Wednesday, 27 March 2013

Diana Amir Bertudung

Tudiaaa...foto kali ini dari Instagram Diana Amir yang dikongsikan untuk peminat-peminatnya.


Elfira Loy Bersama M7





Indahnya seorang wanita



Seorang ibu membawa bayi di dalam rahimnya selama sembilan (9) bulan. Si ibu berasa sakit dan loya untuk beberapa bulan. Kemudian dia melihat kakinya membengkak dan mengalami regangan kulit.

Si Ibu berjuang untuk mendaki tangga, dia tercungap-cungap dengan cepat walaupun satu tugas yang mudah seperti meletakkan kasut di rak.

Beliau mengalami gangguan semasa tidur ketika bayi menendang dan bergerak di dalam rahimnya seawal jam 3 pagi, kemudian menghadapi saat jerih menahan kesakitan ketika dia ingin membawa anaknya ke dunia ini.

IBU..Dia menjadi jururawat, tukang masak, pembantu rumah, pemandu , guru, dan rakan yang terbaik. Beliau yang berjuang untuk anaknya, menangis demi anaknya, meletakkan dirinya untuk anak, berharap yang terbaik untuk anak dan kadangkala menjadi tidak tentu arah apabila kerisauan terhadap si anak. Tetapi, dia tidak pernah meminta sebarang balasan dari si anak kerana si ibu terlalu sayangkan si anak.

Jika anda adalah seorang ibu atau mempunyai Ibu penyayang yang melakukan semua ini untuk anda, anda sangat bertuah, tidak pernah susut sebuah nilai kasih sayang yang sangat bernilai!

Serius jaga mutu


Filem Kerat 14 yang ditayangkan Februari lalu adalah lakonan pertama Siti Saleha, 23, di layar lebar. Digandingkan dengan aktor popular, Aaron Aziz, filem terbitan White Merpati Entertainment itu berjaya mencatat kutipan RM1.1 juta.



Sementara beberapa filem lakonannya seperti KL Zombie, Pencinta, Bravo dan Pak Pong menanti tayangan dan dua lagi dalam pembikinan, Mamak Cupcakes dan Pukul Habis.

Melihat perkemba­ngan kerjaya Saleha selama enam tahun ini, ternyata dia kini dalam liga teratas apabila menjadi pilihan penerbit filem untuk membintangi karya dihasilkan. Jarang berlaku apabila bintang baru sepertinya membintangi tiga filem dalam setahun.

Menjadi pilihan penerbit filem, adakah pelakon yang mula mencipta nama menerusi drama bersiri Nora Elena ini akan mengehadkan diri untuk tidak membintangi drama demi menjaga ‘eksklusif’ pesona bintang layar lebar?


Saleha menegaskan, dia tidak akan meninggalkan drama dan juga iklan komersial kerana sedar dirinya lebih dulu dikenali dalam dua medium itu.


“Cuma dua tahun lalu saya sibuk menjayakan enam filem sehingga terpaksa menolak tawaran berlakon drama. Peminat bertanya mengapa saya tiba-tiba senyap. Maklumlah hendak menunggu tayangan filem mengambil masa.

“Disebabkan itu, mereka berasakan saya seperti mahu meninggalkan drama. Cuma sekarang, saya harus pandai mengimbang­kan pembabitan di televisyen mahupun layar lebar,” katanya.

Dalam merencana kerjaya lakonan, terutama membabitkan filem, Saleha juga menegaskan, tentu dia akan memilih setiap kali diberi tawaran untuk membinta­ngi filem.

“Berlakon filem tidak boleh main-main kerana ia selalunya menjadi bahan perbincangan. Penonton akan menganalisis pada sudut penceritaan, lakonan mahupun teknikal. Ia berbeza apabila muncul dalam drama,” katanya.

Kritikan diterima filem Kerat 14 sebelum ini sedikit sebanyak menimbulkan kebimbangan Saleha. Katanya, jika filem itu tidak mencatat kejayaan, dikhuatiri ia memberi kesan kepada filem lakonannya selepas ini.

Begitupun sebagai orang baru, Saleha akui kutipan diperoleh filem pertama lakonannya melegakan. Katanya, sepanjang ia ditayangkan, dia tidak dengar orang me­ngutuk cara lakonannya.

“Memang saya gementar, terutama selepas menerima maklum balas daripada teman media mahupun peng­kritik filem. Kebanyakan mereka memberi penekanan terhadap jalan cerita. Saya dan Aaron melaksanakan tugas dengan baik dan kutipannya juga melebihi RM1 juta.

“Saya akui lakonan dalam filem mampu memberi kesan besar kepada kerjaya seni memandangkan penonton akan menilai secara keseluruhan.

“Namun pada waktu sama, jika hasil kerja diberikan bagus, mereka akan memberi penghargaan walaupun jalan ceritanya tidak kuat.

