Monday 17 March 2014

Aib kontroversi terdedah,anak Chef Wan dipulau.

Tukang masak selebriti iaitu Chef Riz berasa terkilan apabila terdapat beberapa pihak stesen televisyen telah memboikotnya untuk tidak melibatkannya dalam mana-mana program masakan.

Chef Riz atau nama sebenarnya Mohd Nadzri Redzuwan, 32, berkata, walaupun tidak mempunyai bukti sahih secara hitam putih, namun dia sedar dirinya telah diboikot sejak kontroversi dia didakwa menipu dalam resume sebagai juri program terbitan Astro Masterchef Malaysia pada penghujung tahun 2011.(gambar hiasan)

“Walaupun tiada hitam putih mengatakan saya diboikot pihak stesen televisyen, tetapi saya tahu yang mereka tidak mahu menggunakan khidmat saya dalam mana-mana program kerana isu lama berkaitan dengan resume itu.

“Diakui, memang saya terkilan ke atas apa yang berlaku. Tetapi saya terima dengan hati yang terbuka dan menganggap ia berpunca daripada kesilapan saya yang lalu,” katanya kepada mStar Online.

Sebelum ini Chef Riz didakwa menipu dalam resume sebagai juri Masterchef Malaysia yang dipaparkan dalam laman web Astro Ria pada hujung tahun 2011.

Dalam resume berkenaan Chef Riz dilaporkan pernah bekerja sebagai ketua chef dan penolong ketua chef di sebuah restoran Itali terkenal New York, Babbo dan restoran Perancis, Le Bernadin.

Bagaimanapun, kedua-dua pemilik restoran berkenaan, chef selebriti, Mario Batali dan Eric Ripert menyangkal kenyatan tersebut dan mendakwa Chef Riz tidak pernah bekerja di sana.

Sementara itu, ditanya mengenai perkembangan terbaharu, dia kini sibuk membentuk badannya di pusat latihan kecergasan (gim) sebagai persiapan bagi menyertai seuah pertandingan bina badan pada April depan.

“Selain sibuk menguruskan restoran sendiri, Flavors, di Bangsar, saya sedang mempersiapkan diri untuk menyertai pertandingan bina badan pada bulan depan (April).

“Pada masa sama juga, saya sedang membuat perancangan untuk membantu masyarakat yang mahu menurunkan berat badan dengan cara yang sihat. Saya mahu sedarkan semua orang betapa pentingnya penjagaan kesihataan,” ujarnya.

Dalam pada itu, Chef Riz berkata, dia juga sedang dalam perancangan untuk mengahwini kekasihnya, Shikin Maembong, yang merupakan kakak kepada aktres Emma Maembong pada hujung tahun ini.

Bagaimanapun, persiapan perkahwinan hanya akan dilaksanakan selepas ibunya yang diserang angin ahmar baru-baru ini sembuh.

“Alhamdulillah, keluarga merestui perhubungan saya dengan Shikin dan memang kami rancang kahwin pada tahun ini. Tetapi buat masa ini ibu tengah sakit, jadi biarlah ibu sembuh dahulu.

“Lagipun kami tidak mahu tergesa-gesa. Saya mahu hubungan kami disatukan dengan cara yang lebih neutral,” tuturnya

No comments:

OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”