Penyanyi yang sedang mencipta nama di Amerika Syarikat, Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Zarai hari ini telah mengakui hubungan dengan pengacara dan pelakon Qushairi Razali atau Qi kini tidak seperti dahulu.
Menurut Yuna, dia dan Qi mengambil telah sepakat bagi tidak terikat dengan sebarang komitmen untuk memberi perhatian kepada karier masing-masing.
“Saya akui sekarang ini we are taking a break from our relationship. Keputusan tersebut kami buat kerana ingin memberi tumpuan kepada karier masing-masing. Lagipun susah, sebab saya di sana (Amerika Syarikat) dan dia (Qi) di sini. Saya hormati keinginan dia, dan dia juga hormati keinginan saya. Kami saling memahami serta percaya keputusan tersebut memberi ruang kepada kami bagi melakukan perkara yang sepatutnya. Bagaimanapun, kami masih berkawan serta ada hubungan yang baik seperti dahulu. Saya pun baru sahaja berjumpa dengan Qi dua, tiga hari lalu”
Pada masa yang sama, Yuna juga mengakui jarak yang memisahkannya mereka adalah salah satu faktor yang menyumbang kepada perpisahan mereka.
“Saya mula rasa susah bagi teruskan hubungan kami sejak akhir-akhir ini. Jarak jauh memang menyulitkan buat kami saling berhubungan. Jadi, adalah lebih baik kami beri ruang kepada diri masing-masing. Lebih baik tidak ada sebarang komitmen buat masa ini. Qi boleh mencari teman wanita lain jika dia inginkan begitu. Sama juga seperti saya. Tetapi saya lebih suka mengatakan status saya kini single but not available. Not available kerana saya sedang terikat dengan kerja. Saya tidak punya masa banyak memikirkan soal cinta buat masa ini. Keutamaan saya adalah pada kerja”
Sebelum mengakhiri perbualan, Yuna sempat berpesan kepada peminat supaya mendoakan yang terbaik buat dirinya dan juga Qi.
“Saya tahu ramai yang menginginkan hubungan kami berjaya sehingga ke jinjang pelamin. Jadi, doakanlah yang terbaik buat kami. Tetapi apa yang boleh saya katakan, kalau ada jodoh, adalah. Kami tidak boleh mengembirakan semua orang. Sebaliknya, kami juga perlu gembirakan diri sendiri,”
No comments:
Post a Comment