Wednesday, 13 March 2013
Kamera Google Rakam Orang Sedang Projek Pinggir Jalan
Orang sedang projek pinggir jalan tidak sengaja dirakam oleh kamera Google. Sebuah aksi mesum pasangan dewasa di Temperance Street, Manchester, London, baru-baru ini. Dilansir metro, namun kerana Google menghormati privasi setiap orang, wajah pelaku pun langsung dikaburkan secara automatik. Dalam rakaman tersebut terlihat seorang wanita yang menggunakan pakaian dalam dan seluar legging bermotif leopard sedang mesum dengan seorang lelaki di samping jalan umum.
Akibat tertangkapnya adegan mesum tersebut, kontroversi pun melandai media online seluruh dunia, kerana rekaman tersebut boleh dilihat oleh orang diseluruh dunia. Namun pihak Google sendiri telah menyampaikan permintaan maafnya. “Kami mohon maaf atas kejadian seperti ini.
Jika ada gambar tidak pantas yang tertangkap kamera Google Street maka secara automatik wajahnya dikaburkan, kerana bagi kami privasi itu yang terpenting,” ujar salah seorang juru bicara Google. "Selain itu juga ada pilihan bendera di Google engine bagi gambar yang diangap tidak pantas agar dapat kami hapus secepatnya,” tambahnya.
Gadis Tawar ‘Body’ Melalui SMS Dan MMS
IPOH : Rupa paras persis artis Barat, bulu mata lentik dan bertubuh langsing menjadi modal kepada sindiket pelacuran untuk menawarkan wanita Timur Tengah kepada pelanggan di negara ini menggunakan SMS dan MMS.
Kumpulan wanita Timur Tengah dari pelbagai negara ini, termasuk Syria, Iran, Yaman dan Maghribi bergerak dari bandar ke bandar bergantung kepada tempahan pelanggan.
Rata-rata wanita yang diletakkan pada gred 1 itu yang masuk ke Malaysia menggunakan pas lawatan sosial menawarkan khidmat seks kepada lelaki tempatan yang sanggup membayar harga tinggi sehingga RM1,000 bagi sekali perkhidmatan.
Perkara ini didedahkan beberapa lelaki tempatan yang pernah mendapatkan khidmat mereka yang disifatkan unik walaupun perlu mengeluarkan modal besar.
Seorang eksekutif bank yang mahu dikenali sebagai Danny, 30, mendakwa menerima kiriman MMS dipercayai dihantar ke telefon bimbitnya oleh sindiket pelacuran tempatan yang menguruskan pelacur Timur Tengah
Rohypnol TAKTIK BARU PEROGOL
Dad…ah tersebut kini digunakan oleh perogol-perogol dan kemudian “mencuci” mereka. Progesterex dibekalkan kepada para Doktor haiwan untuk “mencuci” haiwan besar.
Khabarnya Progesterex digunakan bersama Rohypnol, sebagai dadah “Dating” dan rogol.
Apa yang mereka perlu lakukan ialah menitiskan Rohypnol ke dalam minuman si gadis, mangsa tersebut tidak akan ingat apa-apa pun esok paginya, apa yang berlaku kepadanya sepanjang malam tersebut.
Progesterex amat senang larut dalam minuman, akan “mencuci” agar simangsa tidak akan mengandung akibat dari perkosaan tersebut dan siperogol tidak bimbang untuk perlu menjalani ujian air mani dan DNA kemudian.
Kesan dadah ini adalah K*E*K*A*L terhadap si mangsa.
Prodesterex asalnya adalah untuk memandulkan kuda.
Mana-mana wanita yang mengambilnya TIDAK AKAN MENGANDUNG SAMPAI BILA-BILA.
Si durjana boleh memperolehi dadah ini boleh mendapatkan dadah ini dari pusat haiwan atau mana-mana universiti, dan ia diramalkan akan digunakan dengan berleluasa di kampus-kampus.
Tolong edarkan maklumat ini kepada semua yang anda kenali, terutama teman wanita dan gadis remaja.
Berwaspada apabila anda keluar, jangan biarkan minuman anda terbiar tanpa dijaga oleh orang yang anda percayai.
