Thursday, 20 June 2013

Tips Kesihatan Bulan Ramadhan



1. Sebelum Ramadan, umat Islam harus sentiasa berunding dengan doktor mengenai keselamatan berpuasa terutamanya bagi wanita yang berbadan dua.

2. Bersahur. Memang diakui agak sukar untuk bangun pada awal pagi, tetapi disebabkan itulah ia mempunyai banyak faedah dan ganjaran. Ia akan membantu anda untuk bangun mengerjakan solat Subuh.Jangan makan terlalu banyak. Beri tumpuan kepada pengambilan makanan yang kaya dengan karbohidrat kompleks dan protein, buah-buahan atau sayur-sayuran, dan air yang banyak. Jangan lupa makan buah kurma.

3. Qailullah iaitu tidur sekejap sebelum waktu zohor

4. Elakkan berbuka dengan nafsu. Ikut Sunnah, berbuka puasa sama ada dengan susu, air, atau jus buah-buahan. Kurma adalah yang terbaik

5. Selepas magrib, barulah makan makanan yang berat yang sihat dan seimbang. Jangan makan terlalu banyak, dan pastikan minum lebih sedikit gelas air.

6. Melakukan senaman ringan seperti berjalan selama 15-20 minit, adalah lebih baik dilakukan pada waktu petang.

7. Elakkan makanan goreng dan pedas kerana ia boleh menyebabkan pedih ulu hati atau senak.

*Ramadan adalah masa yang terbaik untuk memulakan dan mengekalkan keseimbangan dalam hidup anda!

No comments:

OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”