Monday, 25 February 2013

Suami Azlyn Massiela Dakwa Sempat Bersama 3 Bulan



Suami Azlyn Massiela Dakwa Sempat Bersama 3 Bulan – Ya, ini masih kisah konflik pertunangan Fizz Fairuz. Menerusi laporan eksklusif di Berita Harian, usahawan yang mendakwa dirinya merupakan suami kepada bekas tunang Fizz Fairuz, menyatakan hanya sempat menjalani kehidupan sebagai suami isteri selama tiga bulan selepas bernikah dengan Azlyn Mohd setahun lalu.

Walaubagaimanapun, lelaki yang dikenali sebagai Ramli ini enggan mendedahkan identitinya dan mendakwa telah bernikah dengan wanita berusia 26 tahun itu pada 9 Mac tahun lalu, di selatan Thailand, tanpa ditemani sesiapa.

Namun beliau meminta tempoh seminggu mulai semalam sebelum bersedia tampil bersama dokumen penting bagi membuktikan mereka sudah bernikah dan mengakui dirinya tidak gentar mendedahkan status perkahwinannya dengan Azlyn kerana mempunyai banyak bukti.

“Selain surat nikah, saya menyimpan resit pidahan wang sebagai nafkah bulanan yang didepositkan ke akaun Azlyn bagi bukti menyokong status perkahwinan saya.

Tambah Ramli lagi, beliau tidak mahu bersekongkol dan membiarkan isteri yang di nikahinya secara sah menjalinkan hubungan dengan lelaki lain sedangkan mereka masih sah sebagai suami isteri pada masa kini.

No comments:

OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”