BUDAK LAPAN TAHUN KAHWIN DENGAN SEORANG NENEK
Tshwane (Afrika Selatan) : Seorang murid sekolah berusia lapan tahun melangsungkan perkahwinan dengan wanita yang mungkin seusia dengan neneknya.
Sanele Masilela melangsungkan perkahwinan itu di depan 100 tetamu dengan ibu anak lima, Helen Shabangu, walaupun wanita berkenaan masih mempunyai suami.
Pasangan itu bertukar cincin dan bercium di majlis yang diadakan di Tshwane, Afrika Selatan.
Sanele mendakwa dia berkahwin kerana diarah oleh nenek moyangnya.
Keluarganya yang membelanjakan kira-kira RM7,500 untuk majlis itu berkata, ia hanya bersifat ritual dan tidak sah dari segi undang-undang.
“Saya memberitahu ibu, saya ingin berkahwin kerana itu yang saya mahukan. Saya gembira dapat berkahwin dengan Helen. Apabila dewasa kelak, saya akan kahwin dengan wanita seusia saya,” kata Sanele.
Patience, Ibu Sanele yang berusia 46 tahun berkata: “Datuk Sanele mengarahkannya berkahwin sebelum dia mati. Dia memilih Helen kerana sayangkan wanita itu. “Dengan berbuat demikian, nenek moyangnya pasti gembira. Jika kami menghalangnya, sesuatu yang buruk akan berlaku ke atas keluarga kami.” Helen ketika mengulas perkahwinannya itu berkata: “Itu yang dimahukan nenek moyangnya.”
SUPER MODEL BRAZILUMUR 12 TAHUN
Muda, cantik, memikat dan menarik. itulah gambaran supermodel berasal dari Brazil
yang baru berusia 12 tahun ini. Di usianya yang muda, dia sudah mendapat gelaran supermodel sudah disandangnya disana. Mahu lihat koleksi gambar si gadis cantik ini, berikut gambar-gambarnya
Lurah 'dada' jadi modal tarikan restoran
Takako Hayakawa, mula dikenali dengan "Ramen Bar/Snack Izakaya" adalah sebuah restoran yang sangat sesuai untuk anda menikmati semangkuk 'ramen' dan minuman sambil menikmati 'aset' pemiliknya.
Bar tersebut terletak di Tokyo, Meguro-ku, Meguro Honmachi 4-3-14.
Ianya dibuka pada pukul 7 malam hingga 7 pagi (atau hingga pemiliknya letih kot..) setiap hari.
Kenapa Batu Nisan Leper Untuk Perempuan Dah Bulat Untuk Lelaki?
Batu nisan adalah penanda kubur yang biasanya dibuat daripada batu. Biasanya, batu tersebut ditulis dengan nama orang yang dikebumikan, tarikh lahir dan tarikh kematian.
Batu nisan mempunyai pelbagai bentuk dan rupa bergantuk kepada kebudayaan dan kefahaman. Tidak semua perkuburan diletakkan batu penanda kerana ketika dahulu, sesetengah masyarakat meletakkan rumah, bangunan, kayu penanda ataupun pokok. Perletakan batu penanda juga mengikut kemewahan atau status seseorang. Catatan pada batu nisan berguna bagi ahli sejarah dan ahli salasilah. Kini, terdapat batu nisan yang memaparkan berbagai gaya dan rupa.
Di perkuburan Islam, bentuk batu nisan kadang-kala menggambarkan sama ada arwah (si mati) dahulunya merupakan lelaki atau perempuan. Secara tradisi kaum Melayu, untuk orang lelaki, batu nisannya berbentuk bulat, manakala bagi wanita, batu nisannya berbentuk bersegi-segi atau leper.
Walau bagaimanapun, tidak semua batu nisan mengikut aturan ini. Namun perkara ini amat penting untuk kita dijadikan pengetahuan bersama. Antara lain memudahkan kita untuk mengenali pemilik kubur tersebut. Milik seorang lelaki atau perempuan. Jangan sampai kita tidak mengetahui tradisi ini.
'bunga' tutupi daerah dada Nasha Aziz
Yup kami tahu ini gambar lama. Saja nak refresh kembali kisah bekas model dan pelakon jelita Nasha Aziz ini.
Gambar beliau untuk berita dibawah anda boleh klik pada tajuk dibawah ya..