“Saya tidak rasa filem ­Kerat 14 akan meninggalkan kesan negatif memandang­kan tidak banyak kritikan negatif diberikan media terhadap karya arahan Arjin Uppal itu sebaik ia ditayang­kan.

“Malah, saya yakin ia menjadi permulaan baik dan bakal memberi impak positif terhadap filem lakonan saya yang bakal ditayangkan selepas ini,” katanya.

KL Zombie diterbitkan Grand Brilliance (GB) akan menemui peminat terlebih dulu dan dijadual ditayangkan pada Aidilfitri ini. Kata Saleha, filem lakonannya yang bakal ditayangkan semuanya menarik memandangkan ia menampil­kan karakter berbeza.

“Saya mahu penonton menyaksikan semua­nya. Biar mereka menentukan sejauh mana baiknya persembahan diberi. Begitupun, pada saya Pencinta ada sedikit keistimewaan kerana penceritaannya berbeza. Apatah lagi ia turut menampilkan elemen muzikal, antara genre saya gemari.

“Sewaktu menjalani proses memasukkan suara, saya sudah me­nyaksikan Pencinta. Jalan ceritanya akan menang­kap emosi, apatah lagi ia menampilkan saya melakonkan watak Aishah berdepan situasi cinta berbelah bagi. Ia juga diselang seli dengan aksi dan komedi. Pada saya, filem arahan Khir Rahman ini cukup cantik,” katanya.


Ingin menulis, mengarah filem

Berpeluang berlakon bersama pelakon wanita serba boleh seperti Sofia Jane dan Sharifah Amani membuka pandangan Siti Saleha untuk pergi lebih jauh dalam bidang seni dan bukan sekadar bergelar pelakon.

Saleha berpeluang bekerja dengan Sofia menerusi drama terbaru Asmara Luna yang bakal ditayangkan dalam slot Lestary di TV3. Sofia memegang watak ibu Luna, watak utama yang dilakonkan Saleha.

Katanya, sepanjang bekerja dengan Sofia, mereka banyak berbincang mengenai hala tuju industri dan pembabitan sebagai pelakon hingga timbul rasa kekaguman terhadap kejayaan ­Sofia.

“Usaha­nya menjadi penulis dan pengarah serta terbabit dalam projek Ikal Mayang dengan filem pendek 1-800-Baby turut mengagumkan saya. Dia banyak berkongsi pengalamannya dalam mengejar cita-cita menjadi penulis skrip dan pengarah yang baik. Secara tidak langsung, dia memberikan inspirasi,” katanya.

Jelas Saleha, pendedahan sama turut diterima sewaktu bekerja dengan Sharifah Amani yang menghasilkan dua filem pendek, Sangkar dan Hawa. Dalam diam, gadis berdarah kacukan Melayu-Inggeris ini me­nyimpan impian mahu menulis skrip dan mengarah.

“Saya memang sukakan dunia lakonan tetapi kalau boleh, saya mahu mengembangkan kerjaya dengan jadi penulis dan pengarah filem. Begitupun, untuk mereali­sasikan impian itu saya perlu memastikan kerjaya saya sebagai pelakon stabil.

“Saya kini melanjutkan pelajaran dalam bidang komunikasi dan antara subjek perlu diambil adalah penerbitan. Pendedahan itu sudah ada tetapi kalau boleh, saya mahu menjadi lebih mahir sebelum benar-benar mampu menghasilkan filem.

“Untuk itu, saya merancang mengambil kursus jangka pendek menambah ilmu seperti lakonan teater, penulisan skrip dan pengarahan,” katanya.

Kata Saleha, dia tidak akan mengarah dalam waktu terdekat kerana mahu memberi masa kepada dirinya mengenali selok-belok dunia penerbitan filem secara keseluruhan.

“Ini sebahagian peranca­ngan, namun segala-galanya ditentukan Allah. Begitupun, sejak dulu saya memang suka menonton filem.

“Setiap kali menonton, saya sangat teliti. Contohnya, saya boleh kesan jika kamera goyang hanya menerusi babak yang terpapar di layar lebar atau berapa kamera digunakan untuk menghasilkan filem itu. Semuanya saya lihat.

“Saya tahu perkara yang saya rancang ini tidak mustahil untuk direalisasikan kerana ada juga rakan artis muda seperti Liyana Jasmay mula mengarah.
Begitupun, saya mensasarkan impian itu akan dapat dicapai dalam masa lima tahun lagi,” katanya.

Sebagai langkah permulaan, Saleha berasakan harus lebih serius dengan menulis setiap idea terlintas di kepala kerana sebelum ini pelbagai imagi­nasi bermain di kepala yang boleh dijadikan jalan cerita menarik untuk filem.

“Dalam berfikir dan berangan itu, macam-macam cerita ada, sayangnya saya biarkan ia hilang begitu saja. Mulai sekarang, saya harus belajar untuk menyimpan idea dengan mencatatkan­nya,” katanya.

