Showing posts with label berita. Show all posts
Showing posts with label berita. Show all posts

Wednesday 11 July 2012

Helah isteri buat laporan dirogol, tutup aib





MUAR – Seorang isteri tergamak membuat laporan polis palsu mendakwa dirogol, gara-gara mahu menutup aib sendiri kerana menjalinkan hubungan sulit bersama teman lelaki.
Malangnya, tembelang wanita berusia 38 tahun itu terbongkar, setelah hasil pemeriksaan hospital mendapati tiada sebarang bukti dia dirogol atau berlaku kekerasan
ke atasnya.
Menurut sumber, wanita terbabit dipercayai berlaku curang di belakang suaminya sejak lima tahun lalu, selepas berkenalan dengan seorang lelaki warga Bangladesh yang juga pekerja ladang sebuah estet dekat Pagoh.
“Sejak itu, mereka sering berjumpa termasuk mengadakan hubungan terkutuk dalam rumah wanita ini yang terletak dalam estet tersebut,” katanya kepada Sinar Harian.
Jelasnya, dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi, kelmarin, anak lelaki wanita terbabit yang berusia sembilan tahun, telah menjadi saksi perbuatan terkutuk ibu sendiri bersama teman lelakinya di ruang tamu rumah berkenaan.
“Jeritan kanak-kanak ini telah menyedarkan suaminya yang sedang tidur lena dalam bilik utama. Suami wanita terbabit yang terkejut melihat lelaki Bangladesh itu dalam keadaan mencurigakan, bertindak mengejar lelaki terbabit,” katanya.
Katanya lagi, suami wanita itu mendapat pertolongan beberapa penduduk berhampiran yang turut mengejar lelaki Bangladesh terbabit.
Menurutnya, cubaan warga Bangladesh berusia 33 tahun itu untuk menyelamatkan diri gagal dan akhirnya dia dibelasah penduduk kampung termasuk suami wanita
berkenaan.
“Lelaki terbabit kini dirawat di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF), kerana mengalami kecederaan di beberapa bahagian anggota badan termasuk lebam pada
mata,” katanya.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Muar, Superintendan Sahadan Jaafar ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan berhubung insiden tersebut.
Walau bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut kerana kes berkenaan masih dalam siasatan.

Friday 4 May 2012

Bayi 6 bulan Maut Genggam Wayar Elektrik

POKOK SENA: “Mak cik, mak cik...adik dah tidur,” jerit Sofina Zulaikha Mohd Azim, 3, tanpa mengetahui adiknya, Shamina Zulaikha, enam bulan, sebenarnya tidak sedarkan diri sebelum meninggal dunia selepas terkena renjatan elektrik di rumah mereka di Kampung Lanchut Tok Leed, di sini, semalam.

Thursday 3 May 2012

Al-Fatihah | Bob Kuman Meninggal Dunia

Screenshot yang den ambil dari page Mazidul Akmal, wartawan TV3 yang mengatakan Bob Kuman telah meninggal dunia jam 4.38 petang tadi… Takziah untuk family arwah..

 


 

Tuesday 1 May 2012

LAGI BUDAK KECIK HISAP ROKOK!

Sebelum ni pernah tengok gambar budak kecik hisap rokok di Indonesia….puffff….puffff….wah.. bukan main… 
rupa2nya dia ada geng! …setakat yg di rekodkan, termasuk budak ni ada 2 orang….napa ek?? mak bapak di ajor ke hapa??
ermm..perkembangan x sihat ni…..










PERGHH!!! KO PUNYA LAGAK!! 

Kes Pramugari Diserang dan Dicabul Di Tempat Parking LCCT

Dengar kes Pramugari kena serang dan cabul Di Tempat Parking LCCT? Macam-macam la dunia sekarang.. Mana-mana tempat boleh berlaku dengan macam-macam hal! So sekarang pihak airport akan buat penguatkuasaan kawasan supaya lebih terjamin dan selamat untuk staf dan semua pengguna..

Difahamkan kes terbaru ni berlaku pukul 5.30 pagi Khamis baru ni.. Ada lelaki datang dan peluk seorang pramugari yang baru masuk ke keretanya untuk balik ke rumah..

So pada semua, berhati-hati lah walaupun dimana korang ada.. Terutama wanita..
















OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”