Monday 2 July 2012

Cupcake Termahal Dunia Di Dubai (9 Gambar)

Aku tak suka cupcake kerana ianya terlalu manis. Di Malaysia kedai cupcake paling feymes ialah buatan +Wondermilk. Mahal bak hang dan banyak sangat cream. Tetapi semahal-mahal cupcake Wondermilk mahal lagi cupcake termahal di dunia yang kini dijual di Dubai. Cupcake Golden Phoenix dijual pada harga Db 3700 (RM 3,191) seketul. Cupcake ini menggunakan tepung yang diimport dari UK, coklat dair Itali dan vanilla dari Uganda. Taburan emas 24K juga diletakkan kerana jika anda kaya anda mahukan tahi anda juga mempunyai keruping emas seperti tahi Tywin Lannister. Tidak cukup dengan itu buah strawberry yang disertakan sekali juga dicelup dengan emas. Jika anda mahu membeli cupcake ini silalah ke kedai kek Bloombury's di Dubai Mall. Anda perlu memesan cupcake ini dua hari sebelum menganbilnya kerana itulah jangka masa yang diperlukan untuk menyiapkan seketil cupcake super mahal ini.




No comments:

OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”