Friday, 22 March 2013
4 Sebab Wanita Sukar Lupakan Bekas Kekasih
Kebanyakan wanita pasti akan menafikan,tetapi ternyata kaum wanita lebih sukar melupakan bekas kekasih berbanding dengan lelaki.Walau telah berpisah lama,namun bayangan bekas kekasih sentiasa mengiringi fikiran wanita.Keadaan ini berpunca bukan hanya kerana mungkin masih ada rasa cinta,tetapi ianya berdasarkan dari beberapa sebab yang lain.Dan antara sebab-sebab tersebut,ada 4 sebab utama iaitu..
1)Masih Mahu Penjelasan
Kadangkala wanita rasa tidak puas hati atas perpisahan yang terjadi.Walau telah diberi penjelasan namun wanita masih merasa tidak cukup dan perlukan lebih sebab kenapa dan mengapa ianya berlaku.Sering memikirkan dan mencari jawapan dimana salah dan silap menyebabkan fikiran dan perasaan tak tenteram lalu ingatan tentang bekas kekasih,saat-saat bersamanya serta kekecewaan yang dialami membuatkan wanita sukar melupakan hubungan yang telah berakhir.
2)Memendam Perasaan Marah
Rasa marah atas keputusan yang dibuat atau sikap bekas kekasih membuatkan wanita merasakan apa yang terjadi semuanya berpunca dari si dia.Perasaan marah dan dendam sebenarnya bukan membantu tetapi makin membuatkan fikiran sentiasa mengingati apa yang telah terjadi.Wanita sering merasakan bahawa dirinya saja yang kecewa atas apa yang terjadi dan menganggap ianya kesalahan bekas kekasih.Apa yang sebaiknya,belajarlah untuk tidak menyalahkan dan bersikaplah agar dapat memaafkan dan melupakan serta terimalah apa yang terjadi sebagai ketentuan.
3)Ego Terasa Tercabar
Ketika mendengar keputusan kekasih untuk berpisah,mungkin keegoan wanita terasa tercabar membuatkan wanita merasa tindakan kekasihnya itu tidak patut dan tidak adil buatnya.Merasakan bahawa hanya dirinya yang terbaik menyayangi,menyintai dan menjaga hubungan yang terjalin selama ini menyebabkan wanita memikirkan yang perpisahan itu tak harus berlaku lalu sukar menerima tindakan bekas kekasih.
4)Tak Mahu Menerima
Bertitik tolak dari sikap yang menganggap apa yang di ingini mesti didapatkan dan mementingkan diri sendiri membuatkan wanita sukar menerima tindakan yang dilakukan bekas kekasih.Merasakan apa yang dilakukan mesti mendapat persetujuan darinya dulu,lalu wanita seringkali meletakkan keegoan dan kepentingan diri sendiri mendahului kenyataan yang telah berlaku.Seharusnya belajarlah untuk menerima apa saja yang terjadi tanpa menyalahkan orang lain dan menganggap ianya sekadar salah satu ujian dalam kehidupan.
Labels:
Sensasi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment