Wednesday 23 May 2012

Saya Tidak Akan Bertanding Dalam PRU13 – Wardina Safiyyah

Beberapa blog politik sebelum ini kecoh menyatakan yang Wardina Safiyyah akan menjadi calon di dalam PRU13. Namun hari ini, Wardina menafikan perkara tersebut dan berkata yang dia tidak akan mewakili mana-mana parti politik termasuk Pakatan Rakyat. Malah Wardina menegaskan yang dia tidak bercadang untuk bergiat aktif di dalam politik.

Wardina yang ditemubual oleh MyNewsHub berkata:-
Saya ingin tegaskan yang saya tidak akan bergiat secara aktif di dalam mana-mana parti politik dan tidak akan bertanding bagi pilihanraya buat masa ini. Saya tidak suka spekulasi begini, saya bersifat neutral, saya berkawan dengan semua sama ada penyokong kerajaan mahupun pembangkang.
Yang paling bagus, Wardina menyatakan yang dia mahu menumpukan perhatian kepada keluarga dan kerjaya di samping sibuk melanjutkan pelajarannya. Bagi Abang Nara ini satu langkah yang bagus kerana imej Wardina sememangnya sangat bersih. Semoga Wardina tidak terpengaruh dengan ajakan mana-mana pihak untuk terjun ke dalam dunia politik Malaysia.

No comments:

OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”