarkan.

"Kalau meletup sekalipun di udara, mesti ada serpihan. Pasti. Kerana pesawat ini terlalu besar. Enjinya adalah paling besar di dunia, sama saiz dengan badan Boeing 737.

"Tapi tak ada petanda. Tak ada serpihan. Tak ada tanda pada bacaan radar, jadi, tidak mungkin," katanya.

Beliau terlibat dalam operasi membawa pesawat Boeing 777-200 itu ke Malaysia pada tahun 2002.

MH370: Bomba diletakkan dalam keadaan bersedia


SEREMBAN - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia menempatkan 100 pegawai dan anggotanya di Kuantan dan Langkawi untuk membantu usaha mencari dan menyelamat pesawat MH370 yang hilang sejak Sabtu lepas.

Ketua Pengarahnya, Datuk Wan Mohd Nor Ibrahim berkata, mereka terdiri daripada pasukan penyelam, pasukan khas Special Technical Operation Rescue Malaysia (STORM), pasukan unit pengesan dan unit udara.

"Mereka diletakkan dalam keadaan bersedia dan bertindak cepat sekiranya dipanggil. Mereka kini ditempatkan di Kuantan manakala unit udara menggunakan helikopter Agusta AW139 bersiap sedia di Langkawi," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Dalam keadaan begitu Jabatan Bomba dan Penyelamat tidak boleh bergerak bersendirian, ia perlu menunggu arahan sebelum menyertai operasi, katanya selepas Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Sijil Perkhidmatan Terpuji jabatan itu.

Beliau berkata, jabatan itu mempunyai keanggotaan dan aset yang mencukupi untuk menyertai usaha mencari dan menyelamat pesawat MH370 itu.

Dalam perkembangan lain, Wan Mohd Nor berkata, kebakaran hutan masih dalam keadaan kritikal dan  mengalu-alukan tindakan Jabatan Alam Sekitar mengeluarkan larangan aktiviti pembakaran terbuka khususnya di Lembah Klang kerana didapati lebih 500 kebakaran hutan berlaku sehari di seluruh negara.

"Ini merupakan angka yang lima kali ganda lebih tinggi daripada biasa. Dalam keadaan biasa kita menerima 100 panggilan kebakaran hutan. Akibatnya, kita dapati kualiti udara juga terjejas disebabkan oleh kebakaran terbuka," katanya.

Oleh itu, beliau berkata, sudah tiba masanya orang ramai memberi perhatian serius tentang perkara ini dan tidak melakukan aktiviti pembakaran terbuka dan sebagainya.

Wan Mohd Nor berkata, jabatannya sedang dalam proses memperoleh 100 jentera bomba dengan tangki air berkapasiti 20,000 liter untuk diagihkan ke negeri-negeri yang memerlukan.

Sepuluh jentera telah diterima tahun lepas, 70 unit tahun ini dan bakinya pada tahun hadapan. - Bernama

Nurul Izzah, suami diperintah bawa wakil pendamai


KUALA LUMPUR - Mahkamah Rendah Syariah hari ini memerintahkan Anggota Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar dan suaminya, Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim supaya segera melantik wakil jawatankuasa pendamai dalam kes cerai yang difailkan Nurul Izzah.

Hakim, Syarie Ab Malek Awang menetapkan 1 April bagi pasangan itu membawa jawatankuasa pendamai masing-masing ke mahkamah, dan jika mereka gagal berbuat demikian, mahkamah boleh menutup kes berkenaan.

"Ini kali ketiga kes ditangguhkan, sekiranya kedua-dua pihak ingin menyelesaikannya, mereka perlu membawa wakil jawatankuasa pendamai dan sekiranya tiada mahkamah boleh tutup kes ini," katanya.

Dalam proses perceraian, jawatankuasa pendamai terdiri daripada anggota keluarga yang rapat dengan mereka.

Nurul Izzah dan Raja Ahmad Shahrir Iskandar tidak hadir di mahkamah.

Pada 18 Februari lalu, mahkamah menangguhkan kes tersebut selepas peguam Normawaddah Ramli yang mewakili anak sulung ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim itu, memberitahu anak guamnya masih mencari penyelesaian secara baik dalam kes itu.

Terdahulu, peguam Zulkifli Che Yong memberitahu mahkamah bahawa beliau baru dilantik untuk mewakili Raja Ahmad Shahrir Iskandar, dan oleh itu beliau memohon tarikh lain bagi anak guamnya membawa jawatankuasa pendamai.

Nurul Izzah, 34, memfailkan permohonan cerai itu mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984.

Seksyen itu menyentuh pembubaran perkahwinan yang memperuntukkan perceraian dengan talak atau dengan perintah mahkamah.

Pasangan itu berkahwin pada 9 Mei 2003 dan dikurniakan seorang anak perempuan berumur tujuh tahun dan seorang lelaki berusia empat tahun. - Bernama

Sidang media Ketua Pengarah Imigresen Video

MH370: Polis siasat 4 faktor utama termasuk kemungkinan rampasan pesawat

KUALA LUMPUR: Pihak polis sedang memberi tumpuan kepada empat faktor utama di dalam penyiasatan kes kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang sudah memasuki hari keempat.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata empat faktor tersebut adalah kemungkinan rampasan pesawat, sabotaj, masalah psikologi penumpang serta anak kapal dan masalah peribadi mereka.

Apabila ditanya mengapa faktor seperti masalah mekanikal pesawat dan kesilapan juruterbang tidak disiasat, Khalid berkata polis hanya akan terlibat dengan empat fokus utama di dalam penyiasatan yang diketuai oleh Pengarah Siasatan Jenayah (CID), Datuk Hadi Ho Abdullah.

“Pihak pakar pesawat seperti Jabatan Penerbangan Awam (DCA) dan Malaysia Airports Berhad (MAB) akan menyiasat faktor lain seperti masalah mekanikal pesawat dan kesilapan juruterbang,” katanya semasa satu sidang media di Hotel Sama-Sama hari ini.

Sementara itu, Khalid berkata beliau telah mendapatkan gambar dan profil 153 warganegara China yang menaiki pesawat MH370 daripada pihak keselamatan awam negara itu.

“Kami juga telah mendapatkan rakaman video bertarikh 7 dan 8 Mac di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

“Selain itu, kami sedang berhubung dan memeriksa dengan pegawai daripada jabatan lain untuk mengetahui lebih lanjut tentang latar belakang kesemua penumpang,” katanya.

Khalid turut berkata pihaknya telah berkomunikasi dengan 14 negara lain dari mana kebanyakan penumpang berasal dan telah bertukar informasi dengan pihak risikan.

Penerbangan MH370 ke Beijing itu membawa 227 penumpang dari 14 negara bersama 12 anak kapal terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Subang pada 2.40 pagi Sabtu.

Pesawat itu berlepas dari KLIA pada 12.41 pagi dan dijadual mendarat di Beijing pada 6.30 pagi.

Ia dilaporkan hilang selepas gagal dikesan pada radar pusat kawalan trafik udara Vietnam yang kemudian melaporkannya kepada pusat kawalan trafik di Subang.

Nora danish Berpakaian Sekolah

Lupakan seketika sisi seksi Nora Danish yang ditampilkan di ruang suratkhabar baru-baru ini. Hari ini Nora Danish telah mengupload beberapa keping gambarnya berpakaian baju kurung sekolah menerusi Facebook Nora Danish bersempena dengan filem Lagenda Budak Hostel.

Kalau zaman sekolah dulu ada awek secomel Nora Danish, pastinya menjadi rebutan pelajar-pelajar lelaki. Silap-silap boleh putus member dibuatnya. Layankan lagi 6 keping gambar Nora Danish dengan membaca entri ini sepenuhnya.

nora danish


nora danish
nora danish
nora danish
nora danish
nora danish
- See more at: http://untukartisje.blogspot.com/2014/03/cute-gambar-nora-danish-berpakaian.html#sthash.lr8nOyqy.dpuf

Siasatan tertumpu penglibatan sindiket pemalsuan pasport MH370


Kotak hitam misteri MH370



Apa juga yang berlaku membawa kepada kehilangan pesawat penerbangan Malaysia MH370 pada Sabtu, semua pihak pastinya ingin mengetahui apa yang sebenarnya berlaku. Walaupun pelbagai teori diberikan pelbagai pihak, termasuk oleh pakar-pakar penerbangan tempatan dan antarabangsa, namun, tiada yang mampu menjawab persoalan mengapa tiada panggilan kecemasan dikeluarkan pesawat boeing 777 itu, yang disifatkan paling selamat.