Sam tawan hati Syatilla


Hanya sekelip mata keceriaan dipamerkan pelakon baru, Syatilla Melvin sebelum ia bertukar emosi saat dia dipujuk bercerita mengenai lelaki bernama Shaheizy Sam.

Katanya, reaksi spontan itu terjadi kerana hatinya sebak apabila desas-desus mengaitkan dirinya dengan aktor popular itu semakin mengganggu perasaan kebelakangan ini.

Siti Nur Syatilla Amirol Melvin bukan lelah dengan gosip yang makin rancak dicanang-kan itu, tetapi situasi sebenar cerita dirinya dan Sam rumit untuk dihuraikan kepada khalayak.

Justeru, pelakon berusia 22 tahun ini lebih senang me-ngunci mulut daripada bercerita panjang lebar. Baginya, cukuplah dia menyifatkan hubungan mereka sekadar teman rapat sejak dua tahun lalu.


“Bukan saya mahu mengelak atau berdolak-dalih me-ngenai dakwaan hubungan cinta dengan Sam tetapi hakikatnya, ia terlalu rumit untuk dikongsi pada waktu ini.


“Cukuplah saya katakan kami berkawan rapat sejak dua tahun kebelakangan ini. Selebihnya, biarlah masa yang menentukan,” tuturnya mengawal emosi.

Mendengarkan nada terkilan yang diluahkan gadis kelahiran Pulau Pinang ini, Syatilla ditanya adakah dia menyembunyikan sesuatu mengenai status sebenar hubungan mereka namun persepsi itu pantas ditepis.

Katanya, sebagai wanita dia tidak mahu terus heboh membuka cerita mengenai sesuatu yang tidak pasti kerana ia tidak manis dan mungkin membuka pandangan serong khalayak pula.

“Kalau boleh, saya memang tidak mahu lagi mengulas mengenai perkara ini (gosip cinta). Tidak manis pun untuk perempuan bercerita itu dan ini mengenai sesuatu yang belum pasti.

“Saya tidak mahu orang tersalah sangka atau berpandangan serong menganggap saya perempuan yang tidak baik apabila bercakap lebih-lebih mengenai kes ini,” katanya sambil berharap supaya gosip dengan Sam segera bernoktah.

Apabila ditanya keistimewaan Sam di matanya, Syatilla tidak mampu menolak kenyataan lelaki itu memiliki sikap yang menawan hati.

Katanya, aktor kesayangan ramai itu bukan saja manja dan kelakar sebagai sahabat, malah dia juga lelaki yang begitu mengambil berat dan memahami dirinya.

“Saya selesa dan senang berkawan dengan Sam. Dia seorang rakan yang baik dan memahami saya seadanya. Pendek kata, dia bukan saja penghibur hati saya ketika sedang bersedih atau tertekan malah begitu mengambil berat. Kami banyak berkongsi pendapat mengenai kerja,” katanya.

Bagaimanapun, tatkala diusik tidakkah keserasian dan saling mengenali itu memudahkan proses perkongsian hati, Syatilla berkata, dia enggan memikirkan soal berkenaan dan menyerahkannya pada takdir.

“Saya tak nak fikir lebih-lebih mengenai hala tuju hubungan ini. Kalau ditakdirkan ada jodoh dengan dia, saya terima. Sebenarnya, saya tidak tolak jodoh walau dengan sesiapa pun, cuma kebetulan sekarang orang kaitkan saya dengan Sam, sebab itu timbul spekulasi begini,” katanya.


Rindu aktiviti lasak

Sekali pandang, anak kedua daripada lima beradik ini mungkin tidak banyak berbeza daripada acuan semula jadi wanita yang ayu dan lemah lembut.

Ironinya, kata Syatilla, ramai yang mudah tersalah sangka dengan penampilan luarannya.

“Sebenarnya saya seorang gadis yang lasak cuma ramai yang tersalah anggap dengan penampilan luaran saya. Naluri kewanitaan masih kuat tetapi saya bukan tipikal wanita yang lemah lembut. Saya suka pada aktiviti lasak dan aktif,” katanya.

Tambah Syatilla, sifat aktif dan lasak dalam dirinya disemai secara semula jadi sejak kecil kerana ba-nyak menghabiskan masa mengikuti bapanya melakukan pelbagai aktiviti yang digemari lelaki.

“Saya suka berkonvoi dengan motosikal berkuasa tinggi sebab aktiviti itu sering saya lakukan bersama bapa ketika remaja dulu. Kalau hendak tahu, saya boleh menunggang motosikal besar tetapi sudah lama tidak berpeluang untuk sertai konvoi motosikal apabila usia meningkat.

“Saya semakin sibuk dengan kerjaya seni manakala bapa pula semakin meningkat usia dan sudah lama tidak terbabit dengan program begitu. Saya rindu kenangan itu,” katanya yang berhasrat untuk memiliki motosikal jenis Ducati kelak.


