Thursday, 11 October 2012

Cara Mudah Kering Kasut basah


Teringat zaman sekolah dulu...aku dari keluarga yang sederhana, kasut sekolah ada sepasang je. Kasut kalau basah siang tu cepat2 keringkan...orang lain guna pengering rambut  tapi aku 'diang' kat api dapur.  

Kini zaman berlalu bila kenang balik bertapa syukurnya orang zaman sekarang...kasut basah takpa ada 'spare'. Tambahan bila ada plak benda alah ni...kasuh basah bukan satu masalah. 
Perekanya Alexey Chugunnikov, berasakan bukan kasutnya perlukan pengering tapi talinya direkabentuk dari bahan asas yang mengalirkan elektrik seterusnya memanaskan yang mengeluarkan haba. Namun bahan fleksibel lagi anjal dan tahan lasak ni direka seimpak mekanikal agar tidak mudah menyala...dalam erti kata lain selamat de!.

Kelihatan hampir tidak berbeza dari tali kasut biasa namun satu ciri membezanya iaitu warna dihujung logam tali yang berfungsi penanda bagi menentukan pin yang mana perlu disambungkan kepada soket elektrik...ala macam bateri kereta ada merah ada hitam tapi ni merah biru.

Dipanaskan pada suhu udara berkisar antara 40 dan 60 ° C...dimana udara panas masuk kedalam kasut melalui bahagian atas kasut dan keluar melalui jurang udara. Kelebihan besar alat ni adalah ia sentiasa dengan kasut yang mungkin perlu pengeringan dan oleh itu mereka adalah sangat mudah alih...cuma kena cari plug je.

* Masuk hutan ke atau memana, tak guna gak...tapi generatorkan ada. Kalau basah sebab berpeluh camne?...




No comments:

OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”