Showing posts with label News. Show all posts
Showing posts with label News. Show all posts

Monday 24 March 2014

Raja Bomoh Kecut Perut Digertak Wanita


Pesawat MAS MH114 dirempuh sekumpulan itik di Nepal !

NEW DELHI – INDIA. Sebuah pesawat MAS yang membawa 180 penumpang dan anak kapal terselamat daripada mengalami bencana apabila sekumpulan itik merempuh cermin hadapannya ketika mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Tribhuvan (TIA) pada Jumaat malam.
Portal berita Nepal kantipuronline.com. pada Sabtu memetik pihak berkuasa lapangan terbang sebagai berkata kejadian pada pukul 10.45 malam itu menyebabkan hujung Landasan 02 dipenuhi serpihan kaca.
Tiada laporan mengenai kecederaan yang dialami mereka yang menaiki pesawat MH-144 dari Kuala Lumpur ke Kathmandu itu.
Petugas kokpit pesawat itu bagaimanpun dikatakan tidak segera memaklumkan kejadian tersebut kepada Pengawal Trafik Udara (ATC).
Kapten pesawat berkenaan bagaimanapun mengesahkan ia “disyaki melanggar unggas”, selepas anak kapal Jet Airways melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa lapangan terbang, kata laporan itu.
Juruterbang MAS terbabit dipercayai mungkin dikenakan tindakan kerana tidak segera melaporkan kejadian tersebut.
“Kejadian itu terdedah selepas seorang juruterbang Jet Airways, yang mendaratkan pesawatnya beberapa minit selepas pesawat MAS, memaklumkan kepada kami beliau ternampak serpihan kaca berselerak di landasan,” kata seorang pegawai ATC yang enggan dikenali.
Para pegawai TIA yang membuat pemeriksaan menjumpai sekurang-kurangnya 10 bangkai itik serta kepingan kaca di landasan. Serpihan kaca itu kemudian dibuang dan lapangan terbang tersebut kembali beroperasi 30 minit kemudian.
Para pegawai menjumpai dua lagi bangkai itik ketika melakukan pemeriksaan rutin pada pagi Sabtu.
“Ini kali pertama kami melihat begitu banyak itik di kawasan lapangan terbang ini,” kata seorang pegawai yang mengesyaki unggas itu mungkin itik penghijrah.
MAS membatalkan penerbangannya ke Kuala Lumpur yang dijadualkan pada pukul 11 malam Jumaat.
Semua penumpang yang menempah penerbangan itu ditempatkan di hotel Soaltee, Annapurna dan Hyatt Regency. Pesawat berkenaan berlepas pulang ke Kuala Lumpur pada pukul 3:30 petang Sabtu setelah dibaiki.
Sementara itu, pegawai ATC berkata pengurus besar TIA telah dimaklumkan tentang kejadian tersebut dan beliau mengesyorkan tindakan dikenakan terhadap juruterbang MAS terbabit kerana tidak membuat laporan segera tentang kejadian itu.
“Juruterbang berkenaan sepatutnya memaklumkan kejadian itu dengan segera kepada pihak berkuasa lapangan terbang bagi mengelak kejadian tidak diingini,” kata pegawai itu.
Lebih 75 kejadian pesawat berlanggar dengan unggas ketika berlepas atau mendarat berlaku di TIA sejak 1990.
Tiga daripadanya mengakibatkan kerosakan besar terhadap pesawat. Walaupun sebuah pesawat Airbus A300 Thai Airways dan sebuah pesawat Dc-10 Biman Bangladesh terselamat daripada nahas pada 1996 dan 2010, 19 orang maut apabila pesawat Dornier Sita Air terhempas pada September 2012.
Sementara itu, di KUALA LUMPUR, MAS hari ini mengesahkan penerbangan MH114nya dari Kuala Lumpur ke Kathmandu pada 21 Mac lepas telah dilanggar oleh sekumpulan unggas semasa menghampiri Lapangan Terbang Antarabangsa Tribhuvan.
Pengurus Perhubungan Media MAS Khairunnisak Dzun Nurin dalam satu kenyataan di sini berkata sebaik sahaja mendarat pesawat itu telah diperiksa oleh jurutera bertugas.
Beliau berkata penutup lensa lampu mendarat pesawat itu yang pecah dan bukannya cermin hadapan seperti dilaporkan.
“Pesawat itu tidak dibenarkan terbang pada malam itu dan penutup lensa yang pecah itu telah diganti,” katanya. – Bernama