Jatuh cinta pada lakonan

Pada awal kemunculannya dalam bidang ini, dia langsung tidak bermimpi untuk bergiat serius sebagai pelakon. Ini kerana kecenderungan sebagai model yang menjadi permulaan kerjaya selepas tamat sekolah masih menebal dalam diri.

“Saya ceburi lakonan pun selepas terbabit dalam program Dewi Remaja 2010 dan pada awalnya saya kurang minat berlakon. Minat saya kuat pada bidang peragaan tetapi tidak sangka lama kelamaan selepas terbabit dalam pelbagai projek drama, makin jatuh hati dengan lakonan pula,” katanya.

Malah, Syatilla berkata, dia mahu mendalami dan menimba lebih banyak ilmu lakonan daripada pelbagai pihak termasuk kelas lakonan bagi mengasah potensinya.

“Sekarang minat pada lakonan semakin mendalam. Saya mahu jadi pelakon yang lebih baik pada masa depan. Insya-Allah, saya berhasrat untuk mengikuti kelas lakonan bersama Fauziah Nawi apabila berkesempatan nanti kerana saya kagum dengan lakonannya,” katanya yang baru selesai menjalani penggambaran telefilem berjudul Wasilah Cinta arahan Murali Abdullah.

Menyusul dalam jurnal seninya, kata Syatilla, dia akan terbabit dalam beberapa projek drama bersiri Kalau Bukan Aku dan Epilog Cinta Kirana untuk TV3, tidak lama lagi.

Sebelum menamatkan perbualan kami, Syatilla berkata, dia juga teruja untuk membintangi filem pertamanya, Romeo Kota di samping Aaron Aziz, Ahmad Nabil Ahmad dan Hanis Zalikha di bawah arahan Ahmad Idham bermula bulan depan.

‘Ini bukan masa untuk mati’


Putrajaya: “Lalat, semut penuh menghurung tangan saya yang hampir putus ditetak, tetapi saya katakan pada diri akan terus bertahan,” kata Inspektor Mohamad Hasnal Jamil, anggota polis yang cedera parah dalam serangan hendap pengganas Sulu di Kampung Sri Jaya, Simunul, Semporna, Sabah, 2 Mac lalu.

Hasnal, 31, berkata, sepanjang 21 jam berlindung di sebuah rumah papan, anggotanya menyuap air hujan bagi menghilangkan dahaga kerana tangannya tidak boleh bergerak akibat ditetak pengganas.

“Darah di muka dan tangan kanan hampir kering, manakala seluar serta baju mengeras akibat terlalu banyak darah mengalir. Bila cuba berdiri mahu pitam jadi terpaksa hanya berbaring.

“Anggota yang terselamat berada di sisi saya, mereka tunggu dan bertahan kerana tidak tergamak meninggalkan saya dan jenazah rakan yang terbunuh,” katanya ketika ditemui selepas pada majlis penyerahan sumbangan Tabung Perwira Lahad Datu kepada balu dan waris anggota keselamatan yang terkorban dan tercedera di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), di sini, semalam.


HASNAL berkongsi pengalaman diserang pengganas sambil menunjukkan tangannya yang tercedera.


Antara yang hadir ialah semua tujuh balu dan waris anggota keselamatan yang terkorban dalam operasi itu termasuk balu Sarjan Salam Togiran, Marlinah Utan dan dua anaknya Umie Amira Umairah Salam dan Umie Alia Aulia Salam.

‘Saya serba salah’ Nora Danish


Kuala Lumpur: “Memang betul saya yang melakonkan adegan itu tetapi saya cuma buat atas arahan pengarah,” kata pelakon popular, Rusdi Ramli mengenai satu adegan panas membabitkan dirinya dengan Nora Danish menerusi filem terbaru, Mencari Cinta.

Menurutnya, apa yang dilakonkan sekadar mengikut arahan pengarah ketika di lokasi penggambaran. Malah, dia mengakui tidak berdepan masalah melakonkan adegan sebagai suami kepada Nora.

Salah satu adegan membabitkan Rusdi dan Nora berpelukan di atas katil kini menjadi bualan di laman sosial terutama selepas ‘trailer’ filem terbabit disiarkan di Youtube baru-baru ini. Filem ini dijangka berada di pawagam pada 25 April 2013.

“Saya tidak tahu jika penonton memberi tanggapan adegan itu panas atau sebaliknya. Saya hanya melakonkan watak suami dalam filem ini yang berkahwin atas pilihan keluarga,” katanya ketika dihubungi, semalam.

ADEGAN panas Rusdi dan Nora yang menjadi bualan di laman sosial.


Rusdi, 43, berkata, penggambaran filem genre romantik arahan Shirin Khuzaimi dijalankan awal tahun lalu. Dalam filem terbabit, Rusdi melakonkan watak Razlan sebagai pemuda kampung manakala Nora berasal daripada keluarga di bandar.