Baca juga: Nasha Aziz dipeluk lazat seoran lelaki
Walaupun sudah beberapa bulan berlalu namun kisah mengenai gambar intim model bertaraf antarabangsa, Nasha Aziz, 42, bersama seorang jejaka sewaktu di sebuah konsert sempena sambutan malam tahun baru yang lalu, masih hangat diperkata ramai. Bertebaran gosip mendakwa jejaka itu adalah Nur Iman Tang (Iman Tang), lelaki yang pernah dikaitkan dengan selebriti jelita ini, satu ketika dulu.
Bertemu dengan Nasha pada majlis pertunjukkan fesyen sempena pelancaran perisa terbaru ais-krim Magnum, Malaysian Digest.com berkesempatan bertanyakan kepada empunya badan mengenai sejauh mana kebenaran dakwaan cintanya bersama lelaki itu kini kembali bertaut.
“Oh, tentang gambar itu, sudah lama. Kebetulan dia ada terlibat dengan konsert itu. Saya pula suka tengok konsert, jadi kami pergi bersama.
“Antara kami tidak pernah ada ikatan apa-apa, jadi tidak timbul soal saya kembali semula pada dia dan sebagainya. Perhubungan kami adalah sebagai teman rapat. Kawan adalah kawan. Saya mempunyai ramai kawan dan dia salah seorang teman rapat saya”, katanya Nasha Aziz.
Manakala mengulas pula tentang aksi mereka sewaktu di konsert tersebut yang dilihat cukup mesra bagaikan pasangan kekasih, kata pelakon yang pernah membintangi filem Laila Isabella ini,
“Tentang itu? Saya memang suka orang mengambil berat dan menyayangi saya. Saya enjoy dengan orang di sekeliling saya”, ujarnya.
Nasha juga mengakui dia kini masih solo dan seorang yang cukup memilih baik soal percintaan mahupun hal-hal yang berkaitan dengan kariernya.
“Saya masih solo. Memang saya seorang yang memilih. Itu memang prinsip saya seajk dari dulu. Kalau nak kata ‘mr. right now’, memang banyak… tapi kalau ‘mr. right forever’, setakat ini saya belum jumpa lagi”, katanya dengan nada bergurau.
Scha Mahu Lebih Menonjol Sebagai Pengacara
PETALING JAYA – Pelakon Scha Al Yahya berazam untuk lebih menonjol sebagai seorang pengacara dan tidak akan menolak jika ada mana-mana syarikat produksi yang ingin memberinya peluang itu.
Scha atau nama sebenarnya Sharifah Norazean Syed Mahadzir, 30, berkata, dia tidak pernah berasa kekok bergelar pengacara kerana sifatnya yang memang gemar bercakap.
“Saya memang suka bercakap di depan kamera dan tidak keberatan untuk menerima sebarang tawaran sebagai pengacara sekiranya berpeluang kerana begitu menyukai bidang itu.
“Malah apabila TV3 menawarkan saya untuk menerajui program Muzik-Muzik saya tidak fikir panjang kerana saya memang menantikan peluang untuk bergelar pengacara,” jelasnya kepada mStar Online.
Scha sebelum ini pernah mengacarakan program Sehati Berdansa bergandingan dengan pelakon Fahrin Ahmad.
Dalam pada itu, Scha berkata, selain lakonan dan bidang berkenaan, dia dan suami, Awal Ashaari juga sibuk menguruskan perniagaan mereka iaitu Schapoholic yang menjual pakaian dan aksesori wanita.
Menurut Scha, perniagaan itu semakin berkembang dan mereka telah pun membuka cawangan kedua di Wangsa Walk Mall di Wangsa Maju dekat sini selepas mendapat permintaan ramai.
“Syukur perniagaan semakin berkembang dan cawangan terbaharu ini kami dapat tapak yang lebih besar berbanding kedai pertama yang hanya kios sahaja dan sambutan sangat menggalakkan,” katanya.
Kios pertama Schapobolic milik pelakon itu terletak di pusat membeli belah, The Curve, Kota Damansara di sini.
Dalam perkembangan lain, Scha memberitahu dia bakal muncul dengan drama berjudul Hero Malaya dan sebuah telefilem, Lady Gagap untuk slot Cerekarama di TV3.
