Friday 22 June 2012

Ella Bakal Bernikah Dengan Juruterbang Pada 7 Julai Ini?


Tahun ini, kecoh sebentar arus media tempatan akan berita mengenai ratu rock negara iaitu Ella yang telah menghadiri kursus perkahwinan di Pusat Bandar Damansara. Khabarnya setelah bertahun-tahun dan melewati usia yang agak lewat, Ella bakal berkahwin dengan kekasihnya A, yang bekerja sebagai seorang juruterbang.

Sejauh mana kebenarannya, Wallahualam, namun kami baru sahaja mendapat berita bahawasanya, Ella bakal menamatkan zaman solo pada 7 Julai 2012 ini! Benarkah? Itu semua masih menjadi teka-teki, mungkin Ella lebih selesa untuk menyembunyikan tarikh pernikahan beliau. 

Selain itu, kami juga telah diberitahu, majlis pernikahan Ella bakal berlangsung di Klang dan kini masih dalam persiapan lagi. Apa pun, desas-desus lain mengatakan, majlis resepsi hanya akan berlangsung pada bulan Disember 2012 di Putrajaya International Convention Center (PICC).

Bagaimanapun, spekulasi ini baru di peringkat awal lagi, sejauh mana kebenarannya, hanya tuan badan sahaja yang tahu, ye dak Ella?


No comments:

OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”