Monday 11 June 2012

Trailer Epik: SAM Arahan Pengarah Filem Termuda Malaysia, Syafiq Yusof



Ingat lagi seketika dahulu di’mana akronim SAM untuk filem arahan Syafiq Yusof di’khabarkan sebagai Saya Amat Mencintaimu? Kami serius fikirkan yang filem ini bakal menjadi filem cinta rempit.

Namun, menonton trailer pertama dari Skop Productions untuk filem SAM ini, kami dapatkan rasakan yang pengarah filem termuda negara ini akan memberikan impak besar kepada dunia perfileman negara bermula dengan filem ini — jika sangkaan kami kini tepat belaka.

SAM yang di’bintangi Shaheizy Sam & Lisa Surihani sebagai teraju utama merupakan sebuah filem romantic psychological thriller yang bakal ke pawagam pada 19 Ogos 2012 bersamaan sambutan Hari Raya Aidilfitri nanti. Turut di’bintangi oleh Azad Jazmin, Neelofa, Adam Shah.

No comments:

OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”