Friday 21 March 2014

zombie kilang biskut Trailer


MH370: Go To Hell CNN!

Di saat negara bergelut dengan kehilangan pesawat MH370, ada antara media asing dilihat menggunakan isu ini untuk membuat liputan yang tidak benar dan memburukkan keadaan.

Go To Hell CNN! - Dr Mahathir

Bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mahathir apabila ditanya pendapat tentang perkara ini berkata, kerenah media asing ini sebenarnya tidak perlu dilayan kerana mereka sendiri terbukti tiada kredibiliti.

Mengambil contoh akhbar England berusia 168 tahun, News of the World yang akhirnya ditutup selepas terbukti mengamalkan tipu dan rasuah, Tun Mahathir menyatakan akhbar antarabangsa ada yang mempunyai agenda tersendiri dan dipengaruhi oleh individu yang memilikinya.

“Apa kita buat pun tak kena. Kalau kita layan pun mereka tak berterima kasih. Jadi kita terima dan buat tak tahu sajalah apa mereka kata. Kita tahu ia tak betul,” katanya.

Mengulas tentang juruterbang MH370 yang dikatakan mempunyai pertalian saudara dengan Anwar Ibrahim, Tun Mahathir menyatakan dia tidak boleh memberikan apa-apa komen memandangkan dia tidak mengenali juruterbang terbabit dan setakat ini tiada bukti yang jelas.

“Toksahlah buat spekulasi. Saudara mara (penumpang MH370) sedang menderita dan anda menjadikan keadaan lebih sukar buat mereka,” ulas Tun Mahathir.

Tuduh Malaysia Bukan-Bukan, CNN Silap Tulis Kuala Lumpur Di Indonesia

Go To Hell CNN!

Sejak dari awal insiden pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 berlaku, agensi berita CNN kerap membuat laporan yang tidak tepat serta menuduh Malaysia dengan beberapa dakwaan yang mengarut dan melampau.

Antaranya ialah menuduh Malaysia bukan satu sumber maklumat yang rasmi selain mendakwa kerajaan sedang menutup malu berkenaan kehilangan pesawat itu dengan memutarbelitkan fakta.

Semalam pula, terbuka pekung CNN yang tidaklah sehebat mana melaporkan berita kerana pengetahuan mereka mengenai Malaysia juga masih tidak lengkap.

Dalam satu laporan eksklusif CNN berkaitan misteri kehilangan pesawat MH370, lokasi lintas langsung wartawan CNN dilihat tertera sebagai Kuala Lumpur, Indonesia.
Kesalahan sebegitu rupa sememangnya dilihat sebagai satu kegagalan yang teruk oleh sebuah stesen berita lebih-lebih lagi yang mempunyai reputasi tinggi seperti CNN.

Pengguna Facebook di Malaysia yang mengesan kesilapan itu menyebarkannya di laman sosial berkenaan sebagai mengecam tindakan CNN membuat pelbagai dakwaan tidak berasas bertujuan menjejaskan prestij Malaysia di peringkat antarabangsa.

Biarpun bijak dalam memutarbelitkan berita dan juga mereka cerita sensasi bagi peminat setia berita mereka, tetapi dari segi ilmu yang senang sebegitu pun mereka boleh tersilap dan ia amat memalukan.

Sumber: Mynewshub.my

Monday 17 March 2014

MH370: Pegawai Perancis yang siasat nahas Air France AF447 tiba di Malaysia

KUALA LUMPUR: Tiga pegawai Perancis dari Biro Siasatan dan Analisis untuk Keselamatan Penerbangan Awam (BEA) yang terlibat di dalam operasi pencarian pesawat Air France AF447 kira-kira lima tahun lalu, telah tiba di Kuala Lumpur hari ini untuk membantu mencari pesawat MH370.

Kementerian Pengangkutan berkata pegawai-pegawai itu akan berkongsi kepakaran dan pengetahuan mereka berdasarkan pengalaman mereka  dalam pencarian pesawat Air France AF447 yang  terhempas ketika penerbangannya dari Rio de Janeiro, Brazil ke Paris, Perancis.

Dalam kejadian pada 1 Jun 2009 itu, pesawat berkenaan telah terhempas di Lautan Atlantik iaitu selepas tiga jam 45 minit berlepas menyebabkan 228 orang di dalamnya terbunuh.

Sementara itu, Kementerian Pengangkutan turut berkata pada hari ini, Tentera Laut Diraja Malaysia dan Tentera Udara Diraja Malaysia akan menghantar aset-aset mereka ke koridor selatan.

Sebelum ini Kerajaan Malaysia mendedahkan bahawa penyiasatan yang dijalankan menunjukkan pesawat berkenaan sengaja dialihkan laluan dan terbang selama beberapa jam selepas terkeluar daripada laluan asal sama ada ke Asia Tengah atau menuju selatan Lautan Hindi.

“Kementerian Luar Negeri telah menghantar nota diplomatik kepada semua negara-negara di sepanjang koridor utara dan selatan, dan kesemua negara yang kita meminta bantuan.

“Nota diplomatik  tersebut adalah untuk sokongan khusus dan bantuan yang diperlukan termasuk maklumat radar dan satelit, operasi pencarian di darat dan laut, rancangan tindakan mencari dan menyelamat bagi negara-negara yang berkaitan dan butir apa-apa maklumat yang diperlukan dari Malaysia,” kata Kementerian itu dalam satu kenyataan media.

Kementerian Pengangkutan turut berkata jumlah negara-negara yang terlibat dalam operasi pencarian dan penyelamatan telah meningkat dari 14 ke 26.

“Negara-negara ini adalah Malaysia, Australia , Bangladesh , Brunei, China, Perancis , India, Indonesia, Jepun , Kazakhstan , Kyrgyzstan , Laos , Myanmar , New Zealand, Pakistan , Filipina, Rusia, Singapura , Korea Selatan, Thailand , Turkmenistan , UAE, UK , Amerika Syarikat, Uzbekistan, dan Vietnam.”

Pesawat MH370 terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Udara Subang, jam 2.40 pagi pada 8 Mac lalu.

Sejumlah 239 penumpang dari pelbagai negara termasuk anak kapal berada di dalam penerbangan tersebut dan ia masih belum ditemui lagi.

Remaja Masa Kini Berhibur Sekitar Future Music Festival Asia 2014 Di Bukit Jalil Maut

Pada 13-15 MAC 2014 jam 1800 hingga 0030, Syarikat Live Scape Sdn Bhd menganjurkan Konsert Festival Future Music. Namun begitu, konsert tersebut telah dicemari dengan penyalahgunaan dadah dan minuman alkohol secara berlebihan. 

Kronologi Insiden Pada hari pertama 13 MAC 2014 jam 2000 hingga 0030, semasa konsert dijalankan, pihak Narkotik IPD Cheras telah membuat tangkapan 3 penonton yg sedang berhibur kerana positif dadah. Berkait Bukit Jalil Rpt 1202, 1205, 1209, 1210/2014. Tiada insiden pada hari pertama. 

Pada hari kedua 14 MAC 2014 jam 0130, telah berlaku insiden 5 kematian (1 lelaki Melayu, 1 lelaki India, 1 lelaki Cina, 2 perempuan Melayu). Sementara 4 orang yang masih koma/kritikal kesan drp pengambilan dadah dan alkhohol. Semua mangsa dibawa ke hospital PPUM dan PPUKM untuk rawatan lanjut. Bukit Jalil Rpt : 1250, 1261, 1273, 1274, 1278 dan 1279/2014. 

5 mangsa yang mati:-

1. KAMAL ZEKRY bin KAMAL BASHA
(Meninggal di PPUM)
No. KPT : 920424-14-5329 (L) 

2. VICTOR WONG E HERN
(Meninggal di PPUM)
No. KPT : 880712-29-5029 (L) 

3. SABREENA bte KAMARUDIN
(Meninggal Dunia di PPUM)
No. KPT : 931216-14-6582 

4. SURESH A/L MOHAN
(Meninggal Dunia di PPUKM)
No. KPT : 860616-43-5599 (L) 

5. SYAZANA SOHAIME
(Meninggal Dunia di PPUKM)
No. KPT : 910124-08-6786 (P) 

4 mangsa masih kritikal ialah:-

1. WILOPO AILEEN
(Kritikal di PPUM Warga Singapura) 

2. LIM SHU WEI
(Kritikal di PPUM Warga Singapura) 

3. NOR FAIZZA bte MOHD WAZIR
(Kritikal di PPUKM)
No. KPT : 870620-56-5336) 

4. MOHD HAZWAN bin HUSIN
(Kritikal di PPUKM)
No. KPT : 951217-01-5427


















Jika cari MH370 begini, pasti saya tidak peluk Islam - Ridhuan Tee

Pendakwah bebas, Dr Ridhuan Tee Abdullah hari ini menyifatkan perlakukan raja bomoh dalam usahanya mencari pesawat hilang Malaysia Airlines MH370 hanya akan lebih menyesatkan umat Islam jika ada yang terpedaya dengan upacara ritualnya itu.

Beliau berkata, jika upacara sedemikian berlaku ketika zamannya hendak memeluk Islam suatu masa dahulu pasti hajatnya itu tidak kesampaian.

"Kebimbangan saya, jika ditakdirkan bomoh itulah yang menjumpai MH370 itu nanti, semakin ramailah umat Islam yang akan percayai kepada bomoh daripada menumpahkan ketaatan kepada Allah.

"Jika ditakdirkan saya melihat perbuatan umat Islam dalam mencari MH370 sebegini, sudah tentu saya tidak jadi memeluk Islam," katanya menerusi satu artikel dalam akhbar Sinar Harian hari ini.

Ibrahim Mat Zin atau juga dikenali sebagai raja bomoh datang ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dua kali sepanjang minggu lalu bagi mengadakan upacara ritual untuk mengesan pesawat MH370 yang hilang sejak dua minggu lalu.

Dia yang pada mulanya mengaku diupah oleh orang kenamaan mengubah kenyataannya mendakwa upacara itu dilakukan atas inisiatifnya sendiri.

Ridhuan berkata, umat Islam sewajarnya perlu melihat apa yang terkandung dalam ajaran agama Islam itu sendiri berbanding melihat perlakuan segelintir pihak tidak bertanggungjawab.

Katanya, dalam pencarian MH370, umat Islam digalakkan berserah kepada Allah kerana Dialah yang lebih mengetahui hikmah di sebalik semua kejadian ini.

"Ketika saya memeluk Islam dahulu pun, saya mengkaji Islam dan mendalami Islam. Sebagai umat Islam, segala tindak-tanduk kita mestilah berteraskan kepada Al-Quran dan sunnah.

"Apa jua perbuatan yang bercanggah, hendaklah ditolak kerana boleh menjejaskan akidah. Ingin saya jelaskan, perbuatan berbomoh seperti dilakukan ini bukan daripada ajaran Islam, meskipun ada yang mendakwa ia mengikut kaedah Islam," katanya.

Pensyarah Universiti Pertahanan Nasional Malaysia itu berkata, apa yang dilakukan oleh bomoh itu bukan sahaja mengundang keaiban yamg besar kepada Malaysia malah negara menjadi bahan ketawa.

Katanya, jika benar bomoh mahu membantu mencari MH370 dengan 'kesaktiannya' maka ia perlu dilakukan di tempat tertutup supaya tidak menjadi perhatian umum.

"Anak-anak saya yang berada di Iskandariah, Mesir, amat malu dengan kejadian ini. Menggunakan bomoh dan sihir mencari MH370 menjadi bahan ketawa dunia.

"Jika ditanya orang kafir sekalipun, mereka tidak akan mempercayai perkara tersebut. Paling kurang, mereka tampil bermeditasi dan berdoa mengikut cara masing-masing," katanya. - 17 Mac, 2014.

The Malaysian Insider

Satu Lagi Tamparan Buat Kita (Future Music Festival Asia)

Konsert FMFA 2014 (Future Music Festival Asia).
Puluhan ribu penonton hadir dari dalam dan luar negara.
Dan terkini, enam darinya maut!
Katanya...akibat penggunaan dadah berlebihan.
Yang sedihnya...empat darinya adalah *Muslim!
*Berdasarkan nama mereka.



 Dan bertambah sedih bila tahu...
Konsert ini adalah sebahagian acara dalam kalendar pelancongan Malaysia.
Ya, ia konsert yang direstui dan disokong oleh kerajaan!
 
Kita sibuk berkempen bebaskan diri dari dadah,
Tapi kita yang sediakan wadah belia dan dadah.
Kita risau bila sana sini buang bayi luar nikah,
Tapi kita yang galakkan pergaulan bebas tanpa nikah.
Apa sebenarnya pendirian kita?
 
Bukan. Saya bukan anti kerajaan.
Dek kerana rasa sayang pada negara, saya sedih bila ini yang kerajaan buat.
Sungguh...saya cintakan Malaysia yang berlabelkan 'Negara Islam'.
Hentikan budaya tidak sihat - HIBURAN MELAMPAU.
 
 
Nota: Saya tidaklah menuding jari semata-mata kepada penganjur dan kerajaan yang meluluskan. Kerana pada asasnya setiap dari kita bertanggungjawab terhadap perlakuan sendiri. Tetapi kerajaan sebagai pihak yang mempunyai KUASA, gunakanlah ke arah kebaikan.

Pendekar PAHANG CABAR Raja Bomoh, NEGARA dirampas KUASA BARAT


Friday 14 March 2014

Penduduk gempar objek berkilauan di langit

KUALA KRAI - Pemandu kereta sewa daerah ini dan orang ramai yang melalui jalan berhampiran Pasar Besar Kuala Krai gempar apabila mendakwa melihat objek seperti kertas bersaiz A4 yang berkilauan di langit kira-kira jam 3.15 petang kelmarin.

Mereka mendakwa, objek berkenaan kelihatan seolah-olah seperti kertas dalam jumlah yang banyak dibuang dari jarak tinggi dan tersusun jatuh.

Dakwa mereka lagi, objek berkenaan dapat dilihat dalam masa kurang satu jam dan ramai pengguna yang memberhentikan kenderaan masing- masing untuk melihatnya.

Ramai yang kagum melihatnya dan beranggapan kesemua itu berlaku atas kehendak ALLAH SWT kerana manusia tidak dapat mencampak apa-apa  barangan daripada ketinggian seperti itu.
Salah seorang yang menyaksikan kejadian tersebut ialah Zalahuddin Ismail, 53.
Pemandu kereta sewa itu menyaksikan sendiri kejadian itu berhampiran stesen kereta sewa selepas dimaklumkan dua wanita yang dipercayai mula-mula melihatnya.

Menurutnya, pemandu kereta sewa yang berada di stesen berkenaan sempat melihat kejadian dianggap pelik itu kemudian diikuti pengguna jalan yang memberhentikan kenderaan setelah dimaklumkan tentang perkara itu.

“Objek seperti ini tidak pernah dilihat sebelum ini dan gambar objek tersebut sukar dirakam kerana kedudukan terlalu jauh.

“Objek ini sesekali kelihatan terlindung di sebalik awan, jatuh sebelum hilang dari pandangan,” katanya ketika ditemui pagi semalam.

Zalahuddin berkata, walaupun hanya seketika dapat melihat objek tersebut, dia yakin ia berlaku atas kekuasaan ALLAH SWT.

Rakannya, Hasan Husin, 56, dari Bukit Sireh berkata, dia tidak pernah melihat kejadian seumpamanya sebelum ini.

Dia yakin kejadian berlaku atas kehendak ALLAH  SWT yang mahu manusia sedar semua boleh berlaku dengan keizinan-Nya.
Menurutnya, jalan berhampiran stesen kereta sewa sesak seketika memandangkan orang ramai memberhentikan kenderaan masing-masing untuk turut melihat kejadian luar biasa itu.

Bagi Pengerusi Persatuan Kereta Zewa Kuala Krai, Mohd Yusoff atau lebih dikenali sebagai Abang Pa berkata, seumur hidupnya ini adalah kali pertama dia melihat objek seperti kertas berada di sekitar awan kemudian jatuh.

Menurutnya, objek berkenaan dapat dilihat dengan jelas dan adakalanya terlindung di sebalik awan dan jatuh sehingga jumlahnya berkurangan dan hilang dari pandangan kurang dari satu jam.

MH370: "Tiada bukti pesawat ditembak jatuh dari Diego Garcia"

MH370: KUALA LUMPUR: Tiada bukti sahih dan kukuh yang mengatakan bahawa pesawat MH370 milik Penerbangan Malaysia (MAS) yang hilang sejak Sabtu lalu berkemungkinan ditembak jatuh oleh sebuah pengkalan tentera Amerika Syarikat diLautan Hindi.

Mantan juruterbang berpengalaman, Datuk (Kapt) Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain berkata walaupun Lautan Hindi adalah satu kawasan laut yang paling bergelora dan sunyi, terdapat sebuah pulau terumbu karang yang bernama Diego Garcia.

“Saya pernah menguruskan satu penerbangan sewa ke Diego Garcia dan di pulau tersebut terdapat terdapat satu pengkalan tentera Amerika Syarikat yang berada di pulau tersebut. Maknanya di sini adalah, terdapat juga kelengkapan radar yang mampu mengesan kehadiran sebarang pesawat yang melalui kawasan tersebut,” kata Nik Ahmad Huzlan ketika dihubungi Astro Awani.

Diego Garcia

“Namun begitu, adalah tipis dan jauh sama sekali untuk mengatakan bahawa pesawat MH370 itu ditembak jatuh kerana Diego Garcia adalah sebuah pulau yang bukannya sensitif dan pangakalan tentera yang ada di situ juga bukanlah ancaman kepada sesiapa pun.”.

Tambahnya lagi, “petunjuk” yang mendakwa pesawat tersebut mungkin terbang menuju ke Lautan Hindi adalah apabila laporan dari radar Tentera Malaysia yang menyatakan bahawa pesawat tersebut terbang di ketinggian 29,500 kaki di sekitar kawasan Pulau Perak pada jam 2.15 pagi Sabtu lalu.

“Itu merupakan titik terakhir pesawat tersebut yang dikesan sebelum hilang,”.

Melalui data yang diperoleh itu, maka pihak Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (NTSB) dan Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) telah menyalurkan maklumat dan sokongan tersebut tersebut kepada Tentera Amerika Syarikat yang kemudiannya menggerakan asset-aset ketenteraannya dalam usaha mencari dan menyelamat pesawat tersebut.

