Tuesday, 26 February 2013

Rozita Che Wan Dan Zain Saidin Nikah Julai Ini.



Setelah pulang bercuti berdua di Singapura baru-baru ini akhirnya  pelakon jelita, Rozita Che Wan, 42,  membuka ‘mulut’ mengenai perancangan untuk berkahwin dengan buah hatinya, pelakon muda, Zain Saidin, 29. Mengikut perancangan Rozita malah mengakui sudah memilih hujung Julai ini untuk bersatu.

“Insya-Allah kami akan bernikah, jika tiada halangan pada bulan berkenaan,” kata Rozita ketika dihubungi, semalam.

Rozita Che Wan dan Zain Saidin bakal nikah


Gambar mesra Rozita Che Wan dan Zain Saidin
 Dia juga memilih untuk tidak mengikat tali pertunangan terlebih dahulu kerana menganggapnya tidak perlu memandangkan mereka sudah mengenali hati budi masing-masing.

Rozita atau lebih dikenali sebagai Che Ta mengakui kisah cintanya dengan jejaka wajah Pan Asia itu bukan rahsia lagi, lalu mereka sepakat dan bersedia menamatkan kontroversi cinta yang selama ini hangat diperkatakan menerusi media dan peminat.

“Hubungan kami selama ini memang tiada masalah. Kami sudah lama mengenali satu sama lain dan dia juga rapat dengan anak dan ibu saya,” katanya.

Tak sabar nak tengok Rozita Che Wan dan Zain Saidin bersanding atas pelamin. Agak-agak bagaimanalah rupa mereka ye..

No comments:

OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”