Friday, 19 July 2013

KISAH SEORANG LELAKI YG BUTA AL QURAN



Seorang lelaki melewati
sebuah kawasan perkuburan di suatu malam yang kelam dan sunyi. Tiba-tiba ia terpandang
suatu cahaya yang terang benderang muncul dari sebuah kubur, dan terus menjulang ke
langit. Dia merasa sedikit ketakutan dan berdebar.
Terpegun dan kaku melihat kejadian itu. Dia terfikir kemungkinan kubur ini adalah kubur
seseorang yang sangat istimewa. Samada ia seorang waliyullah atau ulamak atau orang
soleh yang istimewa kedudukannya di sisi tuhan. Diambilnya sebatang kayu lalu dipacak
di atas kuburan yang bercahaya itu.

Keesokannya lelaki itu datang lagi kekawasan perkuburan itu dengan ditemani orang
kampung. Beliau ingin menyelidiki dan ingin mengetahui kubur siapakah yang sangat ajaib
itu.Apakah seorang tuan guru atau waliyullah atau alim ulamak atau orang soleh yang
terkenal?.Bila bertanya kepada orang kampung, mereka kehairanan kerana apa yang
mereka ketahui dan pasti ini adalah kubur seorang lelaki tua, yang pernah mendiami
sebuah pondok dihujung kampung bersama istrinya. Untuk mengetahui dengan lebih
lanjut , lelaki itu berkunjung kerumah simati dan bertemu dengan isteri simati lalu
menceritakan keajaiban yang dilihat diperkuburan suaminya.

Anihnya isteri simati terkejut dan kehairanan.Dia sangat mengenal suaminya. Suaminya
bukan siapa-siapa . Suaminya seorang petani kecil. Bukan seorang kiyai, bukan seorang ahli
ibadat, bukan orang soleh, apa lagi bukan imam, bukan muazzin, bukan guru quran. Malah
suaminya tidak pandai membaca quran dan dia tidak pernah mendengar suaminya
membaca quran. Hal ini benar-benar menimbulkan kehairan kepada lelaki tersebut
dan isteri simati.

Akhirmya lelaki itu bertanya apakah perkara-perkara anih yang simati selalu lakukan dalam
kehidupan sehari-harinya. Akhirnya isteri simati teringat suatu perkara yang selalu
dilakukan oleh si mati, setiap kali sebelum tidur pada setiap malam. Katanya , setiap
malam sebelum tidur suaminya akan mengambil wudhu, kemudian masuk di dalam suatu bilik
lalu diambilnya alqur'an di atas rak, lalu dicium dan dipeluknya dengan penuh kecintaan dan
kasih sayang.Ia akan duduk dan membelek alqur'an itu sehelai demi sehelai seperti sedang membaca,
sedangkan ia seorang yang buta alqur’an. Dia akan meraba-raba ayat-ayat qur’an itu
dengan tangannya , seolah-olah sedang menyentuh dan mebelai sesuatu yang sangat
dikasihi. Tambah isteri simati lagi, ia pernah mendengar rintihan dan esakan tangis
suaminya yang sangat sedih, mendayu-dayu dengan penuh penyesalan.

“Tuhanku! ampunkanlah aku kerana aku tidak mampu membaca kalimah mu. Janganlah
engkau hukum aku di atas kebodohanku ini.” “Wahai Kalam Allah, maafkan kesalahan ku.
Aku tidak mampu membaca kalimah mu. Aku tidak dapat bersahabat dengan mu.
Aku tidak dapat memahami mu. Tapi aku sangat mengasihi mu. Aku sangat
mencintaimu. “ “Wahai Kalamullah, jangan lah engkau mendakwa aku, jangan engkau
menuduh aku dihadapanTuhan diakhirat nanti”. Cerita isteri simati lagi. Kadang-kadang
suaminya tertidur di dalam bilik itu ditemani alqur’an buah hati kesayangannya.
Begitulah suaminya setiap malam sebelum tidur. Lelaki itu meminta untuk melihat alquran
kesayangan suaminya itu. Benar dan sangat mengharukan apabila ia melihat naskah yang
mulia itu kelihatan lusuh, helaian-helaiannya kelihatan selalu dibelek berkali-kali. Dan ada
bekas-bekas airmata di kertasnya ,tanda seseorang sering menangis berjurai
airmatanya tatkala membuka lembaran yang maha suci ini.

Pastinya lelaki ini sangat mulia peribadinya. Hatinya telah bersatu dengan ruh alqur’an. Dia
sangat mengasihi kalimat tuhan dengan sesungguhnya. Bererti ia mengasihi tuhan
dengan seluruh jiwa dan raganya. 

Marilah kita menghidupkan alquran di dalam masjid kita, di
dalam rumah kita, di dalam diri kita, sepanjang bulan ramadhan, bulan
pengampunan ini. 

Perkisahan ini ditulis dan disesuaikan semula untuk
bacaan semua. "

No comments:

OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”