“Jika pihak Amerika Syarikat juga telah mendapati terdapat ‘indikasi’ bahawa pesawat tersebut mungkin jatuh sekitar Lautan Hindi dan radar dari Diego Garcia juga ada mengesannya, maka mereka akan memulakan fasa ‘kuning’ pencarian pesawat tersebut,” katanya lagi

Beliau turut menegaskan seandainya terdapat ‘alert’ atau tanda dimana pesawat yang tidak dikenali itu memasuki ruang udara di sekitar Diego Garcia, berkemungkinan mereka tidak akan menceritakan tentang perkara itu kepada sesiapa.

“Namun, sehingga setakat ini tiada tanda tersebut,”. 

Awal pagi ini, Pentagon mendedahkan bahawa ada “petunjuk” pesawat MH370 itu mungkin terhempas di Lautan Hindi dan Amerika Syarikat sedang menggerakkan asset ketenteraan mereka seperti kapal USS Kid ke kawasan tersebut untuk mencarinya.


Pelakon Jelita ini Memperlekehkan Misi Pencarian MH370



Apakah respons anda apabila melihat artikel sebegini? Dalam gambar ini kita dapat lihat bahawa seorang wanita ini telah seakan-seakan mengambil remeh berkenaan isu MH370 kita ini. Hal seperti ini kita perlu elakkan dan menjaga maruah serta harga diri keluarga mangsa MH370 yang berada di luar sana. Jangan ingat semua benda yang kita suka orang akan turut suka. Kan? Sekian daripada admin :)



Raja Bomoh Ugut Saman Sesiapa Tuduh Ritualnya Langgar Syariat Islam

Salah seorang bomoh yang melakukan upacara ritual untuk bantu usaha mengesan pesawat MH370 yang hilang dalam perjalanan ke Beijing sejak Sabtu akan memfailkan saman terhadap mana-mana pihak yang mendakwa perbuatannya itu bercanggah dengan syariat Islam.

Ibrahim Mat Zin mendakwa upacara yang dilakukannya pada Isnin di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, menggunakan ayat suci Al-Quran dan berlandaskan syariat Islam.

“Penggunaan barang itu hanya sebagai simbolik atau petua yang diturunkan oleh orang tua dan bukannya untuk dipuja.

“Saya harap orang ramai tidak mudah menuduh saya terpesong daripada ajaran Islam dan tindakan mahkamah akan diambil kepada mereka yang degil,” katanya kepada akhbar milik Umno, Utusan Malaysia, hari ini.

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim menafikan dakwaan Pakatan Rakyat bahawa kerajaan memberi kebenaran kepada bomoh itu untuk membantu mengesan lokasi pesawat Malaysia Airlines MH370 pada Isnin.

Beliau berkata, amat mustahil untuk kerajaan membenarkan upacara yang bertentangan dengan agama Islam dan khurafat itu untuk dilakukan.

Katanya, dakwaan yang mengaitkan bomoh yang terkenal di kalangan VIP itu dengan Umno sepatutnya tidak timbul.

Shahidan berkata, tidak semestinya bomoh yang dilaporkan memakai lencana 1Malaysia itu merupakan pengikut Umno dan dibayar oleh parti itu.

"Tidak, saya tidak percaya ia arahan daripada kerajaan. Tidak ada, kerana ia amat bertentangan dengan ajaran agama Islam,” katanya.

Ibrahim atau juga dikenali sebagai Raja Bomoh melakukan upacara untuk mencari di mana pesawat MH370 di KLIA pada Isnin.

Pada hari pertama, Ibrahim dan pembantunya datang dengan sangkar dan teropong buluh untuk mencari pesawat itu manakala hari kedua beliau datang dengan buah kelapa dan “tikar terbang”.

Ia dilakukan di tengah-tengah kesibukan KLIA dan menerima kecaman pelbagai pihak.
OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”