Showing posts with label News. Show all posts
Showing posts with label News. Show all posts

Thursday, 15 May 2014

VIDEO DAN GAMBAR : Pemandu Nekad Kejar Dan Langgar Peragut!!!




Satu kejadian ragut berlaku pada petang semalam di Kingfisher Park, Kota Kinabalu, Sabah. Apa yang menarik mengenai kes ragut ini adalah tindakan seorang pemandu yang prihatin menyaksikan kejadian itu dengan segera mengejar dan melanggar motosikal peragut terbabit.

Akibatnya, kedua-dua suspek terbabas di bahu jalan. Orang awam yang berada di sekitar lokasi kejadian dengan segera menghulurkan bantuan dan menangkap kedua-dua suspek dan diserahkan kepada pihak polis.

Menurut sumber, mangsa ragut adalah seorang pelajar Universiti Malaysia Sabah. Taman Kingfisher menjadi pilihan bagi pelajar UMS untuk mencari rumah sewa berikutan jaraknya dengan UMS adalah dekat.

Tindakan pemilik Honda City yang sanggup mengorbankan keretanya semata-mata untuk menangkap suspek itu seharusnya dijadikan contoh kepada masyarakat agar sama-sama membanteras jenayah di kawasan setempat.










Wednesday, 30 April 2014

Aktiviti Seksual Remaja Malaysia Kini Dianggap Sebagai Trend?


Aktiviti seksual dalam kalangan remaja semakin menular di Malaysia. Adakah ini dianggap sabagai trend? Malah aktiviti seksual remaja Malaysia ini meningkat 9 kali ganda dalam tempoh masa 18 tahun.

Laporan menunjukkan setiap tahun aktiviti seksual remaja di Malaysia menunjukkan peningkatan. Sumber daripada hmetro.com.my mengatakan, kadar aktiviti seksual dalam kalangan remaja berusia 13 hingga 17 tahun di negara ini sepanjang dua dekad lalu meningkat daripada 0.9 pada 1994 kepada 8.3 peratus pada 2012.

Statistik itu diperoleh daripada kajiselidik Global Kesihatan Pelajar Sekolah (GSHS) serta Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) berkaitan kelakuan sumbang dilakukan remaja sebelum nikah bermula 1994 hingga 2012. Lagi 2 foto
Foto dirakam oleh rakan sendiri..benar-benar berlaku di Malaysia
Sekaligus statistik ini jelas menunjukkan bahawa aktiviti seksual dalam kalangan remaja sudah dianggap sebagai satu trend di negara ini. Hal ini menurut Timbalan Pengarah Bahagian Pembangunan dan Kesihatan Keluarga Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Dr Kamaliah Mohd Noh berkata, kajian nasional itu menunjukkan trend remaja negara ini terbabit dalam aktiviti seksual semakin meningkat saban tahun.

Menurut statistik daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bermula 2005 hingga 2011 menunjukkan Malaysia menduduki tempat keempat daripada 10 negara berkaitan kehamilan remaja berusia antara 15 hingga 19 tahun.


Tuesday, 29 April 2014

GAMBAR PALSU, ISU KUBUR BERCAHAYA AKHIRNYA TERBONGKAR!

Kisah Sebenar Disebalik KUBUR BERCAHAYA - Baru-baru ini kita digemparkan dengan kisah kubur seorang wanita yang bercahaya semasa sedang dikebumikan.

Kali ini King Jason, kawan kepada si mati menceritakan hal sebenar.
Mari kita baca apa kata beliau.



Monday, 28 April 2014

Makanan Untuk Seminggu Di Serata Dunia ( 25 Gambar )


Jom kita tengok makanan yang diorang standby untuk seminggu, setakat ni dalam senarai yang paling mahal ialah di Luxembourg ( RM 1500++ ) dan yang paling murah di Chad ( RM 4 ). Malaysia tiada dalam senarai la pulak.

