Friday, 13 July 2012

Solekan Mata Wanita Asia



Mata merupakan aset paling penting bagi wanita. Bak kata orang ‘dari mata turun ke hati’, begitulah perumpamaan yang sering di luahkan. Ini menunjukkan bahawa mata memainkan peranan penting bagi  menonjolkan kejelitaan dan kecantikan seseorang wanita. Oleh itu, solekan mata harus dititikberatkan ketika berhias terutama sekali ketika ingin menghadiri majlis keramaian.
Di sini terdapat beberapa tips yang dikongsikan oleh jurusolek Master Lancome Asia, Bouzouk untuk solekan mata wanita Asia.
Warna Untuk Memfokus
Lazimnya wanita akan memilih solekan mata rona hitam sebagai ilusi untuk impak ketara, akan tetapi tidak salah sekiranya sekali sekala merubah selera kepada rona lain seperti coklat pekat, biru gelap atau deep violet, di mana rona-rona ini mampu menyuntik eleman dramatik dalam solekan.
Warna Untuk Menambah Ilusi Cerah
Secara umumnya, kebanyakan wanita gemar memilih rona putih susu, emas pucat dan merah pucat sebagai warna untuk menambah ilusi cerah. Rona biru langit juga boleh digunakan, akan tetapi aplikasikan ia dalam kuantiti yang sedikit. Selain itu, rona kuning air antara yang paling popular dan sesuai digunakan sebagai pemancing cahaya serta melembutkan rona lain.
Warna Untuk Yang Eksentrik
Rona biru elektrik merupakan rona yang mampu mencetuskan perhatian pada mata. Disamping itu, sekiranya anda menggunakan rona palet hijau pada kompleksi yang kusam, jangan lupa untuk menambah lebih pemerah pipi bagi mengimbangi solekan. Selain itu, anda juga boleh mengenakan rona unggu sebagai solekan mata bagi menutup lingkara gelap yang ketara dibawah mata dan anda juga boleh aplikasikan rona emas serta perak metalik secara lembut bagi menaikkan aura eksentrik dalam solekan.

No comments:

OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”