KL, 26 OGOS 2013: Aduhai, apa lagilah cerita tentang pelakon kacak kesayangan ramai ini? Murai Batu sebenarnya rasa kurang selesa apabila ramai pihak sering mengaitkan Remy Ishak dengan cerita-cerita tak sedap didengar ini.
Bukannya apa. Bukankah itu tidak baik untuk reputasi Remy Ishak, apatah lagi dia merupakan pelakon yang berbakat besar dan ramai peminat yang mengikutinya dari dulu hingga sekarang.
Terbaru Murai Batu dikhabarkan bahawa Remy Ishak 'nak' cari pasal dengan seorang pengacara kacak berdarah kacukan Henry Golding.
Ish, ish, ish, apa pula ni? Kenapa agaknya Remy Ishak tiba-tiba naik darah dengan Henry Golding? Sedangkan sebelum ini Murai Batu difahamkan hubungan mereka sangat rapat malah bergelar duta untuk produk yang sama lagi.
Bagaimanapun selepas Murai Batu selidik secara mendalam, rupa-rupanya bukan pergaduhan yang akan berlaku antara Remy Ishak dan Henry Golding tetapi mereka akan bertarung dalam perlawanan futsal tidak lama lagi.
Bukan sekadar Remy Ishak dan Henry Golding, malah pihak penganjur akan menjemput pemain bola sepak profesional untuk turut serta dalam pertandingan yang akan bermula September ini dan pertandingan akhirnya pada Disember akan datang.
Khabarnya, Remy Ishak akan mewakili pasukannya sendiri dan begitu juga Henry Golding. Tapi apa yang menarik pertandingan berkenaan akan dibuat dalam keadaan gelap kerana semua peserta akan disarungkan dengan jersey neon yang hanya akan bercahaya di dalam keadaan gelap.
Wow! Sangat menarik tu.
Khabarnya juga, Remy Ishak dan Henry Golding akan tampil seiringan pada awal September ini bagi melancarkan pertandingan berkenaan termasuk produk terbaru di bawal label yang menjadikan mereka sebagai duta.
Jadi tiada istilah mereka bergaduh atau bercekau. Kerana apa yang pasti dua jejaka kacak tu akan bertanding di lapangan futsal bagi menggalakan lebih ramai anak muda menyertai aktiviti sihat kegemaran ramai berkenaan.
No comments:
Post a Comment