Australia ( RM 1240 )
Bhutan ( RM16 )


Kanada ( RM 1138 )
Chad ( RM 4 )
China ( RM 511 )
Ecuador ( RM 105 )
Mesir ( RM 227 )
France ( RM 1382 )
German ( RM 1072 )
Great Britain ( RM 834 )
Greenland ( RM 914 )
Guatemala ( RM 247 )
India ( RM 132 )
Italy ( RM 858 )
Jepun ( RM 1032 )
Kuwait ( RM 729 ) 
Luxembourg ( RM 1534 )
Mali ( RM 85 )
Mexico ( RM 632 )
Mongolia ( RM 132 )
Norway ( RM 1250 )
Poland ( RM 498 )
Turkey ( RM 478 )
US ( RM 1125 )


Thursday, 17 April 2014

Karpal Singh maut kemalangan Video




link video

YB Karpal Singh Meninggal Dunia Kemalangan Di Gopeng

YB Karpal Singh Meninggal Dunia Kemalangan Di Gopeng. Karpal Singh Ram Singh atau Karpal Singh iaitu seorang peguam dan ahli politik yang memegang jawatan Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan juga sebagai Ahli Parlimen Bukit Gelugor, George Town, Pulau Pinang disahkan telah meninggal dunia akibat kemalangan jalanraya di KM301.6u Lebuhraya Gopeng sekitar jam 1 pagi 17 April 2014.
YB Karpal Singh Meninggal Dunia Kemalangan Di Gopeng

Wednesday, 16 April 2014

IKAN YANG PALING DITAKUTI DI BRAZIL


Ikan Candiru atau disebut Canero merupakan jenis ikan air tawar yang sekeluarga dengan ikan lele. Ikan ini boleh didapati di sungai amazon dan sungai Oranoco, ikan ini mempunyai reputasi sebagai ikan yang paling ditakuti oleh penduduk tempatan, ikan ini lebih di takuti daripada ikan piranha. Ikan ini hanya boleh membesar sehingga 1 hingga 2 inci dan lebar 4 hingga 6 milimeter, mempunyai bentuk seperti seekor belut dan hampir telus (lutsinar), membuatnya hampir mustahil untuk dilihat di dalam air. Ikan yang pantas, perenang yang kuat, lembut dan licin, dengan gigi yang tajam.





Terdapat 3 spesies Candiru: yang biasanya makan dengan cara memasuki ikan yang lebih besar, Candiru paus (whale Candiru) merupakan pemakan bangkai yang lebih memilih untuk makan dari ikan yang sudah mati.


Ikan Candiru merupakan parasit, modus operandinya sangatlah ringkas dan kejam: Ikan memburu ikan, ikan Candiru berusaha untuk mengetahui aliran air yang berasal dari ikan lain, setelah mengetahui dari mana aliran air tersebut, ikan itu akan terus menuju celah-celah sirip ikan itu, duri yang ada di kepala Candiru akan melukai insang ikan dan mengeluarkan darah selagi ikan Candiru berada di dalam ikan tersebut. Sehinggakan ikan Candiru digelar sebagai ikan vampire dari Brazil.


Ikan ini ditakuti kerana ia tertarik pada air kencing atau darah, dan bila seseorang berenang telanjang ia akan masuk ke celah dubur atau faraj, bahkan, ikan ini mampu masuk ke lubang zakar – dan mungkin ke dalam urethra). Bila ini terjadi ikan Candiru sangat sukar dikeluarkan kembali kecuali melakukan pembedahan. Kerana ikan ini mendapati mangsanya dengan mengikuti aliran air dari insang ke sumbernya, kencing sambil berenang meningkatkan kemungkinan Candiru masuk ke urethra manusia.



Cara untuk membunuh ikan ini adalah dengan rawatan tradisional, dengan air dari dua jenis tanaman: Xagua dan epal Buitach yang dimasukkan ke kawasan yang terkena. kedua tanaman ini akan meleraikann ikan tersebut. Dan juga dengan memalui pembedahan, tetapi pembedahan memerlukan kos dan waktu. Sering kali, berlaku jangkitan menyebabkan shock dan kematian sebelum Candiru dapat dibuang.


Nota Kaki : Jadi lepas ini , jika ada buat aktiviti air hati-hati lah yer . Jangan sembarangan buang semasa dalam air . Walaupun iz hanya di brazil , jika Allah kehendak sesuatu perkara terjadi , maki jadi lah ia .

Bantuan RM2500 Dari KWSP Yang Tidak Diketahui Oleh Orang Ramai!

Assalamualaikum, peace upon you

PERHATIAN kepada semua yang mempunyai akaun KWSP! Kebanyakkan dari kita apabila mula bekerja di mohon supaya mengisi borang KWSP. Tetapi tahu kah kita apa baiknya untuk kita. Disini ingin dimaklumkan kepada semua ahli KWSP bahawa Bantuan Kematian sebanyak RM2,500 akan dibayar kepada waris ahli sebagai tanda simpati bagi meringankan beban kewangan mereka. Bagaimanapun, bayaran ini dibayar hanya sekali dan tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
  • Warganegara Malaysia. 
  • Ahli belum mencapai umur 55 tahun semasa kematian. 
  • Permohonan Pengeluaran Kematian dibuat dalam tempoh 6 bulan dari tarikh kematian ahli. Bantuan Kematian dibayar kepada waris ahli apabila permohonan Pengeluaran Kematian dibuat dan akan dimaklumkan kepada waris
Kebanyakan rakyat Malaysia tidak tahu akan perkara ini. Ini mungkin kerana KWSP tidak pernah memberitahu kepada UMUM. Namun kepada mereka yang banyak membaca dan mengambil tahu, pasti akan tahu wujudnya pembahagian ini. Walau bagaimana pun pasti ada yang TIDAK TAHU. Maka ini untuk semua ya. Maka setelah mengetahui maklumat ini, mohon sebarkan kepada semua keluarga, saudara-mara, rakan sekerja dan jiran tertangga, biarkan mereka tahu tentang maklumat ini dan jangan lupa untuk memberitahu mereka untuk menuntut RM2500 apabila salah seorang dari keluarga mereka meninggal dunia kerana KWSP akan membayar RM2500 itu atas dasar ehsan.



Friday, 11 April 2014

Memang Kurang Ajar Sangat Dah Ni Hong Leong Bank


Pegawai bank tersebut adalah seorang wanita bernama LIAU CHOW WAN yangmerupakan Manager Head of Department Hong Leong Bank.

Dalam kes ini, kakitangan berbangsa Melayu itu telah menerima satu notis untuk berpindah ke Hong Leong Bank Berhad di Kuala Lumpur tanpa sebarang alasan. Kakitangan berbangsa Melayu itu yang berusia 46 tahun yang hanya merupakan seorang kerani di bank tersebut, telah merayu dan memohon ehsan kerana telah bekerja di cawangan tersebut selama lebih 28 tahun.

Bagaimanapun, LIAU CHOW WAN terus mengherdik kerani Melayu itu dengan kata-kata berikut:

"THIS IS HONG LEONG! HONG LEONG!!! CHINESE BANK YOU KNOW!!! IT IS NOT YOUR NAJIB'S BANK, BANK BUMIPUTERA, STUPID!!!"

Perangai perkauman yang diamalkan oleh KEBANYAKAN PEGAWAI BANK HONG LEONG bukanlah perkara baru. Sebelum ini HONG LEONG BANK turut menyekat, menahan dan menghalang pekerja-pekerja beragama Islamnya daripada menunaikan solat dengan pelbagai alasan, termasuklah tidak menyediakan ruang untuk bersolat. Solat dikatakan sebagai membuang masa!

Laporan polis telah dibuat oleh kerani tersebut kerana sentimen perkauman yang cukup menebal di kalangan pegawai bank HONG LEONG yang hampir keseluruhannya berbangsa Cina dengan Melayu dan India kebanyakannya hanyalah pegawai atau kakitangan bawahan.

Jan 2014, satu kes yang serupa juga berlaku melibatkan Hong Leong Bank juga di Batu Pahat.

HONG LEONG BANK, bank Cina yer? Bank Melayu bank bodohyer?

AKHIRNYA PROF IZZI BERSUARA

Seperti yang sudah diketahui ramai, nama pakar motivasi yang dikaitkan dengan kes mencabul penuntut di sebuah IPTA di Arau, Perlis adalah Prof Izzi Hj Ali.

Akhirnya selepas lama mendiamkan diri meskipun diasak pertanyaan termasuk di laman Facebook, Prof Izzi memberi kenyataan berkaitan hal ini.

Bagaimanapun kenyataannya bukanlah untuk membela diri tetapi menerangkan sebab mengapa dia mengunci mulut selama ini.

Tulis Prof Izzi di status Facebooknya pada hari ini (10 April) :





Setakat ni saya tidak boleh memberi kenyataan sbb ianya masih dlm siasatan.

Tindakan ini sememangnya betul kerana sebarang kenyataan tidak harus dikeluarkan bagi mana-mana kes yang sedang disiasat pihak berkuasa.

Difahamkan, kes yang hangat diperkatakan ini turut menjejaskan kerjaya Prof Izzi hinggakan beliau memohon untuk direhatkan seketika daripada tugas.

4 April lalu, seorang penuntut wanita UiTM Arau, Perlis telah membuat laporan polis mendakwa dirinya dicabul Prof Izzi yang juga merupakan pensyarahnya ketika datang ke bilik pakar motivasi tersebut pada 28 Mac untuk mengulangkaji pelajaran.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 2.30 petang itu, mangsa mengadu Prof Izzi telah menyentuh kaki dan payu daranya. Dia yang terkejut dikatakan tidak menghalang perbuatan itu kerana bimbang digagalkan dalam subjek yang diambil.

Laporan polis hanya dibuat mangsa selepas dia selesai menduduki peperiksaan akhir semester.

Memandangkan empunya diri yang mendakwa dirinya dianiaya pun sudah membuat laporan, biarlah pihak bertanggung jawab menjalankan tugas mereka untuk menyiasat.

Apa yang terbaik pada masa ini, usahlah kita membuat dosa kering dengan mengulas sesuatu yang tidak kita ketahui sepenuhnya

Thursday, 10 April 2014

Gambar Samseng Jalanraya Tunjuk Isyarat Lucah Tersebar !




Apabila berada di jalan raya, rata-rata pemandu di Malaysia memandu dengan penuh emosi. Jika boleh, ingin benar mereka memecut laju selaju-lajunya. Jika bab sabar, pemandu kita amat kurang penyabar orangnya. Biarpun pahit, hakikat ini amat sukar ditelan.

Hampir setiap hari terutamanya di bandar bandar besar kita dapat menyaksikan ketidaksabaran pemandu yang memandu dengan emosi ingin cepat sampai ke destinasi. 

Jika ada kereta yang menghalang kelancaran pemanduan mereka, pasti akan dinyalakan lampu sebagai tanda ‘sila ke tepi jika tidak memotong’. Paling teruknya apabila golongan ini sudah hilang sabar, bunyi hon pula yang digunakan untuk menghalau pemandu lain. 

Nyalaan lampu tinggi dan hon tidak menjadi masalah, tetapi sikap sesetengah pengguna jalan raya yang berlagak samseng ini yang amat menyakitkan hati. Jalan raya bagaikan milik mereka dan memperlekehkan pengguna jalan raya yang lain dengan sewenang-wenangnya. 

Antaranya adalah seperti di dalam gambar di bawah ini:

Sumber Gambar: Samseng Taik Kucing


Menurut cerita tuan empunya gambar, dia telah dikejar oleh pemandu kereta Perodua Viva berwarna silver bermata merah jambu ini hanya kerana tidak puas hati di hon oleh beliau. 

Lelaki terbabit cuba menghimpit keretanya dan kemudian mengeluarkan sebatang besi seolah-olah ingin merosakkan keretanya. 

Tidak dapat dikenalpasti sama ada lelaki berkenaan berjaya merosakkan kereta mangsa. Namun mangsa sempat mengambil gambar lelaki berkenaan.


Dalam kes ini, kita tidak tahu apa jalan cerita yang sebenar. Namun, tindakan menjadi road bully ini amat dikutuk sekeras-kerasnya. Apa salahnya jika masing-masing bertolak ansur, bertimbang rasa ketika berada di jalan raya? Semua masalah ada jalan penyelesaiannya, bukannya menggunakan kekerasan untuk selesaikan masalah.