Tuduhan Media Filipina Terlalu Berat
LAPORAN media Filipina terutamanya Inquirer.net yang mendakwa pasukan keselamatan Malaysia terutamanya polis bertindak kejam terhadap rakyat Filipina di Sabah adalah satu tuduhan yang amat berat dan menjejaskan imej negara.
Dalam laporan itu, beberapa individu ditemubual wartawan Inquirer.net mendakwa pasukan polis ketika melakukan operasi mengesan militan Sulu di kawasan perkampungan di Sandakan bertindak ganas dengan mengarahkan lelaki Filipina berlari sebelum menembak mati mereka.
Malah laporan bertarikh 10 Mac dengan tajuk We’re treated like animals (Kami dilayan seperti binatang) itu jelas berniat jahat kerana hanya mengambil testimoni dari beberapa individu, tanpa kenyataan rasmi pejabat kedutaan Malaysia di Manila.
Laporan itu menyebut seorang wanita, Amira Taradji, 32, Jumaat lalu, melalui detik-detik hitam dalam hidupnya kerana mendakwa adiknya, Jumadil ditembak mati oleh polis.
Inquirer.net turut memuatkan Amira menyebut sebahagian lelaki yang ditahan, walaupun sudah menunjukkan dokumen imigresen, tetap ditembak mati.
Lebih teruk lagi, wanita ini turut mendakwa warga Filipina di pusat tahanan tidak diberikan makanan dan ada antara mereka mati kebuluran.
Memberi respons kepada laporan media Filipina ini, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, laporan itu tidak benar, dan menegaskan ia boleh mengeruhkan hubungan kedua-dua negara.
Katanya, tiada laporan daripada mana-mana pihak di Sabah mengadu pasukan keselamatan bertindak kejam kepada pendatang Filipina.
Selain itu, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib turut menafikan laporan media Filipina itu.
Beliau juga menafikan dakwaan warga Filipina dibunuh di Sandakan, selain dari kumpulan yang terbunuh dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan Malaysia di Lahad Datu dan Semporna.
Ekoran laporan media Filipina ini, bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor menyarankan kerajaan Malaysia mengambil tindakan undang-undang kerana tuduhan itu jelas satu fitnah dan tidak berasas.
Suami Melihat Isteri Berzina Di Depan Mata
Kasihan! Suami Melihat Isteri Berzina Di Depan Mata | Tiada tempat lain selain neraka bagi si isteri jika derhaka kepada suami. Seorang isteri bertindak melakukan perkara terkutuk iaitu berzina dengan seorang lelaki bukan mahram. Tindakan itu bukan sekali tetapi dipercayai sudah ‘kantoi’ sebelum ini dengan suaminya. Luluh hati seorang kontraktor apabila mendengar suara isteri tersayang bergelak ketawa dengan lelaki lain di dalam bilik tidur mereka di kediamannya di sebuah pangsapuri di Ayer Keroh, di sini, lewat malam Ahad lalu.
Akibat tidak sanggup melihat kecurangan isteri, lelaki berusia 36 tahun itu menggagahkan diri ke pejabat Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) dan mengetuk pintu jabatan penguat kuasa bagi memaklumkan hal berke-naan, awal pagi kelmarin.
Dakwa suami malang itu, dia terpaksa meminta penguat kuasa Jaim mencekup kedua-dua mereka yang berusia 24 tahun apabila dipermainkan isterinya buat kali kedua selepas pernah ditangkap berkhalwat dengan lelaki lain tidak sampai setahun lalu.
Lelaki terbabit yang dikenali sebagai Salman berkata, dia yang sedang bekerja pulang ke rumah untuk mengambil pengecas telefon bimbit yang tertinggal.
“Isteri yang bekerja sebagai jurujual di sebuah pusat beli-belah di sekitar negeri inibiasanya bekerja pada hujung minggu, bermula jam 9 pagi hingga 11 malam.
“Tetapi sebaik sahaja tiba di luar rumah, saya dengar suara seorang perempuan dengan seorang lelaki ketawa bersama. Lebih tiga kali saya memastikan suara itu sebelum terpaksa menerima hakikat bahawa ia milik isteri saya,” katanya.
Menurutnya, dia dengan berat hati kemudian membuat laporan kepada Jaim kira-kira jam 3 pagi untuk tindakan lanjut.
“Dia pernah dicekup bersama lelaki lain tetapi saya beri peluang kedua untuk dia dan saya perbaiki kelemahan masing-masing tetapi kali ini saya tidak mampu bersabar lagi,” katanya yang tidak mempunyai anak hasil perkahwinan selama empat tahun.
Salman berkata, ia adalah perkahwinan keduanya selepas isteri pertama meninggal dunia akibat barah dan empat anaknya kini tinggal bersama ibunya di Bukit Piatu, di sini.
“Saya tidak menyalahkan sesiapa dan reda dengan apa yang berlaku,” katanya.
Sementara itu, Ketua Penguat kuasa Jaim, Rahimin Bani berkata, serbuan lima anggotanya kira-kira jam 4.15 pagi mendapati terdapat dua wanita dan seorang lelaki di dalam rumah tersebut.
“Selepas anggota kami mengetuk pintu rumah beberapa kali, seorang wanita berusia 31 tahun membuka pintu.
“Dia kemudian mengetuk dan membuka pintu bilik kedua rumah tersebut. Kami dapati ada seorang lelaki dan wanita di dalamnya,” katanya.
Menurutnya, selepas disoal siasat, ketiga-tiga mereka ditahan dan dibawa ke pejabat penguat kuasa Jaim untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 53 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 iaitu berkurung mendatangkan syak ataupun bersekediaman.
Melayukini.net - Kita sendiri tidak mengetahui apakah puncanya si isteri sanggup memperlakukan sedemikian di belakang suaminya. Malah perbuatan terkutuk ini bukan hanya dilakukan sekali, malah lebih dua kali. Si isteri perlu meminta maaf dan bertaubat dengan apa yang dia lakukannya.
Masa mencemburui saya - Nora
Hampir lima tahun hidup solo, masanya lebih banyak ditumpukan kepada karier dalam dunia seni serta anak tunggal kesayangan, Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram.
Malah jika melihat jadual kerja Nora Danish, aktiviti seninya sentiasa penuh. Berlakon dari satu lokasi ke satu lokasi umpama tidak terkejar dengan masa.
Namun sebagai wanita biasa, Nora juga memerlukan cinta dan kasih sayang seorang lelaki dan dia mengakui sedang mencari pengganti terhadap cintanya yang pernah hilang selama ini.
Walaupun mencari cinta sejati itu amat sukar namun bagi pelakon yang cukup popular melalui filem Aku Terima Nikahnya ini, perkara tersebut bukannya satu halangan yang besar baginya.
“Kisah saya selama ini biarlah menjadi sejarah yang berguna kepada kehidupan saya sendiri dan juga cara untuk mengajar saya supaya lebih berhati-hati dalam mencari pasangan hidup yang sebaik-baiknya.
“Istilah gagal dan serik untuk kembali bercinta tidak pernah terukir dalam perjalanan hidup saya. Saya akui ketika ini memang saya sedang mencari cinta sebenar," jelas Nora.
Bagi Nora atau nama sebenarnya Nora Mohd. Danish Hanif yang baru sahaja menyambut ulang tahun hari lahirnya yang ke-31 Khamis lalu, kekangan masa adalah penghalang utamanya untuk terus menjalinkan cinta ketika ini.
“Buat masa ini memang saya akui masa cukup mencemburui saya untuk menjalinkan apa-apa hubungan. Saya juga tidak menyasarkan bila masa untuk tamatkan status saya sekarang.
“Yang penting saya dan Rayqal bahagia. Tumpuan saya lebih kepadanya selain kerjaya," kata Nora yang bakal muncul bersama Shaheizy Sam dalam filem terbaru berjudul 2 Kalimah yang akan ditayangkan pada 4 April nanti.
Ketika diajukan soalan mengenai teman istimewa, raut wajahnya dilihat merah padam seakan-akan menyembunyikan sesuatu namun jawapannya tetap sama, ‘semuanya kawan biasa’.
“Ya... semuanya masih kawan biasa, tiada yang betul-betul istimewa dalam hati saya ketika ini. Saya berharap agar yang betul-betul istimewa akan tiba nanti, insya-Allah," katanya optimis.
