Thursday, 7 March 2013

Husin, Mon Dan Jin Pakai Toncit (2013) PPVRip 370Mb Mkv




Beberapa tahun selepas kejadian "Hantu Kak Limah" Husin telah bangkrap akibat ditipu skim cepat kaya telah kembali semula ke Kampung Pisang. Di Kampung Pisang, Husin berjumpa semula dengan geng-geng yang lamanya dan juga Mon, wanita yang mula-mula mengisi taman hatinya semasa Kampung Pisang di landa Zombi dan penyebab kepadanya hendak berjaya walaupun tidak mempunyai SPM. Namun beberapa hari selepas itu Kampung Pisang telah dilanda sesuatu perkara yang aneh. Nampaknya sejarah misteri seratus tahun dulu berulang kembali. Kejadian kehilangan lelaki-lelaki teruna di Kampung Pisang kembali menghantui. Dalam kekecohan itu, Kak Limah yang sudah pulih sepenuhnya sibuk merancang rombongan ke Singapura dan menawarkan Husin menjadi pembantunya. Namun begitu, masalah menjadi semakin rumit apabila Husin sendiri telah didapati hilang dirumah oleh Usop dan kawan-kawannya. Kesan yang tinggal hanyalah bekas bungkusan Maggi dari Singapura.

Release Date: 07 Februari 2013 (MAS)
Genre: Comedy,Horror
Stars : Awie, Shy8 ( Usop Wilcha) , Ezlynn, Rashidi Ishak, Delimawati.
Quality: PPVRip









Empat Pemuda Malaysia Yang Lebih Hebat Dari ATM Dan PDRM

Nie Foto pemuda yang hebat hebat mengalahkan Polis & Tentera Malaysiasebenarnya bukan pemuda jer pemudi pun ada ..cuma malas aku nak letak muka bagang dorang tu.. Apa pendapat korang dengan pemuda2 gagah makan besi nie ???





Nameless Gangster full movie

Penggodam Komputer Ditangkap


Kuala Lumpur – Seorang penggodam komputer yang dikenali sebagai Sofea Hana yang telah diburu Pihak Polis kerana memfitnah Datuk Seri Najib meletak jawatan akhirnya ditangkap di sini, kata polis Bukit Aman petang tadi.“Apabila ditanya apa yang dilakukan dengan website tersebut, dia menjawab godaman itu sekadar suka suka ,” kata Timbalan Ketua Polis Bukit Aman, Datuk Azhar Othman Yaakub.Menurutnya, pihak Suruhanjaya telah mengambil tindakan drastik atas dakwaan memfitnah keterlaluan ke atas Datuk Seri Najib. Menurut sumber, Sofea Hana telah deactivate akaun facebook beliau 

http://www.facebook.com/sofea.hana.9selepas mengetahui identitinya sedang dicari pihak berkuasa.“Dia telah menggodam lebih dari 10 website kerajaan malaysia atas dasar politik. Terdahulu beliau telah mengupload video pendakwah bebas, Ustaz azhar idrus atas dasar politik,” tambah ketua polis tersebut.Wanita itu Ditahan di lokasi kediaman beliau petang tadi.

Bekas VAT 69 rela khidmat semula




NEGARA
Bekas VAT 69 rela khidmat semula andai diperlukan
7 Mac 2013

KUALA LUMPUR - “Saya rela menghunus kembali senjata andai khidmat diperlukan bagi mempertahankan kedaulata negara.

Demikian kata Halim Ishak, 47, bekas polis yang pernah menganggotai pasukan VAT 69 ketika ditemui di selepas majlis Warisan Darah Perwira di Pusat Darah Negara, semalam.

Katanya, kejadian pencerobohan di Sabah menaikkan semangatnya walaupun sedar sudah bersara daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Halim berkata, pengorbanan lapan wira negara sehingga ke titisan darah terakhir seharusnya menjadi motivasi untuk menaikkan lagi semangat pasukan keselamatan bagi menentang penceroboh.

“Mereka yang terkorban adalah perwira negara. Kami selaku senior dan bekas polis berasa bangga dengan pengorbanan mereka,” katanya.

Halim berkata, anggota keselamatan perlu sentiasa bersedia kerana kejadian yang berlaku itu hanya bersifat sementara dan musuh boleh melakukan serangan balas ala gerila pada bila-bila masa.

Dalam pada itu Halim berkata, kerajaan disarankan supaya menyalurkan bantuan berterusan kepada anak-anak wira negara yang terkorban.

“Itu lebih penting bagi menjamin masa depan waris perwira negara,” katanya.

Hanafiah Atan, 53, yang juga merupakan veteran VAT 69 berkata, beliau berdoa agar keselamatan sahabat-sahabatnya yang bertugas di Lahad Datu terjamin.

“Berjuanglah dengan ikhlas bagi menjaga kedaulatan negara,” katanya.

"USTAZ, MU TUNGGU AKU DATANG" LAKONAN Ustaz Azhar Idrus



PETALING JAYA: Kumpulan Shiro berasa teruja apabila diberi peluang berlakon di samping penceramah motivasi Ustaz Azhar Idrus dalam filem terbaharu arahan Pierre Andre berjudul Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang.

Shiro yang dianggotai oleh Shahrul dan Ajak berkata, selain penampilan Azhar dalam filem itu, mereka juga tertarik dengan skrip yang mengangkat tema keislaman bersama unsur komedi.

"Setakat ini kami masih belum mempunyai adegan bersama beliau namun cukup teruja untuk berlakon di sampingnya kerana filem ini sarat dengan pelbagai pengajaran dan berbentuk keislaman," jelasnya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Rabu.

Selain Shiro dan Ustaz Azhar Idrus, filem terbitan syarikat produksi Metrowealth International Group (MIG) itu turut menampilkan pelakon seperti Zalif Sidek dan Along (Raja Lawak).
Ustaz Azhar Idrus

Dalam pada itu, Shahrul berkata, filem pertama mereka itu adalah projek istimewa bersama MIG dan tidak berhasrat untuk menyertai syarikat produksi itu untuk menguruskan kerjaya lakonan mereka.

Jelas Shahrul, Shiro selesa dengan pengurusan Astro Entertainment yang menguruskan kerjaya seni mereka sejak menjuarai program Raja Lawak musim keenam.

Dalam perkembangan lain, Shahrul berkata, kumpulan Shiro juga akan tampil dengan sebuah single khas buat peminat dan yakin kehadiran mereka sebagai penyanyi dapat diterima ramai.

Kata Shahrul, Ajak akan bertindak sebagai vokalis utama dan dia akan lebih kepada rap dalam lagu itu nanti.

Dalam pada itu selain sedang berada di lokasi penggambaran filem Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang, Shiro juga akan mengendalikan sebuah program sendiri bertajuk Shiro - Bermulanya Sebuah Cerita selain bertindak sebagai pengacara sebuah program realiti, Tarung Muay Thai untuk saluran Bintang di Astro.
OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”