Thursday, 20 February 2014
Erra Fazira Tak Tahan Bermadu Jadi Punca Cerai ?
"Segala spekulasi yang timbul sebelum ini sudah pun terjawab jadi jangan tanya saya lagi mengenainya," ujar Erra seperti mahu mengelak dari ditanya lebih lanjut.
Keretakan hubungan rumah tangga pasangan itu mula mendapat perhatian sejak dua tahun lalu apabila Erra dan Engku Emran didakwa tidak lagi tinggal sebumbung selepas berkahwin pada 25 Oktober 2007.
Terdapat juga desas desus mengatakan Engku Emran didakwa kononnya sudah berkahwin dengan wanita lain. Bagaimanapun, dakwaan tersebut dinafikannya oleh Engku Emran.
Untuk info, ini merupakan kali kedua Erra Fazira mendirikan rumah tangga kerana, pada 15 Jun 2003 dia pernah berkahwin selama tiga tahun dengan penyanyi Yusry Abdul Halim, tetapi tidak mempunyai anak.
Labels:
Sensasi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment