Saturday, 1 June 2013

KPop: Hyuna Mengaku Suara Sendiri Macam Burung Belatuk

Melihat aksinya ketika di pentas ketika membuat persembahan, sukar sebenarnya terutama bagi kaum lelaki melihat “cacat cela” gadis bernama HyunA ini. Namun penyanyi yang cukup dikenali dengan imej seksi ini mengaku yang dirinya banyak kekurangan.

Ketika muncul sebagai tetamu jemputan untuk program Baek Ji Yeon’s People Inside baru-baru ini, anggota kumpulan 4Minute itu membuat pengakuan,

“Saya tidak mempunyai suara yang halus dan suara saya kedengaran seperti burung pelatuk,” ujarnya. Malah HyunA menyedari yang ramai peminat lebih mengenali dia apabila mendengar suaranya berbanding melihat wajah atau dirinya.

“Setiap kali keluar, ramai tidak mengenali saya jika mereka hanya melihat penampilan saya. Tapi kalau mereka mendengar suara saya, terus mereka kenal saya,” sambungnya lagi


No comments:

OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”