Tambah Nora, sekiranya jodoh telah ditetapkan untuknya dalam kalangan artis, dia tidak akan menolak. Dan saat ditanya siapakah artis yang mempunyai ciri-ciri jejaka idaman, jawapannya:
“Anuar Zain! Sebab dia cukup gentleman, semua wanita pasti menyukainya. Peluang berlakon dalam video klip bersamanya baru-baru ini cukup mengujakan saya.
“Saya harap lepas ini ada lagi peluang bergandingan dengan saya, nak berduet memang tidaklah sebab suara saya tak sedap," ujarnya sambil ketawa.
Dalam pada itu, Nora menganggap dakwaan yang mengatakan dia kini sedang menjalin hubungan cinta dengan aktor Shaheizy Sam sebagai sesuatu yang kelakar.
Menurut Nora, gosip yang disiarkan di salah sebuah akhbar mingguan baru-baru tidak benar sama sekali kerana hubungannya dengan aktor kacak itu adalah atas dasar profesional semata-mata.
“Saya tidak marah apabila gosip itu keluar kerana saya tahu itu hanyalah andaian penulis tersebut sahaja. Hubungan saya dengan Sam juga profesional dan kami hanya sekadar kawan biasa," ujarnya.
Ada laporan yang mendakwa cinta di antara Sam dan Nora mula berputik ketika mereka bergandingan dalam filem 2 Kalimah arahan Eyra Rahman.
Nora berkata, dia tidak mahu dilabelkan sebagai artis yang gemar menjalinkan cinta lokasi setiap kali terlibat dalam sesuatu penggambaran.
Memberitahu gosip itu bukan kali pertama yang mengaitkan dirinya dengan pelakon lelaki yang digandingkan bersama-samanya dalam filem. Sebelum ini dia pernah dituduh menjalinkan hubungan cinta dengan Adi Putra yang menjadi hero dalam filem Aku Terima Nikahnya.
“Jika asyik dikaitkan dengan pelakon lelaki yang berlakon dengan saya nanti dituduh pula sebagai artis yang gemar bermain cinta di lokasi sedangkan perkara itu tidak berlaku.
“Tambah pula dengan status saya sekarang, memang perkara ini kurang elok jika terus-menerus diperbesarkan.
“Mungkin perkara itu belum menjejaskan reputasi tetapi pada masa akan datang akan memberi kesan walaupun semua cerita itu tidak benar," ujarnya yang kini turut bergelar pengacara Republik Cinta yang sedang disiarkan di Astro Ria bersama ikon Indonesia, Ahmad Dhani.
Nora Danish
Seronok berkolaborasi dengan Ahmad Dhani Nora juga sempat berkunjung ke rumahnya.
“Dia seorang yang unik kerana suka sangat kumpul barang antik. Hampir kesemua barang dalam rumahnya adalah barang antik yang berusia beratus tahun," katanya
HENJUT 2 JAM NON STOP
Berhubungan seks selama satu jam rasanya sudah terlalu lama, tapi itu tidak berlaku bagi Melinda. Penyanyi cantik ini mengaku pernah berhubungan seks dua jam nonstop
.Melinda mengaku agresif di ranjang. Tak hairan bila pasangan yang dicarinya harus piawai menyalurkan teknik bercinta. Dan sekali bertemu si lelaki idaman, ternyata pelantun “Cinta Satu Malam” ini kewalahan.
"Lelaki ini yang menjadi inspirasi untuk lagu 'Cinta Satu Malam'. Lelaki sebelum saya bertemu bekas suami. Dia jago banget!," kata Melinda saat berbincang di pejabat redaksi okezone, Jalan Kebon Sirih, Jakarta.
Kerana agresif dan kehebatan bercinta sang “partner”, Melinda merasa perlu mengangkat dua ibu jari tangannya sebagai pujian.
"Saking jagonya, kami bercinta 2 jam nonstop. Boleh bayang kan serunya?," selorohnya menutup percakapan.
Gambar Romantik Lisa Dan Yusry Sambut Ulang Tahun Perkahwinan
Pada Februari lalu genaplah setahun usia perkahwinan di antara pelakon, Lisa Surihani dan suaminya, Yusry Abdul Halim.
Dikhabarkan Yusry telah pun membuat kejutan dengan menyanyikan lagu yang dicipta khas buat Lisa dengan judul Selamat Hari Kita.
Mereka juga dikatakan telah sempat pergi makan malam dan mengambil cuti secara singkat.
Lihat gambar comel mereka di bawah ini.
Semoga mereka terus kekal hingga anak cucu dan mempunyai bayi yang comel-comel.
Yuna Sudah Lama Tahu Qi Curang Dibelakangnya
Susulan laporan pengacara dan pelakon, Qi Razali yang mengakui dalam proses mengenali Nelydia Senrose dengan lebih dekat, pelakon drama bersiri ‘Setia Hujung Nyawa’ ini turut tidak menafikan hal tersebut.
“Saya selesa berkawan dengan Qi. Kami sudah lama kenal dan rapat ketika penggambaran drama, tahun lalu.
“Qi suka bercakap mengenai masa depannya, sikap itu membuatkan saya lebih senang untuk berbincang bersamanya. Namun, hubungan kami jangan disalah tafsir kerana kami hanya berkawan.
“Tetapi jika ditakdirkan jodoh saya dengannya, saya tidak boleh menolak perkara itu,” ujar Nelydia yang dipetik daripada Sinar Harian Online.
Dalam perkembangan berkaitan, Yuna menerusi status di akaun Twitternya yang bertarikh 4 Februari lepas seakan-akan mengiyakan hubungan bekas kekasihnya itu.
Nora Danish Dan Anuar Zain Hangat Bercinta?
Jika sebelum ini, kita pernah mendengar pengakuan daripada penyanyi terkenal, Anuar Zain yang mahukan wanita idamannya mempunyai ciri-ciri seperti Nora Danish.
Kali ini, si bunga pula membuka mulut mengatakan bahawa penyanyi romantis itu juga mempunyai ciri-ciri lelaki idaman yang dicarinya.
Ketika ditanya oleh Utusan siapakah artis lelaki yang bisa mencairkan hatinya, Nora memberitahu, “Anuar Zain! Sebab dia cukup gentleman, semua wanita pasti menyukainya. Peluang berlakon dalam video klip bersamanya baru-baru ini cukup mengujakan saya”.
Selain itu, ibu kepada Putera Rayqal ini turut terpalit kontroversi apabila dikhabarkan dia kini bercinta dengan pelakon Shaheizy Sam.
Nora lantas menafikan perkara itu dengan mengatakan hubungannya dengan anak pelakon Khaty Fauziah itu sebagai suatu yang profesional di antara mereka.
“Hubungan saya dengan Sam juga profesional dan kami hanya sekadar kawan biasa,” katanya.
Mereka dikatakan rapat sejak bergandingan bersama dalam membintangi filem arahan Eyra Rahman yang berjudul 2 Kalimah.
Gambar Ceria Maya Karin Bercuti Di Finland
Pelakon yang dikenali dengan sikapnya yang suka bercuti secara adventorous dan backpackers, Maya Karin kini terus melakukan aktiviti kegemarannya itu.
Kali ini dia kembali meneroka Kitilla, Finland bersama adik perempuannya, Irina Melati.
Pelakon kacukan Melayu-Jerman ini juga sempat memuat naik gambarnya bercuti di sana.
Sebelum berlepas ke Finland, Maya pernah bercuti di Imbak Canyon, Sabah bersama pelakon kacak yang sering kali dikaitkan dengannya, Remy Ishak.
Sementara masih solo ini eloklah menggembara sepuasnya sebelum terikat dengan apa-apa komitmen.
Jauh berjalan, luas pengalaman dan dapat berkongsi serba sedikit budaya negara yang dilawati itu nanti.
Kononnya Gambar Tidur Diambil Oleh Kekasih
Jika anda pengguna laman web yang digunakan untuk berkongsi gambar, pastinya anda juga pernah buat begini. Situasinya ialah anda ambil gambar dan terus upload tanpa cek betul-betul adakah gambar itu sesuai untuk diupload. Kalau ok, anda tidak akan mengalami masalah.
Tetapi jika anda upload gambar beserta caption seperti gambar-gambar di bawah ni, memang teruk la anda kena gelak dengan member haha Dengan yakinnya pulak pergi upload dan letak caption yang syok sendiri. Kantoi sebab cermin aje.
Subscribe to:
Posts (Atom)