Sunday, 2 December 2012
Ditembak namun implan p@yudara penyelamat nyawa wanita ini
Tembakaan peluru berdiameter 9 mm mungkin akan menewaskan wanita ini kalau saja tidak tertahan oleh implan di payudaranya. Walaupun masih berlubang, sekurang-kurangnya implan tersebut telah menjadi peredam yang membuat hujaman peluru lebih perlahan.
Eileen Likness, wanita dari Calgary menjadi mangsa cubaan pembunuhan oleh teman lelaki sendiri. Peluru 9 mm yang dilancarkan dengan pistol menembusi lengan kanannya, lalu hampir mengenai jantung andai tidak ada peredam yang menghalangnya.
“Implan yang saya kenakan meredam gaya dari peluru,” kata Likness apabila memberi keterangan di mahkamah, seperti dikutip dari Toronto News, Jumaat (30/11/2012).
Likness memberitahu, Fernando Chora (61 tahun) teman lelakinya menembak dari pistolnya dan mengenai lengan kanan Likness. Peluru itu menembusi kedua-dua payudara Likness yang sudah diperbesar dengan implan, lalu terus melaju hingga mencederakan lengan kirinya.
Diyakini, peristiwa tembakan yang berlaku pada Januari 2006 tetapi baru didengar di mahkamah baru-baru ini tentunya akan memberi kesan yang lebih kalau pelurunya tidak tertahan oleh implan payudara. Tidak disebutkan apa kesan terburuk, yang jelas laju peluru tentunya akan lebih kencang.
Labels:
Sensasi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment