Thursday, 13 September 2012

[11 Gambar] Apple Iphone5


Pagi tadi Apple memperlihatkan telefon pintar generasi ke enam mereka iaitu iPhone 5. Perbezaan paling ketara peranti ini berbanding iPhone4S ialah ianya lebih tinggi dengan skrin sebesar 4 inci, rekaan speaker baru serta bahagian belakang buatan aluminium.Selain daripada itu pemproses A6 digunakan dimana menurut Apple dua kali ganda lebih laju dari A5 yang digunakan di dalam peranti sebelumnya. Tiada peningkatan dari segi RAM maupun kamera kali ini. Selain skrin port mengecas 30 pin digantikan dengan pengecas lebih kecil yang dipanggil lightning. Dari segi sistem operasi pula IOS6 menggantikan IOS dimana aplikasi pemetaan GoogleMap digantikan dengan aplikasi pemetaan yang direka sendiri oleh Apple. Kami di Blogserius tidak pasti lagi adalah telefon ini berbaloi untuk dibeli atau tidak. Tetapi jika anda kaya dan got nothing better to do silalah beli status symbol terkini ini.






No comments:

OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”