Friday 19 October 2012

Apple Kalah Rayuan Halang Samsung Tiru Reka Bentuk Tablet


LONDON: Info terbaru mengenai kes saman Apple terhadap Samsung di Mahkamah Eropah, syarikat teknologi gergasi Amerika Syarikat (AS), Apple kalah sekali lagi dalam rayuannya menghalang Samsung daripada meniru reka bentuk komputer tablet miliknya yang didaftarkan.

Ekoran keputusan yang di buat oleh Mahkamah Rayuan Eropah itu, ianya dijangka akan menamatkan pertikaian di antara dua syarikat gergasi itu berhubung paten bagi telefon pintar dan komputer tablet keluaran mereka khususnya di pasaran Eropah.



Ia juga mengekalkan keputusan yang dibuat Mahkamah Tinggi Britain sebelum ini yang memutuskan, walaupun terdapat persamaan, komputer tablet Samsung Galaxy tidak melanggar reka bentuk Apple, kerana produk itu tidak kelihatan menarik.

Dengan keputusan ini,  pada masa sama ianya dianggap sah dan boleh diguna pakai di seluruh Eropah bagi mengalang sebarang pertikaian lanjut membabitkan dua firma berkenaan mengenai reka bentuk komputer tablet di rantau itu.

No comments:

OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”