Wajah yang Menggunakan passport palsu


Ada kah ini kebetulan atau suratan ?Pitbull get it started


FOTO SELFIE DALAM BILIK AIR SELEPAS MANDI

Nicki Minaj yang sering tampil dengan make-up berlebihan dan wig warna-warni ini memuat-naik foto selfie yang memperlihatkan wajahnya tanpa make-up dan tubuh telanjang ketika mandi.

Nicki Minaj memuatnaik be beberapa foto di akaun Instagramnya yang memperlihatkan dirinya sedang mandi. Nicki terlihat polos tanpa make-up tebal seperti biasanya.

Foto-foto tersebut memperlihatkan Nicki dengan rambut hitamnya yang basahnya. Apakah anda suka dengan penampilan polos Nicki Minaj?

AS periksa kemungkinan lebih ramai rakyatnya atas MH370

AS periksa kemungkinan lebih ramai rakyatnya atas MH370KUALA LUMPUR: Kerajaan Amerika Syarikat sedang memeriksa kemungkinan terdapat lebih daripada tiga orang warga negara itu berada di atas pesawat MH370 yang hilang Sabtu lalu.

Pegawai maklumat Kedutaan Amerika Syarikat, Harvey Sernovitz berkata  ia mungkin timbul apabila ada kemungkinan seseorang mempunyai dua kewarganegaraan dan menggunakan pasport yang berbeza.

Sernovitz menjelaskan pihaknya sedang bekerjasama rapat dengan Penerbangan Malaysia untuk mendapatkan kepastian tersebut.

Ketiga-tiga rakyat Amerika Syarikat yang tersenarai dalam senerai penumpang ialah Philip Wood, 51, dan dua kanak-kanak : Nicole Meng , empat tahun, dan Yan Zhang, dua tahun.

Beliau juga berharap aset tentera Amerika Syarikat yang dikerahkan bagi usaha mencari dapat mempercepatkan penemuan MH370.

"Saya rasa dari perspektif teknologi , peralatan radar dan sonar yang dibekalkan mampu membantu usaha yang dilakukan oleh Malaysia (mengesan MH370) dan semua pihak memainkan peranan yang penting."

Susulan permintaan dari kerajaan Malaysia, Amerika telah menghantar dua kapal tentera laut, USS Pinckney (DDG 91 ) dan USNS John Ericsson.

Amerika Syarikat juga turut menghantar sebuah pesawat Orion P -3C yang mempunyai radar carian jarak jauh, sonar dan keupayaan komunikasi.


Domain MH370.com dilelong


Di internet selain spekulasi tersebar mengenai kehilangan pesawat MH370, wujud juga syarikat mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan ke atas insiden ini. Di e-bay, domain ataupun alamat sesawang MH370.com mula dilelong dengan lima ribu dolar Amerika.


Video Temubual bersama Pakar Penerbangan Neil Hansford



Ikuti rakaman temubul Eksekutif Editor Encik Razak Chik bersama Pakar Penerbangan Australia, Neil Hansford membincangkan mengenai langkah-langkah keselamatan di lapangan terbang dan prosedur kawalan imigresen yang perlu diperketatkan untuk memastikan tiada penyalahgunaan pasport oleh para penumpang .

raja bomoh Di KLIA mh370 Video


Solidariti untuk penumpang pesawat MH370

'Doa untuk MH370'. Itu antara kata-kata yang diungkap dan ditulis warga kota, bagi memohon keselamatan pesawat MH370 yang kini masih hilang.

China desak Malaysia pertingkat misi cari MH370

China mendesak Malaysia meningkatkan usaha pencarian pesawat MH370. Beijing juga menuntut Kuala Lumpur melancarkan siasatan dan pada masa sama memberi maklumat relevan dengan perkembangan operasi secara berkala.

Thailand arah siasat pemegang pasport palsu


Perdana menteri Thailand, Yingluck Shinawatra mengarahkan pihak berkuasa negara itu untuk menyiasat pemegang pasport palsu yang didakwa dicuri di negara itu. Yingluck berkata pentadbiran Bangkok meletakkan kerjasama siasatan dengan Interpol sebagai keutamaan.


Isu kehilangan MH370 dibangkitkan di parlimen



Isu kehilangan MH370 turut dibangkitkan di parlimen di mana perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini hadir di sesi soal jawab di Dewan Rakyat. Bersama wartawan harris hardy hakim untuk berita selanjutnya.


SAR Vietnam kesan serpihan Di Ba Ria Vung Tau


Pasukan mencari dan penyelamat (SAR) Vietnam mendakwa menemui beberapa serpihan besar di perairan di selatan daerah Ba Ria Vung Tau malam tadi. Menurut jawatankuasa SAR Ho Chi Minh penemuan itu dimaklumkan menara kawalan udara Hong Kong, selepas serpihan itu dikesan oleh sebuah pesawat komersil.


Yang di-Pertuan Agong zahir rasa simpati


Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah menzahirkan rasa simpati terhadap mangsa dan ahli keluarga yang terlibat dengan insiden kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370. Baginda berharap agar ahli keluarga dapat bertenang dan tabah menerima ketentuan tersebut.


Khabarnya Romie Akan Melamar Dan Dah Pun Jumpa Keluarga Hanez Suraya

Romie Akan Melamar Dan Dah Jumpa Keluarga Hanez Suraya | Ahli perniagaan ini juga mengakui dia sudah bertemu dengan keluarga Hanez serta melamar pelakon itu. Malah, Romie juga telah berterus-terang dengan keluarga Hanez tentang kemelut rumahtangganya.

Saya lapan tahun bahagia, namun perasaan itu hilang begitu sahaja tanpa sebab kukuh. Saya pun ingin bahagia juga. Mungkin niat saya (berkahwin dengan Hanez)datang terlalu awal. Namun begitu, saya tidak pernah mengeluarkan kenyataan tentang melamar Hanez. Sebaliknya, Hanez yang mengeluarkan kenyataan tersebut.

Bagaimanapun, memang benar saya sudah melamar dia iaitu sebelum dia mengeluarkan kenyataan kepada pihak media. Dia tahu kisah saya. Saya tunjukkan kejujuran dari awal. Saya terus berjumpa keluarganya. Saya terangkan semua. Keluarganya juga tidak pernah mendesak. Sebelum kenal Hanez, saya sudah cuba menjernihkan keadaan.

Selepas isteri saya keluar dari rumah, saya bagi tempoh tiga bulan untuk taat. Saya cuba menghubunginya namun jalan tersebut menemui jalan buntu. Selepas tempoh tiga bulan, saya teruskan dengan penceraian. Saya tiada pilihan dan saya cuba cari bahagia saya sendiri,” ulas Romie lagi yang menganggap masyarakat terlalu cepat menghukum Hanez.
Sidang media yang diadakan oleh Hanez Suraya pada Rabu menyaksikan kehadiran teman lelakinya, Mr. R atau Romie Razin Adilha, 34, yang juga merupakan suami kepada wanita bernama Nurliyana Abdul Manan.

Sama seperti Hanez, Romie juga bertindak membawa peguamnya, Rubiah Jaffar untuk menjelaskan kedudukan sebenar.

Jelas Romie, dia turut serta dalam sidang media itu kerana mahu mengulas secara umum dan mahu memohon maaf atas kesulitan yang timbul.

"Saya mahu mengulas secara umum. Saya mohon maaf atas apa yang timbul. Banyak isu yang ditimbulkan oleh isteri saya tidak benar. Saya bukan nak aibkan orang, biarlah dia mengaibkan saya. Saya faham, orang sedang marah, tak boleh berikan penjelasan yang betul.

Kadang sesuatu perkara yang betul, dikatan tidak, begitu juga sebaliknya. Lapan tahun hidup saya, bukan cara saya untuk mengaibkan dia, tapi saya hanya mahu memberikan penjelasan. Contohnya, isu Hanez menjadi punca rumah tangga saya bergolak.

Saya berkenalan dengan Hanez pada 20 Disember 2013, sewaktu menghadiri sebuah majlis di UiTM Shah Alam. Sedangkan isteri saya keluar dari rumah pada 15 Ogos 2013. Isteri mendakwa sudah lapan bulan rumah tangga kami bergolak disebabkan Hanez, sedangkan kami kenal bulan Disember 2013.

Mengenai gambar di Bangkok, itu pada bulan Januari yang lalu. Tuduhan yang mengatakan kami pergi berdua juga tidak benar. Kami ke sana bertujuh, adik Hanez juga turut serta,” ulas Romie menjawab tuduhan-tuduhan yang dilemparkan oleh isterinya.

Kalau Dah Sangap..



Kesian. Baru putus cinta kot? Ataupun mabuk ketum. Tak boleh peluk perempuan, peluk patung pun jadi la. Haha..

Jangan marah bhai..
OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”