Thursday, 21 November 2013

9 TIPS RINGKAS UNTUK DIDIK ANAK

1. Sekurang² sekali sehari, beritahu anak-anak supaya takut kepada Allah bukannya taku pada makhluk.


2. Tunjukkan kasih sayang kepada anak sekurang-kurangnya sekali sehari dengan niat yang ikhlas di d...alam hati, sama ada melalui perbuatan atau terus berkata bahawa anda sayang kepada mereka. Nie ramai org tahu, tp jarang buat.


3. Fahami kehendak dan perasaan anak dengan serius. Jangan sesekali tidak ambil endah dengan apa yang diluahkan oleh mereka. Kadang² dengan cara begitu mereka mahukan lebih kasih sayang.


4. Katakan “takpe” apabila anak tidak sengaja melakukan kesilapan. Sebaliknya anda perlu lebih berhati-hati agar tidak tersilap terutama di hadapan mereka.


5. Wujudkan sebuah buku penghargaan kepada anak. Catat setiap perkara baik pertama yang mereka lakukan. Seperti tarikh mula berkata “a”, meniarap, merangkak, berjalan, bersekolah, dapat no.1 dan sebagainya. Kronologi untuk anak² kita :)


6. Senyum atau ketawa sederhana ketika anak buat ‘joke’ walaupun pada anda ia bukannya lawak mana. Mereka akan rasa lebih dihargai.


7. Puji setiap percubaan baik yang dilakukan oleh anak tanpa menghiraukan keputusannya. At least mereka dah try.


8. Ambil gambar hari pertama setiap permulaan sesi persekolahan anak kemudian abadikan kenangan tersebut dalam album berasingan.


9. Sentiasa cabar pengetahuan dan minda anak, hiburkan suasana itu dengan sama-sama mencari jawapan kepada cabaran tersebut.

Semoga bermanfaat kepada semua

No comments:

OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”