Kes ugut bunuh Yassin selesai


Komposer merangkap penyanyi, Yassin Sulaiman menyatakan kes berhubung ugutan bunuh diterimanya menerusi laman YouTube terhadap lagu ciptaannya, Reformasi, sudah selesai.


Menurutnya, individu yang memberikan ugutan itu menerusi komen lagu berkenaan tampil memohon maaf secara terbuka dalam komen yang sama.


“Dia tampil memohon maaf dua hari selepas berita ugutan itu dilaporkan di akhbar. Walaupun pada peringkat awal saya bersama peguam berhasrat membuat laporan polis, tetapi kami tidak melakukannya,” katanya.

Yassin atau nama sebenar, Muhammad Yasin Sulaiman, 37, berkata, dia tidak mengenali identiti individu terbabit, tetapi bersimpati jika undang-undang diambil terhadapnya.


“Mungkin dia bawah umur dan jika diambil tindakan boleh menyusahkan kedua-dua ibu bapanya. Saya fikir dia berperasaan marah dan geram ketika itu mungkin kerana dipengaruhi maklumat tertentu yang diterimanya,” kata penyanyi yang popular menerusi lagu Mimpi Laila itu. Pada 5 Mac lalu, Yassin memberikan tempoh 48 jam kepada individu terbabit selepas memuat naik lagunya di laman YouTube pada 25 Februari lalu. Lagu itu menjadi kontroversi apabila memaparkan pemimpin dan penyokong parti pembangkang.

Bahaya Hukum orang ketiga

Majlis agama kuat kuasa undang-undang, individu punca rumah tangga runtuh boleh dipenjara 3 tahun.

Kuala Lumpur: Orang ketiga yang menyebabkan hubungan suami isteri berantakan kini berdepan tindakan undang-undang kerana perkembangan terkini menunjukkan mereka perosak institusi kekeluargaan Islam dan antara punca meningkatnya kes perceraian, terutama dalam kalangan pasangan muda.

Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah, Tan Sri Ibrahim Lembut berkata, tindakan ke atas orang ketiga itu bakal dikuatkuasakan dengan lebih tegas dan meluas di Wilayah Persekutuan mengikut Akta Kesalahan Jenayah Syariah 1997 (Akta 559).

“Seksyen 36 membenarkan orang disabit bersalah didenda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tiga tahu atau kedua-duanya atas kesalahan memujuk lari perempuan bersuami.

“Seksyen 37 pula merujuk kepada kesalahan menghalang pasangan sudah bernikah daripada hidup bersama sebagai suami isteri dan mereka yang disabit kesalahan itu boleh didenda RM2,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Bengkel Pengukuhan Institusi Kekeluargaan Islam anjuran Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur (MSKL), di sini, semalam.


IBRAHIM (kanan) berbincang dengan Kamalia selepas merasmikan Bengkel Pengukuhan Institusi Kekeluargaan Islam, semalam.


Turut hadir, Ketua Hakim Syarie MSKL, Mohd Amran Mat Zain dan Pengerusi Jawatankuasa Kerja BSK, Datuk Kamilia Ibrahim.

Cristiano Ronaldo melakukan sesuatu yang mengejutkan umat islam dan dunia


Di akhir perlawanan kelayakan Piala Dunia Grup F antara Portugal dan Israel, Cristiano Ronaldo menolak bertukar jersey dengan pemain Israel. Menurut laporan Shabestan, wartawan tv Aljazeera sempat bertanya kepada Ronaldo, 'Anda saat ini berada di tanah Israel atau Palestin?' Bintang dunia yang berasal dari Portugal ini menjawab, "Saya berada di bumi Palestin." Di akhir perlawanan, pemain Israel mendekati Ronaldo untuk bertukar jersey, namun dia tidak mengendahkan pemain Israel tersebut. Seperti diberitakan, Portugal bertanding melawan Israel baru-baru ini di perlawanan kelayakan Piala Dunia Grup F. Seperti diberitakan oleh Antara, Portugal bangkit dari tertinggal 1-3 untuk menyamakan kedudukan 3-3 di masa tambahan.

Fara Fauzana Tauke Rojak Box?


Siapa yang tidak mengenali Fara Fauzana? Selain gigih dengan kerjayanya sebagai penyampai radio untuk stesen radio Hot FM dan pengacara rancangan Nona, dia juga sentiasa berpandangan jauh apabila sering melibatkan diri dalam bidang perniagaan.


Selepas membuat perniagaan ‘homestay’ yang dikendalikannya sejak tahun lalu, kali ini Fara melangkah setapak lagi apabila bergelar tauke kepada perniagaan makanan yang berasaskan rojak.

Perniagaan yang dinamakan sebagai Rojak Box itu terletak di pusat tumpuan orang ramai di KL Sentral sejak awal Mac lalu.