Wednesday, 9 April 2014

Parti Liar Separuh Bog*l Bakal Dianjurkan

Hasrat sebuah premis iaitu The Pool untuk menganjurkan parti separuh bog*l pada 11 April ini tidak kesampaian apabila Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengarahkan premis tersebut ditutup tujuh hari mulai semalam.
Perkara tersebut dimaklumkan oleh Unit Media Jabatan Perancangan Korporat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam satu kenyataan media di sini semalam

10250193_872310372794591_4091359866003876120_n

Bekas PA Prof Izzi Haji Ali Tampil Dedahkan Perangai Sebenar


Isu Professor Izzi Haji Ali mencabul pelajar UiTM Arau sedang hangat diperkatakan. Kini bekas PA Professor Izzi pula tampil mendedahkan kelakuan sebenar beliau.

Tuesday, 8 April 2014

Penjelasan Prof Izzi Ali yang didakwa kes cabul dan raba pelajar UiTM Perlis

Prof Izzi Ali
Prof Izzi Ali beri respon isu cabul pelajar UiTm.
Selepas mengambil sikap berdiam diri selepas didakwa mencabul dengan meraba payudara seorang pelajarnya, pensyarah yang juga pakar motivasi terkenal, Profesor Izzi Ali mula memberi reaksi di laman Facebook miliknya.
Dihujani dengan pelbagai pertanyaan dan komen dari peminat serta pengikutnya di laman sosial, Prof Izzi bagaimanapun tidak memberi respon secara langsung terhadap dakwaan yang mengaibkan itu.
Sebaliknya, pensyarah Matematik Universiti Teknologi Mara (UiTM) Arau Perlis berkenaan sekadar meletakkan status memetik surah An-Nisaa berbunyi: “Di mana jua kamu berada maut akan mendapatkan kamu, sekalipun kamu berada dlm benteng yang tinggi lagi kukuh.”
Namun, tidak diketahui sama ada status tersebut mempunyai sebarang kaitan dengan kontroversi yang memalit namanya ketika ini.
Prof lzzi Ali
Penjelasan Prof Izzi Ali mengenai isu kontroversi yang melanda.
Status itu kemudiannya mendapat reaksi pelbagai dari pengikut-pengikutnya yang mahu beliau menjawab sama ada dakwaan yang dilemparkan terhadapnya adalah benar atau sebaliknya.
“Prof, sila kemukakan (penjelasan) adakah betul pasal (dakwaan) kes budak UiTM Arau, Perlis tu? mohon prof terus terang,” tanya seorang pemilik akaun Facebook bernama Mohd Syafiq.
Soalan itu mengundang reaksi daripada pemilik akaun Facebook lain yang mahukan Prof Izzi memberi respon, namun ada juga pengikutnya yang meminta semua pihak berhati-hati kerana ada kemungkinan beliau difitnah.

link fb Prof izzi
Akhbar sebelum ini melaporkan mengenai kelakuan tidak senonoh seorang pensyarah instutusi pengajian tinggi yang didakwa sering mencabul kehormatan pelajarnya.

Negara kemudiannya digemparkan mengenai penyebaran satu salinan laporan yang dibuat oleh pelajar wanita di UiTM Arau, Nurul Shuhada Shahadan mengenai kelakuan pensyarahnya yang meraba payu daranya ketika berada di pejabat lelaki berkenaan.
Dalam laporannya, Nurul Shuhada mendakwa pensyarah Matematiknya, Prof Izzi melakukan perbuatan tidak senonoh itu di dalam pejabatnya.
Beberapa pemilik akaun Facebook meminta Prof Izzi tampil membersihkan namanya memandangkan beliau mempunyai pengikut yang ramai.
“Kalau tak salah kenapa diam, bagilah penjelasan. Budak perempuan itu takkan nak malukan diri dan jatuhkan maruah sendiri dengan buat laporan semata-mata nak jatuhkan maruah profesor,” kata Basyari Fiqri.
Mohd. Syahir pula meminta semua pihak bersabar dan tidak membuat kesimpulan sendiri dan menanti penjelasan daripada Prof Izzi sendiri manakala Mohd. Nazri pula berharap supaya pakar motivasi berkenaan sabar dengan dugaan.
OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”