Tuesday 22 May 2012

Nazmi Faiz Bermain Untuk Kelab Portugal


Nazmi Faiz Bermain Untuk Kelab Portugal ! Nazmi Faiz telah menandatangani kontrak dan akan bermain di Eropah dalam kelab divisyen 1 Portugal , SC Beira Mar selama 3 tahun bersama kelab itu.

Menurut laman rasmi kelab terbabit, Nazmi Faiz telah melakukan yang terbaik bagi mendapatkan kontrak sehingga Jun 2015 kelak. Nazmi Faiz seterusnya bakal menjadi pemain kelab tersebut secara rasminya pada bulan Ogos ini setelah usianya mencapai 18 tahun.

“Sukar untuk menggambarkan perasaan saya pada waktu ini. Bermain dalam kelab dan liga Eropah telah lama menjadi impian saya. Latihan percubaan bersama Kelab Beira Mar adalah peluang terbaik saya dan saya telah pun berjaya melakukannya dengan baik. Saya sangat gembira dan sunguh teruja. Tidak sabar rasanya untuk memulakan perjalanan baru ini.” ujar Nazmi Faiz Mansor.

Kami  mengucapkan sekalung tahniah kepada Nazmi Faiz , semoga anda dapt pergi lebih jauh. Jangan sesekali mensia-siakan peluang ini dan harapan rakyat Malaysia. Semoga Nazmi terus berlatih dengan gigih dan berdiri setaraf pemain antarabangsa yang lain seperti Christiano Ronalda dan Leonardo Messi.

No comments:

OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”