Friday, 17 August 2012
Siti Saleha Sanggup Buang Kawan Elak Gosip
Siti Saleha Sanggup Buang Kawan Elak Gosip: Pelakon Siti Saleha sanggup membuang kawannya di laman Facebook demi mengelakkan gosip tentang dirinya.
Menurut Siti Saleha, dia terpeksa membuang sebahagian rakan facebooknya bagi mengelakkan ada pihak yang mengambil kesempatan untuk menyebar fitnah dengan menggunakan koleksi gambar-gambarnya. Sebelum ini Siti Saleha telah digosipkan dengan penjaga gol Sabah, Syed Adney disebabkan gambarnya disebarkan melalui internet.
Disebabkan itu, dia mengambil langkah berjaga-jaga dengan membuat tapisan terhadap rakan-rakan Facebooknya. Jelas Siti, dia terpaksa menyingkirkan kira-kira 1000 orang rakan Facebook yang kurang dikenalinya kerana tidak mahu ada pihak sekali lagi menyalahgunakan gambar peribadinya.
“Gosip yang tersebar baru-baru ini adalah disebabkan gambar saya bersama Syed Adney kira-kira tiga tahun lalu. Gambar itu saya muatnaik di laman Facebook dan saya percaya ada di antara rakan-rakan Facebook yang bertanggungjawab menyebarkan gambar itu. Sebab itu, saya terpaksa ambil langkah berjaga-jaga. Saya sudah singkirkan kira-kira 1000 orang rakan yang kurang dikenali dan yang tidak saya kenali langsung. Saya tidak mahu perkara yang sama berulang kembali,”
Selain itu, adik kepada Sam Bunkface ini sekali lagi menegaskan ketika ini dia tidak menjalinkan hubungan cinta dengan mana-mana lelaki. Ini kerana dia mahu memberi tumpuan kepada bidang lakonan. Selain itu, Siti Saleha juga punya pendirian untuk tidak terlalu terbuka tentang perihal peribadi. - Siti Saleha Sanggup Buang Kawan Elak Gosip
Labels:
Sensasi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment