Friday 27 July 2012

Peterpan Tukar Nama Baru



Seiring dengan pembebasan vokalis, Ariel, grup band popular Indonesia, Peterpan turut mengambil langkah drastik dengan merombak jenama Peterpan kepada sebuah nama yang baru. Bukan setakat nama, mereka turut mengubah logo sehingga kepada susunan muzik.
Pemilik label Musica, Ibu Acin menegaskan bahawa rombakan 360 darjah ini akan dimulakan dengan pelancaran sebuah buku terlebih dahulu.
“Ya, kami akan mulakan dengan pelancaran buku. Diikuti dengan pengumuman nama serta album baru. Buku tersebut dijadualkan dilancar pada bulan Ogos ini, manakala album pada awal September depan,” jelasnya yang ditemui di Hotel Grand Serella, Bandung, Jawa Barat, Indonesia.
Kata beliau lagi, material album baru Ariel dan ahli kumpulan sudah siap. Malah ada sebuah lagu yang dicipta oleh Ariel semasa dalam penjara akan dimuatkan dalam album ini. Bagaimana pun, mereka masih mengekalkan konsep yang sama, cuma pada bahagian teknikal seperti mixing dan mastering, akan diubah.

No comments:

OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”