Imej satelit NOAA ini membuktikan bahawa terdapat titik kebakaran yang sangat banyak di kawasan tersebut yang mana tiupan angin Barat pada ketika ini membantu menjadikan Kuala Lumpur diselimuti jerebu tebal.
Keadaan jerebu itu dijangka berlarutan selama beberapa hari disebabkan ramalan bahawa cuaca kering di beberapa bahagian di utara dan pantai barat Semenanjung pada masa ini. Kenyataan itu menambah imej satelit oleh Pusat Kepakaran Meteorologi ASEAN di atas menunjukkan peningkatan jumlah titik panas di Sumatera, Indonesia sejak Selasa. Imej itu menunjukkan bahawa jerebu bergerak dari Riau, Sumatera Tengah menuju ke pantai barat Semenanjung Malaysia. Sementara itu, jurucakap Jabatan Meteorologi berkata hujan mungkin tidak berlaku dalam tempoh beberapa hari ini.
Gambar Kuala Lumpur yang di selubungi Jelebu.. KLCC pon pudar dari pandangan..
Pada jam 3.15 petang 15 Jun, jarak pemandangan di Kuala Lumpur telah jatuh kepada 3 km sahaja dan telah memasuki status tidak sihat, iaitu melebihi 100 berbanding 91 pada jam 11.00 pagi nya.
Masalah berlaku kerana Sumatera Timur mengalami musim kemarau yang agak teruk pada masa ini.
Seperti biasa, kerajaan diminta mendesak pemerintah Indonesia untuk mengatasi masalah ini dan sekiranya mereka tidak mampu, kiriman pasukan bomba dan penyelamat Malaysia mungkin diperlukan.
Indeks Pencemaran Udara (IPU) di beberapa tempat di Lembah Klang semakin buruk dengan empat kawasan merekodkan IPU tidak sihat berbanding tiga kawasan sebelum ini. Indeks yang dikeluarkan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) setakat 5 petang semalam, mencatatkan bacaan IPU di Cheras bertambah buruk kepada 105 berbanding 91 sebelum ini. IPU di Pelabuhan Klang dan Shah Alam, masing-masing meningkat kepada 147 dan 120 berbanding 130 dan 106 pagi ini. Bacaan IPU di Kuala Selangor bertambah baik sedikit iaitu 129 berbanding 131 sebelum ini. Tiga kawasan yang mencatatkan IPU tidak sihat ialah Kuala Selangor (129), Pelabuhan Klang (147) dan Shah Alam (120).
Sementara itu, 34 kawasan merekodkan IPU sederhana dengan bacaan antara 51 dan 100 manakala bilangan kawasan dengan IPU yang baik, turun kepada 12 berbanding 14 awal hari ini. Antara kawasan mencatatkan IPU sederhana ialah Petaling Jaya dan Batu Muda, Kuala Lumpur yang masing-masing merekodkan 99, Banting (95), Sri Manjung (92), Tanah Merah (88), Putrajaya (78) dan Perai (74). Menurut kenyataan JAS, keadaan kualiti udara yang buruk di Lembah Klang dan Perak sejak pagi ini adalah disebabkan jerebu rentas sempadan dari Sumatera, Indonesia.
Jerebu : 3 Kawasan mencapai tahap “TIDAK SIHAT” @ UNHEALTY.
“Kami meramalkan hujan sedikit di pantai barat Semenanjung menjelang
pertengahan dan akhir minggu depan. “Negara kini sedang mengalami Monsun
Barat Daya yang pada umumnya keadaan cuaca panas dan kering. Keadaan
itu dijangka berterusan sehingga September,” katanya. – BERNAMA
No comments:
Post a Comment