Wednesday, 13 June 2012

Rancangan bina teleskop terbesar dunia dilulus



PARIS – Dua pertiga anggota majlis pentadbiran Balai Cerap Selatan Eropah (ESO) telah meluluskan rancangan untuk membina teleskop optik terbesar di dunia.
Teleskop berkenaan akan dibina bagi meneroka cakerawala untuk mencari planet yang dapat menampung kehidupan.

Menurut satu kenyataan ESO kelmarin, kelulusan itu akan membuka jalan bagi pembinaan teleskop tersebut.
Projek berharga 1.083 bilion euro (RM4.31 bilion) itu melibatkan pembinaan sebuah teleskop dan sebuah cermin perangkap cahaya selebar bersaiz 39.3 meter.

Teleskop itu akan dibina di tapak Cerro Armazones di utara Chile, dekat Balai Cerap Paranal milik ESO.
Kawasan tersebut amat kering dan terletak pada ketinggian 3,060 meter dari aras laut. – AFP

No comments:

OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”