Dengar kata ramai juga yang singgah membeli di kedainya itu.

Nampaknya bertambah lagi sumber rezeki Fara ya.

Baguslah sentiasa berfikir tentang masa hadapan, penulis suka dengan sikap selebriti sebegini yang sentiasa berpandangan jauh dengan cuba menerokai bidang rezeki yang lain.

Yalah, kita mana tahu nasib kita di masa akan datang kan?

Apapun semoga perniagaan Fara sukses sehingga boleh buka cawangan di tempat lain pula selepas ini.

Buah dada saya adalah 'Air bag'.


Buah dada saya adalah penyelamat saya. Ia sesuatu berfungsi seperti 'airbag'. Itulah yang berlaku kepada Sheyla Hersley seorang model dari Brazil yang mempunyai saiz buah dada 38KKK.



Saiz buah dadanya yang besar telah menyelamatkan nyawanya dari satu kemalangan. Ketika kemalangan tersebut dia tidak memakai tali pinggang keledar. Kereta yang dinaikinya telah melanggar sebatang pokok dan berpusing-pusing dan melanggar beberapa batang pokok lagi.



Dan menurutnya buah dada tiruannya yang bersaiz besar itu telah menyelamatkan nyawanya. Sheyla adalah seorang pemegang Rekod Dunia mempunyai buah dada tiruan yang paling besar !


Gaya seorang pemegang Rekod Dunia - Buah Dada Tiruan Terbesar di Dunia !

NEGARA TERKECIL DI DUNIA


Assalamualaikum..

Meh kita tambah info hari ni. Aku terjumpa 1 artikle mengenai saiz dan kepadatan penduduk dunia. Tiba-tiba aku dapat data ni..mengenai negara yang paling kecil di dunia.



So aku tak nak cerita bab negara lain. Aku nak cerita pasal negera yang paling kecil tu je..iaitu Vatikan.

Nama Negara:  
Stato Città del Vaticano, (The Vatican City State = Negara Kota Vatikan), dibentuk melalui Traktat Lateran (Lateran Treaty) yang ditandatangani pada tahun 1929 antara Wakil Ketua Pemerintah Takhta Suci, Kardinal Pietro Gaspari dan Perdana Menteri Kerajaan Italia, Benito Mussolini.

Negara Kota Vatikan diakui sebagai badan politik bagi  menjamin Takhta Suci sebagai institusi tertinggi dalam Gereja Katolik sedunia dan sebagai negara berdaulat.


Nama Pemerintahan:      
Santa Sede  atau the Holy See atau Takhta Suci.

Ketua Negara:      
Sri Paus, (the Holy Father). Sri Paus sekarang ini adalah Benedictus XVI, nama asalnya sebelum dilantik adalah Joseph Ratzinger, yang berasal dari Jerman. Sebelumnya negara ini diketuai oleh Kardinal iaitu pemimpin Kongregasi untuk Doktrin Keimanan.




Bendera:                
Vatikan memiliki bendera berbentuk segiempat panjang, mempunyai  dua warna, kuning dan putih. Di tengah bahagian yang berwarna putih terdapat lambang Vatikan.

Lambang Negara:  
Berbentuk Mahkota Kepausan berwarna keemasan bertingkat tiga dengan sebuah salib kecil di atasnya. Dua kunci Santo Petrus yang bersilang dihiasi oleh selendang Kepausan. Sebagai latar belakang dari lambang negara ini adalah sebuah perisai berwarna merah.


Lagu Kebangsaan:
Himne berjudul “O Roma felix” (O Rome immortal), dicipta  oleh Charles Gounod, liriknya ditulis  oleh Antonio Allegra,  pada tahun 1950.

Lokasi dan Saiz:    
Negara Kota Vatikan terletak di Bahagian Barat  wilayah kota Rom, berkeluasan 44 hektar, panjangnya 1045 meter dan lebarnya 850 meter (108,7 acres, 44 hektar) atau 0.44km persegi yang dilingkungi oleh tembok tinggi.

Daerah Kota Vatikan yang dapat dikunjungi umum adalah Basilika Santo Petrus. Tempat-tempat lain hanya boleh dikunjungi setelah mendapat  kebenaran bertulis.

Penduduk/WargaNegara:        
Sekitar 1000 orang dan menetap disana kerana pekerjaan. Penduduk Vatikan terdiri dari bebagai warganegara, dimana majoritinya adalah warganegara Itali. Mereka juga memperoleh Kewarganegaraan Vatikan secara "permanent residence" atau "PR" seperti yang termaktub Perjanjian Lateran.

Matawang:
Euro-Vatikan .

Bahasa:
Bahasa Italia. Untuk perayaan keagamaan ,Bahasa Latin turut digunakan. Bagi tujuan Urusan Diplomatik, hanya menggunakna Bahasa Inggeris dan Perancis.


