Thursday 25 October 2012

Saya Akan Saman Orang ‘Bogεlkan’ Saya kata Rozita Che Wan


SAYA akan saman!,” itulah pendirian aktres cantik, Rozita Che Wan ketika ditanya Zass mengenai penyebaran gambar seksi miripnya yang kini bertebaran di laman sosial.
Sering diekori pelbagai gosip liar dan kontroversi mengenai hubungan cintanya bersama lelaki muda, kini kisah terbaru Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta, kembali memanaskan atmosfera seni hiburan tempatan.
Penyebaran gambar seksi mirip pelakon Miss Octopus ini di laman sosial menimbulkan pelbagai spekulasi walaupun empunya diri menafikan sekeras-kerasnya mengenai gambar itu.
“Saya akan cari mereka yang terlibat dalam perkara ini kerana ia sangat memalukan. Saya tidak teragak-agak untuk mengemukakan tuntutan saman kepada mereka yang biadab ini.
“Perkara ini mengaibkan saya walaupun ia bukan gambar saya. Saya tidak tahu apa motif mereka, mungkin ingin memalukan saya atau menjatuhkan karier saya.
“Kali ini, saya akan bertegas demi maruah saya yang tercalar. Mungkin dengan cara ini boleh menjadi pengajaran kepada sesiapa sahaja yang berniat buruk kepada saya,” katanya.
Tidak pernah terlintas untuk membuat rakaman sedemikian, Rozita turut memberitahu bahawa dia sendiri ‘buta’ dalam menggunakan aplikasi telefon.



“Saya difahamkan, gambar itu dirakam menggunakan video chat atau webcam yang saya sendiri tidak tahu menggunakannya.
“Saya bukanlah muda untuk explore benda-benda macam ni. Lagipun, saya tak pasti, telefon saya ada fungsi itu atau tidak.
“Namun, saya percaya, jika ia bukan pelanduk dua serupa, mungkin ada individu yang menggunakan teknik super impose dengan menempek muka saya. Namun, yang pasti, ia bukan saya,” tegasnya lagi.


No comments:

OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”