Friday 28 February 2014

Kandungan Cecah 4 Bulan, Baby Bump Scha Alyahya Bikin Peminat Teruja

Kandungan Cecah 4 Bulan, Baby Bump Scha Alyahya Bikin Peminat Teruja
Lumrah menjadi seorang selebriti, jika anda seorang lelaki, pastinya hubungan percintaan yang hangat dijadikan topik perbualan. Manakala bagi artis wanita pula, selain pasangan hidup, kehamilan juga menjadi isu terbesar yang sering diambil tahu orang sekeliling.
Dan seperti basa, sebaik sahaja berita kehamilan diumumkan, benda seterusnya yang ingin dikongsikan ialah tumbesaran bayi di dalam perut ibu atau lebih tepat lagi baby bump. (Entah mengapa perkara ini menjadi trend terhebat sekarang).
Selepas beberapa artis wanita, kini giliran Scha Alyahya pula berkongsi foto-foto terbarunya yang sedang hamil untuk tatapan peminat.
Kandungan Cecah 4 Bulan, Baby Bump Scha Alyahya Bikin Peminat Teruja
Kandungan Cecah 4 Bulan, Baby Bump Scha Alyahya Bikin Peminat Teruja
Biarpun kandungan yang dipercayai berusia empat bulan itu masih lagi kecil dan kurang jelas, namun peminat kesayangan Scha tetap seronok melihat baby bumpnya yang comel itu.
Tidak kisahlah baby bump sudah terserlah atau belum kerana apa yang penting, si ibu berada di dalam keadaan yang sihat dan mampu memberi nutrien sepenuhnya kepada bayi di dalam kandungan.
Untuk itu, apa kata anda luangkan sedikit masa melihat kebahagiaan pasangan Brangelina Malaysia ini di bawah. Entah bagaimana rupa anak-anak mereka nanti ya? Pasti kacak dan comel seperti ibu bapanya juga kan?

No comments:

OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”