Itu je infonya. Yang lain korang boleh gugel la ek..terima kasih kerana sudi baca.. Adeus!!!

Wanita Cantik Ini Paling Popular Di Arab Saudi


Wanita ini menjadi wanita yang paling popular dan terkenal di negaranya, Arab Saudi..Kenapa wanita cantik ini menjadi begitu popular mengatasi mana-mana wanita lain yang begitu ramai di negaranya itu..?





Wanita ini merupakan Puteri Saudi bernama Amira al-Taweel..Dia menjadi wanita paling popular dan berpengaruh di Twitter..Perkara itu boleh dilihat dari jumlah pengikutnya yang telah melebihi angka 662,170, seperti dilaporkan surat kabar Arab Saudi, Asharq al-Awsat..

Menurut petikan dari Al-Arabiya, Rabu (20/3), jumlah tersebut membuat Puteri Amira memiliki jumlah pengikut terbanyak di negaranya..!


Dalam laporan media, Asharq al-Awsat juga menyebut bahawa Puteri Amira kini berada di tangga ke 19 antara tokoh-tokoh Arab yang paling berpengaruh di Twitter..

Artikel Berkaitan: Pembaca Berita Wanita Pertama Bertudung Di Amerika

Bagi ranking perempuan / wanita yang paling popular di Twitter, tempat kedua diisi oleh artis @ pelakon popular Arab Saudi, Reem Abdullah..Dia memiliki pengikut sebanyak 404,078 orang sementara penyampai televisyen, Lujain Omran berada di tempat ketiga dengan jumlah pengikut sebanyak 195,264 di Twitter..Cantik !

SIAPA ADOLF HITLER?


 Assalamualaikum..

Entri ini akan membosankan bagi orang yang tidak suka membaca ..pada yang suka membaca..silakan terus membaca..

Sudah banyak catatan mengenainya. Ada yang memuji, tapi banyak juga yang mencemuh. Pada aku..yang mencemuh itu sebenarnya tidak tahu siapa itu Hitler.


Barat memomokkan Hitler sebagai penjenayah perang, zalim..itu..ini..semuanya yang jahat-jahat. Tak ada yang baik. Ini adalah kata-kata Hilter yang membuka mata dunia pada hari ini,....


"Ich konnte all die Juden in dieser Welt zu zerstören, aber ich lasse ein wenig drehte-on,so können Sie herausfinden, warum ich sie getötet"

"Saya boleh saja bunuh semua Yahudi di dunia ini, tapi saya tinggalkan sedikit yang hidup agar kamu tahu mengapa saya membunuh mereka.."

*****

Berikut adalah fakta mengenai Hilter

1. Hitler amat menjaga maruah sehinggakan tidak membenarkan sesiapapun melihat dia mandi.

2. Hitler tidak pernah menanggalkan uniform tenteranya walau apapun berlaku.

3. Hitler seorang pemidato yang terbaik di dunia dan tiada siapapun yang mampu menandinginya di zaman itu. Setiap syarahannya mampu memukau jutaan manusia.

4. Hitler seorang vegetarian, tidak minum arak dan tidak merokok.

5. Hitler seorang yang amat mengagumi Islam..dan beliau pernah berucap

 " You see, it's been our misfortune to have the wrong religion. Why didn't we have the religion of Japanese, who regard sacrifice for the Fatherland as the highest good? Then Mohammedan religion too would have been much more compatible to us than Christianity. Why did it have to be Christianity with its meekness and flabbiness..."

6. Beliau mempunyai hubungan yang akrab dengan Mufti dari Palestin, Sheikh Hj. Amin al-Husaini dan beliau telah menubuhkan divisen khas untuk umat Islam yang berkhidmat di Rantau Balkan, iaitu Batalion Hadzar.

7. Hitler mempunyai IQ yang tinggi dan sama setaraf  Albert Eistein iaitu 141.

8. Hitler mempunyai bakat melukis dan selalu melukis gambar pemandangan.

9. Kerana kagum dengan Islam, beliau telah mencetak risalah mengenai Islam dan di edarkan kepada semua tentera Nazi termasuk yang bukan Islam.

10.Beliau akan memberi peluang tenteranya yang beragama Islam untuk menunaikan solat tak kira di mana dan bila-bila masa pun malahkan beliau pernah menunggu mereka bersolat hingga selesai untuk menyampaikan ucapan.


Walaupun Hitler bukanlah beragama Islam tapi sedikit sebanyak beliau sebenarnya telah banyak membantu Islam memerangi Yahudi dari zaman dahulu lagi. Barat mendidik dunia dengan mengatakan tentera Nazi dibawah pimpinan Hitler adalah kejam, walhal Nazi lah yang banyak membunuh orang Yahudi yang hari ini telah menyusahkan dunia Islam dan membunuh saudara kita di Palestin..

Semoga info ini memberi manafaat..

