Tuesday, 17 September 2013

Tiba-tiba ‘payudara’ Neelofa dikaitkan dengan isu lawak


Menerusi akaun Twitter milik Neelofa semalam, pelakon dan pengacara ini telah memuat naik status yang seakan-akan memerli seorang pelawak.

Melalui kata-katanya itu, Neelofa telah melahirkan rasa kurang senangnya terhadap tindakan pelawak tersebut yang suka mempersendakan isu agama dan melihat perkara tersebut sebagai satu tindakan yang kurang bijak.

Twit Neelofa yang berbunyi seperti di bawah tiba-tiba mendapat respon yang agak pelik dari salah seorang peminatnya…

Melawak mempermainkan agama lain walaupun bukan agama islam,itu bukan melawak tapi kurang ajar & kurang bijak,lagi2 bila berkaitan dgn SALAM

Berikutan status tersebut, terdapat seorang peminat yang tidak semena-mena telah mengaitkan isu berkenaan dengan bentuk fizikal Neelofa dan respon itu dilihat sebagai satu perkara yang tidak relevan.



Selain meluahkan perasaan kurang senangnya itu melalui akaun Twitter, pelakon ini turut berkongsi foto status tersebut menerusi laman Instagramnya dengan caption berbunyi :

Melawak pun kena bijak. Setuju!?

Foto tersebut bagaimanapun telah mendapat pelbagai respon daripada peminat, di mana ada yang bersetuju dengan kata-katanya itu dan ada juga yang cuba menyalahkan Neelofa semula dengan membangkitkan isu mengenai kesedaran menutup aurat.


No comments:

OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”