Wednesday, 3 October 2012

Sudah Elok Bertudung Tetapi Bogel Pulak ?




Ke sekolah, ke tempat kerja elok sopan bertudung dan berbaju sempurna. Apabila kebosanan di bilik, baju dilucutkan, coli ditanggalkan dan kamera handphone dihalakan ke tubuh badan. Buttang 'shutter' diklik, lalu gambar diri sendiri berkeadaan tanpa coli diambil. Bunyinya seperti adegan porno, tetapi inilah realiti ramai perempuan Melayu zaman sekarang yang langsung tidak malu mengambil gambar bogel sendiri.

Mereka berasa berani mengambil gambar bogel sendiri kerana beranggapan tiada siapa melihat di dalam bilik. Kemudian, ada yang mengatakan gambar tersebut hanyalah untuk simpanan peribadi tanpa memikirkan kemungkinan ada pihak luar boleh mengakses gambar terebut di komputer atau handphone mereka. Ada juga yang mengambil gambar bogel sedemikian istimewa untuk teman lelaki dengan beranggapan teman lelaki yang disayangi itu tidak akan berkongsi gambar tersebut dengan rakan-rakannya.

Apabila telah berlaku penyebaran gambar bogel mereka di internet, perempuan-perempuan ini mulalah menuduh ada pihak telah melakukan khianat terhadap mereka. Ada yang memberi alasan bahawa ada pihak yang jahat telah mengakses album private yang mengandungi gambar-gambar 'separa lucah' mereka di akaun Facebook yang terlupa di'logout'. Mereka langsung tidak menyalahkan kebodohan mereka sendiri kerana menjadi 'bangang' mengambil gambar sendiri dalam keadaan bogel.

Sekali gambar bogel dimuatnaik ke internet, maka dengan sangat pantas gambar tersebut boleh tersebar ke forum-forum, blog dan web. Sudah pastinya, gambar lucah yang ditunggu-tunggu sebegini berpotensi besar akan di'save' ke dalam komputer oleh ramai lelaki tanpa mengira spesis. Akibatnya, si perempuan ini akan menjadi bahan tatapan nafsu seks oleh lelaki entah siapa dan lebih malang lagi mungkin menjadi perangsang untuk onani. Maruah jatuh ke tahap menyamai pelacur.

Perasaan malu akan ditanggung oleh diri, suami dan keluarga sepanjang hayat selagimana gambar-gambar bogel tersebut masih disimpan oleh lelaki-lelaki, walaupun perempuan itu sudah bertaubat.

Maka, jangan jadi bodoh wahai perempuan !

1 comment:

Jobseekers said...

Sodap2...hahahaha

OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”