Nurul Izzah Anwar Pula Tersebar


PETALING JAYA, 26 Mac — Selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim, pejuang siber Umno sekarang bercadang menyerang anak perempuannya Nurul Izzah Anwar dengan video seks untuk merosakkan imej bersihnya, dakwa Datuk Saifuddin Nasution Ismail hari ini.

Setiausaha Agung PKR itu mendakwa, beliau dan beberapa pemimpin lain dijemput oleh agen “Umno-BN” untuk melihat beberapa keping gambar video seks dikatakan melibatkan Nurul Izzah (gambar), ahli parlimen Lembah Pantai dan kedua yang melibatkan bapanya.

Saifuddin menambah agen tersebut juga memberi amaran mereka mempunyai beberapa video lagi yang sedang disiapkan melibatkan pemimpin PKR lain termasuk Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Menurut laporan media hari ini, Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali juga dikatakan terlibat dalam satu video lain.

“Ia adalah amaran, ugutan politik… sebagai ahli politik senior, kita tahu tujuan akhirnya untuk menyebabkan kerosakkan maksimum terhadap integriti pemimpin kita.

“Saya tidak tahu siapa mereka tetapi mereka kelihatan mempunyai banyak pengetahuan tentang produksi video,” kata beliau dalam satu sidang akhbar di Ibu Pejabat PKR hari ini.Saifuddin tidak menyatakan permintaan atau sebab mengapa agen tersebut membenarkan beliau untuk menonton video, disiarkan di dalam kereta tetapi mengulangi ia adalah ugutan biasa untuk memusnahkan karier politik mereka yang disiarkan menuju pilihan raya umum.



Beliau menegaskan video tersebut adalah palsu, mengatakan ia direka menggunakan manipulasi imej digital melibatkan gandingan adegan berasingan untuk memberi gambaran penggubal undang-undang yang diketengahkan telah melakukan salah laku seksual.

“Kami tidak rasa takut. Kami sudah biasa,” katanya, sambil menambah jika dikeluarkan, kesahihan video dan gambar boleh dicabar di mahkamah.

Tetapi Saifuddin menerangkan, PKR mahu memberi amaran kepada rakyat Malaysia terlebih dahulu mengenai video mungkin akan dikeluarkan untuk menggelirukan pengundi dalam apa yang beliau labelkan sebagai tindakan terdesak.

“PKR ingin mengingatkan rakyat Malaysia bahawa sudah menjadi lumrah perjuangan bahawa mereka yang berada di barisan kebenaran akan diuji dengan sengit.

“Ia hanya mengukuhkan keazaman kami untuk terus mara ke hadapan,” katanya. “Dan kami yakin video-video palsu ini akan dilihat rakyat sebagai taktik politik Umno yang terdesak, jijik dan keterlaluan.”

Anwar telah berulang kali pada masa lalu dikaitkan dengan pelbagai video seks dan gambar, termasuk video terkenal yang mendakwa perlakuan seksnya dengan gadis China yang dikeluarkan oleh “trio Datuk T” tahun lepas.



Dalam serangan terbarunya, penulis blog pro Umno mengeluarkan gambar seorang lelaki menyerupai Anwar bercumbu dengan seorang lelaki dan menyiarkan sebahagian daripada videonya berbual dengan seorang pelajar lelaki berumur 19 tahun yang dituduh melakukan hubungan seks dengannya kemudian.

Anwar baru-baru ini memfailkan saman RM100 juta terhadap penulis blog pro Umno Papagomo selepas tuduhan video seks tersebut, mendakwa imej yang dikeluarkan palsu dan bertujuan untuk merosakkan imejnya.

Sumber : http://www.informasi.my

Fazura Tak Rela Dipeluk Atas Katil


Tidak mahu berpelukan dan beraksi mesra? Ya, itu adalah pengakuan dari mulut Fazura sendiri ketika ditemubual oleh mStar Online.


“Selepas membuat kenyataan itu, ramai yang ingat saya tidak mahu bersentuhan langsung dengan lelaki apabila berlakon. Tetapi bukan itu maksud saya. Sebaliknya saya hanya tidak mahu beraksi terlebih mesra seperti berpelukan atau berada di atas katil dengan pelakon lelaki. Jika bersentuhan sedikit seperti menyentuh tangan, ia masih lagi boleh.”


Fazura
Fazura bogel




Namun pendiriannya ini telah menimbulkan salah faham sehingga ada pihak yang beranggapan dia mahu menunjuk dirinya baik dan mempunyai niat untuk menyindir pelakon lain.


“Jika orang anggap saya mahu sindir pelakon-pelakon lain, itu salah kerana apa yang saya lakukan itu adalah prinsip saya yang tidak membabitkan orang lain.”

Fazura bakal digandingkan bersama Shaheizy Sam dalam drama terbaru berjudul ‘Kisah Cinta’-OhBulan



sumber: xlupe dot com





OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”