Dan, kita ada gossip pertama untuk bulan Ramadhan yang mulia ini. Ini akibatnya kalau diri terlalu bangga dengan perbuatan konon urban & menjaja cerita sana sini.
Dunia hiburan Malaysia bukan besar mana, kalau diri sendiri membuka cerita kepada teman teman rapat, lambat laun akan sampai juga ke pengetahuan kami yang dahagakan gossip.
Khabarnya, malam Jumaat yang lalu ketika ramai bersedia untuk berpuasa esok hari’nya, aktress popular bertubuh genit ini tidak segan silu hadir ke sebuah kelab hiburan.
Hadir bersama teman lelaki yang sehingga kini masih di’nafikan kewujudan’nya, aktress popular ini seakan tidak peduli dengan mata yang memandang akan kehadiran mereka di’situ.
Hanya pulang sekitar jam 3.00 pagi, selebriti ini bukan sekadar ‘bersahur’ di kelab berkenaan tetapi bangga menjaja kisah beliau yang ‘menyambut’ Ramadhan di’sana.
Sumber kami yang mendengar sendiri cerita dari selebriti ini kata’nya naik meluat dengan perangai bangga diri tidak bertempat selebriti ini dan meminta kami menegur apa patut. Siapalah diri kami untuk menegur ‘kan?
Masing masing sudah memasuki umur yang mampu berfikir sendiri akan buruk baik sesuatu tindakan. Cuma, kalau belum terlambat ingin kami nasihatkan jangan sambut Aidilfitri di kelab, tidak manis.
No comments:
Post a Comment